MAKRIFAT CINTA BAKAL MEMBUATKAN PENONTON EMOSI

by - December 16, 2017

Makrifat Cinta Bakal Membuatkan Penonton Emosi | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Finally, filem Makrifat Cinta ini bakal memecahkan industri perfileman dengan adanya pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Sabrina Ali yang diarahkan oleh Kamal G. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 1 Februari 2018 akan datang.

MAKRIFAT CINTA BAKAL MEMBUATKAN PENONTON EMOSI

MAKRIFAT CINTA BAKAL MEMBUATKAN PENONTON EMOSI

MAKRIFAT CINTA BAKAL MEMBUATKAN PENONTON EMOSI

MAKRIFAT CINTA BAKAL MEMBUATKAN PENONTON EMOSI

Semasa Majlis Pelancaran Trailer & Sidang Media Filem Makrifat Cinta pada 13 Disember 2017 jam 8 malam di TSR Cinemax, IRDKL Mall, Shah Alam aku telah menonton sendiri trailer yang bakal memecahkan panggung wayang serta membuatkan para penonton emosi semasa melihat trailer ini. Filem ini diterbitkan oleh Dhananwoodd Films Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh TSR Films Sdn.Bhd. Makrifat Cinta ini diilhamkan daripada sebuah kisah benar dan plot cerita ini juga penuh emosi dan pelbagai nilai-nilai murni yang dapat diperoleh daripada kisah ini.


Filem Makrifat Cinta ini mengisahkan tentang cinta dan kesusahan hidup ditempuhi oleh Mahathir yang dilakonkan oleh Syamsul Yusof yang berasal dari sebuah kampung sebelum menjadi seorang jutawan segera dengan membina sebuat aplikasi yang dijual dengan harga jutaan ringgit.



Sinopsis Makrifat Cinta:

Mahathir seorang lelaki yang tergolong dalam kelas menengah bawahan, sentiasa bertungkus lumus mencari nafkah buat keluarganya. Namun begitu, dia sering kekurangan wang kerana isterinya, Zara yang suka membazir. Zara seorang yang suka membebel dan menghina Mahathir. Ini telah menjadi suatu kebiasaan kerana Mahathir tidak mampu membeli barang kemas dan juga pakaian yang mahal buatnya. Selain daripada itu, Zara sering meminjam wang untuk menampung keinginan dan kehidupannya yang mewah itu. Mahathir dan Zara juga dikurniakan seorang anak yang bernama Aisha yang sangat rapat dengan bapanya. Dalam masa yang sama, Mahathir juga telah mencipta satu aplikasi yang unik dan yakin akan berjaya menjualnya pada suatu hari dan bermimpi untuk menjadi jutawan yang kaya raya. 


Pada suatu hari, Mahathir telah terjumpa Sofea di dalam keretapi dimana Sofea ini adalah rakan lamanya ketika di kolej. Sofea merupakan wanita Indonesia yang cantik, pandai dan lemah lembut. Semasa hendak ke mesyuarat, telah berlaku kemalangan yang menyebabkan nyawa Mahathir dan Sofea terancam sehingga pada suatu hari..... Haaaaaaaa, nantikan kisah ini di pawagam pada 1 Februari 2018


Kesimpulannya, berjayakah Mahathir menjual aplikasi itu dan menjadi jutawan atau tidak? Siapa pula Sofea yang tiba-tiba hadir dalam keluarga Mahathir ini. Kenapa Rizal berang dengan tindakan Mahathir? Adakah Aisha penyebab utama keluarga Mahathir berpecah? Dan siapakah dalang sebenar kemalangan yang menyebabkan nyawa Mahathir dan Sofea terancam? Bagaimana pula nasib Aisha dalam kisah ini? Haaaaaa, korang kena tengok sendiri cerita Makrifat Cinta ini dengan cinematografi yang sangat menarik dan kemuncak cerita yang penuh emosi. 

MAKRIFAT CINTA BAKAL MEMBUATKAN PENONTON EMOSI

Apapun, aku sendiri dah tengok trailer filem Makrifat Cinta ini dan sangat puas hati kerana idea daripada Kamal G ini membuatkan kita teruja untuk melihat filem ini akan datang. Tahniah buat Dhananwoodd Films kerana telah berjaya dalam pembikinan filem yang penuh aksi dan cinematografinya.

You May Also Like

10 comments

  1. emosi macamana tu wak. kita emosi marah2 je tahu ekekekeke

    ReplyDelete
  2. Barisan pelakonnya best! Tak sabar nak tengok nanti :)

    ReplyDelete
  3. Actor semua pun power gila. Rasa tak sabar pula nak tengok

    ReplyDelete
  4. Wah syamsul yusof yang watak utama. I'm expecting a lot especially the cinematography

    ReplyDelete
  5. Alamak tak layan cirete melayu walaupun I melayu hahahshashhs...tengoklah kalau rajin t kita p tgk

    ReplyDelete
  6. Totally gonna watch this nanti bila dah keluar. Syamsul Yusof always buat movie best sampai boleh nangis.

    ReplyDelete
  7. Kalau ada Balqis..confirm berguguran air mataku...tak sabar nak tengok..

    ReplyDelete
  8. Wah macam menarik je filem ni. Tak sabar nek tengok.

    ReplyDelete
  9. Sabrina Ali needs to fire her fashion consultant.

    ReplyDelete
  10. Syamsul yusof bawak watak berlainan kali ni..x sbar nk tgk.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..