6 SEBAB KENAPA WAJIB MENGINAP DI THE KL JOURNAL DENGAN TRAVELOKA



6 Sebab Kenapa Wajib Menginap Di The KL Journal Dengan Traveloka | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Awal bulan 12 lepas di mana masa tahun 2017 aku telah menginap di The KL Journal iaitu lokasinya terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan sangat strategik. Pengangkutan utama aku semasa menginap di sini adalah dengan menaiki kereta aku sendiri. Ini adalah kali pertama aku tahu tentang hotel ini dan aku juga menggunakan google maps untuk sampai ke sini. Maklumlah, aku masih tidak hafal jalan di sekitar Kuala Lumpur (booooo). Dengan adanya Traveloka, segala sesi melancong dah jadi mudah dan harga memang berpatutan serta banyak promosi yang akan korang dapat sekiranya menempah di Traveloka samada menggunakan website atau aplikasi di telefon pintar anda. Sejujurnya, aku sendiri memang pengguna Traveloka dan akan memilih hotel atau penerbangan di Traveloka.

* Gambar lebih lagi di  SITI AUNI AFIFAH *

Jadi, sambung dengan kisah aku menginap di  The KL Journal. Sampainya aku di hotel ini aku terus parking kereta dan untuk makluman semua, tempat meletakkan kenderaan di hotel ini sangat terhad dan ia menggunakan konsep parking 2 lapis dimana kunci kereta kita kena bagi pada orang yang jaga parking tu sebab mudah dia nak alihkan kereta. Haaa, pada mulanya aku agak risau. Tapi anggap sahaja TAWAKAL. Kah! Alhamdulillah, kereta selamat pun, cuma bila part nak ambil barang, keluarkan barang dari kereta agak susah sedikit tapi jangan susahkan benda yang senang. Fikir dengan bijak. Alhamdulillah aku boleh bawak diri untuk topik parking kereta tu,haha.. Serius, korang jangan panik. 



Bukan itu sahaja, di Traveloka kita sendiri boleh tengok tentang respon atau maklumbalas dari penginap di sesuatu hotel yang kita bakal tempah. Bagi aku, review dari setiap pengguna Traveloka ini memang sangat membantu untuk buat pilihan samada hendak memilih hotel A atau B. Selain review, kita juga boleh melihat sendiri rating dari pengunjung/penginap di sesebuah hotel tersebut. 

Sekiranya parking di dalam bangunan hotel ini, jangan panik atau cepat melatah. Parking je depan hotel dimana parking tu betul-betul di depan pintu masuk hotel ini. Untuk penginapan aku kali ini, aku datang bersebab kerana ada event di sini dimana nama event tersebut adalah Escape With Traveloka yang dianjurkan oleh The Butterfly Project dan Traveloka.


Sebelum aku kongsikan tentang event aku tu, izinkan aku untuk cerita apa 5 Sebab Kenapa Wajib Menginap Di The KL Journal dengan Traveloka tu. 


1. Bilik Yang Sangat Selesa Dan Cantik

Sesungguhnya, aku sangat tertarik dengan dekorasi yang sangat istimewa dan cantik di The KL Journal ini. Bilik yang kemas, bantal dan selimut/comforter yang sangat gebu membuatkan aku terasa tenang berada di bilik tersebut. Segala kemudahan yang disediakan di dalam bilik tersebut sangat mencukupi. Antara kemudahan yang ada disediakan di bilik aku adalah:




  • Bilik yang cukup selesa
  • Material di katil sangat berkualiti dan bersih
  • Duck down & bantal mikrofiber 
  • Internet yang berkelajuan tinggi
  • JBL wireless bluetooth speaker dengan alarm & radio dan 2 USB
  • Tv yang bersaiz 40" dengan menyediakan pelbagai saluran TV
  • Meja kerja dengan lampu yang boleh diubah suai
  • Electronic safe
  • Bathrobe & alat mandian
  • Peti ais mini
  • Kopi dan tea
  • Pengering rambut
  • Mesin Nespresso (hanya disediakan di bilik Superior Deluxe & Suite)

Apapun, aku sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di bilik aku dan sampai sekarang aku teringat dengan katil yang gebu tu. Semoga satu hari nanti aku dapat menginap di bilik tu lagi. Kalau korang nak tahu, view dari bilik aku boleh nampak Menara KL dan tiada tingkap yang kecil malah ada tingkap yang besar. Fuhhhh! Aku suka lighting masa siang hari tu. Best gila! Takdelah rasa terperap je dalam bilik. View dari bilik aku pun nampak kawasan Kuala Lumpur dan bilik aku bernombor 202. Toilet pun sangat selesa dan bersih! Suka cermin yang besar di toilet bilik aku. Pencahayaan yang cerah!


2. Promosi yang menarik

Banyak yang korang boleh dapatkan bila menginap di sini. Antaranya: 


  • Stay Longer & Save More
  • Early Bird Promotion
  • All Inclusive Executive Package
  • Discover KL with a stay 5 pay 3 package @RM1,515 nett per room


3. Makanan dan minuman sedap

Fuh ! Part makanan ini aku sangat teruja kerana terdapat dua lokasi yang berbeza. Satu, di The Terrace Bar & Grill dan dua di Kedai Kopi Journal. Menu yang disediakan di kedua-dua di tempat makan adalah berbeza. Jika di Kedai Kopi Journal, korang boleh dapatkan kopi yang rare dimana menggunakan konsep old school dan menyediakan sarapan pagi seperti roti/pastri dan menu makanan  timur barat. Apapun, pilihan makanan di sini semuanya sedap dan portion yang disediakan pun besar dan kenyang! Jangan lupa untuk mencuba menu makanan waktu lunch di Kedai Kopi Journal dan kopi serta teh tarik tau. Sedap !



Waktu operasi:
Kedai Kopi Journal 
Isnin - Ahad : 6.30 pagi hingga 6 petang

The Terrace Bar & Grill
Isnin - Ahad : 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam


4. Lokasi yang strategik

Kalau korang nak tahu, lokasi hotel ini sangat strategik kerana berada di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dimana berdekatan dengan Pavilion, kedai makanan seperti makanan arab dan juga pengangkutan awam pun mudah untuk diakses. So, aku rasa hotel ini pun sangat sesuai bagi pelancong luar negara atau negeri. 

Cara untuk ke hotel ini boleh menggunakan kereta atau keretapi:

Kereta: 
  • Kereta sendiri
  • 1 jam daripada KLIA/KLIA 2 menggunakan taxi/uber/grab car
Keretapi/ERL/monorail:
  • Hanya 28 minit sahaja daripada KLIA/KLIA 2 dari KL Sentral.
  • 10 minit menaiki monorail dari KL Sentral  ke Bukit Bintang
  • Berjalan hanya 5 minit daripada stesen monorail Bukit Bintang.


5. Instagrammable pasti suka hotel ini.

Yessss! Sampai-sampai je aku di hotel ni haritu, terus terpegun dengan setiap dekorasi yang ada di setiap sudut. Rasa macam 'wehhhh....tolong ambikkan aku kat sini' , 'Haaaaa sini pulak wehhhh..' dan bla bla bla bla sampai la orang mula rasa meluat. Thats why untuk penginapan kali ini aku bawak tripod dan kalau korang tengok gambar yang ada muka aku tu mostly aku pakai tripod je haaaaaa. Sebab aku rasa terlalu banyak tempat nak bergambar. Semua cantik-cantik. 


Paling seronok ada kemudahan fasiliti seperti kolam renang dan gym. So, sape yang nak menginap di sini, siap-siap la bawak kamera yang power untuk memastikan kualiti gambar itu tidak merosakkan dekorasi yang ada. Tapi maaf tau, kita bukan tahap profesional punya fotografi untuk gambar yang cantik. Kita mampu ambik yang ni je haaaaaa....











6. Team Building & Majlis

Korang jangan tak tahu, sebab hotel ini bila ditengok dari luar bangunan nampak kecil tapi sebenarnya memang siap ada bilik untuk berdiskusi, kerja berkumpulan dan boleh dibuat apa-apa majlis mengikut jumlah orang yang akan hadir dan keluasan bilik tersebut. Memang terbaik dan sangat sesuai kalau nak buat majlis. Tak kisah majlis apa tapi cuba la buat sekali di sini. Memang best gila ! Setiap bilik yang disediakan pun mempunyai ciri-ciri dekorasi yang tersendiri. 



Antara bilik yang ada adalah:
  • Workers Union
  • The Studios
  • The Gallery
  • The Terrace Bar & Grill
  • The Hub

Setiap bilik yang disediakan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan terhad kepada beberapa orang bergantung kepada jumlah orang. Pengalaman aku semasa join aktiviti di ruang event ni sangat selesa kerana rekaan yang sangat comel, unik membuatkan lagi semangat untuk bersama fokus dalam event tersebut,hehe..




Escape With Traveloka

Jadi, haritu aku dijemput untuk menghadiri event Escape With Traveloka yang dianjurkan oleh The Butterfly Project dan Traveloka. Apapun aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput aku (mek onie) untuk majlis yang super awesome ini. Ini adalah kali pertama aku join event yang perlu aku hadirkan diri sebagai komuniti daripada The Butterfly Project. 


Apa yang aku nak kata di sini, event ini berjalan dengan lancar dan sangat memuaskan hati aku. Pelbagai aktiviti yang ada seperti sesi perkenalkan website/mobile apps Traveloka kepada blogger, sesi soal jawab berkenaan Traveloka. Paling best bila ada 4 bengkel yang kesemuanya sangat menarik untuk join tapi kami (blogger-blogger) hanya perlu memilih 1 bengkel sahaja. 1 bengkel itu hanya mengambil masa selama 3 jam.

Antara bengkel yang disediakan adalah:
  1. Bathboombs & Essential Oils
  2. Traveller Leather Notebook
  3. Art Journaling
  4. Floral Water Color

Disebabkan aku suka travel maka aku pilih Art Journaling. Walaupun jari ini keras namun aku happy join bengkel ini. Kesemua blogger yang join art journaling ni pun enjoy. Bestnya lagi, barang-barang disediakan dan kami hanya perlu bawa gambar sahaja. Terima kasih @orangeberry17 atas tunjuk ajar yang diberikan selama bengkel tersebut. 


Then malam tu kami dinner dan ada sesi tukar hadiah. Actually, part tukar hadiah ni seronok, sebab dah lama rasa tak buat aktiviti macam ni, hehe... Sesi ini hanya tukar hadiah kepada roomate masing-masing je, so..setiap blogger yang datang tu dah tahu hadiah tu roomate sendiri akan dapat dan okayyyyyyy so thank fadzi razak kerana hadiahkan aku coklat M&M ini ! Bestttt gila sebab aku suka coklat. Thank you again fadzi.


Lepas dinner malam tu, aktiviti seterusnya free & easy je. So, ada yang melepak di bilik, ada yang keluar ke bandar, ada yang join live band. Aku? Of course la aku habiskan masa di bilik. Sayang nak lepaskan katil dan bantal weh, hehehee....




Untuk part yang traveloka tu, aku sangat suka sebab banyak bahagian-bahagian yang kita boleh setting dalam aplikasi atau akaun traveloka kita, paling menarik sepanjang aku dengar tentang pengenalan aplikasi traveloka ini aku mendapat info bahawa traveloka ini boleh setting untuk memberitahu kita sekiranya ada tiket atau tempahan bilik yang murah mengikut bajet sendiri. So, korang jangan lupa merajinkan diri untuk cek akaun traveloka tu tau... Cuba ubah setting untung mendapatkan perkhidmatan yang superb!

Korang nak dapatkan NOTIFIKASI BILA HARGA MURAH DARI TRAVELOKA? Meh baca sini dan aku tahu ramai lagi yang tak tahu dengan fungsi 'Price Alert' di traveloka. Firstly, aku sarankan korang upload dahulu aplikasi Traveloka dengan menggunakan Apps Store atau Play Store. So, selepas korang memuat turun aplikasi traveloka jangan lupa untuk mendaftar bagi yang belum daftar aplikasi ini.


Sebab apa korang wajib daftar akaun di Traveloka ini?


  1. Pemberitahuan tentang harga murah!
  2. Nak jadualkan semula penginapan? Pun boleh!
  3. Dijamin harga yang berpatutan sebab setiap hari ada promosi harga dan ekslusif harga di aplikasi. Thats why, aku suruh korang muat turun aplikasi Traveloka.
  4. Mudah untuk membuat pilihan.
  5. Review yang jujur dari pengguna yang menggunakan perkhidmatan di aplikasi ini.
  6. Penginapan yang dijamin dimana sekiranya tempahan lebih maka Traveloka akan memulangkan wang korang tu semula mengikut terma dan syarat.
  7. Pelbagai pilihan pembayaran dimana korang boleh bayar menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet aatau di 7-Eleven dengan tiada cas transaksi.
  8. Promosi istimewa setiap masa ada!






  1. Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Traveloka di telefon pintar masing-masing dan daftar sekiranya masih belum menjadi ahli atau daftar masuk sahaja sekiranya sudah sedia menjadi ahli di Traveloka.
  2. Saya memang sentiasa menggunakan Traveloka sekiranya melancong. Untuk mendapatkan harga yang lagi murah, jangan lupa korang set setting di 'Price Alert' untuk mengetahui harga penginapan dan harga flight dengan bajet korang serta hari yang sudah disetkan.
  3. Yeayyyyy! Kini korang berada di ruangan di mana bagaimana untuk tahu tentang harga murah. 
  4. Jadi selepas berada di ruang 'Price Alert' jangan lupa untuk setkan tarikh dan destinasi serta bilangan penumpang yang akan membuat penerbangan contohnya. 
  5. Apa yang menariknya bila berada di ruang 'Price Alert' ini jangan lupa untuk setkan juga masa yang akan korang pergi dan transit. 





0% Pelan Ansuran

6. Di pautan Traveloka korang boleh lihat di mana terdapat harga promosi bagi tiket penerbangan domestik dan antarabangsa dan Hotel domestik dan antarabangsa serta banyak lagi pilihan.

7. Yesssssss! Kini Traveloka ada ansuran bayaran selama 6 bulan atau 1 tahun untuk memudahkan lagi para pelancong. Jangan lupa tau gunakan ansuran ini sebaik mungkin.



Apapun, aku happy dan terima kasih The KL Journal, The Butterfly Project dan Traveloka kerana memberi peluang ini kepada saya. Terima kasih Traveloka kerana menaja penginapan di The KL Journal dan pelbagai tips aku dapat selama mengikuti program ini. Sebenarnya dah ada 4 entri termasuk entri tentang Traveloka aku kongsikan dengan pembaca di blog aku ini.






The Butterfly Project :
Website Facebook Instagram

Traveloka :
Website Facebook Instagram

The KL Journal :
Website Facebook Instagram



21 ulasan:

  1. Guna kamera ape amek gambar cantiklah hasilnya

    BalasPadam
  2. Memang lawa la tgk deco tempat ni..bilik dan suasana semuanya buat zaza teruja.. Ada rezeki dtg kl nanti blh mginap :)

    BalasPadam
  3. Apps traveloka ni memang mudah kalau kita nak plan utk upcoming vacation. The KL Journal ni pun nampak mcm menarik utk staycation hujung minggu kan! ��

    BalasPadam
  4. puas hatinya dengan servis yang disediakan kt kl journal hotel ni...

    BalasPadam
  5. haha hotel macam ni lah yang kita kena take noted, banyak kemudahan dan macam best je.

    BalasPadam
  6. Lawa gilaaaaaaa! Dengan traveloka, memang mudah!

    BalasPadam
  7. Nampak macam menarik je hotelnya ini.. Memang selalu book hotel menggunakan Traveloka...

    BalasPadam
  8. suka tgk mangkuk tingkat kat pic atas tu..

    BalasPadam
  9. cantik yer hotel ni, style modern dan hispter. nak stay sini juga la bila cuti ke KL nt

    BalasPadam
  10. Hotel tu cantik... memang sesuai untuk kaki selfie atau yang suka amik gambar. Tak perlu pergi jauh dah

    BalasPadam
  11. Cantik-cantik gambar. Bestnya hote nie, sangat insta-worthy. Nak jugak lah cuba menginap di sana

    BalasPadam
  12. not bad tempat dia..siap ade swimmming pool

    BalasPadam
  13. KL Journal Hotel memang salah satu hotel terbaik. Tak sangka bila masuk dalam bilik dia nampak classy dan mewah. Lokasi pulak betul2 tengah town. Jalan kaki je nak gi mana2 pun. ada peluang nak stay sini lagi.

    www.liahasty.com

    BalasPadam
  14. Menariknya traveloka ni. Mudah dah nak travel dan tak perlu risau terover bajet utk penginapan.

    BalasPadam
  15. KL Journal ni memang convenient kalau staycation sorang-sorang or dengan partner. Kalau family tu kena extra care lah kan. Ruby pernah pergi hotel ni utk event. Parking dia memang tak lucky la nak dapat. Kat anney depan tu pun kena tunggu ada org balik baru dapat.

    Tapi Tapi Tapi bila naik public transport memang convenient gilerrrrr. Jalan kaki je. Malam pun kat area bukit Bintang best. Makan takyah makan hotel. Pi je cari street food kat luar nun. 7 eleven pun banyak. Hehehe

    Aktiviti tourist memang banyak bleh buat sendiri bila stay kat KL journal. Experience KL in your way gitu. Hehehe.

    BalasPadam
  16. Satu lagi onie, sebab dapat rumet comel macam saya. Hhahaha. :p Tapi serius lah tempat ni memang best, cantik dan mengundang memori betul

    BalasPadam
  17. Dok baca orang tulis pasal staycation kat The Journal buat Rawlins teringin nak stay kat situ gak.

    BalasPadam
  18. Bagus nya tempat ni, nak stay lah... jom..

    BalasPadam
  19. Bestnya korang dpt join staycation kt situ...
    Mmg best la tgk.interior hotel ni

    BalasPadam
  20. bestnyaaa. nak juga menginap dekat sini . nanti bawa kita please

    BalasPadam
  21. Hotel ni nampak selesa dan menarik.. Teringin nak berehat santai2 dekat situ.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..