12 February 2017

LAKARKAN DETIK MANIS ANDA DI STUDIO PHOTOSHOOT KAIO STUDIO

Banyak sangat dah studio photoshoot sekarang. Photographer pun bertimbun dah sekarang. Tapi kat mana la studio photoshoot yang terbaik?Photographer yang terbaik? Harga terbaik? Korang ! Dari tahun tahun yang lepas lagi aku dah kenal dengan Kaio Studio ni. Dia punya team memang mesra alam! Friendly pulak tu. Kau yang keras terus jadi pap pap pap pap pap di mana posing kau akan bertukar secara automatik dengan guideline dari team Kaio Studio. Haaaaa, korang nak kata aku berlakon dalam menaip entri korang cakaplah! Sebab aku sendiri kenal team Kaio Studio ni macamana. Kerja dorang memang perfect! Macam tahun lepas, dia share ilmu asas macamana nak ambil video. Kau selama ni tekan REC lepas tu pappppppp! Siap! Salah weh rupanya teknik ambil video. Nasib baik team Kaio Studio ajar serba sedikit semasa di Studio Photoshoot beliau. Walaupun ASAS sahaja yang diajar. Dia ajar macamana nak setting ISO segala bagai. Ingat lagi dok Kaio? Sungguh tak kedekut ilmu aku kata kat korang. Ingat sampai sekarang macamana nak ambik video.


Lagi best, di Kaio Studio ni jugak korang boleh lakarkan detik manis bersama yang tersayang ke, bersama family ke, bersama sahabat ampa semuakan. Seriussss! Ini yang aku katakan studio photoshoot yang terbaik yang ada di Shah Alam korang weh.... Dahhhhhh, jom tengok apa aku nak cerita tentang KAIO STUDIO dannnnnnnn jom jugak tengok gambar letop kebabommmmmm dari ABAM-ABAM KAIO STUDIO kita ni haaaaaaaa..... 3 bulan tak boleh move on. Mesti nak kena tengok je gambar doranggg! Aummmmmmmm sangat!

PHOTOSHOOT STUDIO TERBAIK DI SHAH ALAM
APA MEK ONIE KATA TENTANG KAIO STUDIO?

😍 BEST!
😍 PHOTOGRAPHER TAK KEKWAT LANGSUNG!
😍 STUDIO SELESA WEI
😍 GAMBAR SEMUA MELETOP KEBABOM
😍 KORANG KAKU MACAM KAYU? JANGAN RISAU, BANG-BANG KAIO STUDIO ADA UNTUK AJAR KORANG TAK JADI KAKU.
😍 LIGHTING TERBAIK.
😍 KELENGKAPAN SEMUA CUKUP
😍 STUDIO KAIO STUDIO MUDAH JE NAK CARI. KAT SEKSYEN 13 SHAH ALAM JE WAK.
😍 BANG-BANG KAIO STUDIO SEMPOI! DAH TU JE NAK KATA,WAHWAHWAH..



TIPS SEDIKIT DARI SANG ONIE NI:-

😍 CUMA, KALAU KORANG NAK SHOOT DI STUDIO KAIO NANTI, BAWAKLAH PROP LETOP KORANG TU.
😍 BELAJAR POSING AWAL-AWAL. TENGOK JE KAT IG TU HAAAAAA....



Bila lama-lama aku kenal Kaio Studio ni, tup tup aku dapat tahu di mana mereka telah meluaskan sayap ke pelbagai genre. Just WOWWWWWWW! Sebab aku rasa macam kenal tahun lepas je dengan Kaio Studio ni tup tup depa dah banyak genre! Paling terkejut bila Kaio Studio jadi Official Photographer pada Satilla Melvin dan Shaheizy Sam punya wedding wakkkkkkk! Time tu dalam hati aku, " mak aiiiiiii.... Kaio Studio ni bukan sebarangan photographer aku kata" Terbaikkkkkkkkk wehhhh!


Bila wujudnya Kaio Studio ni? Haaaa, Kaio Studio ni bermula sejak tahun 2012 dah pun. 6 tahun dalam bidang fotografi dan mereka juka bermula sebagai wedding videographer sahaja. Tapi sekarang ni, Kaio Studio makin berkembang kepada perkahwinan, event, pengiklanan, video kempen dan program TV.


Selain daripada perkembangan Kaio Studio ini, pelbagai pencapaian telah dicapai oleh Kaio Studio,antaranya adalah :-

Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. Korang boleh klik >>> sini kalau nak tengok

★ Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.

★ Pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.

★ Kalau korang nak tahu, Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara pernah bekerjasama untuk mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio. Siapa mereka? Yes. Mereka yang menggunakan khidmat Kaio Studio ini adalah orang yang ternama iaitu pereka fesyen yang terkenal di tanah air Malaysia.

★ Para selebriti dan jenama-jenama pakaian ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi. Cukuplah nama yang tersenarai ini sudah cukup popular dan ternama untuk menggunakan khidmat Kaio Studio. Tambahan lagi, Dato Siti Nurhaliza pun hire Kaio Studio semata-mata untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio.


Nak tahu atau tengok hasil karya Fesyen dari sentuhan Kaio Studio korang boleh tengok di sini. Dah tentu korang akan jadi cair hati!


PENGALAMAN SEMASA BERPHOTOSHOOT DI KAIO STUDIO. 

Ini adalah pengalaman pertama aku berphotoshoot di White Studio dan Black Studio, Kaio Studio. Lokasi Studio Photoshoot ni sangatlah senang dan selesa. Studio photoshoot ni pun sangatlah selesa dan cantik. Haritu, aku ada 3 persalinan di mana aku kena salin 3 pakaian termasuk baju yang aku pakai masa datang photoshoot haritu. Apa yang menariknya di studio photoshoot Kaio Studio ini, dari A - Z lengkap. Maksudnya lighting original iaitu lighting dari luar tingkap. Pastu, kelengkapan photoshoot pun sangatlah banyak. Ring light pun ada weh. Hehe...



Haiiiii awak, sudikah... haaaaaa.... 
Baju yang ni aku kata. Padahal biasa, bila Kaio Studio tembak,fuh!

Seorang kayu tapi bila Team Kaio bagi guideline, nahhh!

Cantikkkkk yakmat! Tq KAIO STUDIO!


Disebabkan aktiviti haritu photoshoot, maka aku bermula dengan make up make up bersama MUA pilihan aku. Kisah MUA tu nanti aku update entri lain tau. Serius, mudah gila untuk MUA ambik gambar sebab ada pencahayaan dari luar tingkap. Nak bergambar pun mudah korang weh. Sebab ada lighting original kat situ. Lepas dah setel mekap semua tu, aku tukar baju pilihan haritu. Maka dah siap semua tibalah masa untuk aku feeling-feeling model depan kamera bersama team Kaio Studio. Sungguh, tetiba aku jadi kaku haritu, padahal kalau sendiri yang ambik gambar rilek je. Tak la pulak kakukan. Ni mesti sebab photographer haritu letoppppppp sampai aku pun tak boleh nak fokus untuk posing lelebih,HAAHAHAHAHA..


Gambar atas ni aku pakai baju bebiasa je kot. Tapi bila team Kaio bekerja. Ni lah hasil dia! nak tercampak rasa weh. Terus nampak PERFECTTTTTTTTTTTTT!




Cari tempat gambar untuk pre-wedding? Haa, di Kaio Studio ada penyelesaian dia.



PHOTOSHOOT STUDIO TERBAIK DI SHAH ALAM

PHOTOSHOOT STUDIO TERBAIK DI SHAH ALAM

PHOTOSHOOT STUDIO TERBAIK DI SHAH ALAM

Tapiiiiiii ! Bila aku dah kaku macam tu, team Kaio dah mula faham apa yang tak kena dengan aku. Lepas pada tu, haaaa...onie buat macam ni buat macam tu...mata pandang sini...okay pandang bawah...tangan letak kat pinggang sambil team Kaio ketip kamera depa. Hasilllllllllll dia letoppppppp!!!!!! Pernah sekali aku kena photoshoot dengan photographer, tapi dapat pulak photographer yang straight macam kayu. Akhir sekali, gambar kau macam kayu, hahahahhahahahahahaha...langsung tak membantu. Tapi bila shoot dengan Kaio Studio ni, aku sangat berpuas hati sampai nak kasi 11 bintang dari 10 bintang. Boleh macam tu? Dorang layankan je korang nak posing macamana. Tak kedekut picit butang kamera. Depa memang melayaaaaannnnnnn je korang posing. Yang penting, lepas ambik gambar time tu gak boleh tengok hasil dia. Gambar pun cepat gila dapat. Laju betul dorang buat kerja. Respek weiiiiiiiii! Mudah sikit la nak share pengalaman berphotoshoot di Kaio Studio. Sebab gambar memasing dah dapat haritu. Memang ini baru terbaikkkkkkkkkkkkkk! Tak pernah aku jumpa studio photoshoot yang terbaik di area Shah Alam ni haaaaaaaa. Pun korang boleh pilih nak white studio atau black studio. Pilih je. Dorang no hal lah! Kalau korang nak tahu, hari tu aku photoshoot dari jam 10pagi sampai 6petang. Kau rasa? HAHAHHHA...dan paling penting, dorang stay kat situ sampailah kami semua balik.


Koranggggg! Bagitahu je Kaio Studio korang nak shoot apa, dorang boleh buat punya. Hasil dia memang letop!




SERVIS APA YANG ADA DI KAIO STUDIO INI?

★ Fotografi Perkahwinan dan videografi
★ Fotografi Korporat dan videografi
★ Video Komersial
★ Kempen video dan fotografi
★ Video muzik
★ dan banyak lagi.


Macam video muzik tu kan, KAIO STUDIO pun pernah membuahkan hasil untuk artis tersohor Malaysia seperti Tasha Manshahar (OH,NO!), SYED SYAMIM DAN TASHA MANSHAHAR (RAGU-RAGU), AZLAN & THE TYPEWRITE ( PASAR KARAT), BIMASAKTI (MARYAM), ZAROLL ZARIFF ( JANGAN KAU KEMBALI ) DAN BANYAK LAGI. Haaaaaaaaa, korang boleh tengok >>>>>> SINI <<<<<<<<


Korang boleh cek di website Kaio Studio kalau nak tengok segalanya. Hasil gambar dan video pun korang boleh tengok di website. Kawan aku pun dah guna khidmat KAIO STUDIO. Korang boleh tengok >>>>>>>SINI<<<<<<< Korang bila pulak? Apaun, terima kasih banyak-banyak KAIO STUDIO kerana sudi shoot kami semua dengan hasil yang gebummmmmmm dan yang pasti semua orang puas hati! Kita suka yang amattttt! Bolehlah nanti, kahwin kita hire KAIO STUDIO! Bestttttt yakmat.


BERMINAT DAN MACAMANA NAK HUBUNGI KAIO STUDIO?

Lokasi dia mudah je tau korang. Yang penting korang waze je KAIO STUDIO. InshaAllah jumpa. Bangunan Kaio Studio ada di hadapan Acapella Apartment di Seksyen 13, Shah Alam atau ini alamatnya:


KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN.BHD.
1-06, MITEA RESIDENCE OFFICE,
NO.5 PERSIARAN SUKAN, SEKSYEN 13,
40100 SHAH ALAM,
SELANGOR




Salam Sayang, 
Mek Onie
letopink@yahoo.com


9 comments:

  1. Kaio Studio ni la yang viral sebab freeze video tu kan? Terpukau dengan hasil artworks diorang. Kudos!

    Yang bestnya tu diorang walaupun dah dapat nama, tapi still tak kedekut nak share ilmu. Moga terus sukses. Suka tengok gambar-gambar photoshoot korang. Happy je semua. Kualiti pun cantik!

    Next time kalau ada job fotografi, tahu la siapa nak cari kan? Thanks sebab kongsi Onie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah !yang video freeze dia plus banyak dah...sebab dia banyak shoot artis. Yessss! dorang sangat sempoi dan tak kekwat langsung pojie.... mudah bekerjasama dengan dorang... Tq pojie sudi baca entri onie :D

      Delete
  2. owh kat sini yang korang shoot gambar pre wed tu kan

    ReplyDelete
  3. Osem tau kaio ni. Tp tu la.. nak lagi awesome kalau aril ada. Ahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula,nape aril taknak join rituuuuuu!

      Delete
  4. Hebatlah. Siap buat music video lagi.

    http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. cantik sngt semua gambar onie.. <3 busyra ada baca jgk pasal ni di entri nisa kay. :)

    ReplyDelete
  6. wowww onie datang shoot pre wedding rupanyaa.. so photoshoot dengan kawan2 blogger ni kire cover cover je la yee ? HAHAHHAHA

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..

About

About [span]me[/span]
Hello, I'm Mek Onie

Love Eat, Window Shopping (HAHA), Make Up & Online.Friendly. Love To Laugh. Love My Passion.Do What U Love & Love What U Do. Any Invitation Or Enquiry, Please Email Me [at] letopink@yahoo.com ,TQ

online

Blog Archive