Rezeki Bukan Sekadar Wang Ringgit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rezeki. Siapa la tak tahukan rezeki ni datangnya dari mana. Alhamdulillah, Dia yang pemberi rezeki ini kadang-kadang tahu kenapa Dia memberi rezeki kepada kita. Adakah hanya untuk riak? dan adakah untuk digunakan di jalan yang salah? Kadang-kadang aku terfikir. Dalam rezeki kita kenapa mesti ada rezeki orang lain juga. Contoh terdekat ibu bapa dan keluarga. Kalau kita tidak mampu memberi banyak,berilah sedikit. Maafkan aku kalau setiap perkongsian ini ada yang tidak benar. Benar juga, pekerjaan bukan sekadar bagi memenuhi keperluan hidup tapi ia juga selari dengan syariat supaya rezeki yang kita terima tu diberkati oleh Allah SWT.


Rezeki yang berkat sebenarnya bila banyak diagihkan dan walaupun cukup masih mencukupi macam tu jugak sebaliknya. Nak bersedekah boleh, tapi biarlah ikhlas dan jangan sakiti hati penerima sedekah. Rezeki juga kadang-kadang bukan gedebuk jatuh macam tu je, tapi rezeki ni juga dari permulaan kita berdoa. Berdoalah apapun, yang penting kita ada usaha dan tawakal. Selain dari doa, amalkanlah selalu solat dhuha. InshaAllah, Allah itukan pemberi rezeki kerana solat dhuha.



Kadang,bila rezeki dah terlebih.. manusia ni cepat lupa.. lupa kepada Dia yang memberi rezeki. Percayalah,rezeki tu datangnya dari Allah SWT. Terus tawakal dalam mencari rezeki. 

Tips dimurahkan rezeki:-
  • Solat awal waktu
  • Jangan sakiti hati kedua orang tua kita
  • Rajin tolong orang
  • Rajin bersedekah
  • Rajin buang sampah
  • Amalkan surah Al-Waqiah
  • Selawat
  • Berkongsi ilmu walaupun sedikit
  • Tidak mengungkit setiap pemberian
  • Niat cari rezeki kerana Allah SWT
  • Rajin berpuasa sunat
  • Istighfar


Apa yang penting, janganlah kita membanding-bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain kerana Allahkan sebaik perancang. Satu lagi tips nak dimurahkan rezeki ialah mendoakan ibu bapa kita. Tulah senjata dimurahkan rezeki lagi sebenarnya :)

InshaAllah, sambil berkongsi sambil aku terapkan juga dalam diri. Tanda rezeki yang berkat adalah jiwa kita sentiasa tenang,hati semakin dekat dengan Allah,mudah memberi sedekah, keluarga harmoni dan sentiasa rasa cukup dan bersyukur. Rezeki Allah tu luas, sebab tu aku cakap kat tajuk atas ni rezeki bukan sekadar wang ringgit je korang. Banyak lagi rezeki yang datang contohnya jodoh, pakaian, kerja dan banyak lagi. Apa yang penting. Lihat dengan mata hati bukan dengan mata fizikal. Takde benda yang susah kalau kita ikhlas dalam sesuatu pekerjaan. 


Sejujurnya, 2 3 tahun lepas aku ni orangnya jenis tak boleh susah. Dah susah mesti ada rasa nak menangis semua tu,lepas tu mulalah sumpah seranah dengan kerja yang aku buat. Sampai satu masa aku doa semoga kerja aku tu dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu. Ingat balik kat tempat kerja aku 2 3 tahun lepas mana ada surau nak solat,bilik kecik pun takde nak solat. Time tu aku berlari-lari pergi pinjam tempat orang nak solat. Kadang masa solat aku boleh menangis. Tak tahulah,2 3 tahun aku solat dalam keadaan macam tu. Tapi aku sabar dan doa selalu dimurahkan rezeki dan alhamdulillah, wujudnya mekonie.com ini sebenarnya bukan dari aku sendiri. Tapi inilah rezeki Allah SWT yang diberi pada kita. InshaAllah, semoga aku terus bersabar dan bersyukur dengan apa yang aku ada. 


Maaf,aku sebenarnya terdetik untuk berkongsi kisah rezeki. Sebab kadang-kadang ramai orang pertikaikan dengan rezeki masing-masing. Aku kena tanya dengan orang kenapa aku kerja tempat sekarang tu sedangkan aku ada kelulusan Diploma. Ya Allah,time tu sebak jugak aku bila kena tanya macam tu. Bukan sekali,tapi berkali-kali sampai aku pun terdetiklah jugak bersuara ' Adakah encik yang pemberi rezeki kepada saya jika saya tidak bekerja di sini? ' Luluh,tapi aku kuat ^____^


Doalah supaya kita dimurahkan rezeki:
"Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu"



And stop complaining :)






Btw,terima kasih banyak-banyak @fa.byfatinafiqah kerana kenalkan onie dengan baju Afiqah Basic Tunic ni. InshaAllah, onie akan perbaiki diri dan ooooo yeahhhh..kain dia memang selesa....bubuh bergulung dalam mesin pun kedutan dia tak nampak sangat. So,senanggggg tak payah nak gosok pun haaaaa....Pastu bila pakai macam ni,umi aku pun berkenan...so,belikan la untuk umi satu.. Dah jadi baju feberet dia pun,hik....Thanks sayang ..semoga awak dimurahkan rezeki selalu ye :)




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


9 ulasan:

  1. Tq onie sbb mengingatkan benda yg penting pasal rezeki ini. In sha allah akan amalkan selalu

    BalasPadam
  2. Betul tu. Rezeki datang dalam pelbagai cara.
    Thanks for good reminder. =)

    BalasPadam
  3. bestnya baju tu... suka yg tak payah gosok ni...

    BalasPadam
  4. Betul Onie.. rezeki tu adalah apa yang baik untuk kita & tentunya ALlah lebih tahu

    BalasPadam
  5. sangat setuju dengan onie..
    yang penting, jangan kedekut nak kongsi rezeki yang ada pada kita..
    semakin banyak kita berkongsi, semakin banyak rezeki yang akan menanti
    dan paling penting, kena percaya rezeki setiap orang berbeza-beza.
    Syukurlah dengan apa yang ada.

    Nice sharing :)

    BalasPadam
  6. sabar ye onie, org mmg x suak tgk kejayaan kita, kesenangan kita, penuh hasad. onie lex lex jee, semoga onie bahagia selalu ye. akk ni kalau nk ikut org x suka, ntah bape byk. tp lantak lah~ nk share tips murah rezeki tu yek.

    BalasPadam
  7. jangan pening kepala, setiap rezeki hambaNya, Allah s.w.t dah tentukan sejak azali lagi...yg pntg kita sentiasa berusaha & berdoa serta berserah kepadaNya selalu..

    salam perkenalan..
    saya singgah & follow Blog ini
    jemput singgah & Follow blog sy juga

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..