7 PERKARA TENTANG KENINGAU, NEGERI SABAH

by - January 22, 2018

7 Perkara Tentang Keningau, Negeri Sabah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Siapa pernah tahu tentang 'Latana The Bobohizan' ? Kalau nak tahu korang boleh klik sini untuk mengetahui kepercayaan dan budaya yang ada di Sabah terutamanya dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Seperti yang saya perkatakan di entri sebelum ini adalah berkenaan Tahun Melawat Keningau 2018 atau Visit Keningau Year 2018 akan membawa korang untuk menyelami apa yang ada di Keningau. Jadi, dah bersedia untuk mengetahui 7 perkara tentang Keningau yang ada di Negeri Sabah?





Seperti yang saya maklumkan pada entri sebelum ini dan ketika saya menghadiri Pementasan Drama Tari 'Latana The Bobohizan' telag berlangsung juga Majlis Pelancaran Visit Keningau Year 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusof Bin Haji Osman. 




Terima kasih Tuan Haji Yusof Bin Haji Osman yang merupakan Pegawai Daerah Keningau serta Encik Rafie Robert, Pengarah Projek Visit Keningau Year 2018 kerana sudi menerima kunjungan kami sewaktu pelancaran tersebut. Sebelum terlupa, saya ucapkan tahniah kerana Keningau terpilih sebagai Tahun Melawat bagi 2018 ini. Semoga ramai pelancong akan ke sana nanti.



Bismillah.


Untuk pengetahuan semua, Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas. Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu. Keningau bersempadan dengan Daerah Ranauh dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat Sabah. 




Untuk ke Bandar Keningau ini, korang juga boleh menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui Jalan Tambunan atau melalui Jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 Kilometer yang mengambil masa kira-kira 2 jam setengah perjalanan. Ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau - Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau - Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini ataupun bas ekspress. 




Tak nak naik pengangkutan darat?


Boleh juga kalau nak naik pengangkutan udara iaitu kapal terbang di Bandar Keningau. Tapi, Lapangan Terbang Keningau ini hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja. Bagi saya, untuk menjadi pelancong yang kental apa kata kita menaiki pengangkutan darat sambil menghayati sekeliling Keningau kan.


Masih ingat lagi dengan Batu Sumpah Keningau yang terletak di Keningau berkenaan ringkasan tentang Perjanjian 20 Perkara Sabah antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Malaysia? Yes. Batu Sumpah Keningau masih berdiri dan wajib korang pergi sendiri untuk merasai peninggalan sejarah yang sekian lama peninggalannya. 


Walaupun Keningau ini berada di kawasan pedalaman, namun..korang jangan tidak tahu bahawa di Keningau ini mempunya 7 Perkara Tentang Keningau yang wajib korang ketahui. Antara 7 yang saya maksudkan adalah:
  1. Tempat Bersejarah
  2. Adventure / Aktiviti Lasak
  3. Pasar Setempat
  4. Taman Rekreasi
  5. Agro Tourism
  6. Tempat Keagamaan
  7. Kraftangan

Jadi, izinkan saya senaraikan pada setiap 7 perkara dengan lokasi-lokasi menarik yang ada di Keningau. Jangan lupa mark siap-siap lokasi yang saya senaraikan ni.

TEMPAT BERSEJARAH
  • Ansip Ferry Memorial Park
  • The Oath Stone Keningau
  • World War 2 Memorial Park
  • Muzium Warisan Keningau
  • Rumah Besar OKK Sedomon
  • Japan Surrender Point
ADVENTURE
  • Gua Laing - Laing Cave
  • Gua Batu Salag - Salag Rock Cave
  • Batu Minitinduk - Minitinduk Rock
  • Sub - Station Minitinduk Trails (Rafflesia Park)
  • Bukit Trig - Trig Hill
  • Bukit Matanoi - Matanoi Hill
  • Bukit Lugas - Lugas Hill
  • Bukit Kikiran - Kikiran Hill
  • Air Terjun Tinaaman
  • Air Terjun Berkembar
  • Air Terjun Mandanan
  • Tindian White Water Rafting
  • Lubuk Pinamansok
PASAR SETEMPAT
  • Tamu Ground Keningau
  • Pasar Tamu Apin-Apin
  • Pasar Malam Keningau
  • Tamu Kraf Taman Bandukan
TAMAN
  • Pusat Rekreasi Taman Bandukan
  • Kapayan Recreation Resources
  • Mee Woo Resort
  • Taman Banjaran Crocker
  • Sungai Tagal Kg.Senagang
  • Sungai Tagal Kg.Nuntunan
  • Sungai Tagal Taman Bandukan
AGRO TOURISM
  • Evegreen Live Stock Farm (Eco Yap)
  • Pusat Penternakan Sebrang (Live Stock)
  • Pusat Pelancongan Bukit Kayu Manis
TEMPAT KEAGAMAAN
  • Guang Ji Temple 
  • Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau
  • Masjid Al-Taqwa
KRAFTANGAN
  • Pusat Kraftangan Sabah
  • Kampung Kraf Kg.Batu Lunguyan
  • Kampung Kraf Kg. Ulu Senagang
  • Kampung Kraf Kg. Kuala Kahaba










Jadi lengkaplah 7 perkara yang saya senarai di atas untuk korang lakukan di Keningau nanti ! Konsep dia adalah more to nature. Yeah! 

Apapun, saya berhasrat untuk menjelajah Negeri Sabah serta sekiranya berkelapangan saya teringin ke Keningau. Korang yang mana belum singgah ke Keningau jemputlah datang kerana banyak kawasan kehijauan serta semulajadi seperti gua dan air terjun yang mempunyai keistimewaan sendiri. Semoga dengan pelancaran ini, Keningau terus dikenali. InshaAllah bulan 3 ini saya akan ke Kota Kinabalu dan Kundasang dahulu. Adakah selepas itu akan Keningau? Haaaaaa.... 

You May Also Like

19 comments

  1. Banyaknya tempat adventure kat sana. \0/

    ReplyDelete
  2. Dah lama plan nak ke sabah...boleh jadikan salah satu destinasi masa kat sana ni..

    ReplyDelete
  3. Menarik! Tak sabar nak pergi Sabah.

    Walaupun setiap tahun pergi, tapi tetap nak pergi lagi dan lagi

    ReplyDelete
  4. macam best ja..kena kumpul duit ni hujung tahun boleh planning family ke sana nnt tp kalau duit melancong cukup la hihihii..

    ReplyDelete
  5. Sabah memang masuk wishlist. Hajatdihati nak ronda 1 negeri tp mcm kena stay sebulan kut kan? Sbb luas, byk sgt tempat2 menarik

    ReplyDelete
  6. Mommy pernah g kaki kota kinabalu dan kundasang..keningau macam belum lagi. Haha lupa dah..g zaman belajar.. 10 tahun lebih dah... Best nye boleh jalan-jalan cari pengalaman

    ReplyDelete
  7. I never been to Keningau before. Times for me to plan my trip there.

    ReplyDelete
  8. Senang dah ada list tempat-tempat mana nak pergi di Keningau. Pilih je mana suka. Besar betul sarang burung tu. Memang real wujud ke? Hehe.

    ReplyDelete
  9. menarik betul la Keningau ni. Untuk pencinta Alam harus pergini

    ReplyDelete
  10. Tak pernah sampai sini tapi tempat ni nmpk
    Menarik

    ReplyDelete
  11. banyak jugak ekk tempat menarik kat keningau.. hopefully one day dapat jejak kaki ke sana.. yezzzaaa

    ReplyDelete
  12. Wah menarik juga keningau rupanya. Orang kata sabah sarawak memang betul2 tempat yang sesuai nak tengok alam semula jadi dan masih terpelihara kecantikan alam n budayanya. Hopefully sampai kat sana someday. Tq for sharing mek onie. Btw, salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
  13. Tak pernah sampai ke Sabah lagi. Banyak juga tempat menarik dekat Keningau ni. Sebab nama jarang dengar kan. Tapi bagus juga ada 'Tahun Melawat Keningau 2018' atleast orang dah mula peka dah tau tempat ni sekaligus meningkatkan nama dan buat tempat ni popular.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  14. never had the chance to go to Sabah yet.. hopefully this year can go... huhuhu

    ReplyDelete
  15. Ok Bookmark, nanti kalau pergi sana boleh explore tempat best yang ada dalam list tu... banyak aktiviti boleh dijalankan!

    ReplyDelete
  16. So nice the place and so peaceful. I like the pic where the guy sit in the bird nest.

    ReplyDelete
  17. wow, cantiknya negara Sabah siap boleh meditation dalam akar pokok yang macam nest bird tu haha

    ReplyDelete
  18. Bila lah dpt pergi sabah..boleh masuk dalam list ni kalau ada rezeki pergi sana..

    ReplyDelete
  19. Dah pernah gi Sabah tapi tak pernah ke Keningau lagi. Nanti blehlah gi sini, nampak mcm banyak je tempat2 menarik kat sana

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..