PENGALAMAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI

by - October 25, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, benda ni sebenarnya dah lama aku nak merasa sendiri dan alhamdulillah pihak Mega Wedding sudi menjemput aku untuk merasai sendiri pengalaman berada di majlis tersebut. Alhamdulillah masih ada jugak pihak yang sudi menjemput aku untuk merealisasikan impian ni haaaa.. Minggu lepas aku sempat ke majlis perkahwinan beramai-ramai di Marina Putrajaya dan seramai 13 pengantin telah diijabkabulkan di Masjid Putrajaya.  pada 22 Oktober 2016. Sebelum sesi akad nikah, ucapan aluan daripada YBhg. Dato Abd Manaf, Imam Besar Masjid Putrajaya pada hari tersebut dan perasmina persandingan pasangan-pasangan bahagia tersebut pula telah dijayakan oleh YBhg. Dato' Haji Nordin Bin Haji Hassan yang merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Putrajaya merangkap Pengerusi Penduduk Putrajaya.


Tujuan Mega Wedding Malaysia?
Membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan mewah ala persandingan artis-artis kepujaan mereka di Malaysia


Konsep Persandingan ?
Konsep persandingan masa majlis haritu adalah bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Persandingan dalam taman di tepi tasik ini tampak dan sungguh mewah buat pasnagan-pasangan dan tetamu mereka. 



Caj Perkahwinan Beramai-ramai ?
Setiap pasangan dicaj hanya RM6000 untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini dimana harga sebenar dia mencecah hampir RM60,000 iaitu 10 kali ganda dari harga yang dikenakan. Haaaaaaa, mana nak cari RM60,000 tu wehhhhhhhhh? Anak Dato'/Datin/ Tan Sri boleh la weiiiiiiiiiiiiiiii...



Impian Mega Wedding Malaysia ?
Mereka di Mega Wedding Malaysia bercadang akan mengadakan perkahwinan beramai-ramai di lokasi strategik seluruh Malaysia. Inisiatif ini sebenarnya adalah usahasama pelbagai usahawan bumiputra dari pelbagai industri. Projek ini boleh dikatakan non-profit dan merupakan awareness dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibu bapa pengantin yang kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn.Bhd. dan Mahligai Impian Wedding & Events dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.


Mega Wedding Malaysia

Mega Wedding Malaysia

Mega Wedding Malaysia

Mega Wedding Malaysia

Mega Wedding Malaysia

Mega Wedding Malaysia

Mega Wedding Malaysia


Apa yang pengantin akan dapat dengan bayaran RM6000?

  1. 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  2. Menu Briyani Istimewa
  3. Live show daripada band terpilih
  4. Deejay Jemputan dan PA Sistem
  5. Door Gift untuk setiap tetamu
  6. Videografi dan fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
  7. Liputan khas daripada media
  8. Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
  9. Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
  10. Pelamin eksklusif istimewa
  11. Pengurusan majlis nikah di Masjid Putrajaya, Putrajaya
  12. Percuma kad kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
  13. Kek kahwin untuk semua pasangan
  14. Penginapan satu malam di Pullman Putrajaya untuk semua pasangan baru

Siapa penaja majlis perkahwinan beramai-ramai ini?
  1. wedding.com.my (Official portal Mega Wedding Malaysia)
  2. KL Wedding Ministry ( Tatarias Pelamin Mega)
  3. Sweet Pictures (Official Photo & Video)
  4. Kadlawo.com ( Kad kahwin )
  5. Scarfbucks
  6. Yann Rifft Team ( MUA )
  7. My Photobooth
  8. Coffee Corner Faizal Azzuri
  9. Hunny Creations Event
  10. Eddie Photo Video 
  11. KayGifts
  12. iBawal 
  13. Pullman Hotel & Resorts Putrajaya
  14. Marina Putrajaya
  15. Cruise Tasik Putraja

So, bakal pengantin yang tak mampu untuk mengadakan majlis yang boleh mencecah RM10,000 ke atas apakata kalau memilih perkahwinan jenis ini? Memang banyak aku terima kisah dengan majlis kahwin beramai-ramai ini. Tapi cuba kadang-kadang kita perbetulkan balik mentaliti kita dalam hal ini. Andai ada di antara keluara kita yang mengambil langkah untuk adakan majlis begini. Setuju jela. Kan perkahwinan itu mudah. Bukannya menyusahkan kitakan?



Apapun terima kasih banyak-banyak buat Mega Wedding Malaysia kerana sudi menjemput saya untuk merasai sendiri pengalaman ini. Tak sabar nak tengok video dan gambar kahwin dorang. Mesti letop,hehehe..... Pun haritu ada liputan dari RTM iaitu TV1. Terbaik dan aku ucapkan semoga niat murni pihak Mega Wedding Malaysia berjalan dengan lancar. Yang mana belum booking silalah booking awal.. Harga 2017 nanti dah jadi RM7000 tau :D


Apapun, pengalaman aku bila ke majlis seperti ini kita mestilah kena banyak bertanya. Bukan apa, untuk memudahkan kita juga. Kalau di Marina Putrajaya ni masa memula daftar tu korang bagitau korang dari keluarga pengantin yang mana. Mudah crew Mega Wedding nak bagi meja makan. Ramai orang? Sudah semestinya. Time ni kalau boleh kenalah sabar. Kita nak meraikan pengantin dan keluarga pengantinkan? So, kita follow the flow je majlis pada hari tersebut. Berbaloilah dengan bayaran yang telah dibayar tu. Pakej yang ada dalam RM6000 tu pun sangat-sangat memuaskan bakal pengantin.


Tak sabar,eh :P 




ss 
Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh rujuk link di bawah ini:-

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM 
EMAIL:  info@megawedding.my



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

You May Also Like

7 comments

  1. wah murah giler..lehla mek onienanti buat sini..hehe

    ReplyDelete
  2. Haahh..tak sabar nak kawin lagi..kekekee..ehh kawin dgn org yang sama jugak la ;)

    tapi kalau la dulu ada macam ni memang akak join! jimat giler giler okey.

    ReplyDelete
  3. lamanya akak tak singgah sini, akak ingatkan ko yang kawin hihi...meriah giler kalau kwin ramai camni jimat banyak tapi still boleh rasa macam perkahwinan yang grand

    ReplyDelete
  4. berbaloimua siap kek siap penginapan. >,<

    ReplyDelete
  5. Thank you it really help with my project :) keep posting it may help others out there :)

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..