BANGLO DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS KINI MILIK NUR SAJAT. DAH,JANGAN MENGATA!

by - January 29, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu lepas aku berkesempatan duduk semeja dinner bersama Nur Sajat iaitu pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn.Bhd. membongkarkan rahsia bagaimana Nur Sajat boleh berjaya sehingga mampu membeli Banglo Dato' Aliff Syukri pemilik syarikat Terlajak Laris. Haaaa, bukan calang-calang orang Nur Sajat ni kerana mampu membeli banglo mewah Dato' Aliff Syukri. Dalam satu temubual khas tempoh hari di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Nur Sajat dan Media lain turut hadir untuk satu temubual khas.


TEMUBUAL KHAS BERSAMA NUR SAJAT


Kalau korang nak tahu, Nur Sajat ini bukanlah datang dari keluarga berada. Namun, beliau berusaha dan belajar dari keluarganya sendiri. Di mana, ibu bapanya hanya merupakan peniaga di Pasar Malam. Dari situ, Nur Sajat tekad untuk mengubah kehidupannya. Walaupun Nur Sajat pernah diherdik kerana fizikalnya. Beliau tidak pernah berputus asa untuk mencapai impian menjadi orang yang berjaya.


Jika korang pengikut setia Nur Sajat di laman instagram, pasti korang perasan Nur Sajat ini turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding dengan orang lain. Dihentam, dicaci sampai la ke hari ini. Tapi, itu semua sikit pun tidak pernah menjatuhkan Nur Sajat. Disebabkan dirinya sentiasa menerima komen negatif oleh netizen-netizen di luar sana, Nur Sajat bangkit dan perniagaannya bermula dengan RM500. Nur Sajat terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Walaupun bermodalkan RM500, Nur Sajat tidak pernah berputus asa untuk memajukan bisnesnya.


Pernah dengar Kosmetik Let's Cantik By Nur Sajat? Kini Kosmetik Let's Cantik By Nur Sajat adalah langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. Selama 2 tahun bersusah payah. Akhirnya Nur Sajat kini digelar JUTAWAN MUDA di usia muda di Malaysia pada hari ini. Selain itu juga, Nur Sajat memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam. 

TEMUBUAL KHAS BERSAMA NUR SAJAT

TEMUBUAL KHAS BERSAMA NUR SAJAT






Semasa temubual tempoh hari, Nur Sajat juga turut berkongsi di mana beliau akan menganjurkan SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula MAC 2017. Menariknya, bila harga untuk menghadiri ke Seminar tersebut adalah RM50 sahaja. Murahkan? Sungguh, Nur Sajat ini bukanlah orang yang tamak untuk berkongsi ilmu sesama peniaga serta peminatnya yang lain. Dengan harga RM50 itu korang semua akan didedahkan dengan tips-tips yang menarik iaitu membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan. Haaaaa, menarik ke tidak topik yang akan dikongsikan oleh Nur Sajat nanti? Dengan harga RM50 je korang.


Berikut adalah Jadual Seminar Bicara Usahawan Bersama Nur Sajat seluruh negara. Haaaa, korang jangan terlepas peluang keemasan ini tau. Seminar akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.


  1. Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru - (Sabtu 4.3.2017)
  2. Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) - (Sabtu 25.3.2017)
  3. Kuantan / Terengganu - (Sabtu 8.4.2017)
  4. Kelantan - (Sabtu 29.4.2017)
  5. Perak - (Sabtu 6.5.2017)
  6. Kedah / Pulau Pinang ( Sabtu 20.5.2017)
  7. Kuala Lumpur / Selangor ( Sabtu 29.6.2017)
  8. Sabah (Sabtu 8.7.2017)
  9. Sarawak (Ahad 9.7.2017)

Apapun, seminar ini terhad kepada 50 peserta terawal dan bagi sesiapa yang berminat korang perlu membuat pembayaran sebanyak RM50 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN.BHD:  2122-73000-5272-1. Untuk perkembangan lokasi seminar, korang boleh follow up di Instagram @nursajat02 di setiap negeri.


Untuk lokasi seminar di Johor nanti ini adalah detail yang terkini:

Tarikh Program: 4.3.2017 (Sabtu)
Masa: 10.00am- 2.00pm
Bertempat: Hotel Tropical Inn, 15 Jalan Gereja, Bandar Johor Bahru,80000 Johor

Selepas korang dah buat pembayaran seperti akaun yang tertera di atas, korang perlu whatsapp details pada Puan Wati di talian 011-1193 8834 atau Puan Akmal di talian 016-988 8217.

Whatsapp details: 
Nama:
No.Ic:
No.Tel:
Lokasi Seminar:


Terima kasih banyak Nur Sajat kerana sudi meluangkan masa bersama kami semua pada tempoh hari. Beliau sangat humble dan tak kekok untuk berkongsi tentang perniagaannya juga. Sempat jugaklah korek rahsia tentang tips kecantikan daripada Nur Sajat. Korang, kalau nak putih macam Nur Sajat, cepat-cepat booking tauuuuuuu... Jangan risau. Tiada barangan terlarang tau. InshaAllah, ada masa dan peluang kita berjumpa lagi ye Nur Sajat. Seronok sangat bila duduk semeja dengan Nur Sajat. Ada sahaja kisah yang nak diceritakan dan tak kering gusi dibuatnya,hahahahahahaha.... Miss u sajat! Jangan lupa Mek Onie,muah!haha..Sebelum terlupa, tahniah Sajat kerana telah memiliki banglo mewah Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris. Seronoknyaaaaaaaaaa. Lagi seronok kalau dapat ke sana. Selama ni tengok je kat televisyen. Huwarghhhhh!



Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


You May Also Like

3 comments

  1. Pagar dia pun saya tak mampu beli.

    ReplyDelete
  2. singgah jap .. jom singgah blog shahril plk ...

    ReplyDelete
  3. Fuhhh jangan mengataaaa. Tagline dia mahal weyhhh. 😂

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..