Resepi Kari Kepala Ikan Ala-Ala Mek Onie

by - September 05, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Haaaaaaa, rasa dah lama tak syok sendiri share resepi kat blog sendiri,wahwahwahwah. Malu jugak rasa nak tunjuk air tangan tak seberapa dari mek onie ko ni haaaaaa, tapi apa yang aku ajar ni semuanya mengikut citarasa sendiri je haaaaa.... Lain orang lain la caranya kan,wahahahaha.. 


So,kalini mek onie ko nak kongsi macamana nak keletang keletung masak kari kepala ikan ala-ala mek onie. Haaaaaaaa..... Takley kalah la korang punya masakan, aku punya ni bebiasa je haaaaa...tapi dengan penambahan segenggam bendi inshaAllah manusia yang makan turut terhibur dalam masa seminggu selepas makan kari kepala ikan ala-ala mek onie ko ni haaaaa... Tapi serius la, aku ni jenis suka makan kari kari yang ada bendi BANYAKKKKKKKKK...Sekali kaut , 5 ketul bendi haaaaa...Tudiaaaaaaa, aku duk nyembang padia tatau..dah dah..meh la jemput baca resepi kita yang bebiasa ni .....Selamat~




Bahan-bahan:- 

3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
1/2" halia
1 peket serbuk kari mak siti
1 sudu cili blender
2 sudu besar minyak
3 cawan santan
1 kepala ikan
Bendi secukup rasa


  1. Panaskan minyak dalam periuk
  2. Sebelum tu jangan lupa tumbuk bawang merah,putih dan halia 
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau
  4. Masak hingga garing 
  5. Masukkan cili blender bersama rempah kari mak siti
  6. Tumis hingga naik minyak
  7. Selepas itu, masukkan kepala ikan dan bendi selama 3 minit
  8. Masukkan santan
  9. Masukkan garam, asam keping, secubit gula
  10. Dan biarkan masakan tadi mendidih.
  11. Kacau la sikit demi sedikit sehingga kesemua bahan sebati dan tidak berketul
  12. Siap dan korang boleh hidangkan.

Aku part gambar yang last sekali tu kan, terlupa nak ambik gamak dia. Huwarghhhhhhhhhhhhh! Tapi resepi yang aku bagi kat korang ni memang padu rasa kari dia. Sedap pekat likat kau. Kiranya aku guna sepeket serbuk kari ikan mak siti tu jela. Santan tu kena pepandai balance, terlebih santan tak sedap la kang,hihi...



Selamat mencuba makcik pakcik bawang belaka. Masak biar padu ye,hahahaha...





Nak sedap lagi boleh usha sini tau korang:-


Alaaaaa, kalau korang tu balokkkk sangat nak p kedai,order je la haaaa online kat facebook dorang tu. Yang sesapa jenis suka simpan stok untuk buat kenduri 7 generasi tu mohon beli je kat mak siti ni haaaaa.. Rasa rajin sikit korang boleh dapatkan serbuk segala serbuk jenama Mak Siti ni di Tesco, Jusco, Aeon Jusco, Aeon Big, Sogo, Hero, CS Brother, Supermarket dan kedai runcit berdekatan dengan ampa tu haaaaaa... Try la korang beli rencah-rencah jenama Mak Siti. Sedap baq hanggggg... Adik-adik aku kata aku masak sedap, amboiiii... nak suruh pakai serbuk Mak Siti lagi letewwww...Haaaaaa, banyak lagi tu rencah-rencah yang nak kena guna ni, part paling tak sabar nak try masak rendang. Kot la, reraya haji nanti keseorangan, haaaa...nak try gak masak rendang guna rencah Mak Siti kita ni haaaaaa, amin... Harap rajin la hari kejadian nanti,haha :P


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..