Pakej Perkahwinan: Tapak Pasar Kajang Perdana Bertukar Kepada Venue Perkahwinan?

Thursday, January 28, 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang ingat lagi tak kisah entri aku yang pasal PAKEJ PERKAHWINAN tu haaaaa..... haaaaaa, kemain la cerita pasal pakej perkahwinan je aku ni,hikkkk... Bukan apa, saja la get ready, zaman bujang ni la kena start survey-survey. Mana tahu sabtu ahad kawen,haha... Jadinya, haritu Projek Travel telah dijemput oleh Felda D'Saji Sdn.Bhd untuk kali keberapa kali pun tak pasti. Alhamdulillah,terima kasih berterusan aku ucapkan kepada Felda D'Saji Sdn Bhd ni. 



Boleh eh kasi aku mukadimah sikit sebelum start cerita pasal pakej-pakej segala ni,mihmihmih... Korang sebenarnya pernah dengar ke tak Felda D'Saji Sdn Bhd ni apa dan bagaimana?haha.. Okay, Sebenarnya, Felda D'Saji Sdn.Bhd. ini merupakan anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA dan FELDA merupakan syarikat perniagaan berteraskan katering, restoran dan hospitaliti. So, nampak sikit-sikit dah kan pencerahan dia?hihi.. 


Start tahun lepas masa puasa lagi aku baru kenal Felda D'Saji ni koranggggggggg.. Betapa jahil sungguh aku ni,huwarrrr... First time aku try makanan dorang memang superb gila. Lokasi yang aku pergi untuk pertama kalinya adalah di Asmara Penchala kat Kampung Sg.Penchala tu haaa... Serius lawa tempat tu. *okay-okay, melebih dah mukadimah dia ni,haha






Minggu lepas bersamaan 21 Januari 2016, Felda D'Saji Sdn Bhd telah menjemput team Projek Travel untuk menyaksikan transformasi Tapak Pasar Kajang Perdana kepada venue perkahwinan indah dinamakan sebagai KAJANG PERDANA AVENUE yang telah dirasmikan YB Pengerusi Kumpulan Felda,YB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.





Kalau korang nak tahu jugak, lokasi Kajang Perdana Avenue ni adalah hasil usahasama Felda D'Saji dengan kerjasama pemaju Kajang Perdana, D'Hill Sdn Bhd dan MPKJ yang berjaya membangunkan semula tempat ini menjadi menarik dan ceria serta dapat dimanfaatkan penduduk sekitar.


Kapasiti?
  • Boleh memuatkan sehingga 700 orang pada satu masa



Kemudahan?
  • Sebuah dewan berhawa dingin yang boleh memuatkan 200 orang
  • 2 ruang terbuka yang boleh memuatkan 250 orang setiap ruang
  • Mempunyai bilik persalinan
  • Bilik menunggu VIP
  • Tandas
  • Surau





Untuk pengetahuan korang semua jugak, Kajang Perdana Avenue adalah tempat perkahwinan yang ke-11 yang diuruskan secara eksklusif oleh Felda D'Saji. Felda D'Saji dengan ini menjadi katerer yang mempunyai venue perkahwinan sendiri terbanyak di Lembah Klang. Mana tak power? Memang patut banyaklah,sebab makanan yang disediakan serta restoran dan hospitaliti dorang memang thorbaik baq hiangggggg.





Start dari pra publisiti kepada pelanggan sedia ada dan menerusi online, Felda D'Saji telah menerima 10 tempahan tetap berbayar dan 68 tempahan belum berbayar. Rasanya takdela lama mana pun masa pra publisiti tu, tapi tempahan dia gebummmmmmmm terusssss... tak sampai sebulan rasanya buat pra publisiti tu,tahniah Felda D'Saji. Pada 30 Januari 2016 ni,majlis perkahwinan pertama yang akan dilangsungkan di Kajang Perdana Avenue. First customer hokayyyyyyyy!! Harga pengenalan pakej perkahwinan yang dilancarkan adalah bermula RM28/seorang. 


Pakej Perkahwinan Je Ke Boleh?
Tidak !!!! tidak !!!!! . Selain pakej perkahwinan,dewan Kajang Perdana Avenue juga boleh dimanfaatkan untuk pelancaran produk, seminar, tapak ekspo dan lain-lain ye awaknya. Mana tahu satu hari nanti,tetiba ada pulak yang cari lokasi untuk buat seminar. Haaaa,jangan lupa...makanan dari Felda D'Saji vavavom haaaaa!





Lain-lain lokasi Felda D'Saji adalah seperti berikut:-
  1. Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak,KL
  2. Dewan Merak Kayangan di Jalan Perumahan Gurney,KL
  3. Felda Villa di Jalan Maktab
  4. Casa Heliconia di Jalan Maktab
  5. Dewan Gemilang Yayasan Felda di Kelana Jaya
  6. Dewan Bankuet Menara Felda di Persiaran KLCC
  7. Dewan Besar Tun Rahah di Jalan Bukit Bintang
  8. Orchard Villa di Desa Makmur Gombak
  9. D'Saji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa
  10. Asmara Penchala di Kampung Sg.Penchala

Yang aku senarai atas ni tak termasuk pakej katering dan perkahwinan lain yang dibuat kat rumah atau dewan berhampiran atau dewan-dewan yang bekerjasama dengan Felda D'Saji seperti di Menara KL, TM Convention Centre, Dewan Puspanitapuri, Perbadanan Putrajaya dan banyok lagi awop diaaaaa.... Tak sangka gah sungguh nama Felda D'Saji ni.


Macam korang-korang yang duduk sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih tu..haaaa... mana tahu satu hari nanti jugak Kajang Perdana Avenue ni bagi  manfaat untuk korang semua. 






Terima kasih sekali lagi pada Felda D'Saji Sdn Bhd kerana tidak jemu menjemput kami ke majlis pelancaran Kajang Perdana Avenue ini. Alhamdulillah. Semoga terus maju dan berjaya serta terus dikenali oleh orang ramai di luar sana.



Bersama Team Projek Travel. Halu? Yang paling 'mengandung' tu la paling muda,hahahaha

So, inilah dia Tapak Pasar Kajang Perdana yang telah bertukar kepada tempat perkahwinan awop weh..... Memang satu transformasi yang sangat membanggakan. Betul-betul tepi jalan dan tempat parking kereta pun senang sajo.. 


Kemudahan yang disediakan:-
  • Parking sehingga 250 buah kereta dalam satu masa
  • Bilik menunggu VVIP/VIP 
  • Bilik persalinan pengantin yang dilengkapi bilik air,tandas, surau
  • Pejabat jualan

Akses yang mudah melalui:-
  • SILK Highway
  • Persiaran Kajang-Semenyih By pass
  • Cheras-Kajang Highway
  • Seremban-Kajang Highway
  • Jalan Semenyih

Pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue ini termasuk:-
  • Penggunaan tempat 
  • Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
  • Hiasan Pelamin
  • Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
  • Standard PA sistem
  • Kawalan lalulintas oleh RELA

Avenue juga sesuai untuk acara:-
  • Konvokesyen tadika
  • Makan Malam Korporat
  • Fashion Show
  • Pelancaran Produk
  • Seminar
  • Bengkel pembelajaran


Venue Terbaru Felda D'Saji Sdn Bhd : Kajang Perdana Avenue

Alamat: 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang Selangor.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-

FACEBOOK | WEBSITE

Tel: 
03-8881 1311 (Pej Putrajaya)
03-2698 8302 (HQ)
Fax: 
03-8881 1372 ( Pej Putrajaya ) 
03-2692 4159 (HQ)
PIC:
Encik Syaiful Nazlan - 013-386 0453
Puan Nurul Nadia - 019-295 6232




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You Might Also Like

3 Komen

  1. Wahh menarik ada tempat cenggini. lengkap semuanya. Sekarang org suka wat majlis kat dewan je, senang sekali harung kan? Nak2 kalau pasangan dari kawasan yang sama.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..