MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32

by - December 12, 2017

MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32


My Daily Skincare Routine From Althea Box #32 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Yeayyyyy, the next Althea Box from Althea Korea was Althea Box #32 and the name Lazy Sunday Box! OMG! Im just curious why sunday and yes! My happy me when my weekend always spend  with skincare routine and i love them ! Agaknya siapa ye yang selalu tercari-cari produk apa yang sesuai untuk kecantikan? Make up?Skincare? Agaknya kalau diberi pilihan untuk memilih produk tapi masih tak tahu nak pilih produk apa, aku suggestkan untuk korang terutama yang baru nak berjinak dalam dunia kecantikan WAJIB baca entri ini. Tapi bila sentuh balik dunia kecantikan ini, suka aku nak kongsi di sini jagalah kecantikan yang Allah dah bagi ini dengan sebaiknya. Pilihlah produk yang sebetulnya dengan muka. Jangan sebab orang pakai produk tu, kau pun nak pakai. But, for those yang berminat dengan produk dari Korea. Yes! Korang berada dalam ruang yang betul. 


First time nak pakai produk Korea tapi tak tahu nak pilih macamana dan nakkan harga yang jauh lebih murah? Aku suggest korang pilihlah produk Althea Korea. Tapi still banyak jugak dan tak tahu lagi nak pilih produk yang macamana, harga yang macamana okay. Takpe. Korang just tengok Althea Beauty Boxes je. 


Althea Beauty Boxes ini dilancarkan pada pertengahan tahun 2016 sehingga kini yang bilangan box tersebut semakin bertambah hampir 40 lebih kotak. Althea Beauty Boxes ini memang laku macam goreng pisang, memang selalu je cepat habis sebab sangat limit dan eksklusif !Dah la eksklusif, harga pulak memang harga lori terbalik weh. Memang rugi siapa yang tak pernah purchase Althea Beauty Boxes. 


Sebab kenapa korang kena pilih Althea Beauty Boxes?
  1. Pelbagai tema setiap kotak yang bakal dikeluarkan oleh Althea Korea. Serius tema yang dipilih dan dicipta memang selalunya buat hati terus menjadi cair. Cute, murah dan sangat berguna pada setiap produk yang terpilih.
  2. Mempunyai 3 - 6 atau lebih pada setiap Althea Beauty Boxes. Gila best!
  3. Memang menjadi idaman bagi mereka yang sukakan Korean Beauty Product ni dan selalunya OOS.
  4. Selain daripada Althea Boxes, terdapat juga Trend Boxes! Apa beza dua produk ni kan?

Selepas diperkenalkan dengan Althea Boxes, nah! Kini Trend Boxes pun ada,hihi... So, apa beza kedua kotak ini?

Althea Boxes: Kotak ini diwujudkan mengikut tema-tema tertentu yang dikhaskan untuk pelanggan dan peminat-peminat K- Beauty juga berpeluang untuk dapatkan pelbagai produk yang telah dicampurkan dan something new from Althea. Kotak ini dikeluarkan setiap 2 kali sebulan dan sejujurnya, sangat istimewa dan puas hati.

Trend Boxes: Ini akan dipekkan mengikut produk yang paling laris samada jenama baru atau produk baru yang telah ada jenamanya di website Althea mengikut peredaran gaya terkini kecantikan. Kotak ini dikeluarkan sekali sebulan sahaja.


MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32



So, daripada Althea Box #32 ini apa yang aku dapat? Kalau korang nak tahu, Althea Boxes ini diberi nama Lazy Sunday Box dan hanya berharga RM110 daripada RM394! Gila murahkan? Diskaun 72% wei mana aku tak meroyan tengok Lazy Sunday Box ni. Biasanya banyak Althea Box yang dah sold out kan? Tapi jangan risau, Lazy Sunday Box ini masih ada lagi dan korang wajib beli! Antara yang korang akan dapat adalah:


  1. 1004 Laboratory : Deep Blue Caviar Collagen Mist
  2. Calmia : Calmia Cleansing Tissue
  3. Wangskin : Moist Soothing Cream
  4. The Saem : Saemmul Cream Stick Blusher - Coral Ending
  5. Etude House : Big Cover Pot Concealer Pro - Sand
  6. Laneige : Fresh Calming Quick Toner Pack

Walaupun brand yang berlainan, aku sangat suka kombinasi Althea Boxes ini. Dah jom tengok apa kata aku dengan setiap produk yang ada dalam Althea Boxes #32 ini.



MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32


Calmia : Calmia Cleansing Tissue | Cleansing Tissue ini dari brand Calmia dan hampir setahun dah aku pakai pembersih jenis tisu ini. Menariknya berkenaan pembersih tisu ini adalah ianya mempunyai  ciri-ciri yang mudah untuk dibawa kemana sahaja. Kiranya, saiz travel la. Mempunyai 20 helai tisu dan boleh digunakan selama 20 hari. Bestnya lagi, keberkesanan tisu ini sangat memuaskan hati aku kerana mampu membersihkan maskara pada bulu mata dan make up yang tebal dengan hanya sehelai tisu sahaja. Cuma jenis aku ni akan menggunakan 2 tisu untuk memastikan kulit muka aku betul-betul bersih dari segala make up yang dicalit ke atas muka. Haaa gitu.


Kalau pergi travel ke, haaaa... aku akan bawak pack ini untuk memudahkan aku bersihkan muka tanpa menggunakan air paip tu haaaa, just guna tisu tu je. 


Best tak: Biasa-biasa je / Best gila,korang wajib beli.
Senang dibawa: Makan ruang / Boleh bawa kemana sahaja


MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32


Laneige : Fresh Calming Quick Toner Pack | Yessss! Part toner ni kan sebenarnya sangat penting bila kita siap bersihkan muka. Langkah selepas cuci muka adalah sepatutnya gunakan toner untuk kekal segar dan hidrasikan kulit muka. Cuma, kalau guna yang manual contohnya macam cotton pad tu kan mesti erghhhh... mana nak cari cotton pad, mana nak tonyoh-tonyoh lagi haaaaa... Lecehkan?


Tapi part paling best, bila Laneige dah keluarkan toner dalam bentuk pad di mana dalam 1 pek tu mempunyai 3 helai toner just letak je dekat muka dan biarkan selama 2 hingga 3 minit. Langkah ini sangat mudah dan  bagi yang selalu terkejar-kejar dengan kerja tu boleh bawak je pack macam ni. Mudah dan kesannya cepat. Laneige kot weh. Lepas pakai rasa segar je muka!


Best tak: Biasa-biasa je / Best gila,korang wajib beli.
Senang dibawa: Makan ruang / Boleh bawa kemana sahaja


MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32


1004 Laboratory : Deep Blue Caviar Collagen Mist | Okay part mist mist muka ni aku memang suka gila ! Ini adalah pertama kali aku dengar dengan jenama yang bernama 1004 Laboratory dan dalam collagen mist ini terdapat 23 bahan semulajadi! Antara sebab utama aku suka pakai mist adalah aku kena kekalkan kulit muka aku dari terus kering. Maklumlah duduk dalam keadaan yang sejuk dan mampu membuatkan kulit muka akan terus kering dan kusam.

Untuk mengelakkan kulit muka aku terus kering dan kusam, aku sentiasa sembur collagen mist ini dan sebelum pakai collagen mist ini aku wajib goncangkan botol ini. Rasa nak kulit muka macam kulit bayi tu, nahhhhh...sila amalkan collagen mist yang ni. Oh! Lagi satu, bila sembur dimuka aku akan gunakan jarak yang 'berwaspada' untuk 'terlajak meleleh' dimuka dan menyebabkan lambat kering dan meresap ke dalam kulit muka. 

Best tak: Biasa-biasa je / Best gila,korang wajib beli.
Senang dibawa: Makan ruang / Boleh bawa kemana sahaja


MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32

Wangskin : Moist Soothing Cream | Untuk mengekalkan kelembapan pada kulit muka lagi, aku amalkan soothing cream ini di mana ianya water base dan sangat cepat meresap ke dalam kulit! Paling penting tak melekit dan muka takde la berminyak yang amat sangat cuma akan nampak glowing je. Cara pemakaian pun satu faktor untuk tidak membuatkan muka nampak pelik dan terlalu 'kilat'. Fungsi produk ini adalah untuk mengekalkan kelembapan dan juga hidrasi. Kalau rasa duduk tempat kering, wajiblah pakai cream macam ni! Suka gila packaging dia. Lawa.

Sesuai jugak untuk siapa yang ada kulit sensitif. Cuba la korang! Pakai double pelembap pun takde masalah, cuma kuantiti tu perlu diimbangkan supaya tidak lebih dan tidak kurang. Chaiyok!

Best tak: Biasa-biasa je / Best gila,korang wajib beli.
Senang dibawa: Makan ruang / Boleh bawa kemana sahaja


MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32


Etude House : Big Cover Pot Concealer Pro - Sand | Sorry! Untuk produk ni di website Althea Korea dah pun SOLD OUT ! Memang panas concealer ini sebab mudah nak apply, lelagi kalau dapat tutup jerawat, cela-cela pada muka dan tutup kening. Haaaa! Bestnya lagi, dapat menutup segala parut dimuka. Nak dapatkan kesan yang cantik aku suggestkan korang untuk guna berus mekap. Haaaaa.... Code color: Sand (sesuai untuk tona kulit yang gelap)

Hopefully, Althea can restock again for this product! Cepat betul habis!

Best tak: Biasa-biasa je / Best gila,korang wajib beli.
Senang dibawa: Makan ruang / Boleh bawa kemana sahaja


MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32

The Saem : Saemmul Cream Stick Blusher - Coral Ending | First time aku mencuba blusher yang berbentuk creamy macam ni. Pada mulanya agak pelik dengan warna blusher ni. Tapi bila calit pada kulit muka, nah! Aku suka gila dengan result dia sebab tak pekat dan tak terang sangat. Natural je haaaaa!

MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32

Hanya satu warna sahaja dan untuk mendapatkan hasil yang terbaik, blend la sebaik mungkin. Tak sesuai kalau bersekalikan dengan produk yang jenis powder. Dah aku suggestkan juga untuk sesiapa yang tidak gemarkan mekap yang terlalu heavy dan nak kan sesuatu kelainan boleh la cuba blusher yang ni, takde keburukan pada setiap wanita kecuali mereka sendiri yang serlahkan keburukan tersebut tanpa mempamirkan kecantikan yang semulajadi. Ingat. Nak make up yang bersederhana boleh. Tapi belajarlah untuk menyimpan aset sebegini. Puast hati !


Best tak: Biasa-biasa je / Best gila,korang wajib beli.
Senang dibawa: Makan ruang / Boleh bawa kemana sahaja


MY DAILY SKINCARE ROUTINE FROM ALTHEA BOX #32

So, sesiapa yang beli produk Althea Boxes #32 ini, korang akan dapat free gift seperti di atas ini dan menariknya lagi, produk ini dari jenama MISSHA ! Haaaa, bolehlah bawak travel,hehe... So, siapa yang dah beli Althea Boxes #32 ini? Best tak? Apapun, aku suka dengan kesemua produk yang ada dalam Lazy Sunday Box ini. Semuanya konsep yang mudah dan pantas. Satu lagi, kalau ada mask sheet dalam Althea Boxes #32 ni kan best,hihi.... 


Terima kasih banyak bagi sesiapa yang sudi baca review ini, maaf sekiranya ada kekurangan dan jika ada pendapat atau penambahbaikan bolehlah komen dipetak bawah tau. Sayangnya nak guna Laneige Toner Pack tu, comel dan mudah dibawa kemana je wak! Keseluruhannya, aku suka dengan Althea Boxes #32 ini! Jangan lupa tu, Lazy Sunday Box ni ada stok lagi tau. Baik beli dalam konsep macam ni. Jimat duit weh!




You May Also Like

21 comments

  1. box Althea memang best.. dalam satu box ada banyak produk. yang bestnya ikut tema.. kita boleh pilih yang bersesuaian dengan kulit kita

    ReplyDelete
  2. Barang daripada Althea semuanya best-best jadi tak hairan la selalu sold out. Kinah pun tengah tunggu althea box kinah. Tak sabar nak unbox

    ReplyDelete
  3. Most of the product is my favourite brand. Love shop with Althea

    ReplyDelete
  4. zaza pun ada juga try produk dari Althea ni.. memang banyak box dia dengan berlainan tema. Zaza suka etude house tu, guna untuk conceal kening..senang guna..

    ReplyDelete
  5. No wonder ramai yg jadi fanatik dgn althea box ni ye. Salah satu sebab ada macam2 tema yg mengugat iman. Hehe. Kemudian dalam satu box kira dah mcm complete set dah. Produk dia semua nampak best giler sampai ana pun tetiba jatuh cinta dgn althea.

    ReplyDelete
  6. Banyak plak item dalam Althea Lazy Box Sunday ni....akak suka je bab make- up ni tapi tu x berpeluang lagi terjah Althea, kena tengok jugak la..banyak benda best akak tgok

    ReplyDelete
  7. Lazy Sunday Box memang best - teringin terus nak beli lepas tengok Mek Onie share

    ReplyDelete
  8. Wah mcm best je..sye product korea yg suka hanya missha je hehehe

    ReplyDelete
  9. Kebutuhan perempuan memang banyak ya. Althea ini salah satunya, saya cowok jadi belum pernah denger. Lumayan buat tambah-tambah informasi kalo udh punya kekasih

    ReplyDelete
  10. Bestnya tengok barangan dari ALTHLEA Lazy Sunday Box, Bonde teruja nak beli lahhh

    ReplyDelete
  11. Hari ni jumpa onie kita nampak memang wajah dia sangat lain yer hehehehe dah makin berseri-seri dan makin cantik adakah tanda nak kahwin ehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha punya komen mmg menjurus kepada dush dush dush! hahaha..

      Delete
    2. Sally mmg guna produk Korea..bukan la nak kata produk sini tak elok tapi agaknya sebab minat dan skrg pun dah macam koleksi yg sesuai dgn wajah Asia..(sbb ada certain produk tak ok utk cuaca kita)

      walaupun brg dah byk kat rumah kadang nak jugak beli lg kat Althea..hahahha..btw, Saem punya brg mmg worth it la beli..mmg best...try beli serum rambut dia kalau jumpa..

      eh..ni komen ada kaitan kan? hahaha..macam tgh borak dgn onie pulak :P

      Delete
  12. Beauty Box ALTHEA memang the best one ! I suka The Saem : Saemmul Cream Stick Blusher - Coral Ending sebab nampak muka tak kering

    ReplyDelete
  13. Teringat masa muda dulu, rajin jaga wajah. So, bila dah beranak pinak ni takla kerepot sangat kan. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la tgk ruby cantik sangat walaupun anak dah masuk 20 hahahha

      Delete
  14. Semakin jatuh contact dgn Althea box..akan kumiliki jua

    ReplyDelete
  15. Wahh.. produk dari Korea memang power2 belaka. lembut je rasa pada muka. wahhh makin glowinglah muka sis lepas ni! hihi

    ReplyDelete
  16. Memang peminat Althea Korea jugak. susah produk K beauty ni. Setiap box selalu ada banyak pilihan menarik bukan. Memang berbaloi beli dan buat collection box dari Althea.

    ReplyDelete
  17. niceee if only Althea nak sponsor i jugak. hahaha

    ReplyDelete
  18. Banyak juga diskaun dia.. macam2 ada dengan harga macam tue

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..