PANGGUNG SERI TRADISIONAL 2017: KOLEKSI TARI SERUMPUN

by - November 21, 2017

Panggung Seri Tradisional 2017 : Koleksi Tari Serumpun | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pheww, tak ingat kali keberapa aku pergi Panggung Seri Tradisional untuk sama-sama menyokong dimana ini adalah satu medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik. Untuk makluman semua, ia dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013 sehingga kini. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelancong dan peminat kesenian tradisional tempatan untuk menyaksikan persembahan kesenian tradisional di samping memupuk minat dan cintakan seni.





Setelah beberapa tahun program ini diadakan, maka Panggung Seni Tradisional 2017 (PST2017) kini kembali menemui warga kota Kuala Lumpur. Program kali ini akan menampilkan beberapa kumpulan seperti Kumpulan Tai Hei Damansara, Kumpulan Asthana Arts, Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab Kedah), Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (Pe-Zapin), Fakulti Tari, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).







Objektif sebenar program ini diadakan adalah bagi bertujuan:

  • Kuala Lumpur sebagai HAB persembahan tradisional.
  • Kesenian Tradisional sebagai produk pelancongan.
  • Peluang warga Kuala Lumpur dan pelancong saksi keindahan persembahan lebih dekat.
  • Langkah pemuliharaan & pengekalan seni warisan.
  • Memartabatkan kesenian tradisional ke taraf cemerlang.
  • Tingkatkan penghayatan dan kecintaan kepada kesenian tradisional.

Apa maksud Koleksi Tari Serumpun?

  • Malaysia merupakan salah satu negara di bawah lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik serumpun kepulauan Melayu.
  • Ia turut merangkumi kepulauan Indonesia, Brunei dan Thailand.
  • Untuk makluman semua, tidak menjadi sesuatu yang pelik atau janggal sekiranya terdapat beberapa persamaan dalam amalan seni budaya dan bahasa bagi negara-negara serumpun ini.
  • Pelbagai warisan seni budaya dihimpunkan dalam persembahan Koleksi Tari Serumpun sempena program Panggung Seni Tradisional 2017.







Antara koleksi tarian yang telah dipersembahkan adalah:

  1. Ceracap Inai
  2. Rodat
  3. Dabus
  4. Kuda Kepang
  5. Asli Lenggang Patah 9
  6. Cik Minah Sayang
  7. Joget Serampang 12
  8. Zapin Sebat
  9. Zapin Tenglu
  10. Zapin Brunei
  11. Jepin Suara Siam
  12. Sering Krapo Tempurung + Tumbuk Kalang
  13. Jong Jong Inai
  14. Wau Bulan

Kesimpulan di sini adalah semoga program ini akan dapat memberi peluang kepada semua generasi muda dalam menghayati keindahan kesenian tradisional Malaysia yang hampir dilupakan serta semoga makin ramai pengunjung dan warga asing untuk mengenali seni budaya warisan turun-temurun bagi masyarakat Malaysia. Terima kasih juga kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) kerana memberi peluang kepada saya untuk menghadiri program ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut lagi untuk pelbagai program korang juga boleh klik link di bawah ini. 





You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..