Lokasi Berbuka Puasa 2016 : Bangi Golf Resort

by - May 21, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu lepas aku dan @projektravel berkesempatan ke Bangi Golf Resort atas jemputan ' Exclusive Media Preview' untuk buffet ramadhan nanti. Terima kasih banyak-banyak pihak Bangi Golf Resort atas jemputan ini dan kalini banyak beza dari tahun lepas. Tapi sebelum aku bebel pepanjang, ni nak habaq kat ampa semua di mana Restoran Bangi Golf Resort ada buat contest di mana hadiahnya sangatlah gebummmm dan siapa nak stay 3h2m di Hotel Bangi - Putrajaya korang kena check facebook Bangi Golf Resort ( link boleh tengok bawah sekali) dorang now!!!! Contest tamat 12.6.2016 ni tau awak !


Bangi Golf Resort menawarkan lebih 200 menu hidangan untuk buffet ramadhan nanti dengan pelbagai variasi masakan seperti masakan melayu dan western food. Tapikan, aku mesti pergi terjah western food dulu. Kemain tekak melayu dah berubah kau. Lupa diri la tu mek onie tu,hahahahahhahaha..



Exclusive Media Preview - Bangi Golf Resort



Staf Bangi Golf Resort


Semua makanan yang disediakan halal dari JAKIM dan satu-satunya restoran Bangi Golf Resort yang mendapat akreditasi sejak tahun 2009 lagi. Tahniah buat Restoran Bangi Golf Resort. Bagi masakan melayu dan oriental main course, chef-chef di sana perkenalkan masakan selera pantai timur iaitu masakan kelantan untuk tahun ini. Haaaa,agak-agak korang apakah menunya tu kan?hihi.. Tak lain tak bukan Nasi Kerabu menjadi pilihan BGR tahun ini di mana nasi kerabu ini dihidangkan bersama ulam, ikan masin, ikan kering dan pilihan ulam-ulaman. Sape tak tahu lagikan nasi kerabu ni diwarnakan dengan bunga berwarna biru iaitu bunga telang. Sudah semestinya teknik ini telah lama diguna pakai oleh orang pantai timur. 



Selain dari nasi kerabu yang aku cerita atas tadi, pelbagai menu masakan melayu pun ada antaranya rendang daging taik minyak dan sambal sotong  kembang serta menu 'oriental cuisines' seperti Butter Prawns, Black Pepper Beef dan Fish Fillet with Lemongrass Sauce.



Tahun ke tahun, menu yang menjadi signature pada Restoran BGR ni adalah Cream of Smoked Chicken dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma dan peminat lasagna, korang patut rasa Beef or Chicken Lasagna and BGR Restaurant's Classic Spaghetti Carbonara dah semestinya menjadi kesukaan keluarga.


Bersama team projek travel dan sahabat PT
Bersama Emas Putih


Part paling penting adalah kambing bakar dan sup kambing. Seriously, sampai sekarang aku mengidam sup kambing dia, huwarghhhhhhhhhhh. Peminat satay pun boleh rasa satay di Restoran BGR ni.Selain itu, ada juga menu seperti  Kuey Teow, mee goreng mamak.


Pergi pada bahagian dessert pulak, memang aku peminat dessert no.1,mihmihmih... macam-macam kuih,buah-buahan,puding dan agar-agar. Kek yang ada seperti Italian Tiramisu, Assorted Cheese Cake, Red Velvet Cake, Brownies, Youn Coconut Jelly, Creme Caramel dan macam-macam lagi yawwww...


Bak kata Chef paling havoc di Bangi Golf Resort iaitu Chef Kamaruddin kata, Restoran BGR ini sentiasa menjadi pilihan keluarga, kawan-kawan dan business entertainment sepanjang bulan ramadhan. Mereka berusaha untuk perkenalkan menu terbaru di Restoran BGR dan kekalkan rasa tradisi. 

Aneka kuih-muih dan kek

Aneka kuih-muih dan kek

Aneka kuih-muih dan kek

Budu ni wajib makan dengan Nasi Kerabu tau korang!

Nasi Kerabu

Mee Rebus

Siput Sedut Masak Lomak Cili Api

Pulut Kuning

Rendang 

Sup Kambing Bakar

Salah satu port yang menenangkan di BGR

Anyone love the churros?

Gelato Cendol

Love the flower


Projek Travel bersama Yuyu Zulaikha dan Sahabat PT


Harga buffet ramadhan di Bangi Golf Resort


Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang, satu bintang lagi mohon korang lengkapkan dan rasa sendiri masakan chef-chef di BGR tu.
  • Kemudahan seperti toilet, ruang makan, surau, parking semua cukup lengkap
  • Suasana yang cukup selesa
  • Masakan semua best
  • Menu Sup Kambing Mamak korang wajib rasa !
  • Bangi Golf Resort tau. Bukan Hotel Bangi-Putrajaya,takut ada yang keliru,hehe.....

Selamat berpuasa semua. Jangan lupa sape yang berbuka puasa di Bangi Golf Resort tu korang wajibbbbb rasa sup kambing mamak tu nahhhhhhh! 


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di bawah ini:-



Email: enquiry@bgrrest.com

Alamat: 
Bangi Golf Resort,
No.1, Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-8925 3728 / 03-8210 0265




Salam Sayang, 
Mek Onie
letopink@yahoo.com




You May Also Like

5 comments

  1. Wah dekat dengan rumah sekarang ni. TQ onie.. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. Tudiaaa macam macam ada, pilih aje nak makan yang mana :)

    ReplyDelete
  3. Gelato cendol? omg akak teringin kott onie. Nasib dekat. Boleh la nanti berbuka disana hehe

    ReplyDelete
  4. sedap nampak kambing tu.. tapi que panjang tak jadi amik

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..