SAJIAN TRADISI MASAKAN BONDA DI THE BENTENG

by - May 29, 2017





Sajian Tradisi Masakan Bonda di The Benteng | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeay, masuk harini adalah hari ke-3 kita semua berpuasa. Jadi, pilihan makanan bagaimana menjadi pilihan korang semua? So baru ni Quality Hotel telah menjemput aku untuk ke review buffet ramadhan di The Benteng iaitu terletak di Pusat Bandaraya. Siapa pernah sampai ke sini? Haaaaaa, Mudah je, kalau nak datang ke Quality Hotel ni just waze 'Quality Hotel' juga dan untuk parking kereta anda boleh parking di basement.



BERKENAAN QUALITY HOTEL:
Ramadan kali ini, kalau korang nak tahu.. Quality Hotel City Centre ini akan menyajikan masakan kampung bertemakan Juadah Berbuka Puasa iaitu Tradisi Masakan Bonda. Tetamu yang datang boleh menikmati suasana di dalam bazaar dengan 15 gerai makanan yang menyajikan hidangan Ramadan kegemaran setiap siapa yang bakal mengunjungi hotel ini.  Untuk pengetahuan  korang semua chef Quality Hotel akan menyediakan pelbagai masakan dan hidangan dengan lebih 100 menu berbuka puasa.


HARGA BIASA BERMULA BERMULA 2 JUN 2017 & SETERUSNYA:
RM98

HARGA PROMOSI BERMULA 24 JUN 2017:
RM72/DEWASA


ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Hidangan utama: Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Lala Goreng Berlado, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Kapitan, Pajeri Nenas, Ikan Bawal Masak Tomato, Kambing Kuzi, Ikan Keli Sambal, Pucuk Manis Masak Lemak Keledek dan Kaming Bakar Meletop.

Makanan Tempatan: Laksa Sarawak, Pisang Goreng, Keropok Lekor, Sup Gear Box, Sup Ikan, Roti John, Chicken Murtabak dan Roti Canai.

Menu Pembuka Selera: Salad seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang, Ikan Masin Goreng, Telur Ikan Goreng, Udang Goreng Berempah, Ulam-Ulam Melayu, Telur Masin, Acar Rampai dan Acar Buah.


SAJIAN TRADISI MASAKAN BONDA DI THE BENTENG .










HASHTAG: #QHbuffetramadhan17 

Untuk reservations atau purchase untuk voucher buffet ramadhan boleh hubungi 032614 8000 

 Jangan lupa try la buka puasa di sini. Nak harga murah kena call tau...hihi...Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!

Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com





You May Also Like

2 comments

  1. Seriously semua makanan di Benteng menggugat iman LZ wahai Mek Onie..
    Semua nampak sedap..

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..