KubUltra Trail Run 2016 Menguji Kekuatan Peserta - Kuala Kubu Bharu

by - March 25, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. First time nak cerita pasal Kuala Kubu Bharu ni haaaaa... Selangkah pun tak pernah jejak lagi Kuala Kubu Bharu ni. Agak-agak la ada apa eh kat sana? Sebelum aku bercerita panjang lagi,Kuala Kubu Bharu ni terletak di Daerah Ulu Selangor nun. Dulu Kuala Kubu Bharu ni dikenali sebagai Kuala Kubu je yang terletak di dalam Pentadbiran Residen-Residen British . Ala sape belajar sejarah mesti ingatkan kisah sejarah di sini. Dulu Kuala Kubu ni jadi pintu masuk ke Negeri Pahang dan kerana banjir besar masa tu, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu. Empangan Kuala Kubu yang menyebabkan kawasan di Kuala Kubu tenggelam teruk dan dikenali juga Ampang Pecah.



Sape pernah ke Kuala Kubu Bharu mesti dapat tengok sendiri bangunan bersejarah kat sana tu. Apa yang aku tahu, di Kuala Kubu Bharu ni sebenarnya ada satu tempat yang sangat cantik . Apapun di Kuala Kubu Bharu terdapat sebuah air terjun yang dikenali Air Terjun Pertak dihujung Kampung Pertak dan berhampiran dengan Empangan Selangor.



Apapun,dientri kali ni aku juga nak sampaikan bahawa 5 mac 2016 lepas telah ada satu aktiviti iaitu KubUltra Trail Run 2016 yang melibatkan kanak-kanak hinggalah dewasa. Antara yang join dah semestinya la orang Malaysia kita sendiri dan yang menarik foreigner pun turut serta. 



Antara kategori yang ada adalah seperti:-

  • KubUltra 5 : for children, families,newcomers - 5 km
  • KubUltra 10 : for children, families, newcomers, not so fit hikers and runners - 10 km
  • KubUltra 20 : for those who are not ready yet to go longer distances - 20 km
  • KubUltra 40 : for those willing to push themselves - 40 km
  • KubUltra 60 : for those looking for the real deal and are prepared to leave their comfort zone - 60 km





Asian Trail Explorers

Asian Trail Explorers



Sambil Trail Run sambil menikmati keindahan Allah SWT. Aku pulak yang teruja nak naik atas ni. Tapi mampukah den?hahahahahahaha... Sape ada tips beginner macam aku ni yang nak jalan jejauh ni haaaaaaa....anyone? Kongsi la tips sikit.





Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..