Dato' AC Mizal Bawa 150 Usahawan Jelajah Malaysia?

by - March 02, 2016

Radio online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato AC Mizal akan mengadakan satu karnival besar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia. Bermula di Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka diikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.




Dato AC Mizal Bawa 150 Usahawan Jelajah Malaysia 


Konsep rekreasi santai dan riadah telah diperlihatkan di karnival ini yang bertujuan untuk bergembira bersama seisi keluarga. Seramai 150 usahawan turut hadir dan artis serta selebriti turut turun padang bersama-sama memeriahkan lagi karnival ini.


Jangan risau, produk yang dijual semua berpatutan. Bawak je duit sesiap! hehe 


Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan adalah sebagai satu landasan pihak stesen berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi. Jadi, masa ni la korang nak beramas mesra dengan artis-artis yang hado nanti. 


Dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, permainan kanak-kanak, persembahan menarik dari VJ dan selebriti. Akhir sekali, mestilah Dato AC Mizal pun turut mengadakan persembahannya sendiri. Persembahan apa? Haaaaaaa,silalah munculkan diri di karnival ni nanti okay?




Kartunis Ubi Bersama Komik Terbarunya | Skoolastik


Kartunis Ubi pun ada ye korang. So, kepada peminat kartunis ubi sila datang awal-awal sebab kartunis ini ada benda nak tunjuk kat korang semua. So, sape dulu yang peminat tegar majalah Ujang mungkin tahulah macamana gaya penulisan yang disampaikan melalui kartun-kartun yang dilukis oleh beliau sendiri yang dikenali kartunis ubi atau nama sebenarnya adalah Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar. 


Komik terbaru beliau adalah berjudul "Skoolastik" dengan corak penghasilan idea yang lebih menarik. Meh la sini aku cerita sikit kisah apa la "Skoolastik" ni kan? Skoolastik ini menceritakan kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat korang kat luar sana tu tak kering gusi bila menghayati komik Skoolastik ni. Komik 100 muka surat ini mengambil masa lebih 8 tahun untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang. OMG! 8 tahun kauuuuuuuuu penghasilan komik ni. Tahniah buat kartunis ubi !


Alaaaaaa harga komik ni RM19.90 dan memang mampu milik pun. Aku rasa time stress memang boleh la kot nak baca,ekekekekekekeke..... Nak beli kat mana? Boleh jugak nak beli online pun haaaaa...google je www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buu seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2016. Maklumat lanjut ampa semua boleh terjah Facebook atau Instagram @kartunisubi okengggggggg!



Permainan Aplikasi 'DAC Peaceyall' 


Sudahhhhhhhhh! Permainan aplikasi "DAC PEACEYALL" cara baru berinteraksi Dato AC Mizal bersama peminat???????? Apa benda pulak ni mek onie oiiiiiiiiiiiii? Hokay la korang semua. Permainan aplikasi ini diilhamkan oleh Dato AC Mizal sendiri uolsssssssss yang bertujuan untuk berhubung dengan peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong karier beliau dari dulu hingga sekarang.


Kalau korang nak tahu, permainan ini adalah satu platform baru yang dibuat untuk menarik minat pemain game tegar di mana ia dihasilkan dengan latar belakang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri. Peminat Dato AC pasni tahulah aktiviti Dato AC Mizal melalui aplikasi permainan ni haaaaa, pun menerima pesanan istimewa beliau dari masa ke semasa.


Bukan tu je korang haaaaaa,  yang hebatnya aplikasi permainan ni boleh beli produk wangian keluaran Dato AC awaknyaaaaaa. Hebat pulak aku rasa aplikasi yang dicipta oleh Dato AC ni haaaaaaaa,power Dato power! Nak pulak, bila main game ni siap dapat hadiahhhhhhhhhhhhhhh T_T apa ke terbaik sangatlah aplikasi ini. Kiranya, takde la buang masa melayan game ni. Dapat jugak hadiah betul-betul dari game lain tu kan korang? Haaaaaaa.... satu lagi satu lagi.. penat layan game korang pun boleh dengar terus ke stesen Peaceyall.FM . DAC Peaceyall ini boleh download dengan PERCUMA sajokkkkkkkk di Google Play Store dan Apple Apps Store bermula hari ni tau korangggggg! Ingatttttttt,main tu biar sampai menang,hahahahahhaha.... Selamat menghaplottttttt semorang ! Selamat terjah ke karnival korang ! Selamat membaca komik Skoolastik korang dan enjoiceeeeeee! :D





Berminat nak jadi usahawan di Karnival Peaceyall? Cepat-cepat adik, kakak, abang hubungi nombor bawah ni ya?

011-2626 1656 (Daz)
019-279 6275 (Lieza)

Email: karnivalpeaceyal@gmail.com
Maklumat lanjut sila rujuk laman sosial PEACEYALL.FM @ OMGFEST2014




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

2 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..