BELAJAR MAKE UP BERSAMA SUE MELATI



Belajar Make Up Bersama Sue Melati | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Fuh! Sebut berkenaan make up, 10 kali juga saya fikir. Sebab? Banyak sebabnya. Antaranya adalah komitmen. Yes. Make up pun perlu ada komitmen. Tak duit, masa. Incase kalau kita dah terbiasa dengan make up sepanjang hidup ni, bila tiba-tiba duit tak mencukupi mesti rasa ralat dan mempunyai satu beban yang perlu difikir mana nak dapatkan duit demi make up. Tapi make up ini juga sebenarnya adalah sesuatu aset yang perlu wanita-wanita invest untuk diri sendiri. Ya. Kadang-kadang bila fikir perlu ke produk kosmetik? Perlu ke beli? Yes! Anda wajib beli demi untuk diri sendiri. Paling asas adalah compact powder, foundation, blusher dan lipstik. Itu sehabis simple la tu. Tapi untuk menjadi seorang yang lebih yakin dengan diri sendiri, make up ini adalah sesuatu sangat bagi kaum wanita ini.





Pada beberapa minggu lepas, saya merajinkan diri untuk pergi ke kelas mekap untuk belajar ilmu berhias, gitu! Lokasi kelas make up saya adalah di Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh dimana lokasinya dekat dengan pengangkutan awam seperti MRT, KTM dan bas. Jadi bagi sesiapa yang teringin nak join ke kelas mekap Sue Melati ini, jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai transport. 


Siapa Sue Melati ini? Sue Melati ini bukan nama asing lagi dalam dunia make up ni. Memang dikenali dan sering menjadi orang disebalik pada rancangan yang hebat-hebat. Antara program TV yang pernah bersama adalah:
  • Nona
  • Wanita Hari Ini
  • Mentor TV3
  • Drop The Beats
  • Clever Girl
  • Anugerah Juara Lagu
  • Muzik Muzik
  • Hero Oven
Sue Melati juga adalah seorang pakar make up artis Malaysia dan membantu wanita supaya kelihatan lebih cantik, elegen dan bertaraf world class! Ada 3 jenis servis yang ditawarkan oleh Sue Melati ini dan antaranya adalah:
  1. Profesional Makeup
  2. Basic to advance
  3. Personal/Group coaching



Di dalam kelas Sue Melati ini beliau akan mengajar dari tahu hingga tak tahu dan dari A sampai Z, haaaa. Antara teknik yang diajar di dalam kelas Sue Melati ini adalah:
  • Teknik memakai foundation waterproof
  • Teknik blend eyeshadow
  • Teknik letak shimmer dan glitter eyeshadow
  • Kegunaan brush dengan betul
  • Melukis kening tanpa cukur
  • Contour muka nampak cengkung
  • Teknik bibir nampak munggil.




Daripada teknik di atas ini, kebanyakan pelajar yang hadir ketika kelas make up ini ramai yang tidak pandai menggunakan teknik seperti yang dinyatakan di atas dan happynya, aku suka cara Sue Melati ini mengajar dan langsung tidak kedekut ilmu. Kelebihan bila join kelas makeup Sue Melati ini adalah korang akan dapat:
  • Demo dan praktikal (Jangan lupa rekod video masa Sue Melati buat demo)
  • Sijil penyertaan
  • Makanan tengahari juga disediakan
  • Barang make up di sediakan (Bawa diri je weh)
  • Goodies bag untuk setiap pelajar
  • Make up paling cantik akan dapat hadiah special daripada Sue Melati


Bagi sesiapa yang tidak tahu, Sue Melati mempunyai produk sendiri iaitu foundation dan oil. Sue Melati Foundation (FD) dan minyak penaik seri wajah mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya adalah:
  • Full Coverage
  • Wangi yang amat
  • Anti-Aging
  • Mengandungi ekstrak bunga sakura dan tea tree
  • Mencerahkan kulit
  • Memudarkan jeragat
  • SPF 50
  • Sangat ringan dan tidak bercapuk
  • Vitamin C & E
  • Mengecutkan jerawat
  • Produk formula sendiri CFM bukan produk rebranding atau repackaging
  • Mekap tahan selama 14 jam dengan satu sapuan.


Minyak Penaik Seri Wajah mempunyai kandungan seperti Argan oil, Rosehip oil, Blackseed oil dan tatamu oil. Tatamu oil ini adalah bertujuan untuk mengubati dan memperbaiki kulit yang rosak serta melembutkan dan menghaluskan kulit Minyak Penaik Seri Wajah ini juga mempunyai kelebihan seperti:
  • Anti-bakteria
  • Antibiotik
  • Antioksidan
  • Anti-alergi
  • Anti inflamasi
Diluluskan oleh KKM pun haaaa! So, gunakanlah tanpa was-was ye,hehe



Jujur aku cakap, untuk penggunaan kali pertama produk Sue Melati ini dalam teknik makeup memang sangat menyenangkan dan super cantik! Untuk Sue Melati FD ni, memang terdapat satu kod sahaja dan sekiranya kulit muka berwarna gelap, campurkan juga dengan warna foundation yang gelap sedikit supaya kulit muka tidak berubah menjadi warna kelabu. So, untuk campurkan foundation yang lain tu memang takde masalah dan tak cakey pun.  Apapun terima kasih banyak pada  @kaiostudio kerana memperkenalkan saya dengan Sue Melati ini dan beri peluang ye. Maceh. Dah! Jom ikat perut beli barang make up,muahahahahahaha...Macam aku, aku make up ikut mood aku, lagi seronok kalau dapat makeup time tak boleh solat,hihi....selebihnya aku lebihkan pada serum, pelembab je pada kulit wajah aku ni demi menjaga kulit ini agar sihat sejahtera!kih!

KALAU NAK MENANG PRODUK FULL SET SUE MELATI JANGAN LUPA SINGGAH FACEBOOK SUE MELATI SEPERTI LINK DI BAWAH SEKALI.

PRODUK FULL SET SUE MELATI:
SUE MELATI FOUNDATION
MINYAK PENAIK SERI WAJAH
BERUS DARI SUE MELATI



Untuk sebarang pertanyaan atau khidmat boleh berhubung:

Tel: 018-2090617
Email: suemelati2u@gmail.com




6 ulasan:

  1. Sudah flawless lepas tu letak lagi sue melati lagi lah jadi porcelain doll terus mek onieeee

    BalasPadam
  2. Wahh bestnya! Ciktie pun teringin nak join

    BalasPadam
  3. Flawless haaaa. Foundation Sue Melati ni dah macam Kat Von D tau. Matte habis. Waterproof lagi. Sesuai dengan kulit akak. Onie pun cantik je lepas mekap. Bleh jd MUA lepas ni. Haha

    BalasPadam
  4. FD Sue Melati best... Senang nak ratakan & elok je dengan kulit... Kelas pun best, banyak ilmu dapat...

    BalasPadam
  5. Best nya dapat belajar dengan MUA pro...cantik lah Onie mekap

    BalasPadam
  6. Memang terbaiklah faundation dan minyak penaik seri sue melati sangat best. Ilmu kelas make up pun mudah difahami.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..