JALAN-JALAN KE PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT

by - January 15, 2017

Bagi peminat Pantai. Dah tentu korang pernah sampai ke Pantai Bukit Keluang di Kuala Besut, Terengganu kan? Kebetulan bulan 12 tahun 2016 aku dah sampai ke Kuala Besut, maka terus jugaklah aku menjejaki kaki ke sini bersama keluarga aku. Kalau korang nak tahu, Pantai Bukit Keluang ini mempunyai Bukit yang dikenali Bukit Keluang yang terletak betul-betul di tepi pantai. Haaaa, sebab tu lah nama dia Pantai Bukit Keluang. Kemudahan awam di sini seperti gerai makan, tandas, surau dan pondok untuk bersantai. Tapi masa aku pergi, toilet dia sedih jugaklah. Bayar RM0.50 tapi tak terjaga pun. Kan best kalau tempat-tempat awam macam ni dijaga dengan elok. Mesti orang selesa. 


Kalau korang nak tahu, di tepi Bukit Keluang iaitu di persisir pantai terdapat sebuah titian untuk menuju ke beberapa gua yang terbentuk disebabkan oleh hakisan ombak. Tapi masa aku pergi titian yang berada di persisir pantai tu dah pun takde. Aku dengan adik aku gigih jugaklah haritu nak ke gua di tepi persisir pantai tu. Tapi, disebabkan aku pakai CANTIKKKKKKK sangat. Dengan selipar licin, jadi aku buat keputusan untuk patah balik je. Sekerat jalan je wak, panjat titi tu. Kebetulan ombak time tu tinggi, maka tak dapat la nak menyusuri di tepi-tepi tu. Sedih jugak. Sebab baru nak ketip-ketip gambar area gua tu. Tapi tak tercapai la aku nak ke sana. First time aku sampai ke Pantai Bukit Keluang ni. Terkesima jugak aku tengok mula-mula.


Tapi bila ternampak area titian tu ramai orang. Jadi aku pun gigihlah ajak adik aku panjat-memanjat ke sana. Sebab aku tengok ada jugak orang perempuan panjat memanjat tang tu. Tapi bila kena part aku, aku mampu buat separuh jalan je. Sebenarnya titian tu dah lama pun roboh. Titian tu roboh kerana tidak diselenggara dan tidak dijaga dengan baik. Sebab tu la, titian tu roboh. Kalau tak serius cantik gila kot view kat titian tu. Tak percaya korang google la.

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU
PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

Belakang aku tu la Bukit Keluang dan juga Pantai Bukit Keluang. Kat belakang aku tu jugak ada titian untuk ke beberapa gua. So, korang boleh nampakkan aku pakai baju macamana? Hahaha... Macamana la nak panjat memanjat titian tu dengan baju macam ni. Actually, baju takde masalah. Yang bermasalah selipar aku tu licin,huhu..Kalau korang nak tahu. Belakang Bukit Keluang tu jugak ada sebuah Pantai Air Tawar yang menjadi kegilaan kaki pancing untuk memancing ikan air tawar. 

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

Nampak tak selipar apa aku pakai time tu? 
HAHA

PEMANDANGAN DI PANTAI BUKIT KELUANG

Antara pemandangan yang terdapat di Pantai Bukit Keluang. Time aku pergi, redup je. Pastu hujan. Maka, tak boleh lama aku dan keluarga aku di sana. Tapi serius best. Lokasi ni memang sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Taman permainan pun ada. 

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

Nampak tak, antara satu sudut titian yang ada dah pun punah ranah dek tidak diselenggara oleh pihak tertentu. Tak tahu jugak, kalau disebabkan air masin di Pantai ini yang menyebabkan titian ini roboh. 

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

Kalaulah, titian ini masih elok hingga ke harini, dah tentu ramai pengunjung yang akan ke sini untuk meneroka beberapa gua di Bukit Keluang ini. Aku mampu sampai ke tiang pertama tu je weh. Nak sampai situ pun hazabedahhhh sungguh. Naik turun dengan kedalaman 5 meter, wakakakaka..Jenuh..

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

Antara pemandangan yang terdapat di Pantai Bukit Keluang. Kalau korang perasan, gambar bawah ni masih kelihatan air bukit yang menitis. Sejuk je air dia. InshaAllah, kalau diberi peluang lagi, nak je aku teroka kawasan ni, tapi kenalah pakai pakaian yang bersesuaian. Yang peliknya, walaupun titian ni dah roboh, pihak tertentu masih buka laluan ini pada orang ramai dan sehingga ke hari ini.. aku masih tidak dengar berita kemalangan di kawasan ini.

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU

PANTAI BUKIT KELUANG, KUALA BESUT, TERENGGANU


Begitulah kisah dia. Seronok kalau titian di Pantai Bukit Keluang ni masih elok. Bolehlah tengok view yang cantik di sini. Semoga ada pihak berkuasa yang menyelenggara titian tu. Terima kasih korang sudi baca entri Pantai Bukit Keluang ni,hehe...

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com




You May Also Like

1 comments

  1. Cannot move on tengok Mekonie. Lawoooo orangnya.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..