PEMINAT WAFFLE JOM TERJAH WAFFLEMEISTER

by - May 12, 2017


Peminat Waffle Jom Terjah Wafflemeister | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Makan lagi? Wajiblah sebab tahun ni memang aku nak menambahkan berat badan dengan harapan naik dengan jayanya dan alhamdulillah sebab memang dah capai target yang tertentu. Namun misi mencari restoran yang best dan heaven wajib diteruskan. Coklat? Siapa kat sini tak suka coklat dia memang rugi. Coklat ni kalau korang tahu, sebenarnya dapat merubah mood seseorang dari sedih menjadi gembira. Tak percaya? Meh sini baca dan hadam baik-baik entri aku kali ini.








Pernah dengar Wafflemeister? Ye, pencinta waffle siapa belum terjah ke sini anda sebenarnya sangat rugi. Di Wafflemeister ni lah korang akan jumpa waffle-waffle yang indah persis Neelofa. Nah! Boleh gitu ye? Serius, aku first time ke Bangsar di Jalan Telawi tu dan antara banyak-banyak kafe. Kafe Wafflemeister ni jugak menarik perhatian aku. Sebenarnya dah lama sangat mengidam nak makan benda-benda yang kena makan dengan coklat bagai ni dan akhirnya impian tercapai. Heiiii, coklat kot. Bukan coklat yang biasa-biasa tau. Coklat dari Belgium okay. So, kalau dari Belgium dah tentu la sedapkan? Cuma di sini kalau korang nak tahu menu yang dihidangkan adalah pencuci mulut yang terliur hazabedah wak. Tengok waffle nak waffle, tengok crepe nak crepe, tengok aiskrim nak aiskrim. Semua nak!


Cupcake?Brownies?Kek? Nahhhh sila tengok bawah ni. Pun ada jugak. Cuma haritu tak sempat nak rasa. Aku cuba waffles, crepe dan Thick Shakes dia.









Antara sebab kenapa korang WAJIB cuba makanan di WAFFLEMEISTER ini adalah:


  1. Harga dah tentu reasonable. 
  2. Banyak pilihan menu yang boleh dicuba.
  3. Penyediaan makanan yang cepat.
  4. Wafflemeister ini sesuai kepada pencinta waffle, crepe,kek, aiskrim dan minuman berperisa seperti minuman bercoklat.
  5. Istimewanya di Wafflemeister ini adalah cara pembuatannya sangat terbaik dari ladang kerana kalau kebiasaan penjual waffle di Malaysia menggunakan teknik bancuhan tepung; namun di Wafflemeister cara pembuatan waffle bermula daripada DOH dan kalau korang nak tahu, adunan doh ini mengandungi pearl sugar.
  6. Pearl sugar inilah yang membuatkan waffle sedap dan ranggup apabila dimakan. Kira tak 'liyuk' la kalu ore kelate oyak. Haaaa...
  7. Bukan itu sahaja, apabila waffle yang asalnya dari doh dan siap dimasak. Episod 'menyimbah' perisa yang pelanggan order akan dihasilkan.
  8. Ternyata, presentation yang dibuat oleh chef di wafflemeister mampu menenggelamkan perasaan marah,sedih,pilu, sebak dan sewaktu dengannya. 
  9. Kenapa? Heiiiii.....cantik Ya Rabbi wak. Nanti kat bawah silaa tengok la jenis-jenis waffle,crepe dan macam-macam lagi yang ada di wafflemeister.
  10. Bukan waffle dan crepe je menjadi mangsa usus perut korang. Minuman iaitu Thick Shake pun menjadi pilihan pelanggan di Wafflemeister. Haaaaaaa, yang ni aku try dan rasa dia Allahurabbi. Nak terlentang kegembiraan rasa dia lepas sedut sekali. Antara yang menjadi pilihan pelanggan adalah Shake au Chocolat, Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes.
  11. Banyak-banyak menu, jangan lupa juga korang untuk mencuba ais krim! Juga dikenali sebagai Gelato. Pernah makan mana ais krim dalam bentuk Gelato ni? Kalau pernah yesssss, anda juga wajib mencuba aiskrim Gelato di Wafflemeister. Biar terlentang kegembiraan lagi sekali ! Haaaaa...
  12. Wafflemeister ni sebenarnya terkenal di United Kingdom dan HALAL wak! Jadi, memang manusia yang rugi jugaklah kalau korang taknak try makan di Wafflemeister kan. 

WAFFLES



Menariknya di sini, setiap pelanggan akan dapat pinggan yang terukir nama glamer ampa tu dengan harapan boleh fefeeling dengan pinggan sebelum, selepas dan semasa makan. Kihkihkih. Sweet yang amat Wafflemeister ni.

Marshmellow Surprise

Go Bananas

Dream Team

Strawberry Heaven


Cream and Cookies di hugging sana



CREPE


British Delight

The Meister

Nutella


Banofee


Bagi siapa yang tak tahu dan nak tahu berkenaan Wafflemeister ini:-
  • Kalau dulu Wafflemeister ini terletak di Suria KLCC, sekarang Wafflemeister telah pun berpindah ke Bangsar iaitu di Jalan Telawi.
  • Resepi istimewa dan dikenali di Belgium dan dibuka di Malaysia, Authentic Handmade Belgian LiΓ©ge Waffles.
  • Ingat korang, Waffle di Wafflemeister ini menggunakan DOH dan mengandungi 'Pearl Sugars' yang pengkahirannya menjadi waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Haaaa, macam aku cakap atas tadi. Kalau waffle di Malaysia yang biasa korang jumpa tu mudah 'liyuk' bak orang kelantan kata. Tapi di sini, rasailah sendiri.
  • Di Wafflemeister mempunyai 3 jenis coklat yang ditawarkan dan korang boleh pilih Milk, Dark atau White Chocolate. Paling letop, coklat ini dari Belgium tau korang.
  • Waffle paling WAJIB korang cuba adalah Dream Team, Strawberry Heaven dan Go Banana. Antara ketiga-tiga ni, aku paling suka Go Banana! Seriously sedap yang amat!
  • Crepe WAJIB korang cuba adalah Banofee, Nutella dan British Delight. Dan dari ketiga-ketiga ini aku suka British Delight! Sampai ke harini aku ingat weh rasa dia macamana. Arghhh, ni yang buat aku nak repeat balik ni. Crepe dia, Allah...lembutnya tekstur dia. Geram nak tanya pakai resepi apa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
  • Peminat kopi? Jangan risau! Kat sini ada kopi jugak dan silalah cuba tanpa segan silu ye. Haaaaaaaaa...
THICK SHAKES




So, amacam korang weh? Rasa nak pergi atau taknak? Lapppp air liur tu korang weh. HAHA. Tapi aku rindu crepe dia, haaaaaaa sedapnya wehhhh! Dah la, taknak cerita banyak. Nanti nak terjah Wafflemeister lagi.




BERITA BAIK BUAT PELANGGAN DI WAFFLEMEISTER:-

KORANG AKAN DIBERIKAN DISKAUN SEBANYAK 30% PADA HARI RABU JIKA KORANG ORDER MENU WAFFLE. HAAA,BEST KE IDOK? ALANG-ALANG NAK MENCUBA, APAKATA KITA CUBA DULU PADA HARI RABU. DAN AKU RASA KORANG AKAN REPEAT PADA HARI LAIN JUGA. HAAAA,HATI-HATI 😍


Wafflemeister,
7, Jalan Telawi 3,
Bangsar Baru, 59100  Kuala Lumpur,
No.Telefon:
03-2202 1817




Salam Sayang, 
Mek Onie,
letopink@yahoo.com

You May Also Like

1 comments

  1. Waduuuuuuuuhhh. Terliur dibuatnya bila tengok waffle-waffle yang Onie share ni. Bertabahlah wahai hati.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..