SAMBUTAN HARI WANITA BERSAMA TOKOH HEBAT WANITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. First time aku join sambutan hari wanita ini. Nak pulak bersama tokoh hebat malam tu. Seronok jugak bila dengar cerita dari inspirasi terhebat ni. Terima kasih Stellavingze International kerana sudi menjemput saya ke Majlis Sambutan Hari Wanita bersama tokoh terhebat iaitu Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen, Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang dan Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International.



Sebelum tu aku nak berkongsi dengan korang, Stellavingze Smart Star ditubuhkan untuk peningkatan nilai kewanitaan. Antara objektif lain adalah untuk membantu wanita dalam menguruskan diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak dan mempunyai kehidupan yang seimbang dan indah. Kalau korang tahu, Stellavingze Smart Star ini mempunyai kursus 90 hari Stellavingze Smart Star. Antara program yang ada selama kursus 90 hari adalah kelas imej, kesihatan dan kecantikan, pembentukan minda dan rohani, pengurusan rumah tangga, interaksi bersama anak dan formula kehidupan yang seimbang dan indah. Bila korang dah menamatkan kursus 90 hari Stellavingze Smart Star ini korang akan diraikan dan akan dilahirkan sebagai seorang wanita yang lebih bahagia. Syarat-syarat kemasukan mudah je yang penting korang bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita dan korang perlu menjadi ahli Stellavingze International :)


Stellavingze Guiding Star ini melahirkan usahawan wanita berkredibiliti. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada wanita untuk mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan, membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya dan mentransformasikan bakat kepimpinan anda dan membantu orang lain untuk berjaya. Stellavingze Guiding Star ini menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh. Mereka juga menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran dan menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. 

Kursus dan latihan yang disediakan adalah seperti:
💗 Kelas Imej Perniagaan
💗 Latihan Skill Perniagaan
💗 Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
💗 Latihan Professional Kesihatan dan Kecantikan
💗 Kelas Pengurusan Perniagaan
💗 Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan penyertaan:
Pendidikan: Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/ lebih
Umur: 25 - 60 tahun


Semasa sesi diskusi bersama tokoh terhebat, banyak input yang aku ambil antaranya adalah seperti:

 Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
💗 Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau juga mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian kerana wanitalah yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa. 
💗 Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunyai prinsip dan integriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempmpinan keluarga mahupun organisasi.



Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen
💗 Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga.
💗 Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. bagi wanita yang bekerjaya pula beliau menasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.


Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
💗 Datin Noor Faezah berkongsi pendapat bahawa wanita yang hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik.



Dan banyak lagi perkongsian yang dikongsi oleh tokoh-tokoh hebat ini rasa tidak menyesal datang ke majlis sebegini. Best! Banyak input yang boleh kita ambil. Mana taknya, mereka semua ini adalah wanita yang berpengalaman dan hebat! Selamat Hari Wanita buat seluruh wanita semua. Semoga kita menjadi wanita yang hebat! :)


Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

0 Komen:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..

Follow @mekonie