BUFET RAMADAN 2017: THE WESTIN KUALA LUMPUR

 

Buffet Ramadan 2017: The Westin Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyy! Minggu kedua untuk bulan ramadan dan lokasi akhir untuk aku berbuka puasa adalah di The Westin Kuala Lumpur iaitu lokasi dia betul-betul di hadapan Pavilion Kuala Lumpur. Haritu aku pergi The Westin Kuala Lumpur ini menaiki LRT dan Monorel je seorang diri. Ulang suara. SEORANG DIRI dan ohman! Good girl sebab dah pandai naik LRT dan Monorel seorang diri. Cuma haritu kau ibarat ikan sardin yang dimampatkan dalam tin. Bapaklah sesak dia. Sama sesak kalau naik kereta,bhahahaha.. Tapi demi nak berbuka puasa di The Westin ni aku gigihkan diri jugak untuk menapak dari Shah Alam ke Bukit Bintang. 


Ala, mudah je cara-cara nak ke The Westin menaiki LRT dan Monorel. Maklumlah, aku memilih keputusan yang betul di mana kalau naik kereta, minyak lagi, tol lagi, penat lagi, parking lagi dan aku pilih LRT dan Monorel ni walaupun bila dah sampai rumah kau masih menyesal kerana menaiki LRT dan Monorel. The hack la! HAHA. Bukan apa. Penat makan sebenarnya. pastu bila nak menapak ke LRT dan kau kena berdiri dalam LRT monorel segala barulah rasa menyesal. Tapi semua itu aku okay je. Walaupun penat. Penat yang berbaloi dan aku masih gigihkan diri untuk berkongsi walaupun keadaan tak berapa nak normal hari ini. SobSobSob.


Panjang mukadimah kau mek? *jeling bijik mata kanan kiri


BERKENAAN THE WESTIN KUALA LUMPUR:
Well, sejujurnya terima kasih Allah atas rezeki yang Engkau curahkan dan aku berpeluang menikmati juadah makanan yang sangat enak di Hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Westin Kuala Lumpur. Betullah orang kata. Rezeki itu datangnya dengan pelbagai carakan? Jadi bila aku sampai The Westin Kuala Lumpur ini, aku sangat terpegun kerana lokasinya betul-betul di hadapan Pavilion Kuala Lumpur. Sampai-sampai je aku terus menuju ke The Living Room di mana restoran ini terletak di LG1 dan restoran ini mempunyai sijil HALAL dari JAKIM. So, tak perlulah nak risau segala onak dan durinya ya. Suasana di The Living Room ini sangat selesa. Meja kerusi dan layanan chef di sana pun sangat memuaskan hati. 


INFO TERBARU:
Ingat, jangan lupa mark kalender korang bermula daripada 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017 untuk berbuka puasa di The Living Room,The Westin Kuala Lumpur. Pelbagai menu yang terhidang mampu membuatkan setiap detik berbuka puasa menjadi satu nikmat yang besar. 

HARGA
RM158/DEWASA


ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Antara menu yang ada adalah seperti Ayam Bakar Percik Sri Kelantan, Ikan Patin Masak Tempoyak,Signature kali ini adalah Nasi Briyani,Ayam Kandar dan Sos Hitam dan pelbagai menu seperti pencuci mulut yang mengasyikkan. Taufu fa pun ada haaa..kau rasa?


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADHAN DI THE WESTIN KUALA LUMPUR?
Bestnya, ini adalah lokasi yang terakhir aku pergi minggu lepas dan juadah yang dihidangkan aku rasa paling terbaik dari lain-lain hotel. Memang berbaloi dengan apa yang dibayar. Segalanya mencukupi dan makanan semuanya best yang amat. Sampai tak tahu nak cekau yang mana satu dulu. Tapi untuk aku, aku akan cekau pencuci mulut as usual. Hikhik.

LAIN-LAIN

  • Sangat selesa kerana berbuka dalam keadaan yang tenang dan tidak crowded.
  • Parking? Haaa, jangan risau.. Parking ada di basement. Cuma tak tahu keadaan di parking tu macamana sebab aku kan naik LRT dan Monorel..haha
  • Kemudahan seperti toilet dan surau pun ada disediakan.
  • Pilihan menu yang banyak. Banyak dan sedap!!!!!!! Bukan 14 menu masakan pelusuk Malaysia je ada. Tapi Asian ke antarabangsa semua perfect !!!!!!!

ANTARA MENU YANG ADA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR











Untuk reservations atau purchase untuk voucher buffet ramadhan boleh hubungi 03-2731 8338 atau lets check it out laman web The Westin www.westdining.com.my

Jangan lupa try la buka puasa di sini. Nak harga murah kena call tau...hihi...Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!

Salam Sayang,
Mek Onie,
mekonie@yahoo.com

1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..