PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN



Pengalaman Melalui Terowong Enam Batu Di Lost World Of Tambun | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyyyyy! Korang dah baca kisah Glamping Atas Air Dan Tarikan Baru Di Lost World Of Tambun? Kalau belum jemputlah baca,hihi... Seronok tau Lost World Of Tambun (LWOT) sekarang ni. Siap ada tarikan baru dan glamping atas air tau. Masa aku pergi tahun lepas tent dia just atas darat je haaa...

PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN


Gambar atas: Penemuan barangan lama dari bekas pelombong bijih timah yang masih kekal digua tersebut.

Sebelum aku cerita pengalaman melalui Terowong Enam Batu ni, izinkan aku bercerita tentang glamping tu. Sejujurnya, kawasan yang aku menginap dan tidur iaitu di glamping tu memang tiada nyamuk dan sangat selesa. Aircond takde tak panas ke? Haaaa, meh nak cerita. Engko kalau dah masuk 3 pagi tu memang sejuk sebab tempat menginap tu depan belakang tepi ada gua dan memang di kaki gua, dah tentu la sejuk..aishhh itu pun nak tanya, haha..Tapi betul, nyamuk takde tau. So tak perlu bawak ubat nyamuk segala tu. TAK PERLU TAU!


PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Gambar atas: Pemandangan Tasik Boga yang penuh kisah mitos tersendiri.

Dan sekarang jom baca kisah pengalaman aku melalui Terowong Enam Batu ni. Kalau korang nak tahu, aktiviti ini tidak dibenarkan pada wanita yang tengah datang bulan jika seseorang itu tidak kuat semangat, ibu mengandung tak sesuai dan yang paling sesuai pada mereka yang betul-betul semangat waja (semangat waja sangat,haha) untuk melalui terowong ini. Jujur tau aku cakap ni, masa aku lalu terowong ini..aku baru je datang bulan dan bila dengan orang yang bawa kami ke terowong ini kata siapa tak kuat semangat tidak diwajibkan untuk follow aktiviti tersebut. 


Arghhhh! dalam kepala aku.. apa benda dorang ni..
Seram sangat ke.



PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Gambar atas: Gua yang masih kekal sehingga ke hari ini dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

2 3 4 10 kali jugak aku fikir samada nak ikut atau taknak.

Sebab dari apa orang yang bawa kami ni dia kata tidak diwajibkan, takut nanti jadi apa-apa... Iye, serba salah ni nak bagi jawapan TAK! Sebab aktiviti ni jarang-jarang berlaku. Haaaaaa, so apa jawapan aku?

Jawapan aku, yessss! Aku nak ikut.
Walaupun masa tu tengah sengugut,choiiii betullah! haha..
Time tu jugaklah dia nak sengugut,huhu..

Tapi keadaan sempat okay sebabnya awal-awal aku dah telah 'ubat pink' tu. 
Nasib baik la lega weh...



PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Gambar atas: Pasukan pom pom nak pergi melombong ke tu? 😂😂😂😂😂😂😂  Beginilah pakaian orang yang pergi melombong, cuma kami pakai life jaket jela,kehkehkeh

Sebenarnya, aku tak expect langsung tau untuk aktiviti ini. Gila kau, baru balik dari Laos tetiba kena buat aktiviti macam ni, haaaaa memang unexpected jugak sebenarnya ni, haha.. Member ni la yang bagi kejutan. Tapi nak taknak, aku kena teruskan. Sebab aku suka jugak dengan aktiviti lasak macam ni. WALAUPUN, sebenarnya engkau tak berapa nak sihat. Jetlag la kot orang kata,haha..Haaaa, lagi satu, aku ke LWOT ni dengan selipar jepun je haaaaa.. nasib baik tempat tu ada sediakan kasut getah, walaupun agak kecik dengan aku tapi bila masuk dalam air, fuhh! selesa jugaklah.

 PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Gambar atas: En.Syahdan yang bekerja keras untuk menolak bot kami yang terlebih muatan 😜

PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Gambar atas: Selepas kami turun dari bot, kami melalui kediaman orang luar untuk sampai ke Terowong Enam Batu tu.

Sebelum perjalanan bermula, aku dan kawan-kawan diberi pakaian keselamatan seperti life jaket, lampu suluh dikepala, topi untuk keselamatan dan minuman serta biskut yang manis pun diberi untuk menambahkan tenaga semasa perjalanan kami melalui tunnel tersebut maka perjalanan ke Terowong Enam Batu pun bermulalah dengan kaki melangkah ke bot melalui Tasik Boga yang ada di hadapan glamping kami dan dibawa ke satu tempat untuk kami turun dan berjalan semula melalui kediaman orang pada jarak lebih kurang 2km gitu la kot.


PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Gambar atas: Dah sampai X-Camp! So dalam ni lah kami akan menemui Terowong Enam Batu tu.

So, bila sampai ke tempat untuk menuju ke terowong, kami bersiap sedia untuk mulakan perjalanan kami ke pintu terowong dengan melalui paya yang berselut dan bahaya kalau salah langkah. Kami melalui paya itu dengan cara membaringkan/menerapungkan badan ke atas kerana kami TIDAK DIBENARKAN untuk memijak ke bawah kerana ada selut dan membahayakan nyawa jika keadaan tak terkawal. Oleh itu, kita sebagai pengunjung perlu tahu kemampuan diri dan cabar diri untuk melalui paya ini untuk menuju ke pintu terowong tersebut. Tapi ada juga alternatif lain untuk yang tidak mampu melalui dalam paya dengan cara menaiki rakit yang disediakan. So, kami sampai di pintu yerowong dengan selamat walaupun pelbagai kisah berlaku. Apapun, untuk aktiviti ini kita perlu bekerjasama dan bantu membantu.


Sedikit info tentang Terowong Enam Batu ini adalah:

😀Tambun mendapat jolokan Tujuh Keajaiban daripada penduduk setempat gara-gara hasil semulajadinya.
😀Merupakan  kawasan bekas lombong bijih timah yang dikelilingi hutan dan bonjolan batu kapar berusia ratusan juta tahun yang masih dilihat sehingga sekarang.
😀Setelah penemuan Terowong Enam Batu ini menjadi bualan dan tarikan utama untuk pengembara yang sukakan aktiviti merentasi gua.
😀Dapat melihat sendiri kristal yang berusia jutaan tahun terbentuk dengan sinaran yang membuatkan kita terlupa sekejap tentang kepenatan merentasi terowong ini.
😀Batu kristal yang terdapat di dalam gua ini sangat berharga terutama kepada masyarakat Cina yang nilainya mencecah hingga ratusan ribu ringgit.
😀Pengunjung yang melihat batu kristal tidak dibenarkan untuk memegang batu kristal hal ini kerana boleh membantutkan proses batu kristal.


Kami diketuai oleh jurupandu iaitu En.Muhamad Syahdan Mat Rodzi yang merupakan jurulatih sukan ekstrem dan sangat membantu kerana beliau banyak berkongsi tentang info Terowong Enam Batu ini semasa merentasi gua ini. En.Syahdan juga telah memberi nasihat sebelum, selepas dan ketika hendak melalui Terowong Enam Batu ini.


Ketika dalam terowong, cara merentasi terowong ini perlulah berhati-hati dan peka dengan sekeliling. Semasa perjalanan pergi aku dapat merasai dan sedikit takut juga sebab pelbagai kemungkinan yang boleh jadi di dalam gua tersebut. Namun setelah sampai dibahagian yang kami nanti-nantikan, hilang terus rasa takut dan penat tu apabila dapat melihat sendiri kecantikan dan kerdipan batu kristal yang ada di dinding gua. Dengan adanya, lampu suluh dikepala.. kami dinasihatkan supaya berhati-hati juga kalau-kalau bertemu ular. Biasalah, bila kita berada ditempat sebegini, pelbagai pantang larang yang kita perlu jaga supaya selamat semuanya.


PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN


Setelah hampir 30 minit kami merentasi terowong dan menikmati setiap sudut di dalam gua itu, akhirnya kami sampai pun di kawasan stalaktit dan stalagmit yang dipenuhi kristal matang dan berkualiti tinggi yang dikenali dengan nama The Princess. Betul, batu kristal dalam tu betul-betul cantik dan rasa nak pegang je. Tapi bila ada pantang larang, kami tidak menyentuh batu kristal tu maka kami tidak pegang apatah lagi untuk membawa kristal ini keluar dari terowong bagi mengekalkan warisan dan khazanah yang masih ada di dalam terowong tersebut.


Keadaan di dalam gua tersebut licin dan kita perlu berhati-hati apabila membuka langkah supaya tidak tergelincir jatuh. Pengalaman aku merentasi terowong ini sangat teruja dan hilang habis penat dan sengugut tadi, hehe..Mencabarnya masa pergi paras air tidak dalam tetapi masa balik hampir paras pinggang dan sejuk. Kadang paras air tu boleh sampai ke paras kepala seseorang ikut keadaan hari tersebut. Laluan gua ini hanya satu arah sahaja dan tidak mungkin ada yang sesat.


PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN


Apa yang ada dalam gua tersebut?

😀Batu kristal yang bila kita pantulkan lampu suluh di kristal tersebut ia menyinari bak intan permata yang tak terkata cantik. Cuma semasa kita jumpa penemuan kristal tersebut, aku dan rakan-rakan tidak dibenarkan pegang kristal supaya proses pembentukan kristal tidak terbantut.
😀Sepanjang aku melalui Terowong ini, aku perasan kanan kiri ditepi terowong ini ada pelbagai saiz batuan yang dipecahkan oleh pelombong bijih timah dari gua untuk membuat dan membuka jalan serta sebagai tempat berlindung dari komunis. Batuan tersebut memang dipotong cantik sampai aku sendiri tak boleh bayangkan kekuatan bagaimana bekas pelombong bijih timah ini mampu memotong batu dan menyusun cantik hingga masih terletak saat sekarang.
😀Terowong Enam Batu ini juga merupakan laluan bagi komunis dan pelombong bijih timah.
😀Helah disini, ada pusaran air yang membentuk seperti tempat meletakkan telur sehingga komunis sendiri ingat bahawa dikawasan tersebut ada bijih timah. Hal ini berlaku kerana, ada terjadinya pusaran kecil air yang menyebabkan ianya menghasilka  bentuk tersebut.
😀Yes, jangan terkejut kerana korang sendiri akan terjumpa dengan tempayan usang dan perlatan mengangkut bijih timah yang masih ada sehingga sekarang.
😀 Ada kelawar dibeberapa tempat dan perlu berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut.
😀 Dapat melihat tempat tinggal ular batik yang pernah tinggal di dalam gua tersebut.
😀 Ada titisan air yang keluar dari permukaan dinding gua.

PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN

PENGALAMAN MELALUI TEROWONG ENAM BATU DI LOST WORLD OF TAMBUN

Kalau korang nak tahu lagi, korang kena pergi Lost world Of Tambun dan beli pakej ke Terowong Enam Batu atau 6th Mile Tunnel dengan berharga RM110 untuk seorang. Selain daei info di atas ini, korang perlu tahu bahawa terowong ini bersambung antara dua tasik dan salah satunya ada Tasik Boga dimana ikutkan mitos, seekora naga berkepala ikan pernah mendiami tasik boga. So, gua mana korang pernah masuk dan ada pengalaman tak nak kongsi? Kalau ada jangan lupa kongsi kat kotak komen bawah ni tau :)



Salam Sayang,
Mek Onie,
mekonie@yahoo.com

19 ulasan:

  1. tak pernah terfikir nak buat aktiviti macam ni tapi bila baca je entry ni terus rasa nak try haha sha memang suka cuba benda baru ><

    BalasPadam
  2. Wow Mek kita ni aktif masuk gua sekarang hehehehe mencabar juga ni...

    BalasPadam
  3. Bestnya buat aktiviti cam ni. Kalau dulu boleh lah sis buat..la ni mau pengsan dibuatnya..hehehe

    BalasPadam
  4. Seronoknya aktiviti lasak macam ni.. Tapi tak ada masa dah nak buat.. nanti nak cari juga masa..

    BalasPadam
  5. Seronoknya..akak suka aktiviti lasak..entah bila dapat ikut aktiviti macam ni..

    BalasPadam
  6. bestnya aktiviti mcm ni..rindu sgt..dah anak 3 ni ssh la..huhu

    BalasPadam
  7. Alaaa.. rindunya nak masuk gua. Last time dulu ke Gua Gelanggi tapi lama dah. Harap-harap dapatlah ke gua ni pulak nanti! woohoo!

    BalasPadam
  8. seronoknya tengok korang masuk terowong.. i like adventures aktiviti tauuuu..

    BalasPadam
  9. banyak2 tempat dah jalan si Tambun ni blm pernah pergi. Menarik juga tempatnya.. banyak aktiviti menarik blh buat.. tq daeling for sharing

    BalasPadam
  10. Berbaloi try masuk ke gua ni at least once in a lifetime. Bila lagi nak try kan? Ramai-ramai camni, lagi best

    BalasPadam
  11. Tahun ni saja dah dua kali CCL terjah tambun ni ..best ..tempat keindahan alam semulajadi

    BalasPadam
  12. bestnya.... aina suka kalau dapat join aktiviti outdoor macam ni. dapat pengalaman best. masuk wishlist la terowong ni

    BalasPadam
  13. Huiiii...dpt bygkan pantulan crystal tu...mesti cantik gilos kan

    BalasPadam
  14. best explore gua, tapi kalau sekepala mmg seronok... tambun tak pernah sampai lagi, asyik takde jodoh je nak kesana.... menarik lah tambun dengan various activities...

    BalasPadam
  15. Bestnya. I dah lama tak masuk terowong. Will bring my children there when they grow up.

    BalasPadam
  16. Adeh... minimum berapa orang nie ek? Nak try nanti...

    BalasPadam
  17. Truly an adventure. InsyaAllah kalau ada rezeki, nak pergi la ke Lost World of Tambun hehehe :)

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..