• Home
  • About
  • Trending
    • Lifestyle
    • Beauty
    • Travel
  • Projek Travel
  • Advertise

Mek Onie

DNARS NAK BAGI DUIT RAYA NI,CEPAT!

Dnars Nak Bagi Duit Raya Ni,Cepat! | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah je kan dengar jenama produk kesihatan Dnars ni? Haaaa kalau pernah dengar its okay! Korang memang terbaik. Lagi satu Dnars ni pun ada sponsor untuk rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan jugak weh. Haaaa, aku tahulah sebab aku selalu tengok Ketuk-Ketuk Ramadan yang diacarakan oleh Sis Sheila Rusly dan artis jemputan. Gila kau tak best. Sis Sheila kot,ekekekekek... 

Okay macamana nak dapatkan duit raya dari Dnars ni? Cara dia tersangatlah mudah kerana korang hanya perlu like, komen, share, tag dan letak hashtag #DuitRayaDnars di FACEBOOK DNARS JUS LUTOX atau korang boleh tengok gambar atas ni. Korang buatlah seberapa korang mampu yang penting result dia keluar pada 1 Syawal. Haaaaa...mana tahu korang sangat bertuahkan? Yang penting raya kedua korang dah dapat duit raya!


Sebut lutox-lutox ni apa benda pulakkan?
Ke korang memang peminat setia jenama Dnars ni?
Kalau yes, silalah join contest atas tadi tau.


DNARS NAK BAGI DUIT RAYA NI,CEPAT!

So, apa itu Jus Lutox Dnars?

Aku punya la gigih join contest Dnars ni kan. Alang-alang tu aku kelebet la sekali apa benda Jus Lutox Dnars ni? Sekali wow! Memang ramai yang suka dengan produk ni dan mostly komen-komen yang diutarakan semuanya positif. Maka selak la lagi aku apa benda Jus Lutox Dnars ni. Sesambil busy dalam bulan puasa ni, maka aku terklik BELI Jus Lutox Dnars. Harruuuulah weh! Sebab aku terkesan dengan komen-komen dari pengguna. Nak jugak try nok! Bukan sebab aku terkesan dengan komen-komen dari pengguna malah aku terpegun dengan kebaikan utama Jus Lutox Dnars ni. meh sini aku share dengan korang.

Kebaikan Jus Lutox Dnars :-
  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paran kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
DNARS NAK BAGI DUIT RAYA NI,CEPAT!

Haihhhh, hebat betul kebaikan produk ni weh? Tetiba aku macam pelik, apa ke benda la kandungan Jus Lutox Dnars ni kan? Antara kandungan Jus ini adalah Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, Bayam, Markisa, Garam Bukit dan Delima. So, yes! Nasib baik tak membazir aku beli. Lega wak! Satu lagi, jus ini HALAL dan telah mendapat sijil pengiktirafan daripada JAKIM. So, FUH! Semua perfect dan macam aku cakap atas tadi, semua okay dan takde benda yang nak diragu-ragukan. Apapun aku masih menunggu Jus Lutox Dnars sampai ke tangan aku. Tak sabar nak try. Mak aku pun selalu complain letih semua tu. Aku pun kadang letih jugak. Sebab kurang rehat dengan cukup. Harap lepas raya ni dapatlah. Lagi satu, Jus Lutox ni diformulasikan dengan 100% bahan-bahan segar berkhasiat dan kaya dengan nutrisi semula jadi.


KORANG JOMLAH JOIN CONTEST ATAS TADI TU.

PASTU ALANG-ALANG SHOPPING JUS LUTOX DNARS SEKALI TAU AWAK SEMUA.
MUAH!

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM


Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com
Mek Onie
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

Resepi Rendang Mudah Dengan Rempah Ratus Mak Siti | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ya Rabbi, berapa hari je lagi kita nak raya ni weh. Dah praktis masak ke korang yang baru kahwin tu? Kahkah. Haritu, kemain la sibuk teringin nak rendanglah. Rendang bakal mertua lah. Teringin nak makan rendang calon mak mertualah, EH! Semualah awak weh! Kalau minggu lepas aku busy berbuka puasa di luar rumah. Nah! Minggu ni, aku lagi busy berbuka di luar rumah lagi. Kali ini betul-betul di luar rumah tau. Tak percaya tengoklah gambar bawah ni,haha. 


Ye. malas malas aku pun, aku masih rajin lagi masuk dapur tau. Lagi-lagi bila penat balik kerja pastu kena masak semata-mata nak makan kat luar rumah ni. Iye. Siapa kata makan luar tak boleh masak-masak? Ni aku nak buktikan. Makan kat luar rumah ni lah sebenarnya makin selera nak makan nasi wak. Aktiviti makan di luar rumah ni memang selalu terjadi bersama jiran-jiran rumah. Lagi best boleh sekapal dengan makcik bawang. Haaa, riuh satu blok rumah aku. Yang mendengar panas je telinga kadang tu,kehkehkeh. 


Tapi rendang aku ni, bebiasa jela. Takde la macam rendang yang selalu korang makan tu. Biasalah wak. Rendang anak dara,gichuuuu (agak-agak lepas tak ni bakal mak mertua?) Macam ni, tak semestinya umat yang jarang upload gambar masakan di sosial media tak pandai masak ye dak? Kau ingat aku gigih nak ambik-abmik gambar. Nak sediakan bahan lagi. Eh, tak rajin la wak. Kecuali kalau tetiba aku teringin nak share cara masak aku tu haaa.. baru la gigih ambik gambar. Tapi kali ini, aku sempat ambil gambar yang dah siap. Kelam kelibut jugak wak nak siapkan. Sampai rumah pun dah pukul berapa haaaa... Disebabkan aku tengok RENDANG KAK PARIZAN kita sorang ni haaaa, terus terliur jugak nak buat rendang! Bencik betul la kalau terliur-liur ni.


RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI


Taraaaaaaaa... ini lah rupa makan di luar rumah aku tu haaaaa, ini baru betul-betul makan di luar rumahkan? wakakaka... Rumah aku ni apartmen je wak. Satu tingkat ada 4 pintu. Jadi, umat-umat yang memunculkan diri adalah daripada jiran sebelah dan jiran depan pintu. Rendang ayam adalah menu utama untuk waktu berbuka beberapa hari yang lalu dan aku masih berkesempatan untuk berkongsi dengan korang semua. Iye. Minggu ni memang selalu bukak kat luar rumah macam gambar atas tu. Barulah ada selera makan. Kalau dengan kawan-kawan sempat jugaklah selit-selit sesi membawang. Tapi di rumah pun masih sempat untuk membawang, eh! HAHA.. gurau wak! 


Dah la mek oi. 
Jom sini aku nak kongsi resepi rendang pucuk ubi mek onie kawww ni.
Firstly, sorry la kalau cara memasak aku ni sangat caca marba.
Janji masak.
Janji licin.
Janji sedap.
Kaw apa tahu kan?



RESEPI

Resepi Rendang Ayam Pucuk Ubi Mudah Dengan Rempah Ratus Mak Siti ( 6 - 12 orang makan )

2 ekor ayam
2 kotak santan segar
4 ulas bawang merah
4cm lengkuas
1 batang serai
4 helai daun limau purut
2 helai daun sadri
8 sudu minyak
2 pek serbuk rempah rendang ( Make sure bancuh dengan air suam )
5 pucuk ubi
10 biji cili api

Caranya mudah sahaja:

Sediakan bahan;
  1. Cili api, bawang merah, lengkuas dan serai ditumbuk dan dihiris. Ikut suka hati koranglah nak jadikan macamana. Nak sedap kenalah tumbuk lumat. Biar masa menumis tu ada rasa dia.
  2. Daun saderi dihiris halus dan 5 pucuk ubi tu bergantung pada minat korang. Nak letak banyak boleh nak letak sikit boleh, macam aku. Aku letak sikit je. Jarang jugak sebenarnya aku tengok orang masak rendang ayam atau daging campur dengan pucuk ubi. Jadi, aku ubah resepi aku sendiri dan ternyata menjadi dan sedap!

Lets cooking!
  1. Panaskan minyak macam biasa.
  2. Tumiskan bawang merah, lengkuas, cili api dan serai sampai naik bau.
  3. Masukkan bancuhan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti yang korang bancuh tadi dan tumis lagi sampai naik bau. Api tu perlahan la sikit. Bagi rencah tu betul-betul masak. 
  4. Lepas dah naik bau. Haaa, baru boleh masukkan 2 ekor ayam tadi tu. Kalau korang nak kurangkan kuantiti just yang lelain tu pun kurangkan jugak. Alaaaa, konsep dia agak-agak gitu jelah korang weh. Untuk ayam ni cara potongan pun bergantung pada minat korang. Yang aku ni ayam taklah besar sangat dan taklah kecik sangat,jadi aku potong 14 je haaa.
  5. Lepas masuk ayam, masukkan santan dan biar masakan mendidih hingga ayam tu empuk. Sesambil tu masukkan daun limau purut jugak. Kacau je masakan dan biarkan masakan tertutup seketika.
  6. Masukkan garam ikut rasa dan masukkan pucuk ubi. Orang kata, sayur tu biarlah letak yang akhirkan. Masak rendang sampai empuk pok pok gitu!


Siap! Not bad jugak Serbuk Rempah Rendang Mak Siti kita ni haaaaa. Puas hati dan ada permintaan lagi oleh jiran-jiran di rumah aku. Tapi bila aku usha-usha lagi haritu kat kedai, rupanya bukan Serbuk Rempah Mak Siti je ada nokkkkk... Banyak lagi rupanya serbuk rempah tu wehhh.


RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

PRODUK REMPAH RATUS MAK SITI

Antara Serbuk Rempah Mak Siti yang lain adalah:
  1. Serbuk Rempah Kari Daging
  2. Serbuk Rempah Kari Ikan
  3. Serbuk Rempah Kurma
  4. Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
  5. Serbuk Rempah Masak Kicap Daging
  6. Serbuk Rempah Masak Kicap
  7. Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
  8. Serbuk Rempah Sup
  9. Serbuk Rempah Rendang
  10. Serbuk Rempah Sup Soto


Agak-agak korang la kan, kalau diberi pilihan...Rempah Ratus mana korang nak sambar dulu selain yang rendang ni haaaa? Siapa kat sini memang pengguna Rempah Ratus Mak Siti? Mudah tak nak dapat dan korang ni sebenarnya tahu ke tak perniagaan rempah ratus di bawah jenama 'Mak Siti' ini memang terkenal di dalam industri ini dan dah pun menghasilkan sebanyak 108 jenis produk. Power yang amatlah weh! Kawwww mampu? belum tentu anda mampu! Rempah Mak Siti yang korang tengok atas ini adalah produk yang semulajadi, takde pewarna,perasa tiruan dan sesuai bagi korang yang jenis vege tu haaaaaa....Untuk Serbuk Rempah ni kan, untuk daging pun boleh kalau nak guna daging. Just tukar lauk je. Menu lain tu sama je macam aku share atas tadi. Faham?

Ulang suara!!!!
Rempah Ratus Mak Siti ini TIDAK MENGANDUNGI:
Barang terlarang, zero pewarna dan perasa tiruan.


RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

Produk Rempah Ratus Mak Siti TIADA!
  • Zero MSG
  • Zero Bahan Pengawet
  • Zero Perisa Tambahan
  • Perisa Tambahan atau Pewarna.

Jangan risau tau. Aku pun kalau boleh memang nak yang semulajadi dan asli je. Tak suka la tambahan-tambahan pewarna segala bagai tu. Bahaya untuk kesihatan pun ada. Untuk Serbuk Rempah ini didatangkan dalam bentuk pek di mana macam gambar atas ni haaaaaa. Serbuk rempah tu bergantung pada kuantiti masakan korang. Kalau banyak rencah-rencah segala tu. Adalah lebih baik korang masuk lebih seperti konsep yang aku cakap tadi iaitu konsep agak-agak,mihmih!


Serbuk-serbuk rempah atas ini adalah produk utama Mak Siti dan kat mana nak cari? Alah, kat kedai-kedai runcit ada, pasaraya ada, Hypermarket macam di TESCO, Giant, Aeon Bih, JUSCO dan Mydin ada wak. Serbuk-serbuk macam ni sebenarnya untuk memudahkan kita terutama yang stail nak kejar masa je haaaaaaa. Tapi seriuslah aku cakap. Serbuk Rempah ni betul-betul memudahkan ampa weh. 



RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

So! Bila aku duk pung pang pung kisah Serbuk Rempah ni. Rupanya ada satu lagi produk terbaru keluaran Mak Siti ni weh. Untuk keluaran kali ni, memang aku tabik spring sebab apa? Sebab Mak Siti kita ni sangat memahami perasaan kekakak,abang-abang dan paling penting mak-mak tu haaaaa...Kalau Serbuk Rempah tu nak kena ikat bagaikan. Jadi untuk keluaran kali ini. Serbuk-serbuk yang dalam pek tadi tu dah ada dalam botol. Just Wow! Tak payah la gigih nak ikat segala tu. Dari segi penyimpanan pun. Memang sangat mudah dan menjimatkan ruang dapur.

Antara produk rempah yang ada dalam botol adalah:

  1. Emping Cili (Chili Flakes)
  2. Serbuk Cili
  3. Daun Limau Purut
  4. Serbuk Daun Limau Purut
  5. Serbuk Kayu Manis
  6. Serbuk Halia
  7. Serbuk Lada Putih
  8. Serbuk Lada Hitam
  9. Serbuk Kunyit

Paling aku teruja adalah serbuk daun limau purut dan daun limau purut tu. Wei ! Tak payah dah aku nak gigih turun dari tingkat 5 tu semata-mata nak petik daun limau purut kat bawah rumah aku tu haaaaaaa,muahaha.. Terbaiklah weh hasil Mak Siti haaaaaaa! Macam aku cakap atas tadi jugak, untuk rempah yang ada dalam botol ni memang takde MSG, takde bahan pengawet, perisa tambahan atau pun pewarna. Memang semua ni semulajadi nak oiii. 


Itulah orang kata, 'Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti'.
Bukan Mak saya tau wak. Tahulah nama kita Siti Auni Afifah, mihmihmih.
Bukan-bukan.
Mak Siti ni adalah seorang yang sangat memahami kehendak seorang wanita.
Oleh itu, terhasillah serbuk dalam botol! 
Letop kebabom nak! 


Mesti korang teringin nak tahukan sejarah rempah Mak Siti. Jadi, bagilah peluang lagi sikit untuk aku membebel lagi,haha..Pengeluar rempah Mak Siti ini sebenarnya adalah dari syarikat Nasuha Enterprise Sdn.Bhd. yang diasaskan oleh Tuan Haji Nasuha Bin Kasian iaitu Pengarah Urusan dan Puan Siti Hajir Binti Salleh (Pengarah). Pengasas rempah ratus Mak Siti ini telah memulakan perniagaan sejak tahun 1975. Jangan korang tak tahu ye. Segala rempah ratus semua ni telah dihasilkan di sebuah ladang dan kilang yang terletak di Jalan Muar-Pagoh,Muar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai ' The largest Herbs & Spices Plantation' oleh The Malaysian Bok of Records (MBR). Terbaik! 



MAJLIS BERBUKA PUASA & PELANCARAN PRODUK BARU MAK SITI

RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI


Dan aku tak sangka juga kerana Mak Siti sudi menjemput aku ke Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Produk Baru Mak Siti tempoh hari dan aku memenuhi jemputan ini dengan harapan dapat melihat sendiri produk baru Mak Siti ni haaaaaa... Lama jugak aku tak ke event-event macam ni. Terasa dah boleh jadi mak-mak pun ada jugak,eh! Majlis ini diadakan di Restoran Rempah Mak Siti sendiri kerana bangunan ini meninggalkan sentimental value kepada mereka kerana hasil usahanya selama ini iaitu dilokasi Bandar Tun Razak. Majlis ini diadakan juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga memperkenalkan produk baru Mak Siti.


RESEPI RENDANG MUDAH DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

Paling penting jenama ini diyakini HALAL dan tak perlu was-was pun tau. Pada yang suka tung tang tung tang di dapur, mana nak dapatkan semua produk yang meletop ini? Haaa, mudah sahaja. Korang pergi ke kedai runcit, pasaraya dan hypermarket seperti TESCO, Giant Aeon Big, JUSCO dan juga Mydin. Mudah dah la weh pasni nak masak-masak. Cecampak je haaaaaaaaaa... Dahhhh! ni nak raya dah kan? Sila borong serbuk rempah ni bebanyak pastu sila buat rendang! Haaaaa..... Mudah je weh. Sape tak tahu nak buat rendang, ala belakang pek tu dah ada kan. So, no excuse meh!

Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk di sini:

Nasuha Enterprise Sdn. Bhd.
Ladang Rempah Ratus & Herba, 
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh, 
84500 Muar, Johor

Telefon: 06-9737508 // Whatsapp: 017-330 9330



WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Salam Sayang,
Mek Onie,
mekonie@yahoo.com


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Produk Wardah Dari Negara Seberang Best

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best | Yeay! Akhirnya, berkesempatan juga aku untuk berkongsi kisah Wardah ini. Sejujurnya, aku pertama kali mendengar tentang produk yang jauh dari negara sebererang iaitu dari Indonesia. Patutlah cantik-cantik orang Indonesia ni. Rupanya mereka terapkan nilai seperti keyakinan dalam diri tu. No wonder, orang Indonesia ni sentiasa cantik luar dan dalam. Kalau korang nak tahu, gambar atas ni aku make up fully guna produk Wardah dan serius aku suka bila dah siap semua. Memang full coverage dan ringan! Tak rasa rimas sikit pun :D

Ini sebenarnya kisah nak dekat sebulan dah dan harapnya masih tak terlambat lagilah untuk aku berkongsi dengan korang semua tentang Wardah. Wardah sangat dikenali dari bibir-bibir di Negara Indonesia yang berkonsepkan 'Inspiring Beauty' . Kebetulan aku berpeluang untuk mencuba sendiri produk yang bakal bertapak di Malaysia. So yeay! Seriously aku suka dengan produk ni dan ternyata bukan omongan kosong pengguna. Ianya benar belaka dan dah tentu memberi inspirasi kepada setiap wanita. (tetiba omong Indo,haha!)


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Mek Onie dan Nisa Kay


Brand manager kosmetik Wardah iaitu Riffina Affandi mengatakan setiap wanita cantik dan mereka mempunyai cara tersendiri dan mereka menjadikan idola dalam kalangan dan terlupa bahawa tak perlu melihat kecantikan atau keyakinan orang lain semata-mata untuk cantikkan. Jadi Wardah membantu setiap wanita untuk mendapatkan keyakinan diri semula dan berkongsi inspirasi kepada semua.


Sebelum aku lupa, terima kasih Wardah kerana menjemput aku ke majlis Inspiring Beauty Afternoon Tea with Wardah tempoh hari. First time join event dari Indonesia. Jauh terbang ke Malaysia.


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Bersama Neng Wahidah Yang Cantik

Wardah Mempunyai 3 Konsep Di Mana Konsep Itu Seperti:

1. Tulen dan selamat, campuran teknologi dan semulajadi mampu membuatkan produk ini selamat,HALAL dan berkualiti tinggi;
2. Membantu wanita untuk menambahkan keyakinan diri berkongsi cerita iaitu inspirasi dari pakar kecantikan produk.
3. Bersesuaian konsep 'Inspiring Beauty', Wardah bersama-sama untuk memberi inspirasi kepada seluruh wanita untuk kelihatan cantik luar dan dalam.

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Mek Onie Bersama Dian Pelangi


Kalau korang nak tahu, Dian Pelangi merupakan salah seorang duta bagi produk Wardah di mana Dian Pelangi sendiri memberi banya inspirasi kepada orang di luar sana dan masakan mungkin orang di Malaysia ga kenal sama neng Dian kan?hihi. Berusia lebih muda dari aku sendiri di mana tahun kelahirannya pada 1992 telah mencapai pelbagai kejayaan dan terkenal di mata peminat ini tidak sombong dan sangat mudah bermesra dengan peminatnya termasuk aku sendiri ya neng,hihi.


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Cupcake Wardah

6 Fakta Tentang Wardah Yang Korang Perlu Tahu:

1. Sebenarnya, Wardah telah dilancarkan buat pertama kalinya pada September 1995 di Indonesia di bawah PT Paragon Technology & Innovation.
2. Tagline Wardah ini adalah "Inspiring Beauty" dimana tagline ini bersesuaian dengan tujuan utama produk ini dikeluarkan.
3. Wardah adalah produk yang HALAL dan usah khuatir ya kalian (tiba-tiba cakap Indonesia,HAHA). Wardah ini sangat selamat dan berkualiti tinggi dengan jenis kulit yang pelbagai dan warna kosetik.
4. Warna tema Wardah adalah Turqoise dicampur dengan warna putih.
5. Kalau salah satunya duta produk ini Dian Pelangi,ada lagi 3 duta produk Wardah ini iaitu Dewi Sandra, Tatjana Saphira dan Ralineshah.
6. Yes, paling tak sabar tentang harga dimana korang boleh dapatkan di pasaran bermula RM5.80 hingga RM50.50. Paling penting, produk Wardah akan dilancarkan di Watsaons bermula bulan Jun dan bakal dilancarkan di Giant Malaysia juga.

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Inspiring Beauty Afternoon Tea With Wardah

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Mek Onie Bersama Ameera Zaini

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Hadiah Daripada Wardah


Jadi, kalian wajib mencuba produk Wardah ini kerana korang akan merasai sendiri betapa hebat atau tidak produk Wardah ini. Dan aku yakin korang akan suka sebab kenapa? Sebab aku sendiri dah pakai produk ini dan mostly best! Walaupun ga'penuh lagi produknya di 'peti besi'aku. Aku yakin, suatu hari nanti aku akan menambah beberapa koleksi Wardah yang ada di pasaran.


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Mek Onie Di Inspiring Beauty Afternoon Tea With Wardah


WARDAH INSPIRING BEAUTY

Wardah believes that beauty comes from within. Dari dalam dan luar kita akan nampak lagi cantik dan terus berkeyakinan.  Dah, punya panjang aku cerita, meh sini aku nak tunjuk beberapa produk Wardah yang aku cuba. Apapun terima kasih Wardah kerana memberi peluang kepada aku untuk mencoba produk yang hebat sekali ini. Sungguh aku udah jatuh cinta sama kualitasnya. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Wardah 

Wardah ada produk penjagaan kulit iaitu dikenali Wardah Skin Care series dan Make Up series. Jadi aku akan ceritain sedikit beberapa koleksi daripada penjagaan kulit dan kosmetik dari Wardah. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Koleksi Produk Wardah

Antara koleksi Wardah yang aku dapat dari Wardah. Antara banyak-banyak ini, mana satu kalian mau pilih dulu?  Yes! Kalau aku, akan memilih Skin Care nya dulu sebelum kosmetik. Jadinya, sebelum aku bercantik-cantik menggunakan produk Wardah ini. Aku akan back up kulit aku dengan Skin Care dahulu kemudian baru kosmetik. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
White Secret Day Cream, Intense Brightening Essence Dan BB Everyday Beauty Balm Cream

Daripada kiri: White Secret Day Cream, Intense Brightening Essence dan BB Everyday Beauty Balm Cream.

Day Cream: melembapkan dan protect kulit daripadan sinaran UV serta mencerahkan kulit.

Intense Brightening Essence: mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan dark spots.

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Produk Skincare Wardah

Apa yang aku suka tentang ketiga-tiga produk ini adalah teksturnya yang ringan dan mudah diaplikasikan pada kulit muka aku. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Cantik Bersama Wardah

Nampak sendirikan teksturnya itu? Pelbagai kelebihan yang ada pada produk ini. Dah jom aku ceritakan satu persatu tentang produk ini. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Wardah Exclusive Two Way Cake

WARDAH EXCLUSIVE SERIES
Exclusive Two Way Cake

Bedak yang sangat best tekstur dia yang sesuai untuk mereka yang berkulit cerah, natural dan membuatkan make up lebih tahan lama. Full coverage, tahan lama, tekstur yang licin dan membuatkan kulit muka kelihatan licin dan cantik.

Mempunyai 5 warna mengikut kesesuaian kulit iaitu: Light Beige, Sheer Pink, Sandy Beige, Natural dan Coffee Beige

Apa yang istimewanya bedak ini adalah ia beetindak sebagai UV Protection, kelembapan, menyerap minyak, kompleks - nutrient factor dan mrmpunyai Vitamin E paling seronok sekali ianya mampu menutup garis halus,kedutan, dan mempunyai tekstur yang licin untuk make up yang natural tapi dalam masa yang sama ia mampu menutup cela pada muka. 

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Wardah Beauty Balm Cream

Wardah Beauty Balm Cream
Lightening BB Cream

Ada dua pilihan warna:
1. Light
2. Natural

Seronoknya berkenaan produk ini adalah ia menggunakan konsepn"Water Break Technology" di mana apabila korang sapu pada muka ia akan membuatkan muka menjadi segar dan lembap. BB Cream ini mengandungi Aloe Vera dan Bio Hyaluronic Acid. Paling seronok sekali BB Cream ini dapat menutup parut kecil dan dark spots serta sesuai untuk kuliy yang sensitif. Serius best BB Cream ni dan bila aku pakai dia tak jadi crack/pecah.

*Fragrance and paraben free

Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Rapikan Bibir Dengan Wardah Lip Balm

WARDAH LIP BALM

Warna yang aku pakai adalah putih dimana siap ada perisanya tau. Aku pilih perisa Vanilla dan berwarna putih. Selain daripada Vanilla, Oren dan Strawberi pun ada haaaa... dan lip balm ini betul-betul lembap pada bibir aku apabila pakai dan ianya tak berapa shiny sangat. Just nice la kan. Selain itu, fungsi dia melembapkan kulit bibir, Vitamin E untuk nourishing dan melindungi sinaran UV.


Produk Wardah Dari Negara Seberang Best
Wardah Matte Lipstick

WARDAH MATTE LIPSTICK - CODE 23 - RUBY RED

Lipstik ni best dan sangat pigmen dengan sekali sapu. Paling penting ianya lembap dan tak buat bibir korang kering. 

So, buat masa ni, aku kongsi produk yang ni dulu untuk korang tau. Jangan lupa cari di Watsons tau. Sebab awal bulan 6 tealh pun masuk di pasaran Malaysia. Apapun, sebelum aku akhiri posting kali ini. Mek Onie ucapkan tahniah kepada Wardah kerana telah mengembangkan sayapnya ke Malaysia dan aku yakin. Peminat di Malaysia sudah ramai pun yang menanti dan siapa dah beli serta mencuba produk ini? Cepat mengaku cepat. Oh satu lagi!!! Walaupun, produk ini berharga murah tapi kualitasnya sangat dijaga dan sangag puas hati! 

Paling penting, kalau korang nak cari Wardah, carilah di Watsons Malaysia dan akan datang inshaAllah di Giant Malaysia.

Untuk maklumat lanjut:


WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER | YOUTUBE


Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com


Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Pengalaman berbuka puasa di The Everly Putrajaya membuatkan aku happy yang amat sangat kerana masih diberi peluang berbuka bersama sahabat dan juadah yang disediakan pun semuanya enak belaka. Dari sudut mana dulu pun aku tak tahu nak cerita tapi disebabkan aku ni penggemar pencuci mulut maka aku start dari pencuci mulut dulu la eh?

Rate yang aku bagi untuk pencuci mulut ini adalah 4.5bintang dari 5 bintang aku bagi. Semuanya sedap-sedap belaka dan aku hampir terlupa ada menu lain lagi. Pun kebetulan masa aku ambik pencuci mulut ni ada sorang pelanggan tu kata. Ya Allah,menariknya dorang punya pencuci mulut bla bla bla bla...see! Aku rasa suaah nak jumpa pencuci mulut yang hebat kebabom cantik menarik macam yang ada disediakan di The Everly. Rasa puas sangat! Nak makan aeketul kek tu pun boleh. Tapi gamak pulak nak makan seketul kek sesorang kan? Tak reti nak tinggal kat orang belakang jugak ke? Haa sudah! Haha. 

Mata dan nafsu menguasai pemikiran mereka-mereka yang datang berbuka puasa di The Everly PutrJaya membuatkan tak terkata termasuk aku sekali. Memang berbaloi dengan apa yang dibayar.


HARGA BIASA BERMULA BERMULA 2 JUN 2017 & SETERUSNYA:
RM98


Yes! Aku sampai The Everly kemain awal dia. Cari surau rupanya okay ada di tingkat atas restoran. Maka aku membuka langkah untuk ke surau. Jem! Lupa nak bawak telekung pulak! Bila anak mata mula meliar ke sana ke mari mencari telekung. Tak nampak. Satu telekung pun tak nampak! Tapi! Aku terperasan satu sudut di mana ada almari kecil yang terlekat di dinding dan seperti bekas sampah tapi bukanlah sampahkan. Bila aku pergi dekat. Ohman! Laaa kat sini telekung rupanya. Cari tempat sangkut-sangkut takde. Rupanya ada dalam almari kecil ni. 

So aku bukak!


What? Takkan ni telekung baru? Takkan takde orang masuk solat di sini? Takkan itu takkan ini. Bila aku keluarkan satu telekung. Nah! Tertarik pulak aku dengan konsep yang ada di surau ni. Sebab telekung yang korang tengok atas ni dalam lipatan macam tu dan mempunyai kertas dimana ia menyatakan telekung ini sudah digunakan apabila kertas di telekung tersebut dah koyak. Haaa lebih kurang macam tu la ayat dia kan. Then lepas dah guna telekung tu terus masuk ke dalam bekas seperti ting sampah tu. Suka konsep macam tu sebab dalam masa yabg sama pihak hotel menjaga kebersihan muslimat. Tahniah diucapkan! 


Maka tibalah eaktu berbuka. Tak perlu aku huraikan lagi menu apa yang ada. Sebab aku pernah ceritakan di entri sebelum ini dan overall aku suka yang amat,puas hati dan sedap! Paling penting siap ada nasi ambeng oiiiii ! Buah-buahan pun dipotong time tu jugak. Good job The Everly Putrajaya! 







THANK YOU THE EVERLY PUTRAJAYA! Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dan kekalkan rasa yang ada. Terbaik! 

WEBSITE  | FACEBOOK 
HASHTAG: #TEbuffetramadhan17 

Untuk reservations atau purchase untuk voucher buffet ramadhan boleh hubungi 03-8892 2921/03-8892 2929/018-2231310 untuk SPECIAL PRICE atau email norazzah.omar@theeverlygroup.com

 Jangan lupa try la buka puasa di sini. Nak harga murah kena call tau...hihi...Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!

Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Muka Berminyak? Pakai Je Meditree | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masuk ni dah nak dekat 3 minggu macam tu dah aku rasa pakai Meditree. Sebab kenapa aku pakai Meditree ni? Sebab aku pentingkan penjagaan kulit muka (skincare) dari make up. Serius, tahun ini lah tahun aku kurang ber-make up dan aku lebihkan kepada skincare. Kebetulan aku punya lifestyle sekarang ni sangat tak tentu sebab kadang-kadang aku perlu outstation, kadang aku berada dalam suasana yang berhabuk dan berhawa dingin. Jadi kulit muka aku pun mualah tak menentu. Tapi ini adalah review jujur dari aku tau. Sebab dah ramai sangat yang teringin nak tahu produk apa yang aku pakai sebab kulit muka aku better lagi dari 4 5 minggu yang lepas tu. Alhamdulillah sekarang better than past. Aku rasa macam beruntung jugak bila aku pakai produk baru muka aku tak meninggalkan kesan yang tidak diingini. 


Macam yang aku cakap pada tajuk entri kali ini adalah 'Muka Berminyak? Pakai Je Meditree.' Yes! 4 5 minggu lepas memang kulit muka aku berminyak dia Ya Rabbi. Walaupun duduk dalam tempat berhawa dingin. Still berminyak. Kalau duduk di bawah matahari lagilah. Kadang tak selesa dengan muka dan kadang malu jugak nak berhadapan dengan orang ni. 


Bukan apa, aku tak suka bila orang tegur.
'Eh, onie kenapa muka kau berminyak dia boleh nak goreng ikan ni onie?'
'Onie, kenapa ada bekas jerawat tu?'
Onie itu..
Onie ini..
Blablabla


Dah lepas pada tu aku rasa meluat jugak dengan pertanyaan ampa tu, haaaaaa...

Nampak tak aku dah start bebel kat situ? HAHA!




Bila haritu aku tanya-tanya orang dan aku dah lama tertengok di Watsons, tiba-tiba aku kata. Yesss! Aku kena pakai Meditree ni. Aku kena pakai jugak! Haaaa... Sebab apa aku nak pakai? Satu, aku lebih sukakan skincare daripada makeup. Dua, aku taknak dengar pertanyaan ampa tu lagi. Tiga, aku nak pulihkan kulit muka aku jadi normal balik!


So. Cukuplah dulu untuk 3 sebab kenapa aku nak pakai Meditree ni haaaa.. Nampakkan aku pegang produk Meditree atas ni? Jadi, yang aku pegang produk tu kesemuanya memainkan peranan masing-masing. Nampakkan muka aku tu putih-putih macam tu? Haaa takpe. Kita move slowly okay. Read slowly and please fahamkan apa yang aku nak kongsikan ini.



Meditree Tea Tree ni apa?

Meditree Tea Tree ini juga dikenali sebagai Meditree Tea Tree Range ini adalah produk 100% semulajadi dan tidak membahayakan kulit  muka korang tu. Jangan was-was. Siapa yang peminat setia Tea Tree ni dia tahulah bau produk yang ada Tea Tree ni macamana. Bau dia macam ubat-ubat nak ke herba macam tu. Sesuailah dengan nama produk ini iaitu Meditree iaitu Medicinal Tree. Tapi takla menjengkelkan bau dia. So, please jangan pelik dengan bau Meditree Tea Tree ni.

Tea Tree ini adalah semulajadi anti-bakteria untuk mengekalkan keasliannya. Disebabkan pelbagai sejarah yang ada berkenaan Tea Tree ini, ianya masih dipandang tinggi di seluruh dunia. Haaa, itu yang menariknya berkenaan Tea Tree ini.

Sebab kenapa aku pakai produk ini? Sebab salah satunya kerana produk ini menggabungkan ekstrak antibakteria dan ketenangan yang bertujuan untuk membantu kulit muka terdedah berminyak dan berjerawat.

Meditree Tea Tree ni mempunyai 5 produk iaitu:
  1. Tea Tree Facial Cleanser (100g) - RM20.90
  2. Tea Tree Hydrator (50g) - RM23.75
  3. Tea Tree Acne Gel (15g) - RM14.55
  4. Tea Tree Face Scrub & Mask(50g) - RM23.75
  5. Tea Tree Oil (10ml) - RM28.00

Dari kiri adalah cleanser, hydrant dan scrub & mask.

Aku akan kongsikan fungsi setiap produk ini. Macamana dia boleh membantu untuk merawat kulit muka yang berminyak dan berjerawat. Make sure kena ikut langkah-langkah yang betul la ye. 



  • Tea Tree Oil (10ml) - RM28.00

Sesuai untuk mereka: Mereka yang terkena gigitan serangga, sengatan, luka dan abrassions.
Fungsi: Memulihkan dan menenangkan dibahagian yang sakit.
Cara penggunaan: untuk produk ini, digunakan pada luaran sahaja ye dan perlu sapukan 1-2 titis pada satu masa. Kalau ada permasalahan korang kena berhenti pakai produk ni.


  • Tea Tree Acne Gel (15g) - RM14.55

Sesuai untuk mereka: Beminyak, Konbinasi dan kulit berjerawat
Fungsi: Menenangkan dan membantu untuk membersihkan serta menyembuhkan kulit daripada terdedah jerawat.
Cara penggunaan: Sapu sikit je pada kawasan yang bermasalah 1-2 kali sehari bila diperlukan.

Tokoferol (Vitamin E) ini melambatkan kerosakan sel-sel kulit dan pembaharuan sel, menganjalkan kulit serta pemulihan kulit.



Tea Tree Face Scrub & Mask(50g) - RM23.75



  • Tea Tree Face Scrub & Mask(50g) - RM23.75
Sesuai untuk mereka:Normal, kering, berminyak dan konbinasi
Fungsi: Membantu merangsang peredaran untuk membuatkan kulit licin dan lebih cerah. 
Cara penggunaan: Gunakan pagi atau malam dan 1-2 kali seminggu. Cara penggunaan mudah sahaja, just lembapkan muka dan urut perlahan-lahan jika korang jadikan sebagai scrub atau untuk mask, korang perlu biarkan 10 minit dan bilas. Siap.





Siap mask muka!  
dan sekarang jom cuci muka!

Tea Tree Facial Cleanser (100g) - RM20.90




  • Tea Tree Facial Cleanser (100g) - RM20.90

Sesuai untuk mereka: Kulit berminyak, Konbinasi dan kulit berjerawat.
Fungsi: Tea Tree dan Williw Bark ini berfungsi untuk membersihkan dan membuang minyak serta kotoran manakala Aloe Vera melegakan kulit muka.
Cara penggunaan: Lembapkan je kulit muka dan urut perlahan-lahan di seluruh muka dan leher. Bilas dengan air suam dan aku gunakan setiap pagi dan malam.

Tea Tree Oil (Melaleuca Alternifolia) ialah bahan yang sangat popular dalam rumusan penjagaan kulit kerana anti-kulat, anti-bakteria dan anti-virus. Kalau korang nak tahu, Tea Tree Oil ini bukan je mampu membunuh kuman, ia juga adalah mampu membantu kulit sihat dan pertumbuhan sel kulit baru. 

Sebab kenapa aku suka dengan Tea Tree Oil ini adalah ianya anti-berjangkit, antibiotik, antiseptik, anti-virus, bakteria, balsamic, ekspektoran, racun kulat, imun perangsang, racun serangga dan perangsang.


Tea Tree Hydrator (50g) - RM23.75


  • Tea Tree Hydrator (50g) - RM23.75

Sesuai untuk mereka: Konbinasi dan Kulit Berjerawat
Fungsi: Tea Tree Oil mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-radang bagi membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan manakala ekstrak chamomile membantu dalam menenangkan dan melembutkan kulit muka.
Cara penggunaan: Sapukan je dalam kuantiti yang sikit pada muka dan leher selepas membersih muka. Aku guna pagi dan malam.

Kalau korang nak tahu, ekstrak chamomile yang ada dalam produk ini bertindak sebagai anti-radang dan penyembuhan serta membantu dalam menenangkan kulit muka.


So, nah! Sila jelesssssss... Aku paling happy bila kulit muka jauh dari berminyak dan jerawat segala bagai tu. Dan aku sekarang dah yakin dengan apa yang aku ada lelagi kulit muka aku dan CANTIKKKKKKKKKKKK! dahhhhh, pertanyaan yang aneh-aneh tu sila tolak tepi. SIS tak layan tau, hahahaha 😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍


WEBSITE | FACEBOOK | YOUTUBE

Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com



Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

MEK ONIE

Ye, panggil Mek Onie je. Sebarang pertanyaan atau jemputan boleh email ke mekonie@yahoo.com

online

Everything About Beauty

My Favourite Spa Monthly





Yeay, paling seronok bila jumpa SPA yang selesa,seronok dan hasil dia WOW! Korang WAJIB baca pengalaman saya di ESTETIKA MEDISPA

ADA SOALAN?

Powered by Blogger.

My Blog List

  • Mawardi Yunus
    TILAM RAWATAN KEUPAYAAN ELEKTRIK AMLIFE MERAWAT SECARA SEMULAJADI
    1 hour ago
  • Ahmad Fauzi Aryaan
    MENCARI EVENT SPACE DI SHAH ALAM? ADALAH PENYELAMAT ANDA
    4 hours ago
  • VISIBLE VOICE
    JUSCOFFEE DAN JUSTEA TERBARU DARI YEO'S MALAYSIA
    8 hours ago
  • P O J I E G R A P H Y
    Meneroka tempat-tempat menarik di Pulau Lombok
    17 hours ago
  • HASIF HAMSYARI
    Terengganu Week di Foodmarket, Bandar Sri Permaisuri!
    18 hours ago
  • BLOG BUDAK PACAK
    Tahniah! 8Share Kini Dikenali Sebagai 8Coin
    1 day ago
  • Break and Drop
    How I survived ONSEN
    1 day ago
  • Lovely Bee
    KEMPEN CSR HARI TIDUR SEDUNIA BERSAMA AMLIFE
    2 days ago
  • RAFZANTOMOMI.COM
    Buffet Ramadhan 2018 - Berbuka Puasa Citarasa Ramadan Di Dorsett Grand Subang
    3 days ago
  • It's YOU that MATTER!
    Tips for Opportunistic Buyer :)
    5 days ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Nex-glo Sunscreen Bukan Je Untuk Melindungi UV Tetapi Juga Merawat Kulit..
    1 week ago
  • Uncle Zuan
    Jom Follow Malaysia Travel Couple SyaShaTravel
    2 weeks ago
  • Projek Travel
    LUPAKAN PERCUTIAN PULAU, SUNGAI 'IS THE NEW TREND'! EKSTRIM DI KINABATANGAN
    2 weeks ago
  • Blogger2u
    RAJA PALING RAMAI ANAK 867 ORANG | INFO MINDA
    1 month ago
Show 5 Show All

Terima Kasih Follow Saya

Blog Archive

  • ►  2018 (31)
    • ►  April (7)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ▼  2017 (114)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (3)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ▼  June (15)
      • DNARS NAK BAGI DUIT RAYA NI,CEPAT!
      • RESEPI RENDANG AYAM PUCUK UBI MUDAH DENGAN REMPAH ...
      • PRODUK WARDAH DARI NEGARA SEBERANG BEST
      • PENGALAMAN BERBUKA PUASA DI THE EVERLY PUTRAJAYA
      • MUKA BERMINYAK? PAKAI JE MEDITREE.
      • TIPS CANTIK BERSAMA SHURAH
      • CARA MUDAH BUKA PUASA DI FAMILYMART, NU SENTRAL
      • MAKANAN MINUMAN JEPUN KESUKAAN KORANG DAH SAMPAI M...
      • 6 TEMPAT MENARIK DI VIETNAM
      • BUFET RAMADAN 2017: THE WESTIN KUALA LUMPUR
      • BUFET RAMADAN TERMURAH SETAKAT INI
      • BUFET RAMADAN 2017: PHILEA MINES BEACH RESORT
      • WARNA-WARNI AIDILFITRI 2017 DI KOMPLEKS KRAF KUALA...
      • GIVEAWAY FROM ALTHEA KOREA. YEAY!
      • SKIM THOHIR BERMAKSUD BERSIH
    • ►  May (7)
    • ►  April (13)
    • ►  March (8)
    • ►  February (7)
    • ►  January (12)
  • ►  2016 (92)
    • ►  December (11)
    • ►  November (8)
    • ►  October (12)
    • ►  September (7)
    • ►  August (9)
    • ►  July (3)
    • ►  June (14)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (9)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (132)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (14)
    • ►  September (8)
    • ►  August (13)
    • ►  July (10)
    • ►  June (15)
    • ►  May (13)
    • ►  April (6)
    • ►  March (13)
    • ►  February (7)
    • ►  January (12)
  • ►  2014 (117)
    • ►  December (22)
    • ►  November (13)
    • ►  October (17)
    • ►  September (11)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  June (13)
    • ►  May (6)
    • ►  April (13)
    • ►  March (1)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (150)
    • ►  December (14)
    • ►  November (16)
    • ►  October (13)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  July (17)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ►  April (8)
    • ►  March (25)
    • ►  February (12)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (141)
    • ►  December (11)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (10)
    • ►  June (32)
    • ►  May (12)
    • ►  April (11)
    • ►  March (20)
    • ►  February (20)
    • ►  January (8)
  • ►  2011 (108)
    • ►  December (9)
    • ►  November (36)
    • ►  October (24)
    • ►  September (10)
    • ►  August (24)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)

Report Abuse

Facebook Twitter Instagram youtube

Created with by ThemeXpose