Lokasi Berbuka Puasa 2016 : Klana Resort Seremban

by - May 21, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Puasa dah tak lama lagi ni, mesti dah siap-siap prepare apa untuk ramadhan bakal tiba nantikan? Jadual terawih tu jangan lupa isi gak weh.. InshaAllah, semoga dapat berterawih macam tahun-tahun lepas. Selain tu gak, ada ke orang yang buat checklist harini nak buka mana esok nak buka mana,minggu depan nak merasa kat mana pulakkan? Haaa.... haritu aku sempat ke Seremban untuk preview buffet ramadhan di Klana Resort Seremban. Dua kali dah aku datang sini. Rindu pulak nak buat team building kat situ. Tapi masa aku datang dengan tean PROJEK TRAVEL kali kedua pun Klana Resort Seremban ni still tak putus-putus dengan customer dia. 


Entri team building di Klana Resort Seremban: baca sini



Mek Onie di Klana Resort Seremban


Yaaaaa,salah satu menu yang paling menarik perhatian aku adalah KIBAS PANGGANG yang di import khas dari Australia juga menjadi hidangan utama buffet ramadhan, memang lain dari yang lain menu dia. Kalau sebelum-sebelum ni kambing bakar, GM Klana Resort Seremban ni nak cipta satu kelainan dengan sajian KIBAS PANGGANG (Dorper Sheep) yang didatangkan dengan SOS BBQ  KURMA dan macam-macam sos ada lagi.. Haaaa,memang first time jugak aku merasa kibas panggang ni. Sedap plus juicy gaissss...



Kibas Panggang



Memang tak lama lagi kita nak sambut bulan puasakan, namun Klana Resort Seremban ni mempromosikan Early Bird Ramadhan dengan harga serendah RM55 sahaja. Kalau harga sebenar dia RM75, jadi ada penjimatan di situ dan makanlah suka hati korang nak makan banyak mana pun. Tapi jangan lupa pulak solat oiiii...kenyang-kenyang jugak,haha...



PROMOSI EARLY BIRD RAMADHAN BULAN MEI KINI SEDANG BERLANGSUNG HINGGA 31 MEI 2016
Harga Promosi: RM55
Harga Biasa: RM75



Masak Lemak Perut Dengan Rebung

Ikan Sembilang Goreng Berlado


Masakkan lauk pauk dia memang selera kampung weh. Sape yang minat masakan kampung tu memang wajib datang sini sebab ada ikan sembilang goreng berlado (my favourite!), nasi hujan panas, nasi putih ada, masak lemak perut dengan rebung,udang harimau lemak tempoyak dan rendang betik muda pun ada....memang perfect habis !


Terdapat 200 menu yang akan dihidangkan pada bulan puasa ni. Jangan tak tahu korang, menu ni dimasak khas oleh chef-chef di Klana Resort Seremban. 



Ikan Bakar


Buah-buahan, Tauhu Sumbat, Rojak Buah dan macam-macam lagi


Kibas Panggang pilihan aku


Perasan tak kibas panggang tu? Arghhhhhh rindu nak makan lagi ni cicah pulak dengan sos bbq kurma. Puas hati sangat ! Perut pun kenyang dah, mata sah-sah ngantuk... Tak larat balik aku dan team Projek Travel stay semalaman di Klana Resort.. 



Lobi Klana Resort Seremban

Antara bilik yang terdapat di Klana Resort Seremban

Bilik malam tu yang aku stay, puas hati sangat.. Memang kalau jalan jauh memang aku stand by baju lebih pun kot-kot tak larat balik rumah, stay jelakan kat situ.... 

Team Projek Travel










Thennnnnn,kul 5.30 pagi dah gerak nak balik shah alam dan terus ke office,haha... aku rasa ni first time aku buat kerja gila dengan bebudak atas ni, haha..apapun aku cukup tidur,kihkihkih... 


Apapun pihak Klana Resort Seremban juga menyediakan pakej Buffet Berbuka Puasa 2016 untuk perseorangan, korporat, kerajaan, berkumpulan kecil atau berkumpulan besar. Yang penting booking date dengan harga RM55 ini sehingga hujung Mei ini je tau korang. Jadi cepat-cepatlah booking sebelum habis bulan 5 ni haaaaa.... Selamat berpuasa semua.



Alamat:
Klana Resort Seremban,
PT 4388 Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Email: info@klanaresort.com.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
016-661 6089
06-766 7888


Salam Sayang,
mekonie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

1 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..