BAJET 2017: DISKAUN PTPTN BERKUATKUASA MULAI ESOK 20.10.2016 SEHINGGA 31 DECEMBER 2017

by - October 21, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Siapa yang masih berhutang dengan PTPTN? Sememangnya hutang wajib dibayar. Alhamdulillah, sejak aku peram hutang PTPTN dan bayar kadang on off, rasa macam tak senang duduk. Serius tak senang duduk. Selalu je cek jumlah berbaki di laman web PTPTN. Makin hari makin naik,huhu... dan bulan 8 2016 haritu aku telah membuat pembayaran balik PTPTN sebanyak 80% iaitu baki sebenar adalah RM12k. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk aku. Bukan apa, taknak la satu hari tetiba nama kena blacklist dek pinjaman PTPTN tu dan makin dibiar lama makin meninggi pulak jumlahnya walaupun aku dah sedia ada ujrah tu haaaa....


Alhamdulillah juga, Bajet 2017 kali ni membuatkan aku lagi semangat untuk menghabiskan pinjaman PTPTN sebelum kahwin,eh! Tetiba,LOL...Walaupun aku dah bayar hampir 80% dan masih tinggal 20%, namun diskaun untuk aku masih ada. (Esok atau isnin dah boleh start call untuk kes macam aku ni) Harap-harap adalah diskaun untuk aku mengikut apa yang Perdana Menteri kita bicarakan sebentar tadi di Dewan Rakyat.


Kerajaan bersetuju untuk memberi insentif kepada peminjam PTPTN bagi menggalakkan mereka membuat pembayaran balik dan berkuat kuasa esok sehingga december 2017 tahun depan. 
Antara insentif yang disediakan adalah:
  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.


Apapun, terima kasihlah kerana memberi insentif kepada peminjam PTPTN ini. Walaupun diskaun 15% atau 10%,sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kepada peminjam PTPTN ini. Harap cukai GST what so ever tu tak naik. T_T Semoga negara terus aman dan maju hendaknya. Haaaaa, jangan terlepas tau korang, insentif ni sampai december 2017 sahaja. :)


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

4 comments

  1. Phew, at least dapat juga la diskaun kan. Kurang sikit beban nak bayar balik pinjaman.
    Cepat cepat settlekan boleh focus nak kahwin terus. #EH!

    ReplyDelete
  2. Patutnya dah lama ptptn buat diskaun macam ni sebabnya inyerest yag dikenakan sagat tinggi

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..