RASA UTARA BERJAYA TIMES SQUARE

by - September 04, 2017



Rasa Utara Berjaya Times Square | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyyy! Meh sini, siapa yang kaki makan korang kena baca entri ni sampai habis tau. Nak tanya la, korangkan kalau ke shopping dekat Times Square tu kan, korang suka makan kat restoran mana? Actually, aku ni macam buntu jugak nak makan kat mana bila ke Times Square ni. Tapi disebabkan haritu aku pusing-pusing dalam Times Square tu dan cari tempat makan best. Jadi bila berpusing-pusing, aku terjumpa satu restoran yang aku pun tak perasan bilalah ada kan. Sekali aku decide untuk makan di Restoran Rasa Utara. 


First Impression Mek Onie tentang Rasa Utara:

'Eh, aku nak makan laksa lah.'
'Eh, ni mesti makanan utara je ada dalam ni.'
'Fuh! Bila masa pulak ada Restoran Rasa Utara ni di Times Square ni wei?'
'Sedap ke tak eh? Tengok macam tak ramai orang je.'



Nahhhh! Itu adalah first impression aku je tau. Orang kata bila ada first impression ni tak semestinya result dia pun ada di first impression tu tau. Tak tak. Kadang, belum cuba belum tahu macamana rasa dia. Servis dia okay ke tak? Harga cekik darah ke tidak? Haaaaa, itulah aku. Jenis aku ni tak kisah je bab makan tu. Asalkan dapat reward perut dengan bahagianya. Sungguh. Bila aku sampai ke Restoran Rasa Utara ni aku ingat ada laksa, tapi takde. Ish takpe. takpe. Kita tengok menu lain. Bila tengok-tengok. Wow! Menarik jemah oi. Bila dengar Burger Ayam Rendang. Burger? Ayam Rendang? Sound weird but let me try first kan. So, aku orderlah Burger Ayam Rendang. Tu baru satu menu tau. Belum yang lain lagi. Tapi part paling menarik adalah menu-menu yang korang jarang jumpa macam Ikan Menari tu haaaaa. Phewww! Last aku makan masa ke Vietnam haritu. Wait! Kan aku cakap atas tadi takde laksakan?


Rupanya ada jemah weh! So, eloklah tu. Siapa yang ke Times Square dan tetiba tekak dia craving nak makan laksa, okay silakan ke Restoran Rasa Utara. Kalau boleh korang pergi la sebelum atau pada 17 September 2017 wei. 


Sebab apa ni? Okay, antara sebabnya adalah:
  • Menu-menu di Rasa Utara ni tidak menghambarkan, tidak mengecewakan dan mengiurkan! Senang cerita sedap dan lain dari yang lain.
  • Harga sangat worth to trying tau bebeh.
  • Suasana dalam Restoran Rasa Utara ni sangat selesa dan kalau nak buat event atau parti kecil boleh book awal-awal tau. 
  • Restoran ni ada 2 tingkat.
  • Servis dia bagus!



So, malam tu..aku dan member aku order:
  1. Burger Ayam Rendang : Sedap! Roti dia sedap nak matik! 
  2. Burger Ayam Telur Berkeju: Pun sedap roti dan isi ayamnya.
  3. Nasi Goreng Rasa Utara: Sedap!
  4. Set Ayam Goreng Cili Lagenda: Yummeh! Aku kasi 4 bintang.
  5. Ikan Menari (Sambal Nuklear & Sambal Kicap Hitam): Ranggup oi!
  6. Mi Soto
  7. Laksa Kedah
  8. Satay Ayam: Highly Recommended!
  9. Mango Pudding
  10. Sago Gula Melaka
  11. Samosa Ayam
  12. Karipap
  13. Ayam Nyonya Pinang
  14. Sirap Selasih Laici
  15. Teh Ais Cincai
  16. Calamansi Asam Boi: Air pilihan aku masa tu!
  17. Sirap Bandung Cincau
One more thing why you should come here ( Restoran Rasa Utara ):

Korang akan dapat minuman percuma. Tak kisah air apa. Korang just pilih dengan setiap kali order Rice Meal atau Noodle daripada Restoran Rasa Utara sepanjang 15 Ogos 2017 hingga 17 September 2017. Oleh itu, korang WAJIB datang ke Restoran Rasa Utara sebelum atau pada 17 September 2017 tau. Masih banyak masa lagi. So siapa yang kerja area Times Square yang kepingin dengan masakan utara, nah! Wajiblah korang datang ke Restoran Rasa Utara ni. Lokasi restoran ini betul-betul dekat dengan Starbuck tau! Pun dekat dengan Escalator. Haaaaaaaa, dah jom minum percuma selama 60 minit bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-60 pada 1pm hingga 2pm setiap hari. Phewwwwww! Selamat makan tengahari semua di Restoran Rasa Utara. Yummeh!

p/s: Suka gila tengok website Rasa utara oiiiiiii! Buat aku nak Negeri Utara nuh!hihi



You May Also Like

20 comments

  1. 5 tahun lepas aku pergi rasanya dia baru bukak, pernah makan kat sini. aku pilih mkn kat situ masa tu sebab tak ramai orang, malas nak hassle-hassle aku masuk je order.

    menu pelbagai, tempat pun tenang.

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan.. sedap2 semuanya :)

    ReplyDelete
  3. Ya ampun. sedapnya burger tu. nak repeat lagiii :D

    ReplyDelete
  4. aduhhh tgk gambar pon dah terliurr.. agaknye kalau pegi sana menjejeh terus ailio kakak ni..hehehe..

    thanks for sharing.. btw, nice pics!

    ReplyDelete
  5. Burger ayam rendang tu memang rasa rendanglah pada daging ayam tu mesti sedapkan mengliurkan...

    ReplyDelete
  6. Alaaaaa.... Lapar nengok makanan-makanan tu. Tapi burger rendang tu nampak menarik sangat.

    ReplyDelete
  7. Menu-menunya menggiurkan....tak sanggup nak tengok sebab nt makyong mengidam payah...hahahhaa

    ReplyDelete
  8. baru tahu banyak menu dalam ni. ingat ade nasi-nasi je. nanti boleh try kan. sedap nampak burger tu.

    ReplyDelete
  9. adoi kenapa sedap-sedap sangat semua ni! berkeroncong dah perut ni kak!! haha

    ReplyDelete
  10. Arghhhh...burger ayam rendang tu memanggil manggil le pulak..adehhh bila nya nak pergi ni, ummm

    ReplyDelete
  11. Haihhhh
    Tempting nya....
    Kalau pi tu semua nk order...
    Mcm mana tu....

    ReplyDelete
  12. Bila nak belanja akak. Nak rendang tu. Huwaaa. Menu dia memang kacau jiwa la. I love food!

    ReplyDelete
  13. Teringin nak datang dan makan di sini... Tapi nanti la dulu, tgu kereta sihat T-T

    ReplyDelete
  14. Terkecur air liur bila tengok burger rendang! Memang best makanan kat sana, sesuai dengan taste kita yang suka makan masakan panas dan pedas.

    ReplyDelete
  15. ya Rasa Utara antara restoren kegenaran saya maklumlah org Utara... Ipoh mali... mmg sedap laa..

    ReplyDelete
  16. Burger ayam rendang is too tempting. Will try it out.

    ReplyDelete
  17. Baru tahu wujud tempat ni dekat sana , alahaii , selalu makan dekat kopitiam tu ja haha, nextime nak try lah

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..