#GETACTIVE DENGAN KAD VIP DARIPADA WATSONS MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyyyy! Finally, Tahniah pada Watsons kerana telah melancarkan Kad VIP Watsons dengan ganjaran bagi kelab kesihatan. Sejujurnya, aku bukanlah orang yang sangat rajin untuk bergiat aktif dalam sukan. Tapi nak kekalkan kesihatan? Haaaaa, macamana tu kan?  Tapikan, benda-benda yang berkaitan senaman ni kan kita kena buat selalu, kalau kau dah tinggal lama dan kau baru nak buat senaman...Haaaaa, esok lusa silalah menangis kebanjiran disudut peti ais... Dia benda-benda senaman ni perlu konsisten weh. Jadi bila kita dah buat dan biasa dengan skill yang ada, inshaAllah kita punya kesihatan dalam keadaan yang baik. Tapi ada jugak manusia yang bersenam dengan tujuan untuk berdiet. Satu la, kalau bertujuan untuk diet jangan lupa untuk makan juga uolssss! 




So, apa kaitan entri diet-diet kesihatan dengan Kad VIP Watsons ni korang weh? Haaaaaaaa, kalau nak tahu... Watsons telah lancarkan Kad VIP Watson dengan pelbagai kelebihan yang korang bakal dapat. So, apa yang korang akan dapat tu? Sebelum tu, kalau korang nak tahu, ada 4 orang duta yang telah dilantik oleh Watsons sebagai duta #GETACTIVE. Banyak ilmu yang aku perolehi dari duta-duta ni. Antara dutanya ialah, Lenna Lim, Ann Osman, Kit Mah dan Mark O'dea.


Setiap duta yang dilantik ni, mempunyai kebolehan dan sukan yang berlainan jenis dengan minat masing-masing. Antaranya, Lenna Lim adalah seorang pelakon dan cyclist. Seperti Lenna Lim ni,dia manage masa dia untuk melakukan senaman dan ini adalah tips kecantikan sebenar beliau.  Walaupun busy, Lenna Lim tak lupa untuk berbasikal setiap minggu. Dengan cara berbasikal, Lenna Lim ni dapat menenangkan fikiran Lenna dan dengan cara tu juga dapat mengekalkan kecergasan Lenna. Serius Lenna ni cantik yang amat :D


Yeah! My leader! Ann Osman. Rupanya dah kahwin Ann Osman ni, tapi still letop kebabom. Kalau korang nak tahu, Ann Osman ni adalah selebriti Malaysia dan juga perempuan pro yang pertama bagi fighter MMA. Sukan yang diminati oleh Ann Osman ni sebenarnya diminati oleh kaum lelaki. Ada tak antara pembaca dari korang yang berkaum lelaki atau perempuan meminati sukan macam ni? Actually sukan macam ni memerlukan tenaga yang banyak dan perlu displin  dengan diet yang seimbang dan senaman yang konsisten. Haaaa, memang style gila Ann Osman punya skill, ada satu skill Ann Osman. Round Attack ke apa tah nama dia, sekali Ann Osman angkat, fuh! terkesima kami semua. Walaupun orangnya renek, namun dengan ketinggian macam tu Ann Osman tak pernah putus asa dan juga disebabkan sukan ini ramai diminati oleh lelaki namun Ann Osman terus terjerumus dan sekaligus terus dikenali. 





Sedap jugak makanan sihat dari Nutri Grains ni, hehe... Dia keledek tapi dijadikan makanan yang sihat sebenarnya sedap. 




Seterusnya, duta ketiga adalah Kit Mah iaitu Fitness Influencer. So, kalau korang nak jaga kecergasan dan minta pendapat boleh follow Kit Mah. Tertariknya, bila Kit Mah ni berkongsi satu ayat iaitu "There should be no excuse when it comes to exercise and having a healthy diet because your body needs to be loved by yourself. Hence, we should find time to exercise and not giving excuses while taking the extra mileage to have decent healthy diet. 


Duta yang keempat adalah Mark O'dea. Apa yang Mark O'dea tinggalkan pesan adalah selain kita melakukan aktiviti yang berkaitan dengan fizikal jangan lupa juga mental dan rohani. Seterusnya, korang akan happy dengan apa yang korang dapat. 






So, betul tak? Yang mana suka dengan aktiviti macam ni, korang akan happy dengan apa yang korang dapat. Style aku ni memang pemalaih yang amat sangat, tapi nak cecantik dan sesihat. Tapiiiiiiii !!!!! korang jangan risau, bila korang berdaftar dengan watsons untuk KAD VIP WATSONS dan bersempena #GETACTIVE . So, kelebihan yang korang akan dapat bila berdaftar dengan Watsons ni adalah :-



  • Kad keahlian sepenjang hayat.
  • Tawaran hebat lebih daripada 1000 #watsonsrewards di merchant yang terpilih.
  • Dapatkan 1 point setiap kali korang berbelanja RM1
  • Pay using points: Setiap 200 points for RM1
  • 2x points untuk produk dari brand Watsons
  • 5x points untuk bulan kelahiran. 
  • 5x points bila membuat bayaran dengan KAD VIP WATSONS
  • Paling best diskaun eksklusif untuk setiap kali produk kesihatan

Gambar semasa event. Banyak makanan sihat boleh kenal dan cuba masa ni. Best.

















Antara merchant bagi jenama yang terlibat adalah:-
  • Fitness Concept
  • Men's Skin Centres
  • Celebrity fitness
  • La Juiceria
  • LifeCare 
  • Kenny Rogers
  • Mah Sing
  • St Dental
  • Sunway Lagoon
  • dan banyak lagi.

So, meh korang kita sign up beramai-ramai nah! Aku punya kad pun hilang masa baru keluar dari pintu gate Singapore dan masih tak sempat nak berdaftar untuk kad watsons ni haaaaaaaa. Jadi, segala maklumat lanjut korang boleh tengok di www.vip.watsons.com.my 







Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

2 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..