PELAJAR IPTA/IPTS TOLONG BACA ARTIKEL INI (VEST)

by - May 30, 2017



Pelajar IPTA/IPTS Tolong Baca Artikel Ini | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ya Allah Ya Allah, masih tak kelewatan untuk saya berkongsi satu berita gembira buat pelajar-pelajar di luar sana yang ingin mengubah nasib dirinya dan menjadi seorang pelajar yang optimis. Jadi kenapa korang kena baca juga artikel ini? Okay banyak sebab dia. Antaranya adalah HADIAH? Haaaa..HADIAH? Untuk apa? Untuk pengetahuan semua pelajar IPTA / IPTS, korang pernah dengar VEST atau nama panjang dia adalah Varsity Entrepreneurship Skills and Talents. 






Apa itu VEST?
VEST ini merupakan satu program pertandingan keusahawanan yang bakal melibatkan 1,000 mahasiswa dari 20 IPT (Institut Pengajian Tinggi) seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan . Dalam tempoh 6 bulan peserta akan didedahkan dengan teknik-teknik terkini jualan, pemasaran, penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan kepada mahasiswa sebagai persediaan untuk memulakan langkah sebagai usahawan. 


Di akhir program ini akan berlangsungnya Karnival VEST selama dua (2) hari yang juga akan disempurnakan dengan majlis penyampaian hadiah pertandingan serta anugerah keusahawanan pada malam Gala VEST. Program VEST juga adalah salah satu program Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu NBOS dan pemacu kepada Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi melonjakkan aspirasi Negaraku. 


Haaaaaa, faham?
Tapi macamana nak join program ni?
Macamana dengan Metadologi dia?
Siapa rakan strategik sebenar?
Objektif?
Paling penting terma dan syarat?
Tak lain tak bukan, VEST ini pun ada kelebihan dia. Tapi apa? haaa, nanti kita cerita bawah ni.
Sokongan penuh dari Universiti?
Dan akhir sekali? Hadiah dia?
Yeeeee,benda-benda ni semua saya akan rumuskan dalam artikel kali ini.


Are u ready guys?
Okay sila tarik nafas dulu untuk mendalami lagi apa itu VEST?


Berkenaan METADOLOGI?
  • Peserta bakal menjalani kelas intensif, coaching, pendedahan, penilaian dan pemilihan selama 6 bulan;
  • Pembelajaran mengikut silibus;
  • Tugasan disetiap peringkat;
  • 20 Jurulatih perniagaan;
  • Pemindahan pengetahuan dari pakar perniagaan;
  • 3 penilaian "Business Pitching";
  • Memokuskan perbincangan di 6 kumpulan; dan
  • Karnival VEST

Seramai 10 RAKAN STRATEGIK bersama untuk menjayakan program ini yang mempunyai tujuan masing-masing seperti:
  • 200 perniagaan baru boleh dibangunkan;
  • Transformasi minda usahawan belia;
  • Melahirkan masyarakat yang mencipta pekerjaan;
  • Bank Rakyat - Menjadi medium kewangan pilihan utama bagi belia untuk membuka akaun bank;
  • SSM - Pendaftaran 1 Pelajar 1 Perniagaan;
  • Soaring Upwards - Memperkasakan ICGPA dan membudayakan keusahawanan;
  • MyIPO - Pendedahan & pendaftaran harta intelek;
  • Friends of KPDNKK - Mengalakkan pendaftaran untuk Friends of KPDNKK;
  • KPDNKK -  Penjenamaan sebagai #caringministry; dan
  • PNS - Memperkenalkan model perniagaan Francais dalam kalangan mahasiswa.



Jadi bila kita berbalik kepada METADOLOGI tadi, adalah rugi jika pelajar-pelajar seperti anda yang tidak mendaftar kerana program ini memberi peluang untuk anda memasuki dunia keusahawanan yang sebenar kerana bila anda membaca semula METADOLOGI di atas tadi. Itu semua adalah PERCUMA dan tidak perlu bayaran untuk mendaftar. Haaaaa, dah la percuma. Banyak ilmu yang kita boleh pelajari daripada program ini. Selain daripada METADOLOGI dan RAKAN STRATEGIK yang saya kupaskan tadi, banyak lagi yang saya ingin berkongsi berkenaan VEST ini. Bukan apa, berita gembira wajiblah kita berkongsi bersamakan. Adakah anda sudah mendaftar untuk program VEST ini dan bagaimanakah perasaan anda semua? 


Dari tadi saya mengutarakan berkenaan program ini, namun apakah objektif sebenar program VEST ini? Adakah anda mendaftar semata-mata untuk memiliki hadiah tersebut atau paksaan? Kalau anda masih berada dalam golongan tersebut. Anda wajib baca ini dahulu sebelum anda mendaftar. 

Antara objektif yang anda wajib tahu adalah:
  • Sudah tentulah untuk memupuk dan melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar universiti awam tempatan;
  • Membangunkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui bimbingan dan ilmu kemahiran keusahawanan;
  • Menawarkan peluang perniagaan serta mengukuhkan dan mengembangkan sedia ada secara lebih sistematik dan dinamik;
  • Menyampaikan maklumat berkaitan agensi-agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, akses kepada pasaran, kemudahan infrastruktur dan sebagainya; dan
  • Mencipta peluang pekerjaan di pasaran dalam pelbagai sektor.

Jadi, banyak sebenarnya kelebihan yang bakal anda peroleh jika mendaftar bersama program VEST ini. Dah la percuma, banyak perkara yang bakal kita pelajari bersama-sama mereka yang hebat dalam bidang keusahawanan. Walaubagaimanapun, ada terma dan syarat untuk mendaftar program VEST ini dan antaranya adalah:

  1. Universiti: Di mana pertandingan keusahawanan ini terbuka buat semua Universiti Awam (IPTA dan Swasta (IPTS) di Malaysia dan yang penting minimum 10 pasukan bagi setiap Universiti yang bertanding. Untuk pengetahuan Universiti dan pelajar, Unit Keusahawanan ini akan bertindak sebagai penyeleras program di peringkat universiti.
  2. Peserta: Bagi peserta pula anda mestilah pelajar dari IPTA atau IPTS, Warganegara Malaysia, paling penting produk atau perkhidmatan mestilah patuhi syariah.
  3. Dan lain-lain syarat lagi anda boleh rujuk di sini supaya lebih tepat : http://www.pns.com.my/vest-online-registration/

Macam yang saya perkatakan di perenggan atas tadi, program VEST ini banyak kelebihan dia dan salah satunya adalah:
  • Pendedahan Keusahawanan kepada lebih 3,000 mahasiswa;
  • Pelajar juga berpeluang mendaftar perniagaan melalui SSM secara PERCUMA melalui program 1 Pelajar 1 Perniagaan;
  • dan banyak lagi !

Rugikan kalau anda masih dalam dilema untuk sama-sama mendaftar program inikan?


Okay, paling seronok nak dengar adalah HADIAH PERTANDINGAN program ini adalah seperti di bawah ini, Haaaaa...menarikkan korang? 






So, seperti yang anda lihat infografik di atas ini sebenarnya ia menunjukkan proses Program VEST ini yang akan dijalankan. Dengan 5 langkah mudah ini adakah anda bakal menjadi salah seorang pemenang yang dicari-cari? Kesimpulannya, program ini sangat berfaedah dan yang paling penting sekali adalah dapat memupuk dan melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar universiti awam tempatan dan sekaligus mengharumkan nama universiti. Haaaaaaaaa.....dah jom mendaftar korang. Masa ni lah nak asah bakat yang masih tumpul itu. Semoga pelajar yang sudah mengambil bahagian, bertandinglah secara sihat dan jangan mudah putus asa. Semoga dipermudahkan buat semua pelajar yang bertanding. Good luck!



Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh rujuk : Nak mendaftar PROGRAM VEST




Terima kasih buat anda semua yang sudi membaca artikel kali ini.
JANGAN LUPA JOIN VEST NI TAU!

You May Also Like

2 comments

  1. thank you for sharing this info Mek Onie..
    Banyak program boleh participate..
    It really helps them.

    ReplyDelete
  2. program yang baik. memupuk semangat dan ilmu keusahawan dlm diri mahasiswa dan mahasiswi. maklumlah zaman sekarang susah sikit nak cari keje makan gaji..

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..