DAPATKAN CASHBACK KORANG BALIK DI SHOPBACK MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. So, siapa kaki shopping di sini? Mesti ramai yang suka shopping online kan? Tak kisah la shopping di website mana. Tapi untuk perkongsian aku kali ini, aku nak bagi tahu korang bahawa, kita semua sebenarnya boleh berjimat lagi di ShopBack Malaysia. Cara dia sangatlah mudah sebenarnya. Apapun, korang kena la daftar dulu ShopBack ni sebelum aku terangkan lebih lanjut lagi.


SHOPBACK MALAYSIA






Apa itu ShopBack?

ShopBack ini telah wujud sejak tahun 2014 lagi di mana ianya bertujuan memberi pulangan tunai iaitu cashback sehingga 30% kepada pelanggan apabila mereka membeli-belah di lebih 1000 stor online. Kalau korang nak tahu juga, ShopBack telah menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntungkan kedua belah pihak. So, bila korang shopping di salah satu stor online yang terpilih menggunakan ShopBack ini, korang memang akan dapat pulangan tunai korang balik dalam bentuk cash. Jadi, korang tunggu apa lagikan? Nak cash korang balik ke tak? Sebelum korang misunderstanding balik kisah ShopBack dan Cashback ini, aku nak bagi tahu korang.. bukanlah semua stor online akan memulangkan tunai sehingga 30% tau. Hanya stor online yang terpilih sahaja. Sebelum tu, kalau korang bukak website ShopBack ni, korang boleh nampak berapa % Cashback korang akan dibayar balik pada anda untuk stor online tu. 


Beribu pejabat di Singapura dengan pejabat beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, Indonesia dan Taiwan. Shopback adalah satu printis yang memperkenalkan cara membeli-belah serba baru ke arena membeli-belah online di Asia Tenggara sejak September 2014.


Macamana nak dapatkan pulangan tunai (Cashback) ?

Apabila pembeli berjaya membuat transaksi pembelian di mana-mana stor yang berhubung dengan laman ShopBack, penjual online yang membuat keuntungan dari pembeli akan memberi komisyen kepada ShopBack. Kemudian, ShopBack akan berkongsi komisyen ini dengan pembeli yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai.


Anugerah:

September 2016 :-
📢 Emerging Enterprise Award pada Emerging Enterprise Award kali ke-9 yang dianjurkan oleh The Business Times dan OCBC Bank.

Oktober 2015 :-
📢 Gold Award, kategori Best Start-up (Growth Stage); Silver Award, kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers) pada Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7 yang dianjurkan oleh SiTF


Aku tahu, mesti ramai yang suka membeli secara online kan? Kali ini korang dah takkan menyesal lagi kalau nak shopping di online. Bukan menjimatkan tenaga dan masa je. Malah, korang pun boleh dapat duit korang balik. Ada antara kalangan korang mesti suka membeli di Althea, Sephora, Zalora, ASOS, Taobao, Groupon dan Lazada kan? Selain itu, korang nak pergi melancong pun mudah dah sekarang, sebab website-website seperti Agoda, Expedia, Booking.com dan AirAsiaGo menjanjikan cash rebate pada pembeli yang berjaya membeli di website tersebut. Banyak lagi website tau. Korang boleh check sendiri stor online mana yang terpilih di website ShopBack.


Jangan lupa jugak shopping di sini korang weh!


Cara SHOPBACK berfungsi:-

Langkah 1: Pilih lebih daripada 500 stor online di ShopBack
Bila korang dah berdaftar di akaun ShopBack. Korang boleh ke stor online yang terpilih untuk memulakan shopping anda. Pelbagai pilihan boleh korang pilih antara kategori yang ada seperti fesyen,travel, food, beverage, elktronik, lifestyle dan macam-macam lagi.

SHOPBACK MALAYSIA

Langkah 2: Get redirected to the merchant's website
Bila dah pilih stor online mana korang nak shopping, benda paling simple adalah korang kena klik "SHOP NOW" seperti gambar di bawah ini untuk terus ke website yang anda nak membeli belah tu. Dari situ, korang shopping macam biasa je.



SHOPBACK MALAYSIA

Langkah 3: Jana pulangan tunai korang atau pun Cashback korang tu.
Bila korang dah buat pembayaran di website yang korang shopping tadi tu, korang punya pulangan tunai akan ditambah secara automatik di akaun ShopBack korang tu dalam beberapa hari. Bila korang nak redeem balik. Cash tu akan jadi 'CASHED OUT' dan akan transfer ke bank korang tu.


Mudah je kan?
Ataupun, korang boleh tengok cara-cara dia di sini >>>>YOUTUBE SHOPBACK MALAYSIA<<<<



Haaaaa, tunggu apa lagi korang? Jangan lupa daftar akaun ShopBack korang tu! Masa ni la nak shopping tapi dalam masa yang sama korang boleh berjimat jugak. 




Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


5 ulasan:

  1. Beneran asyik nih, belanja online mudah bisa cashback pulak..

    BalasPadam
  2. Banyak juga pulangan menarik yang dapat diperolehi dari ShopBack ni. Kalau dah lebih 500 stor online ShopBack yang boleh didapati, bermakna peluang untuk menggunakannya lebih mudah.

    BalasPadam
  3. Wowwww. Nak register lahh cemni.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..