Lokasi Berbuka Puasa 2016: Philea Resort And Spa

by - June 23, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, tahun ini memang banyak berbuka puasa di luar. Ingatkan tahun ni nak fokus berbuka puasa di rumah je aku ni. Alhamdulillah. Rezeki datang pelbagai cara. So, kali ni lepas balik kerja aku terus tuju ke Melaka. Hahahahahaha... Aku rasa kali kedua aku buat kerja gila, nasib baik abah umi aku lepas,wahwahwah...


Dari tempat kerja aku terus ke Melaka mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih jugaklah, dengan jemnya dengan kereta terbakarnya, aku ikut Nilai jela. Pastu drive macam orang apa tah,wahwah... Baru tahu, bosan jugak drive sensorang kat highway tu haaaaa...Kali ni aku ke Philea Resort and Spa, Melaka je.. Lokasi resort ni betul-betul selepas tol ayer keroh kalau datang dari Kuala Lumpur. So, tujuan aku ke Philea Resort haritu adalah untuk berbuka puasa, buat masa ni, ni lah tempat paling jauh aku berbuka puasa,haha... 


Philea Resort & Spa Bersama Anak-Anak Yatim


Berbuka puasa kali ni di Philea Resort sangat meriah dan bersempena majlis untuk meraikan seramai 100 warga emas dan adik-adik dari Rumah Seri Kenangan Cheng, Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz dan Rumah Jalinan Kasih. Majlis ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi pihak Philea Resort kepada masyrakat yang memerlukan. 



Philea Resort & Spa Bersama Anak-Anak Yatim

Datuk dan Datin Memberi Duit Raya Kepada Warga Emas


Tahun ke tahun Philea Resort akan agihkan bubur lambuk kepada rumah-rumah kebajikan dan orang awam pada beberapa minggu lepas. Bagi tahun ini,sebanyak 7000 paket bubur lambuk telah diagihkan dan ini adalah merupakan aktiviti tahunan Philea Resort yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan masyrakat pelbagai kaum di samping memupuk semangat kerjasama sesama ahli-ahli Philea Resort. Warga Melaka ada yang dapat? 


Persembahan Angklung dari Rumah Budak Laki Laki Tun Abdul Aziz

Persembahan Nasyid Dari Rumah Jalinan Kasih


Majlis ini diserikan lagi oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir.Hj.Idris Bin Hj.Haron dan YABhg Datin Seri Datuk Wira Hjh. Fadilah Bte Abdullah. Ditambah seri lagi dengan persembahan Angklung dari adik-adik yang sangat berbakat dari Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz.  Ada jugak anak yatim dari Rumah Jalinan Kasih buat persembahan nasyid. Alaaaa,comel-comel semua. Selain itu, anak yatim dan warga emas pun terima duit raya dari YAB Datuk Seri dan YAB Datin Seri Datuk Wira. Semoga dimurahkan rezeki lagi Datuk dan Datin.


Bersama Ann, Pemilik Roopawan

Dari kiri: PR Indigital Music (fuad), duniapatikdotcom,mawardiyunusdotcom, Ann dan Aku


Antara muka-muka yang gerak dari Kuala Lumpur. Terima kasih Philea Resort kerana menjemput kami ke majlis berbuka puasa. So, malam tu kami stay di Philea Resort je. First time aku stay situ dan dan ke Philea Resort. Sangat-sangat teruja bila sampai di sana. 


Suasana dalam bilik di Philea Resort & Spa

Ruang yang besar dan sangat selesa

Suka Pintu Toilet Tu, Unik!

Love Philea Resort & Spa
Ini adalah bilik aku dan kengkawan, Ya Allah lawa dan selesa sangat bila dapat stay sini. Apa yang menarik perhatian aku adalah design bilik ni. Sangat-sangat cantik dan kalau korang nak tahu, kayu-kayu yang korang nampak tu adalah kayu betul la hoiiiiiiiii...Dimana kayu yang digunakan adalah di import dari Siberia,Rusia iaitu dari Pokok Pine. No wonder la selesa,sejukkkk je malam tu tido...


So,malam tu kami memang stay situ je dan esokkan lepas sahur gerak balik KL. Nanti aku cerita lebih lanjut lagi berkenaan resort ini. Alhamdulillah, terima kasih Philea Resort. Selesa dan yang penting bantal tu rasa nak bawak balik je, best gila. gebu gebas wehhhhhhhh... Apapun, masih tak terlambat lagi untuk korang berbuka puasa di Philea Resort juga. 


Buffet bermula dari 7pm hingga 10.30pm di Oasis Square
Buffet available : 6 jun 2016 - 4 julai 2016
Harga
RM95 nett/ dewasa
RM60 nett/ kanak-kanak (5-12 tahun), warga emas (60 ke atas)




Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan boleh hubungi mereka :-


Call: 06-232 8336


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com



You May Also Like

5 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..