Artis Dan Vendor Di Hari NBOS 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Quite busy lately dan diketika ini izinkan saya berkongsi satu entri berkenaan apa yang akan ada di hari NBOS 2016 nanti. Sape yang pernah baca kisah NBOS 2016 sebelum ini korang mesti tahu apa itu NBOS 2016 ini. NBOS 2016 adalah Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Untuk maklum lanjut tentang NBOS ini korang boleh rujuk di sini



Rasa tak sabar tengok kemeriahan yang akan diadakan nanti. So sape dah block date untuk NBOS 2016 ini korang sangatlah beruntung kerana pelbagai booth dari vendor-vendor yang terkenal seperti dari artis tanah air kita sendiri.









Paling tak sabar nak tengok booth dari Roopawan.com yang menampilkan pelbagai fesyen dan jenama terkenal termasuk koleksi barangan selebriti. Haaaaa, siapalah selebriti tu kan. 




Antara selebriti yang akan buat persembahan nanti adalah Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Bunkface dan ramai lagi. Boleh tengok poster atas ni. 
Antara vendor yang terlibat di Hari NBOS 2016

NBOS 2016 akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Ogos 2016 (selasa). So, kalau sesiapa yang nak berjumpa dengan Perdana Menteri kita bolehlah set masa pada 16 Ogos 2016. 


Selain daripada Booth yang akan berlangsung nanti ada jugak pengundian awam atau cabutan undi untuk Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) iaitu pada 14 Ogos 2016 (ahad) . Haaaaa, kakitangan kerajaan tu jangan lepaskan peluang pulak untuk menghadirkan diri ke NBOS 2016. 


Yang bestnya jugak, ada cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir ke NBOS 2016, haaaaaaa apa lah hadiah dia tu. Rugi jugak ni kalau tak cari satu masa untuk hadirkan diri ke sini. Selain itu, lelongan amal oleh artis-artis popular di pentas utama pun akan diadakan. 


Paling best, kami iaitu PROJEK TRAVEL akan turut serta di booth 17, mana tahu kot-kot kita dapat berjumpa di PICC nantikan. Selain projektravel.com , koleksi byfauziaryaan dan FSYN iaitu koleksi Nisa Kay turut serta untuk jualan nanti,haaaaaa..gebum tak? Jangan lupa set masa korang 14 Ogos 2016 hingga 20 Ogos 2016 nanti ye. Tak sabar jugak nak tengok koleksi Roopawan.com . Apapun tak lama dah hari NBOS 2016 ini nak mula, korang dah siap sedia ke semua? Jumpa nanti tau. Jangan lupa selfie di booth Roopawan.com dan booth-booth yang lain. Bye,jumpa nanti tau :D


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..