JANGAN RISAU,PENSIL WARNA ANAK ANDA TAK AKAN HILANG DAH !

by - December 30, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Jadi, risau pensil warna anak anda akan hilang pada hari pertama persekolahan? Jangan risau, di sini onie ada penyelesaiannya. Sediakan pensil warna,riben,besi keychain dan gam tembak je.

Jadikan ianya seperti gambar dibawah ini. Taraaa! Siap dahkan? Mudah yang amat. Actually, ini kawan onie punya idea dan boleh pulak lalu di timeline fb onie. Jadi, onie minta izin untuk share idea bernas dari beliau. Haaa! Kita yang dah tua pun teruja tengok idea kreatif sahabat sorang ni. Mudah la pasni, tak perlu risau dah kalau masuk hari ke tiga persekolahan tinggal 3 batang ke,haha... Sebelum aku lupa, kalau korang perasan, ada besi bulat pada riben tu kan? Haaa,silalah gantung di beg anak anda,mihmihmih.. Jom ubah sikap kita untuk pembaharuan dan berjimat!



So, ibu bapa luar sana? Macamana persiapan sekolah anak anda? Apa usaha untuk anda kurangkan kehilangan peralatan sekolah anak anda? Ada idea lagi? Kalau ada jangan lupa share di email saya letopink@yahoo.com . 


Arghhhh! Power jugak kawan aku sorang ni reka jadi macam ni 😂😂😂😂😂 . Good job babe. Semoga menjadi ibu bapa yang mampu mencipta daya kreatif untuk anak anda. 😍

You May Also Like

1 comments

  1. Jangan takut aku tidak bahagia, aku sudah merasa.... https://www.itsme.id/jangan-risau/

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..