PERISTIWA TAK DIDUGA DI EVENT MAHA 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. So, macamana weekend korang semua? Alhamdulillah akhirnya diri ini sampai jugak di MAHA 2016. Bukan apa, haritu aku tengok member-member pakat update tentang MAHA 2016 tapi bila fikir balik berkesempatan tak sebenarnya aku nak pergi ni? Bila adjust time... Nasib baik sempat pergi dan yeahhh! seawal mentari dah keluar rumah. Gigih tak? Haha..Bukan apa, takut parking jauh je sebenarnya,haha...tapiiiii, apa peristiwa yang tak diduga di event MAHA 2016 ni? Haaaaa, jom naca sampai habis.


Bagi yang tidak tahu apa itu MAHA 2016, meh sini aku bagi tahu:-

  • MAHA 2016 ini adalah sebuah event yang berkonsepkan PAMERAN dimana tarikh yang diadakan bersesuaian bersempena cuti sekolah.
  • MAHA 2016 ini bermula pada 1 hingga 11 Disember 2016 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. 
  • Antara pameran yang dipamerkan adalah Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia.
  • Lokasi MAHA 2016 ini diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor dan pameran ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
  • Tema: Makanan Kita Masa Depan Kita ( Our Food Our Future )


Selama 11 hari pameran ini diadakan, sebanyak 1500 gerai telah mengambil penyertaan dalam pameran ini dari pelbagai sektor samada dalam agensi tempatan dan swasta juga dari luar negara. 
Antara gerai yang mendapat perhatian pada orang ramai adalah:
  1. Seminar perniagaan
  2. Peluang mengembangkan rangkaian
  3. Pelancaran produk dan pertunjukan
  4. Teknologi pertanian dan demostrasi inovasi serta pertandingan
  5. Agro Bazar
  6. Rumah Negeri-Negeri
  7. Pertandingan dan penyampaian anugerah
  8. Aktiviti Agro Pelancongan
  9. Promosi Agro Produk
  10. Persembahan kebudayaan
  11. Demostrasi makanan tradisional dan masakan
  12. Pertunjukan kucing
  13. Pertandingan ikan
  14. dan banyak lagi

Apa yang penting, pameran ini telah menyasarkan sebanyak 30 peratus golongan usahawan muda melalui Agro Youth. Bertuah pada golongan muda yang menyertai dalam mengembangkan ilmu perniagaan. 


Korang kena tahu, MAHA 2016 kali ini membawa sesuatu transformasi yang baru iaitu:

  1. Food Security & Sovereignty
  2. Recreation
  3. Knowledge Enrichment
  4. Tourism
  5. Wellness

Setiap point yang dipersembahkan mempunyai objektif masing-masing. Contohnya, pelancongan. Mereka mempromosikan Industri Agro Pelancongan kepada orang ramai dengan mewujudkan beberapa bilik yang sangat cantik. Untuk mengupas kisah ini lebih lanjut lagi jom kita tengok apa yang ada di MAHA 2016 ini. 


MAHA 2016 - LAMAN NANAS

MAHA 2016, MAHA INTERNATIONAL MAEPS, SERDANG
1-11 DISEMBER 2016
10PAGI-10MALAM


PETA LOKASI PAMERAN MAHA 2016


PETA LOKASI MAHA 2016






Ini adalah peta lokasi bagi MAHA 2016 dimana terdapat 4 zon dan aku bermula dari pintu 2. Di MAHA 2016 ini terdapat 14 checkpoint dan tips untuk ke sini adalah sila habiskan masa 1 hari di sini dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Untuk bergerak dari satu ke satu checkpoint anda digalakkan menggunakan trem yang disediakan atau shuttle bus yang menunggu kalian.


Antara tips lain untuk ke MAHA 2016 ini adalah: 
  1. Datang awal seawal mentari bagi memudahkan anda untuk parking kereta dan tidak mengalami kesesakan di jalan raya. Parking di Maha 2016 RM5/entry
  2. Sediakan kelengkapan seperti payung, topi, air minuman, beg, troli untuk angkut barang-barang yang korang beli.
  3. Tak payah nak leletih make up awak weh. Touch up lipstik pun jadi. 
  4. Kuatkan semangat dari segi fizikal dan mental.
  5. Pakai kasut sukan kalau nak selesa.
  6. Pakai pakaian yang selesa. 
  7. Bayi tidak digalakkan dibawa bersama. Kesian dik kalau dia panas ke berhujan ke,huhu
  8. Jaga anak baik-baik, sebab di sini ramai orang.

NAFAS CUBE

DI ATAS TREM

Finally! Jam 9 pagi kami bergerak dari pintu 2 dan terus ke #NafasCube untuk sarapan pagi. Terima kasih banyak kerana sediakan TREM . Walaupun kena berdiri yang penting mudah perjalanan aku kesana kemari demi melawat gerai-gerai dan pameran yang disediakan. Sebab apa guna TREM ni? okay, 

Peristiwa tak diduga 1:
Sesungguhnya dari 1 tempat ke satu tempat jauh juga kalau berjalan kaki.Sebab tu orang ramai yang datang kena menggunakan khidmat trem atau shuttle bus. Nak mudah,datanglah seawal mentari ye.


SARAPAN DI NAFAS CUBE

Sampai je #NafasCube terus menuju ke Cafe dia. Sungguh, sangat cantik kawasan ni. Makanan di sini pun sangat berbaloi untuk korang cuba lelagi nasi lemak dia. Sedap! 

Peristiwa tak diduga 2:
Dari pintu 2 ke Nafas Cube ni sesungguhnya jauh jugaklah. Kami nenaiki trem untuk sampai ke sini. Tapi jangan risau, trem banyak. Rupanya kalau korang ke sini. Haaaa, korang berpeluang untuk melihat sendiri bilik dalam bentuk glamping, kabin dan tube. Bukan tu sahaja, kalau nak menginap pun boleh.


NAFAS CUBE

Antara sarapan yang aku pilih di Nafas Cube ini adalah Nasi Lemak dan Air buah-buahan. Menariknya di sini. Korang kena self-service. Order je kat kaunter dia. 




TURUT BERSAMA KAMI YANG BERHORMAT DATO' SRI AHMAD SHABERY CHEEK

Turut bersama kami semalam adalah Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Kami berpeluang sarapan bersama beliau semalam. Terima kasih banyak Datuk Seri kerana sudi menerima kehadiran kami di sini.



NAFAS CUBE

GLAMPING

GLAMPING

CULVERT 

CULVERT

Antara bilik yang ada dan ketiga-tiga konsep ini membuat aku rasa nak menginap hari tu jugak. Mana taknya, di MAEPS pun boleh ada tempat penginapan dan view yang cantik iaitu berhadapan dengan tasik. 


TAPAK PERKHEMAHAN

Bukan tu sahaja, untuk ke sini aku kena berjalan lebih kurang 5-10minit untuk ke camp Nafas Agro Youth Camp. Semalam adalah siri ke-3 dimana siri ke-3 ni peserta yang menyertai camp ini semuanya kaum wanita dari usia kecil hingga dewasa. Boleh check it out #PinkVillage . 



#MYDOFVALLEY


#MYDOFVALLEY

Yeay! Tempat kesukaan kanak-kanak dan juga kaki memancing serta ibu-ibu. Di sini korang boleh tengok jenis-jenis ikan dan merasai sendiri satay tuna yang kira-kira baru 3 bulan berada di pasaran. Satay yang lembut! Selain itu, korang juga boleh tengok sendiri ikan hiasan air tawar dan marin, pertandingan dan pameran ikan betta, obor-obor dan touch pool.



IKAN TUNA

Selain itu, korang berpeluang tengok ikan tuna sebesar aku tu di bahagian perikanan. Sape tak teruja kan bila tengok ikan sebesar aku ni haaaa..



FLOSS TUNA

Dan korang pun berpeluang merasai sendiri floss tuna. Rasa dia nak sama dengan ayam, tapi bukan ye.

SATAY TUNA

Haaaaa, nilah satay tuna yang aku cakap tadi. Tengok macam satay ayam kan? Haaaa, bukan ! Ini adalah satay tuna tau.




KINGDOM OF SHARKS

Kingdom of Sharks, terdapat pelbagai jenis ikan yu dan penyu di sini. Bawa anak anda ke sini dan rasai sendiri pengalaman berada di dalam Kingdom of Sharks.



IKAN KERAPU

Ikan kerapu belakang aku ni berat dia dalam 400kg . Besar tak? 4 kali ganda dengan berat aku. 


LAMAN PADI


Selain itu juga, aku sempat ke laman padi untuk melihat sendiri pemprosen padi ke beras menggunakan kemudahan yang disediakan. Selain pertunjukan proses padi ke beras terdapat beberapa aktiviti yang ada di laman padi ini antaranya:
  • Kempen 'Hargai Makanan Anda'
  • Badang Bernas
  • Beras 'Drive Thru'
  • Traktor Jerami
  • Dikir Barat
  • Demostrasi Wau
  • Bola Sepak Bendang
  • Alami Suasana Kampung
  • Demonstrasi Pembuatan Bedak Sejuk
  • Demonstrasi Pembuatan Kuih Putu Beras
  • Demonstrasi Pembuatan Kuih Bunga Pudak
  • Demonstrasi Mesin DIY Pemprosesan Padi
  • Demonstrasi Pembuatan Kolum
  • Demonstrasi Menampi Padi/Beras
  • Jualan Beras Wangi MARDI
  • Jualan Beras Istimewa Syarikat FAIZA
  • Produk Sampling dari JFC
  • dan banyak lagi



MARDI

DEMO WAU


JENIS BERAS

BOLA SEPAK BENDANG

First time aku tengok sendiri permainan bola sepak bendang. Macam best, ni kalau diberi peluang nak juga mencuba,haha. Pertandingan bola sepak bendang ini adalah perlawanan dari JUARA TEAM B1 lawan JUARA TEAM B2

Selain itu, ketika aku pergi ke sana terdapat banyak aktiviti dimana orang ramai pun boleh menyertai. Mana tahu, free-free boleh bawak balik beras 2 3 kampitkan?


SAWAH PADI


Beberapa info berkenaan kemudahan yang telah ditransfromasikan adalah dengan penggunaan drone. AGRAS MG-1. Selain itu juga, sebanyak 70% padi yang ada di Malaysia untuk penduduk Malaysia manakala selebihnya iaitu 30% padi dieksport dari luar negara seperti indonesia, thailand dan pelbagai.

KELEBIHAN DRONE
  • Menggantikan penyemburan manual dengan lebih selamat
  • Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh
  • Ketepatan semburan yang tinggi, boleh menghalang penyakit dan serangga perosk dengan berkesan
  • Satu hektar tanah dapat disembur dalam 15 minit, cekap dan menjimatkan
  • Kos penyelenggaran yang murah
  • Disamping itu, drone ini boleh jimatkan air kepada sebanyak 90%. Selebihnya penjimatan racun 30%-40% serta ndan meningkatkan pengeluaran meningkatkan pengeluaran 10% - 20%

AGRICULTURE DRONE
  • Jimat kos
  • Jimat masa
  • Efisien

Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn.Bhd.
TIngkat 11, Menara Peladang, Jalan teluk wsnjsh, 
05200 Alor Setar,Kedang
Fadli: 011-35425744
Fattah: 012-4443020



PLANET PINEAPPLE

PLANET PINEAPPLE

Di laman nanas ni korang boleh merasai sendiri air nanas, aiskrim nanas dan tengok sendiri pokok-pokok nanas. Terdapat 9 jenis nanas yang diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Antaranya:
  • Nanas MD2
  • Nanas N36
  • Nanas Moris
  • Nanas Moris Gajah
  • Nanas Gandul
  • Nanas Yankee
  • Nanas Josapine
  • Nanas Sarawak
  • Nanas Maspine


AISKRIM NANAS

Aiskrim nanas, pertama kalinya aku mencuba aiskrim nanas ini. Sedap dan betul-betul rasa nanas. 


JUS BOB NANAS

Finally, aku dapat juga merasai air dari sahabat blogger sendiri. Terima kasih banyak abang man! Semoga terus maju dalam perniagaan. Sape nak try boleh pergi ke booth no.4 di laman nanas pastu terjah abang manis ni nah. :D


Antara aktiviti lain yang boleh sertai di sini adalah larian dan banyak lagi ! Dasar terkini kerajaan adalah pendekatan NBOS dimana NBOS ini diperkenalkan sebagai satu pendekatan kreatif baharu yang digunakan oleh Kerajaan. Idea disebalik strategi ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber yang sedia ada di pelbagai Kementerian yang terlibat. NBOS menggalakan setiap penggerak inisisatif untuk mengikis pemikiran atau pendekatan kerja secara silo dan berpegang kepada prinsip kos rendah, berimpak tinggi dan pelaksanaan pantas. Oleh itu, membangunkan kawasan tanah terbiar secara bersepadu melalui pendekatan NBOS dengan penglibatan Agroprenuer Muda dan seterusnya menyediakan ruang pekerjaan dan pendapatan bulanan yang tinggi kepada golongan muda. 


LAMAN JENTERA


Di laman jentera ini juga terdapat pelbagai jenis jentera untuk pelbagai proses. Ni kalau bawak anak-anak mesti suka. Jentera yang dipamerkan bermula daripada yang lama hinggalah ke transformasi yang baru. 



CILI BESAR

Cili besar weh! first time aku tengok cili besar ni.. Kalau kat pasaran mahu RM20+ per kg. Sebab penghasilannya sangatlah unik.



Aiskrim Nangka

Air Jagung Klebang Sedap Wei
Lembu Sado ! Besar dan cuba teka berapa kg kah lembu ini! 




BERSAMA BRO FRAMESTONE

Apapun, ini adalah pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Sangat tak terduga kerana event MAHA 2016 ini sangat besar dan hampir cecah 3juta orang ke sini. Yang tak tahan, ndari negeri lain pun ada haaaaaaa...Sanggup deme turun semata-mata MAHA 2016...TERBAIK!!!! Aku harap, tahun tahun depan berpeluang ke MAHA 2016 dan aku akan bawa mak aku ke sini. Mesti dia suka ! Apapun terima kasih MAHA 2016 kerana adakan event begini. Kesimpulannya, golongan muda macam aku ni berpeluang menerjah masuk ke dunia pertanian dan industri asas tani dan dapat memupuk golongan muda masa kini ke arah pertanian dan industri asas tani. InshaAllah, banyak lagi benda nak share, tapi aku akan share di lain entri. :)


Haaaa,sebelum aku terlupa, harini adalah hari akhir event MAHA2016, mohon pergi harini jugak! Sebab rugi kalau korang tak pergi.  !

Salam sayang 
Mek Onie
letopink@yahoo.com


2 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..