PENGALAMAN BERBUKA PUASA DI THE EVERLY PUTRAJAYA


Pengalaman berbuka puasa di The Everly Putrajaya membuatkan aku happy yang amat sangat kerana masih diberi peluang berbuka bersama sahabat dan juadah yang disediakan pun semuanya enak belaka. Dari sudut mana dulu pun aku tak tahu nak cerita tapi disebabkan aku ni penggemar pencuci mulut maka aku start dari pencuci mulut dulu la eh?

Rate yang aku bagi untuk pencuci mulut ini adalah 4.5bintang dari 5 bintang aku bagi. Semuanya sedap-sedap belaka dan aku hampir terlupa ada menu lain lagi. Pun kebetulan masa aku ambik pencuci mulut ni ada sorang pelanggan tu kata. Ya Allah,menariknya dorang punya pencuci mulut bla bla bla bla...see! Aku rasa suaah nak jumpa pencuci mulut yang hebat kebabom cantik menarik macam yang ada disediakan di The Everly. Rasa puas sangat! Nak makan aeketul kek tu pun boleh. Tapi gamak pulak nak makan seketul kek sesorang kan? Tak reti nak tinggal kat orang belakang jugak ke? Haa sudah! Haha. 

Mata dan nafsu menguasai pemikiran mereka-mereka yang datang berbuka puasa di The Everly PutrJaya membuatkan tak terkata termasuk aku sekali. Memang berbaloi dengan apa yang dibayar.


HARGA BIASA BERMULA BERMULA 2 JUN 2017 & SETERUSNYA:
RM98


Yes! Aku sampai The Everly kemain awal dia. Cari surau rupanya okay ada di tingkat atas restoran. Maka aku membuka langkah untuk ke surau. Jem! Lupa nak bawak telekung pulak! Bila anak mata mula meliar ke sana ke mari mencari telekung. Tak nampak. Satu telekung pun tak nampak! Tapi! Aku terperasan satu sudut di mana ada almari kecil yang terlekat di dinding dan seperti bekas sampah tapi bukanlah sampahkan. Bila aku pergi dekat. Ohman! Laaa kat sini telekung rupanya. Cari tempat sangkut-sangkut takde. Rupanya ada dalam almari kecil ni. 

So aku bukak!


What? Takkan ni telekung baru? Takkan takde orang masuk solat di sini? Takkan itu takkan ini. Bila aku keluarkan satu telekung. Nah! Tertarik pulak aku dengan konsep yang ada di surau ni. Sebab telekung yang korang tengok atas ni dalam lipatan macam tu dan mempunyai kertas dimana ia menyatakan telekung ini sudah digunakan apabila kertas di telekung tersebut dah koyak. Haaa lebih kurang macam tu la ayat dia kan. Then lepas dah guna telekung tu terus masuk ke dalam bekas seperti ting sampah tu. Suka konsep macam tu sebab dalam masa yabg sama pihak hotel menjaga kebersihan muslimat. Tahniah diucapkan! 


Maka tibalah eaktu berbuka. Tak perlu aku huraikan lagi menu apa yang ada. Sebab aku pernah ceritakan di entri sebelum ini dan overall aku suka yang amat,puas hati dan sedap! Paling penting siap ada nasi ambeng oiiiii ! Buah-buahan pun dipotong time tu jugak. Good job The Everly Putrajaya! 







THANK YOU THE EVERLY PUTRAJAYA! Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dan kekalkan rasa yang ada. Terbaik! 

WEBSITE  | FACEBOOK 
HASHTAG: #TEbuffetramadhan17 

Untuk reservations atau purchase untuk voucher buffet ramadhan boleh hubungi 03-8892 2921/03-8892 2929/018-2231310 untuk SPECIAL PRICE atau email norazzah.omar@theeverlygroup.com

 Jangan lupa try la buka puasa di sini. Nak harga murah kena call tau...hihi...Suasana pun dah selesa...Apapun, selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa korang semua. Muahhhhh!

Salam Sayang,
Mek Onie,
letopink@yahoo.com


1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..