Lagi Lokasi Perkahwinan Felda Dsaji

NEW FAVOURITE SPA: SILA BACA SINI

Felda D'Saji Sdn.Bhd, anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA dan FELDA merupakan syarikat perniagaan berteraskan katering,restoran dan hospitaliti.


Felda D'Saji pada bulan lepas iaitu 31 Mac 2016, menjemput pemegang saham pelanggan korporat , bakal pelanggan dan rakan-rakan media untuk menyaksikan Perjanjian Kolabrasi di antara Felda D'Saji Sdn.Bhd. dan Yayasan Jabal Nur untuk membangunkan Dewan D'Mahligai Kompleks YJN untuk menjadi antara venue pilihan perkahwinan di kawasan sekitarnya.


Dewan D'Mahligai Kompleks YJN mempunyai kapasiti sebanyak 400 orang pada satu masa. Ia merupakan sebuah dewan berhawa dingin, tempat letak kereta percuma dengan pengawal keselamatan, 2 lif serta akses tangga hadapan berbumbung untuk menurunkan dan mengambil penumpang, bilik persalinan dan bilik menunggu VIP serta tandas dan bilik solat untuk kegunaan tetamu. Selain itu, Kompleks YJN juga mempunyai 80 bilik hotel untuk disewa tetamu dari jauh.







Dewan D'Mahligai adalah tempat perkahwinan ke-12 yang diuruskan secara eksklusif oleh Felda D'Saji. Felda D'Saji dengan ini menjadi katerer yang mempunyai venue perkahwinan sendiri terbanyak di Lembah Klang.


Sejak diwar-warkan melalui pra-publisiti kepada pelanggan sedia ada dna menerusi Online, Felda DSaji telah menerima 2 tempahan tetap berbayar dan 20 tempahan belum berbayar. Harga pengenalan pakej perkahwinan yang dilancarkan adalah bermula RM28/seorang. Selain pakej perkahwinan, Dewan D'Mahligai juga boleh dimanfaatkan untuk pelancaran produk, seminar, mesyuarat dan lain-lain.




Lain-lain lokasi Felda D'Saji adalah seperti berikut:
  1. Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak,KL
  2. Dewan Merak Kayangan di Jalan Perumahan Gurney,KL
  3. Felda Villa di Jalan Maktab
  4. Casa Heliconia di Jalan Maktab
  5. Dewan Gemilang Yayasan Felda di Kelana Jaya
  6. Dewan Bankuet Menara Felda di Persiaran KLCC
  7. Dewan Besar Tun Rahah di Jalan BUit Bintang
  8. Orchard Villa di Desa Makmur,Gombak
  9. DSaji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa
  10. Asmara Penchala di Kampung Sg.Penchala
  11. Kajang Perdana Avenue

Jumlah ini tidak termasuk pakej katering dan perkahwinan lain yang boleh dibuat di rumah atau dewan berhampiran atau dewan-dewan yang bekerjasama dengan Felda D'Saji seperti di Menara KL, TM Convention Center, Dewan Puspanitapuri, Perbadanan Putrajaya dan banyak lagi.


Semoga penduduk sekitar Bukit Jalil, Sri Petaling serta Bandar Kinrara dapat memanfaatkan kewujudan Dewan D'Mahligai untuk melaksanakan majlis perkahwinan yang meriah dan diingati. Apapun dewan ini sesuai untuk pelbagai majlis keraian seperti majlis perkahwinan,majlis akad nikah, majlis pertunangan,majlis korporat dan seminar. Semoga dengan adanya dewan ini, dapat meringankan lagi beban bakal pengantin :) 






Untuk keterangan lanjut,sila hubungi;
03-2698 8302 // 019-368 5632 // 017-288 6920

Facebook : Felda D'Saji



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..