DAY 2: BERTOLAK KE VANG VIENG, CHECK IN VANG VIENG GARDEN DAN BLUE LAGOON




Day 2: Bertolak Ke Vang Vieng, Check In Vang Vieng Garden Dan Blue Lagoon | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masuk hari ke dua aku di Negara Laos dan penat untuk hari pertama masih ada. Sambungan daripada entri hari pertama aku di Luang Prabang dan sekarang kita sambung hari kedua pulak. Ikutkan, perjalanan ke Vang Vieng ni pada hari pertama dan disebabkan tiket bas ni habis, kami bermalam di Southern Bus Terminal Guesthouse yang terletak di belakang Ban Na Luang Bus Station. Sungguh. Korang sesiapa yang rasa nak gerak malam dan merasai naik sleeper bus make sure kena beli tiket awal. Sebab bas sleeper ni tak banyak. 


Kami naik bas biasa sahaja dan tambang ke Vang Vieng hanya Kip110,000/pax. Lebih kurang RM56 seorang duit Malaysia. Perjalanan bermula jam 6.20 pagi waktu Luang Prabang sepatutnya, tapi driver bas tu gerak around 7am dan pit stop yang pertama lama nak mampus. Geram gila. Sepanjang perjalanan nak ke Vang Vieng tu memang banyak pemandangan yang cantik, bukit-bukau yang SubhanaAllah cantik dia tak terkata. Rupanya, bukit-bukau yang aku nampak atas flight tu memang kami lalu. Untuk jarak perjalanan ke Vang Vieng dari Luang Prabang ni memang agak jauh dan mengambil masa 6 jam SEPATUTNYA. Tapi bas yang aku naik haritu, drag ke 8 jam nokkkk. Memang banyak pit stop. Ibarat dari Kuala Lumpur nak ke Kelantan dah aku rasa jarak perjalanan tu, hahaha.


PENGALAMAN SEPANJANG PERJALANAN KE VANG VIENG


Sepanjang perjalanan tu, aku ada berhenti di restoran yang terletak di kawasan bukit-bukau dan kalau kita panggil kawasan Rawat dan Rehat (RnR) iaitu Ban Phoukhoun, Viangchan, Laos. Bestnya di sini, memang cantik view dia di sebalik restoran tersebut. Rupanya, bukan sekadar restoran je tau. Ada menyediakan tempat penginapan dan cantik. 





Jalan yang penuh liku, selekoh tajam tak tajam semua ada. Sepanjang aku menaiki bas, ada la jugak 2 3 kali nak termuntah dan aku masih bersabar. Kahkahkah. Mana taknya weh, selama perjalanan nak ke Vang Vieng tu memang selekoh naik bukit turun bukit je weh. Bunga matahari atas ni aku ambil di salah satu tempat perhentian kami semasa ke Vang Vieng. First time tengok bunga matahari yang ditanam sendiri wak. Teruja. Di perhentian inilah kami berhenti untuk ke tandas dan lokasi ini dinamakan Ban Phoukhoun, Viangchan, Laos.




Maka, perjalanan sudah sampai dan kami DIBERHENTIKAN di tepi bus stop (je) dan menanti tuk-tuk untuk dibawa ke tempat penginapan seterusnya. Maka, kami jumpa seorang pakcik dan tambang dari bas stop ke guesthouse kami dalam 1-2km tak silap dan kos tambang Kip50,000 sahaja. Time aku sampai tu cuaca tak mengizinkan untuk kami berjalan kaki. Ikutkan kalau jalan kaki boleh je, tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan, kami mengambil tuk-tuk sahaja. Tapi kos tambang tuk-tuk ni memang murah tak kira di Luang Prabang atau Vang Vieng ni. Murah.


CHECK IN UNTUK SEMALAMAN SAHAJA


Ngam-ngam jam 3.45pm waktu Vang Vieng sampai di Vang Vieng dan kami check in di Vang Vieng Garden Bungalows. Untuk hotel di Vang Vieng aku bayar dalam USD dan make sure cek duit USD korang tu dalam keadaan elok. Sebab orang di Laos ni tak terima duit USD yang dah koyak WALAUPUN sedikit,huhu.. Telitikan orang Laos ni? So, bila korang tukar duit di Malaysia tu mohon semak setiap keping duit tu. Masa check in kami terus beli tiket van untuk balik ke Luang Prabang terus di kaunter check in guesthouse yang kami nginap ni. Masa pergi kami naik bas dan balik, kami naik van VIP yang berharga Kip100,000 sahaja. 



Di Vang Vieng kami menginap semalaman je dan harga Kip70,000 untuk sebilik dan katil queen. Bilik yang besar, suasana guesthouse yang cantik, toilet yang super besar nak mampos dan sangat selesa. Memang worth it kalau siapa yang nak stay di guesthouse ini. Gambar bilik aku lupa nak ambik, sebab penat yang amat maka tak sempat nak ambik gambar. Tapi korang boleh google dan dalam dia memang tak menghambarkan. Puas hati dengan harga yang murahhhhhhhh tu.


Lepas check in, kami lunch dulu. Lunch maggi hasil bekalan dari Malaysia tau. Kat Vang Vieng ni susah gila nak cari makanan HALAL tau. So, sesiapa yang nak ke Laos ni WAJIB bawa bekalan makanan secukupnya. So, masa kami lunch tu, tetiba terperasan pakcik yang hantar kami guna tuk-tuk tu menunggu di guesthouse kami. Serius tak perasan dan rasa serba salah dengan pakcik tu. Kami just tanya kos nak ke Blue Lagoon tu je. Tapi dia siap tunggu, lama jugak. Sebab kami sempat lunch,huhu. 





So, setel lunch. Kami gerak ke Blue Lagoon menaiki Tuk-Tuk yang kos dia adalah Kip200,000 sahaja weh. Best ke idok weh? Murah dan dia siap bawa ke Blue Lagoon 3 weh yang jarak dia 30 minit dari Blue Lagoon 1. Mula kami ke Blue Lagoon 1 dengan tiket masuk dia Kip10,000 untuk mengambil gambar sahaja dalam 30 minit gitu. Dan kalau korang nak tahu, jalan dia memang mengundang. SERIUS! Sebab time aku pergi tu jalan dia basah dan berselut macam gambar kat atas, tapi gambar atas ni consider elok lagi, ada beberapa kawasan Allahurabbi teruk dia, kesian kat pakcik yang bawak tuk tuk ni. Baru lepas hujan. So, nasiblah sape yang sewa basikal ke, motor ke, buggy ke. Haha.. Sebelum kami memulakan perjalanan yang jauh, kami perlu membayar tiket masuk untuk laluan ke jambatan dengan harga Kip15,000.


Tapi, siapa yang nak sewa basikal, motor dan buggy tu beruntung. Sebab korang boleh berhenti sesuka hati yang korang nak. Nasib baik jugaklah kami, sebab tak sewa semua tu. Sebab time tu jalan memang teruk. Kira-kira, perjalanan pergi dan balik mengambil masa 2 jam gitulah. Memang AWESOME nak matikkkkkk perjalanan ke Blue Lagoon tu. Satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Dah la 2 jam, naik tuk-tuk dengan jalan bergerutu. (lopak-lopak air teruk,haaa imagine that)




Aku tak pasti sama ada Blue Lagoon yang aku pergi ni kenapa tak macam dalam gambar yang aku google, air biru. Tapi bila pergi dan sampai di sini, ehhh ni je ke? Hahahaha.. ke kuasa editing gambar ? Huwarrrr...Tapi kat sini memang ramai pengunjung, paling ramai orang europe, orang Malaysia so far masa kami pergi tu langsung takde. Mungkin tak perasan kalau ada pun. Tapi memang ramai pelancong dari luar negara juga la. 


Bila aku sampai di sini, aku ibarat tempat ni cantik yang amatlah. Tapi rupanya ada juga di Malaysia. Dia punya konsep lebih kurang macam Tadom Hill tu. Tapi Tadom Hill lagi besarlah. Mungkin masa aku pergi ni cuaca tengah hujan thats why air dia tak biru. Tapi masa aku sampai pun dah start gerimis, sedih betul. Satu je, air kat sini memang sejuk. Niat di hati mula nak mandi, tapi macam takut je bila tengok kedalaman sebab dorang siap terjun bagai tu, kira dalam la kan?


Tapi siapa yang datang sini nak merasakan kesejukan air di Blue Lagoon, sila bawa baju siap-siap,hehe..








Tapi, dengan kos Kip200,000 tu sebenarnya sangat okay dah tu. Sebab pakcik yang aku naik ni dia sangat baik hati! Rindu pakcik tuk-tuk wei lop! Disebabkan pakcik baik, kami bagi saguhati sikit. 




Sepanjang perjalanan ke Blue Lagoon 3 dan 1, pemandangan memang cantik. Sawah padi yang terbentang luas dengan kehijauannya. Bukit bukau yang pelbagai bentuk dan tak lekang dari pandangan membuatkan aku dah mula jatuh cinta dengan bumi Vang Vieng ni. Apa yang aku nak cakap di sini, Vang Vieng ni sama seperti di Kedah, Kelantan yang ada sawah padi.. tapi suasana di sini lain dan tidak sama seperti negeri yang aku sebutkan tadi. Memang berbaloi datang dengan menaiki tuk tuk.



Sempat lagi weh tukar baju pakai ala-ala kampung. Gigih tak? Hahaha... 



Malam selepas kami berehat tu, aku dan rakan-rakan lain sempat singgah ke Night Market di Vang Vieng. Di sini korang boleh tengok gaya hidup masyarakat Vang Vieng yang hidup dalam bersederhana dan rajin serta kreatif. Setiap hasil jualan mereka kebanyakannya dihasilkan dengan hasil titik peluh sendiri. Di sini juga korang boleh beli cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia. Tapi aku tak beli apa pun. Banyak cari makanan yang boleh di makan je,hehe..



Antara selendang yang dibuat oleh penduduk Vang Vieng. Jangan tak tahu ye. Mereka masih lagi menggunakan mesin tenun tradisional dan sangat cekap!


Kalau ke Vang Vieng, jangan lupa singgah ke Night Market dan singgah kedai pakcik ni. Aiskrim dia memang sedap gila. Kip5,000 je weh. Rasa kelapa dia tu sampai 2 kali aku beli,haha.. Jadi total Kip10,000 untuk aiskrim kelapa ni haaa..



Satu-satunya makanan halal adalah pancake ni haaaaaaaaa... Harga dia Kip10,000 je dan beli fruit shake yang menggunakan rasa asli buah 100% yang berharga Kip8,000. Korang kalau pergi Vang Vieng atau Luang Prabang, mohonlah beli fruit shake depa. Puas hati minum dengan harga Kip8,000 tu haaaaa..


Setel Blue Lagoon 3, kami terus balik ke guesthouse untuk berehat. Tapi malam tu memang penat dia Ya Rabbi. Penat nak matik! Dah! Jom baca Day 3 pulak di mana kami ke Paddy Field, kawasan-kawasan kampung yang terletak di Vang Vieng, melusuri pekan-pekan dan singgah ke Cafe Eh Eh untuk sejukkan badan dan berehat seketika sebelum balik ke guesthouse  untuk check out! Dah jom! Thank you korang sape yang sudi baca entri ini. 


Tips hari kedua di Laos :

1. Untuk ke Vang Vieng ni, pilihlah bas atau van di an Na Luang Bus Station  Harga bas dan van ni sebenarnya lebih kurang je. Kalau nak naik sleeper bas better beli awal. Sebab sleeper bas ni dia ada masa dia sendiri. Tapi kalau naik sleeper bas pun sebenarnya tak berapa selesa gak, sebab keadaan jalan tu yang bengkak-bengkok. Tapi okay je nak naik sleeper bus tu. Selesa nak tidur. Takde la tido duduk. Tapi bas biasa kadang tak ramai dan pilih barisan kerusi sorang satu mudah nak jatuhkan kerusi dan tidur!

2. Bawak makanan dari Malaysia siap-siap, sebab di Vang Vieng pun takde makanan halal. So, get ready dengan makanan dari Malaysia.

3. Untuk ke Blue Lagoon tu aku sarankan tak perlu untuk pergi kesemua Blue Lagoon, sebab di Malaysia pun dah ada. So, pergi je Blue Lagoon 1 dan Blue Lagoon 3.

4. Sewa tuk-tuk lebih mudah.

5. Siap sedia duit kecil untuk bayar masuk ke jambatan dan Blue Lagoon. Masa nak ke Blue Lagoon bawak air masak atau manisan sebagai bekalan.


Kos pada hari pertama:

Tambang Tuk Tuk nak ke Guesthouse = Kip 50,000 / 5 orang = Kip10,000 / 1 orang = (RM4.50)
Guesthouse untuk 1 malam = Kip70,000 / bilik (2 orang) = Kip35,000 / 1 orang = (RM17)
Tiket balik ke Luang Prabang = Kip100,000 = (RM50)
Tambang Tuk-Tuk ke Blue Lagoon = Kip200,000 / 5 orang = Kip40,000 / 1 orang = (RM19)
Tiket masuk untuk laluan jambatan = Kip15,000/ tuk-tuk = Kip3,000 / 1 orang = (RM1.50)
Tiket masuk Blue Lagoon 1 = Kip10,000/ seorang = (RM4.50)
Pancake = Kip10,000/pc = (RM4.50)
Air buah = Kip8,000/pc = (RM4)
Ais krim kelapa = Kip5,000 x 2 = Kip10,000 = (RM4.50)


TOTAL = RM109.50



1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..