6 TEMPAT MENARIK DI VIETNAM



6 Tempat Menarik Di Vietnam | Tahun lepas, yes! Tahun lepas aku berkesempatan ke Vietnam. Tujuan sebenar ke Vietnam adalah kerana atas urusan bisnes. Ye. Bisnes. Tapi duit kau bawak RM500 je kan onie? Bijak sangat, haha.. Stay 4 hari tapi duit bawak RM500 itu sangat bijak,haha... Padahal tak tahu lagi Vietnam itu adalah syurga membeli-belah.. haha.. Okay, walaupun kisah tahun lepas. Aku nak jugak berkongsi walaupun kisah tahun lepas,mihmihmih. So, sebelum aku pergi lagi jauh.


Masa aku sampai hari pertama tu sebenarnya cuaca hujan dan dia punya pengalaman memang awesome! HAHA..Tapi takpelah, untuk entri kali ini aku hanya nak berkongsi 6 tempat menarik di Vietnam je dulu. Kalau yang detail inshaAllah aku akan share nanti. Sebelum tu, Vietnam ini memiliki keindahan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Memang kaya dengan sejarah kebudayaan, landskap dan panorama semula jadi yang memukau, pantai yang indah lagi memukau, kepelbagaian cita rasa juadah dan penduduk yang rajin dan paling penting, tak hairanlah kenapa Vietnam berjaya menarik ramai pelancong setiap tahun. Betul tak? Mesti ada yang siap ulang alik sehari je. Gilakan? Tapi itulah paling best sebenarnya!

Bawa duit yang mencukupi ye. haha

So, let check it out guys 6 tempat menarik di Vietnam yang WAJIB korang pergi bila tiba di Vietnam.


1. Pemandangan yang menakjubkan.

Yes! Seperti yang aku bagi tahu di atas tadi. Vietnam ini sangat kaya dengan sejarah-sejarah dan salah satunya adalah panorama semulajadi. Terdapat pulau-pulau batu kapur Teluk Ha Long hingga pantai pasir putih yang melingkuri pinggir laut Vietnam seluas 3,260km. Vietnam pastinya beruntung dikurniakan dengan pelbagai pilihan landskap semulajadi yang menakjubkan dan aku masih belum berkesempatan lagi nak datang ke Teluk Ha Long tu.

Daripada satu wilayah ke seterusnya, masing-masing memiliki keindahan tersendiri yang unik untuk ditawarkan sama ada kawasan penanaman padi di tanah tropika Delta Mekong. Pusat pengeluaran kopi di tanah tinggi yang subur kawasan tengah atau landskap tanah padi yang melata di lembah Sa Pa, Vietnam memang tidak akan menghampakan korang semua daripada segi penawaran pengalaman dan kepelbagaian yang unik kepada pelancong.

Delta Mekong
Telok Ha Long

2. Juadah tempatan yang lazat.

Bila pertama kali sampai di Vietnam memang pada mula tu takut nak mencari makan. Tapi bila kita dah tahu di mana tempat makanan halal terutama bagi pelancong muslim. Jadi di Vietnam ni sebenarnya memiliki juadah yang sangat enak. Pelbagai perasa khusus yang tidak akan dilupakan, masakannya kalau korang nak tahu ia bergantung kepada imbangan perasa masin, manis, masam dan berempah yang dikenali nuoc mam , sos ikan yang ditapaikan bersama gula dan rempah segar lain. Serius. 

Pho 

Banh Mi


Menu paling terkenal adalah Pho iaitu Sup mi yang berperisa daging atau ayam yang dicampur dengan mi beras segar, renjisan herba dan ricihan ayam atau daging. Serius Pho ni sedap yang amat dan paling unik bila dihidangkan bersama daun pudina. Bertambah nikmat nak makan,hehe. Vietnam juga memiliki banyak juadah lain yang berperisa unik. elebihnya berbeza mengikut musim dan wilayah. 


Di wilayah tepian laut seperti Nha Trang, Da Nang atau Vung Tau korang juga boleh jumpa makanan laut segar yang ditangkap di sebelah pagi dan dihidang segar pada harga yang berpatutan. Mengikut pengalaman aku semasa pergi ke Vietnam, gerai-gerai jalanan di sepanjang kaki lima memang wajib cuba dan ternyata memang sedap-sedap makanan yang dijual. Paling penting, korang kena cuba mi sup (pho) atau sandwich banh mi. Serius Sandwich Banh Mi dia sedap yang amat dan aku sangat menyesal beli satu je haritu. Huwar!


3. Penggemar Kopi

Sebagai pengeluar kopi kedua terbesar di dunia, Vietnam pastinya tahu seperkara dua mengenai kopi. Tidak seperti segelas kopi yang biasa anda dapat di Starbucks, kopi Vietnam dikenali kerana susu pekat manis yang memberikannya keseimbangan sempurna bagi Cha Phe Sua Nong yang begitu keras iaitu kopi hitam tradisional Vietnam.

Cha Phe Sua Nong

Kopi Ais Vietnam


Diperbuat daripada biji kopi ditanam tempatan di tanah kasar yang dipanggang sehingga hitam, Cha Phe Sua Nong dibru dengan penaps titisan logam kecil Perancis ke dalam cawan mengandungi kira-kira suku sehingga separuh susu pekat manis dan dikacau. Bagi mereka yang berjiwa kembara, korang boleh juga mencuba variasi berlainan kopi seperti Cha Phe Trung (kopi telur) tradisional atau Sua Chua Cha Phe (kopi yogurt) Senang je nak jumpa kedai kopi. Setiap jalan dan lorong di Vietnam dah tentu akan jumpa kopi. Masuk je kedai makan, dah tentu ada peniaga yang menjual kopi. Make sure korang kena cuba kopi ais tau. Serius. Aku haritu sehari nak dekat 5 gelas kopi ais, sedap yang amat weh. Memang betul kopi dia lain dari yang lain. Lagi sedap dari kopi Starbucks! Serius!


4. Kaya dengan sejarah

Vietnam sememangnya kaya dengan sejarah yang mengagumkan walaupun ada yang huru-hara. Berjalan-jalan sekitar bandar raya akan memberikan anda gambaran pengaruh zaman penjajahan di sana-sini daripada segi seni bina hinggalah kepada makanan dan kopi. Korang yang minat dengan sejarah mesti suka Muzium Peninggalan Perang yang merakam peringatan ngeri Perang Vietnam termasuk pengakuan peribadi veteran-veteran perang dan gambar sebenar mangsa serangan bom napalm yang dahsyat.

Muzium  Peninggalan Perang


Muzium-muzium lain ialah Muzium Bandar Raya Ho Chi Minh yang terletak di Istana Gia Long dan muzium Sino-Perancis yang dibina pada 1929 oleh Societe des Etudes Indochinoises terletak di dalam kawasan taman botani dan zon badar raya.


5. Syurga membeli-belah.

Sejujurnya macam aku cakap atas tadi, aku memang bijak sebab bawak RM500 sebab apa? Sebab Vietnam ni lah syurga membeli-belah sebenarnya. Nak dekat tiga kali jugak withdraw duit. Tu pun tumpang bank member,haha..sadis betul. Bagi yang tak tahu lagi, Bandar raya besar seperti Hi Chi Minh adalah syurga bagi mereka yang suka membeli-belah sama ada korang sedang mencari kraf kayu unik, hasil seni, barang kemas atau tekstil. Paling wajib, jangan lupa untuk menyukat atau membeli kain untuk membuat blazer tau atau korang boleh mencuba sut elegen ao dai atau memilih sutera tempatan yang berkualiti tinggi untuk membuat baju kurung. Paling seronok sekali, setiap kedai kain mesti ada tukang jahit yang mahir dan mampu menyiapkan baju korang selama satu atau dua hari dan korang pun boleh minta untuk dihantar ke hotel korang. 



Pasar Ben Thanh
Pasar Terapung Phong Dien
Hasil shopping di Ho Chi Minh. 
Wajib beli kain blazer dan terus jahit sebab murah dan jahitan yang cantik!


Masa ke Vietnam hari tu, aku sempat ke Pasar Ben Thanh dan pasar ini korang wajib kunjungi kerana ia memiliki segala-galanya termasuk gerai yang bernombor 209 yang khusus membuat baju kurung, jubah dan blaus dalam tempoh 24 jam. Pasar-pasar lain di bandar raya ini ialah Pasar Binh Tay iaitu syurga bagi fabrik kain kapas dan Pasar An Dong yang mesti dilawati bagi penggemar barangan seni kraftangan. Nak yang luar biasa, korang pun boleh pergi ke Pasar Terapung Delta Mekong, Phong Dien. 


6. Pengalaman yang membuka mata

Seperti yang korang tahu, aku pernah menulis status di facebook tentang pengalaman ini dan pengalaman yang tak akan dilupakan oleh aku dan rakan-rakan yang lain adalah melintas di jalan raya Vietnam. Selain itu, pengalaman ini mungkin agak aneh bagi mereka yang pertama kali sampai ke Vietnam namun ada caranya. Bila korang sampai ke Ho Chi Ming atau Hanoi, korang akan menyaksikan formasi mekanikal skuter lalu-lalang di jalan-jalan utamanya seperti pusingan jam. Ia mungkin gangguan kepada sesetengah orang tetapi bagi penduduk tempatan itulah cara kehidupan dan tentunya aspek Vietnam yang benar-benar unik ada padanya. Selain itu, kedengaran hon akan bermula 8 pagi waktu tempatan di Malaysia sehingga larut malam. 

Trafik di Vietnam


Bagi yang tidak endah, ia mungkin kelihatan seperti huru-hara dan tidak terkawal mendorong korang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh bergerak dengan situasi begitu? Bukan aku nak tujukan pada korang je tapi aku sendiri tertanya-tanya bagaimana mereka boleh hidup dengan cara itu. Kalau di negara kita dah tentu setiap saat akan ada kemalangan. Tetapi di sana susah nak tengok kemalangan walaupun sesak. Tips bagi pejalan kaki adalah jalan je macam biasa. Jangan takut. Dorang tak akan langgar korang. Tapi make sure cara berjalan tu biarlah pada kadar yang boleh dijangka untuk membolehkan penunggang motosikal bergerak di sekitar anda. Perkara paling penting ialah untuk terus bergerak dan jangan berhenti atau berjalan pantas. Sudah pasti ini adalah pengalaman yang saya mengujakan dan korang sendiri akan pandai dan faham kaedah melintas jalan di bandaran dan aku rindu nak berada dalam situasi tersebut,haha..



So, siapa dah pergi ke Vietnam dah tentu tahu nak ke mana kan? 6 tempat ini adalah sekadar point untuk korang ke Vietnam dan aku rasa aku akan ke Vietnam lagi. Kalau korang nak ke Vietnam jangan lupa untuk membeli tiket flight Vietjet iaitu syarikat penerbangan era baru terkini Vietnam yang hanya akan bergerak dari KLIA sahaja buat masa ini.  So, untuk pengalaman yang baru, apa kata korang menaiki Vietjet kerana sangat berbaloi dan pramugari pramugara sangat comel dengan uniform mereka. Aku yakin, korang akan dilayan sebaik mungkin. 

Untuk melihat jadual penerbangan korang boleh lawat www.vietjetair.com atau www.m.vietjetair.com (mobile) tapi make sure korang kena muat turun aplikasi vietjetair dulu tau. Jangan lupa tengok facebook vietjetairvietnam atau hubungi di (+603-2730 9887 atau emel vietjet@kul.reliancetravel.com . Selamat berjalan korang! Alahhhh,rindu kopi ais vietnam pulak dah haihhhhh..


Salam sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com

6 ulasan:

  1. giler sesak benar vietnam tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyeeee...sesak yang sangat disiplin. Tak macam negara kita,sesak sikit mesti ada accident la..tapi kat sana susah nak tgk accident.

      Padam
  2. gambar no 2 tu dah macam mee kat secret recepi, apa ke namanya tah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh tak yang. Tu la Pho atau dikenali Mi Sup yang ada 2 pilihan sama ada daging atau ayam dan rasa dia sangat sedap!!! 😊

      Padam
  3. Hye sis..untuk penginapan..sis pilih dimana eaa

    BalasPadam
  4. boleh dapatkan tiket vietjet promo di www.airpaz.com , kat situ semua flight promo ada.. insyaAllah 27hb oktober ni sy ke vietnam, naik flight vietjet.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..