Dinner di Le Meridian Kuala Lumpur.

by - June 22, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku rasa tak terlambat lagi kot nak share kisah Le Meridien haritu. Buat pertama kalinya aku masuk ke Le Meridien Kuala Lumpur yang berhampiran dengan KL Sentral. So, haritu aku naik public transport je. Senang. Dari KTM Batu 3 Shah Alam ambik KTM ke KL Sentral dan sampai je sana aku terus keluar dari KL Sentral menuju ke Hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Alaaaaa,berapa minit je pun dari KL Sentral. Dari KL Sentral lagi dan ada signboard hotel Le Meridien Kuala Lumpur. So follow je signboard tu... Kot sesat ke takkkkkkkkkkkkk jumpa jugak, haaa mohon ringankan mulut la untuk bertanya ye kawan-kawan. Tapi aku ni dah 2 kali jugak masuk area situ sebab sebelum ni aku ke Hotel Hilton. Dia pintu masuk tu satu link jugaklah.



sorry gaisss,video sesuka je ni haaaa...sorry la kalau blur-blur gitu, nak gak upload,kisah~


Actually, masa aku pergi Hotel Le Meridien Kuala Lumpur ni aku baru je sampai dari kursus di Kuala Kubu Bharu. Memang gigih jugak la aku terus gerak ke Hotel Le Meridien Kuala Lumpur ni, haha.. bukan apa...kengkawan ajak buffet dinner di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur . So, aku taknak timbulnya perasaan menyesal tak ikut dan merasa makanan di hotel tu (hahahahaha! boleh pulak ada perasaaan tu) . Jadi aku pergi jugak! 


Sampai je sana, mata aku terus tuju ke makanan. Ya Rabbi, banyaknya makanan. Ikutkan hati nak menangis kat situ jugak. Tapi apakan daya. Takut jugak maskara hilang,hahahahaha (over)..... Yup betul..makanan buffet dinner dorang kat sana memang puas hati. Tu baru tengok aku dah puas hati. Belum rasa dia lagi. 


Mek Onie bersama Chef Jo, Masterchef

Sebenarnya, haritu jugak kami dinner bersama  Chef Jo juga dikenali sebagai Papa Jo, aummmm... Pernah dikatakan Papa Jo ni kekwat, Ya Allah sape pulak la yang kata Papa Jo macam tu? cuba jumpa depan-depan dulu baru tahu macamana nice-nya Papa Jo ni. 


Mek Onie dan Dik Bee



Corner yang ni aku rasa bebudak mesti happy gila termasuk aku,wahahahaha.. Banyak pilihan weh.. Apa yang aku nak korang tahu adalah, menu yang dihidangkan di sana adalah bermula dari menu yang sangat-sangat popular dan hidangan kampung. So, kalau diberi pilihankan. Korang nak terjah belah mana dulu? Haha...Okay kalau aku, aku nak ke corner dessert dulu, yihuuuuuuu.... 


Masakan ini semua adalah sumber inspirasi dari Chef Budiman. Antara menu yang ada adalah kerabu melayu, smoked duck salad with sweet pineapple, lemongrass dan green Jamaica plum.  Macam sambal-sambal pun banyak pilihan. Sape suka nasi beriyani, kari kerbau pun ada jugak. Tak lupa jugak, bubur lambuk pun ada haaaaa.....


Aiskrim Turki


Apa yang aku nak highlight di sini adalah aiskrim turki dia, tak payah dah korang nak pergi turkey semata-mata nak makan aiskrim tu haaaaa, kat hotel ni pun korang boleh dapat, tak percaya tengok sini, hehe....Ada 3 perisa yang dibuat sendiri. Tahukan trick ais krim turki macamana? 


Goreng-goreng corner yang biasa ada di Malaysia ni pun ada jugak, buah-buahan pun ada jugak dan kalau datang sini jangan lupa try teh tarik dia tau. Sedap! Fresh dari oven korang iaitu kebab daging dan kambing panggang bersama rempah ratus arab, garlic mayo, cheddar cheese, sour cream dan roti bakar. 


Pavlova

Nougat Caramel Banana Terrine

Buah Salak
Seafood On Ice


Pilihan Sushi

Japanese Counter 
Sape yang tekak dia tu nak makanan jepun, mohon rasa jugak makanan di sini. Antara yang ada adalah sashimi, sushi, condiments (wasabai, grated radish ,kikoman and Japanese Pickled Ginger), Teppanyaki dan Tempura Counter



Pasta Spiral Carbonara memang superb!

Fruit and choc
A Traditional Feast Buffet Dinner

  • Asian Tapas
  • International Composed Salad
  • Salad Bar
  • Salad Condiments
  • Sauces and dressings
  • Seafood on ice
  • Dressing and condiments
  • Malaysian kerabu and appetizers
  • Lettuces and ulam-ulaman
  • Dressing and sambals
  • savouries and pickles
  • Assorted fruit pickles
  • Porridge
  • Soup
  • Hot Buffet Dishes
Indian Station
  • Non Vege
  • Vege
  • Pickles and chutney
  • Crackers
  • Tandoori & roti
  • Condiments

Japanese Station
  • Sashimi and sushi
  • Condiments
  • Teppanyaki
  • Tempura counter
Malay counter
  • Live goreng-goreng station
  • Malaysian le cucur vs malaya le classic
  • noodle counter
  • condiments
  • kuali ramadhan
  • from the oven
  • pau and dimsum
  • Assorted steamed dimsum

Western Counter
  • Choice of dried and homemade pasta
  • Choice of sauces
  • Carvery of the day
  • Specialty of the day
  • Side

Dessert
  • Waffle counter
  • Condiments
  • Turkish ice cream
  • Live choclate fountain
  • skewers
  • condiments
  • Portion Dessert
  • Dessert Buffet
  • Hot Dessert
  • Cold beverages
  • Live station
  • Hot beverages





Pilihan Dessert



Bukan makanan Melayu je ada, tapi India, Jepun, Barat dan Chinese cuisine pun ada. Kalau diberi peluang lagi sekali, aku pilih makanan barat dulu, wahwahwah...kemain tekak orang Kelantan ni haaaaa...hahaha... Haaaaaaaaa, team kuat makan,eh...Selamat berpuasa semua. Tak lama dah nak raya!


HARGA BERMULA 6.6.2016 HINGGA 5.7.2016
From monday - sunday
RM175nett/ adult
RM87.50nett/ child
SPG members receive 25% discount off total bill for 4-10 diners
Selected credit card discounts apply as well.
"The buffet spread is inclusive of free flow date juice, Sirap Bandung, sugar cane juice, iced lemon tea and hot teh tarik, ABC dan cendol mamak"

Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi:-


Email: dining.lmkl@lemeridien.com
Call: 03-2263 7434

Address:
Level 5 of Le Meridien Kuala Lumpur,
2 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

5 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..