ENCHANTEUR LOTION KESUKAAN!


Enchanteur Lotion Kesukaan | Sejujurnya aku paling malas nak sapu lotion. Tapi aku nak kulit aku sihat, taknak kering, taknak kusam..haaaaa... Sebelum ni aku juga ada review produk Enchanteur Stunning dan aku berpuas hati dengan bauan tersebut, dan sekarang aku nak berkongsi tentang produk Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion. Siapa sini masih tercari-cari losyen yang best ,haaaaa...entri ni ada jawapannya. Losyen ni sebenarnya penting tau untuk kulit kita. Lelagi bila duduk dalam aircond. Lama-lama kulit mesti akan jadi kusam dan kering. Oleh itu, aku sarankan kat korang untuk baca entri ini sampai habis. Enjoy ur reading awak!




Enchanteur 24H Moist Perfume Body Lotion adalah losyen yang terkini keluaran Enchanteur. Dengar kata losyen ni mampu memberikan kulit badan korang yang bersisik tu kepada lembap selama 24 jam. Just wowwwwww! Tahan lama wei. Enchanteur 24H Moist Perfume Body Lotion dihasilkan daripada gabungan air mawar, ekstrak lili putih dan minyak zaitun yang bertujuan untuk memberikan kulit badan kita lembap dan cantik berseri. Actually aku ada bauan Romantic dan Alluring tapi ada lagi satu bauan yang tak sempat aku nak kumpulkan iaitu bauan Charming. Dedua bauan Romantic dan Alluring ni sangat menyenangkan dan tak bau keras,hihi...





Terkejutnya, harga dia sangat murah nak matik dan berbaloi kalau sesiapa nak beli. Harga untuk satu botol yang bersaiz 220ml ini adalah RM11.90 sahaja. Haaaaa, murahkan? Nak beli kat mana? Haaaa, cari je dekat drugstore terpilih di seluruh negara. Selamat mencoba korang. Memang stok tak tahu berapa bulan losyen aku ni,hehe.... Thank you Enchanteur :)


1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..