JOM KE PAGAR ALAM, INDONESIA

by - January 27, 2018




Jom Ke Pagar Alam, Indonesia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyy! Akhirnya aku mampu kemaskini artikel berkenaan Pagar Alam. Selepas menempuh perjalanan selama hampir 6 jam lebih dari Linggau maka kami sampai ke lokasi yang sebenar iaitu Kota Pagar Alam yang terletak di Sumatera Selatan, Indonesia. Lokasi penginapan kami adalah di Gunung Gare Resort Villa & Hotel yang terletak di Gunung Gare. 


Untuk pengetahuan semua, Sumatera Selatan ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat di Negara Indonesia dimana terletak di bahagian Selatan Pulau Sumatera. Sumatera Selatan ini adalah negeri yang ibu kotanya di Palembang. Kalau korang nak tahu, Sumatera Selatan ini bersempadan dengan Negeri Jambi di sebelah Utara, Negeri Kep.Bangka-Belitung di bahagian Timur, negeri Lampung di Selatan dan negeri Bengkulu di Barat. Negeri ini kaya dengan sumber alam seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Selain itu, ibu negeri Sumatera Selatan iaitu Palembang terkenal sejak dahulu kerana menjadi ibu kota bagi Kerajaan Sriwijaya. 



Selain itu, negeri ini mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Sungai Musi, Jambatan Ampera, Pulau Kemaro, Danau Ranau, Kota Pagar Alam dan banyak lagi. Terdapat juga makanan tradisional seperti pempek, model, tekwan, pindang patin, pindang tulang, sambal jokjok, berengkes dan tempoyak. 


Hello PAGAR ALAM!


Sekiranya korang ke Pagar Alam, sudah pasti perkataan Besemah akan selalu korang dengar dan nampak yang membawa maksud Bersih, Sejuk, Ramah. Kota ini bersempadan dengan daerah Lahat di sebelah barat, timur dan utara serta selatan bersempadan dengan wilayah Bengkulu. Pagar Alam ini terletak di kaki Gunung Dempo dan kota ini sangat kaya dengan sumber alam semulajadi. Nama Pagar Alam ini diberi kerana Bukit Barisan yang mengelilingi kota yang seperti pagar yang memisahkan alam semulajadi. Unik sekali nama lokasi ini.




Lokasi penginapan kami setibanya di Kota Pagar Alam ini adalah di Gunung Gare Resort Villa & Hotel yang dahulunya diberi nama Besh Hotel & Villa dan mulai Januari 2017 nama hotel ini telah ditukar ke Gunung Gare Resort Villa & Hotel. Kami tiba di penginapan kami pada lewat malam dan tidak menyangka keadaan persekitaran di penginapan kami bagaimana. Yang pasti hanya nampak kegelapan dan cahaya-cahaya yang datang dari bangunan sahaja. Setelah sampai kami makan malam bersama Pagar Alam Tourism Board.

Sedikit sejarah berkenaan pemerintahan di Pagar Alam ialah ditubuhkan pada 21 Jun 2001, Kota Pagar Alam menjadi kota otonomi yang terpisah daripada Daerah Lahat. Diperintah oleh seorang Datuk Bandar (walikota) yang menguasai lima daerah seperti Dempo Selatan, Dempo Tengah, Dempo Utara, Pagaralam Selatan dan Pagaralam Utara.


Lokasi yang ada di Pagar Alam ini adalah:
  • Batu Gong
  • Kebun Teh di Dempo
  • Danau Lematang Indah
  • Air Terjun Curup Embun
  • Arca Manusia Purba
  • dan banyak lagi

Lokasi Penginapan di Gunung Gare Resort Villa & Hotel

Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama aku menginap di kaki gunung yang super awesome. Sekiranya pada mereka yang pernah menginap di sini pada tahun 2016 nama hotel ini telah menggunakan perkataan Besh yang berasal daripada perkataan Besemah yang merupakan sebutan bagi masyarakat yang bermukim di Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Bengkulu yang berada di sekitar Gunung Dempo. Hotel ini sangat dikenali oleh pengunjung dari luar negara termasuk Malaysia dan menjadikan hotel in sangat unik kerana pemandangan yang ada di sekitar hotel ini. 








Aku hanya menginap semalaman sahaja di  Gunung Gare Resort Villa & Hotel dan ternyata lokasi penginapan ini sangat wowwwww kerana pemandangan dan di setiap kamar/bilik yang ada disediakan tidak mempunyai kipas atau aircond. Jadi terkejut bila cari suis kipas atau aircond tak jumpa. Rupanya, memang tak disediakan tau sebab haaaaaa.. Memang dah sejuk gila. Haha.. First time menginap di hotel tapi takde suis kipas atau aircond,wahahahahaha. Malam tu memang tiba lewat di lokasi penginapan dan aku perlu bangun jam 3 pagi waktu sana. Ternyata aku yang lambat bangun,wahahaha... Nasib baik malam sebelum tidur aku dah mandi siap-siap. Nak kemana 3 pagi tu? Yesss. Of course la nak mengejar matahari terbit di Gunung Dempo. Part Gunung Dempo aku akan cerita di bawah.










Untuk kemudahan yang ada di Gunung Gare Resort Villa & Hotel ini sangat memuaskan hati kerana kami dberi satu bilik setiap satu orang demi keselesaan kami. Terima kasih sekali lagi Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel. Seperti kemudahan yang ada dalam bilik aku adalah keluasan yang cukup besar dan sesuai di inap paling maksimum 2 orang, TV, toilet yang dilengkapi dengan water heater, plug, tv dan almari. Cuma kipas dan aircond sahaja tidak ada kerana untuk pengetahuan korang semua, Kota Pagar Alam ini siangnya dingin, apatah lagi malamnya kan? Lagi sejuk. Aku siap pakai baju berlapis kot, bhahahaha..


Untuk bilik aku, paling terkejut bila pagi, kelihatan kebun teh yang kehijauan terbentang luas di depan aku dan tak sangka pemandangan yang begitu indah aku dapat. Rasa nak bentang tilam tidur depan kebun teh je weh. 


Gunung Gare Resort Villa & Hotel,
Jalan Laskar Wanita Mentarjo,
Kompleks Perkantoran Gunung gare, 
Pagar Alam, Sumatra
Whatsapp: +62822-78789830
Email: sales@gununggareresort.com


Gunung Dempo Seawal 3 Pagi.

Yuhuuuuuuu! So, pagi itu kami bangun seawal 3 pagi dan aku paling lewat bangun..bhahahahaha! Gila wei.. ngantuk penat semua ada. Almaklum la., perjalanan dari Malaysia ke Pagar Alam ini mengambil masa selama 1 hari dengan menaiki 2 kali kapal terbang untuk ke destinasi serta 6 jam perjalanan dari Lubuk Linggau ke Pagar Alam. Jadi, 3 pagi kami bangun dan mula menuju ke Gunung Dempo dan sekali lagi melalui jalan yang sangat mencabar. Jalan dia tu ibarat nak ke Genting Highland dan Cameron Highland di Malaysia. Tapi jalan nak ke Gunung Dempo ini lagi mencabar aku rasa. Memang selekoh bertemu selekoh. Memang gementar tapi kami dapat pemandu yang sangat cekap dan sangat berhati-hati. Terima kasih ya Pak Supir atas jasamu. Memang cekap !





Perjalanan dari tempat kami menginap ke Gunung Dempo ini mengambil masa selama 45 minit dan keadaan jalan ketika itu masih basah dan selekoh dia Allahurabbi, memang mencabar wa kata lu. Nasib aku tak muntah,bahhahahaha. Gunung Dempo merupakan sebuah gunung yang terdapat di Pulau Sumatera, Indonesia dan mempunyai ketinggian 3,195 meter dari paras laut. Gunung Dempo ini juga mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceours atau hutan gunung. 




Untuk sampai ke Gunung Dempo ini korang boleh menggunakan pelbagai cara seperti:
  1. Perlu melalui Kota Pagar Alam sekiranya melalui perjalanan darat dari Palembang yang mengambil masa 7 jam
  2. Di ibu kota Sumsel ini terdapat banyak bas ke arah Pagar Alam. Salah satunya dengan menggunakan bas Angkutan Kota Dalam Propinsi (AKDP) Dharma Karya, Telaga Biru, Garuda Dempo atau Mobil Travel yang banyak disediakan di Jalan Kolonel Atmo Palembang.
  3. Sekiranya korang dari Jakarta, korang boleh menumpang bas jurusan Bengkulu atau Padang dan turun di Lahat kemudian sambung perjalanan dengan menaiki Angkutan Kota dalam Propinsi yang akan berhenti di terminal Rumah Sakit Umum Lahat - Jalan Mayor Ruslan I Lahat.  
  4. Untuk perjalanan aku, aku bergerak dari Malaysia dan Transit di Jakarta (masa perjalanan 2 jam 15 minit) kemudian menaiki pesawat Nam Air IN 014 ( masa perjalanan 1 jam) dan turun di Lapangan Terbang Lubuk Linggau Silampari serta  meneruskan perjalanan dengan menggunakan mobil travel ke Pagar Alam selama lebih kurang 6 jam lebih.  Jadi total perjalanan lebih kurang 9 jam lebih macam tu. So, rancanglah percutian korang dengan baik sekiranya hendak ke Sumatera Selatan. 




Kota Pagar Alam ini sesuai dengan namanya kerana jelas dikelilingi barisan pergunungan Bukit Barisan dan yang tertinggi dari barisan tersebut adalah Gunung Dempo. Sekiranya korang hendak mengejar matahari terbit. Yessss, Gunung Dempo lah lokasi yang sebenarnya kerana korang boleh memerhati keindahan alam dan suhu di Gunung Dempo ini boleh menjadi hingga 16˚celcius. Jadi, pakailah pakaian yang sesuai apabila ke Gunung Dempo. Bagi mereka yang kaki hiking, yesss! korang boleh lajak ke Gunungnya terus di mana perjalanan untuk ke atas iaitu puncak utama Gunung Dempo tidaklah sukar dan di puncak utama ini ada kawah gunung berapi dan masih aktif sehingga ke hari ini. Katanya pemandangan dari puncak utama Gunung Dempo tu cantik dan boleh kelihatan Wilayah Bengkulu dan Lautan Hindi. Kalau ada peluang nak mendaki ke atas sana pulalah. 


Di Gunung Dempo Terdapat Tugu Rimau

Sekiranya sampai di Gunung Dempo yang mempunyai tulisan Pagar Alam saksikan juga kewujudan Tugu Rimau yang merupakan satu replika patung yang berbentuk Harimau dan memakai pakaian tradisi masyarakat Sumatera Selatan serta memegang obor. Tugu Rimau ini dibina semasa Sumatera Selatan menjadi tuan rumah untuk Pekan Olahraga Nasional (PON) pada tahun 2004. Ketinggian Tugu Rimau ini berada pada 1,820 meter dari paras laut dan di sini juga menjadi titik permulaan kepada para pendaki hingga ke puncak utama iaitu puncak Gunung Dempo.





Jangan lupa untuk bergambar dengan Tugu Rimau untuk kenangan akan datang. Untuk pengetahuan semua, nama rimau itu berasal daripada perkataan harimau yang dahulunya harimau memang banyak dijumpai di hutan-hutan Sumsel, khususnya di kawasan Pagar Alam. Jadi, Tugu Rimau ini pun salah satu tempat yang wajib korang singgah dan bergambar setibanya di Pagar Alam

Di Gunung Dempo Terdapat Hamparan Kebun Teh Yang Meluas dan Menghijau

Alang-Alang dah sampai Gunung Dempo tu, singgah la juga di Kebun Teh yang luas dia Allah sahaja yang tahu. Dan jangan tak tahu ye korang, disebalik Sumatera Selatan (Sumsel) yang besar dan yang pasti ramai lagi pelancong yang belum tahu tentang kewujudan kota serba hijau ini dengan penuh alam semuajadi ini mampu membuatkan korang terus terpesona dengan keindahan yang ada di sekitar Gunung Dempo dan Pagar Alam ini.







Pada ketinggian 1,520 meter dari paras laut kebun teh ini dikelolakan oleh PT Perkebunan Nusantara VII. PTPTN VII merupakan perusahaan BUMN yang hanya fokus pada pertanian dan perkebunan. Selain teh juga, perusahaan BUMN ini juga mengelola perkebunan lain seperti tebu, carrot dan kelapa sawit. Senang cerita kawasan Pagar Alam ini kaya dengan tumbuhan semulajadi yang menghijau dan segar dek mata mandang. Jangan terkejut kerana hamparan kebun teh yang korang tengok digambar aku ini mempunyai keluasan hampir puluhan ribu hektar dan teh di sini sangat terkenal dan sedap! Kalau ke Pagar Alam ini jangan lupa untuk mencuba atau membeli kopi robusta dan kopi yang dihasilkan di Pagar Alam ini juga adalah kopi yang terkenal di Indonesia. Phewwww!!!




Selain kopi, jangan lupa untuk membeli teh dan pelbagai yang ada di sana untuk dibawa pulang ke Malaysia. Selain itu juga, korang boleh meminta Pak Supir untuk memberhentikan mobilnya ditepi jalan sebentar untuk berjalan dan menikmati keindahan di setiap hamparan kebun teh ini. Boleh bergambar di kebun teh ini, menegur sapa pekerja pemetik daun teh ini. Oh ya! Jangan lupa untu belajar memetik daun teh yang betul. Kebun teh ini juga telah bertapak sejak zaman Pemerintahan Belanda lagi dan para pekerjanya juga banyak yang datang dari Tanah Jawa. Terkejutnya aku, pemetik daun teh ini berjalan dari tempat tinggal yang jaraknya agak jauh dari kebun teh dan memerlukan tenaga yang kuat untuk mendaki serta melalui jalan yang bengkang bengkok itu. Sangat teruja dengan kekuatan yang ada pada mereka. Fuh! Tabik hormat!

Di Pagar Alam Juga Ada Banyak Air Terjun - Air Terjun Tujuh Kenangan

Setelah pulang ke lokasi penginapan kami iaitu di Gunung Gare Resort Hotel & Villa untuk sarapan pagi, baru kami nampak dan tahu bahawa pemandangan yang ada di sekitar penginapan tersebut memang terbentang luas dengan hamparan kebun teh yang menghijau. Sebab sampai malam dan kami sendiri tak dapat gambarkan pemandangan yang ada disitu. Sarapan pagi sambil menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan membuatkan aku sangat bersyukur berada di bumi Tuhan yang sangat indah dan sehingga ke hari ini aku masih terbayang pemandangan tersebut. 




Selepas siap sarapan pagi di penginapan kami, kami keluar dan menuju ke Air Terjun Tujuh Kenangan dan masa tu mata aku ni mengantuk je. Mana taknya, bangun seawal jam 3 pagi kot weh. Pastu terus berjalan. Di Air Terjun Tujuh Kenangan ini adalah lokasi pertama air terjun yang kami pergi dengan menggunakan mobil yang dari Lubuk Linggau dan masih menggunakan Pak Supir yang sama. Ketika sampai di air terjun ini, ramai pelancong yang datang dan adik-adik sekolah pun ada juga. Mungkin rombongan sekolah,hehe




Di sana, mereka panggil air terjun ini adalah curug atau cughup iaitu Curug Tujuh Kenangan di mana Curug Tujuh Kenangan ini adalah curug paling teratas dan mempunyai air yang sentiasa mengalir dari setiap batuan. Perjalanan yang mengambil masa selama 14 minit ini dan jarak 6.4km dari hotel. Selain Air Terjun Tujuh Kenangan ini, terdapat juga Air Terjun Mangkok, Air Terjun Embun, Air Terjun Curup Embun dan Air Terjun Lematang Indah. Kecewanya, aku tak dapat pergi kesemua air terjun tu kerana cuaca tidak mengizinkan.




Sebelum aku terlupa, perjalanan untuk ke Air Terjun Tujuh Kenangan ini perlu mendaki selama 30 minit dan agak curam sedikit namun alhamdulillah selamat sampai di air terjun tu walaupun keadaan aku masa tu sangatlah mengantuk dan pening kepala. Wei, dah alang-alang sampai..kalau tak pergi ke air terjun dan melihat sendiri keindahan yang ada memang rugi besar. So, penat macamana pun kita, pergilah melawat negara orang dan selongkar apa yang ada. 


Situs Megalith Tegur Wangi, Apa Tu?

Selepas ke Air Terjun Tujuh Kenangan, kami menyinggah pula ke Situs Megalith Tegur Wangi. Haaaa apa pulak la tu kan Situs Megalith ini? Jadi, dengan satu jalan daripada Air Terjun tadi, kami mula memasuki perkampungan yang super cantik dan boleh pula ada sawah padi di sini. Mobil kami diberhentikan di tepi jalan dan bersebelahan dengannya adalah sawah padi, mula tu macam tak faham kenapa kena singgah sawah padi ni weiiiiiii? HAHA.. Rupanya, sawah padi ini bukan semata-mata sawah padi namun terdapat peninggalan sejarah iaitu Situs Megalith iaitu batuan. Kalau korang nak tahu, Megalith ini banyak ditemui di kawasan Kota Pagar Alam, Lahad dan sekitar Sumsel serta kami melawat tapak di Tegur Wangi dan menjadi salah satu tapak penemuan Megalith juga.





Sekali pandang Megalith ini aku terbayang wajah manusia pada batu tersebut dan di kawasan ini juga, batuan-batuan yang ada dilindungi dengan membina pondok serta berbumbung bagi mengekalkan kewujudan dan dirosakkan oleh orang awam atau haiwan-haiwan. Namun, ada beberapa Megalith telah dipindahkan ke Muzium Nasional Jakarta dan Muzium Balaputra Dewa Palembang. 


Selain daripada Megalith yang terdapat di Tegur Wangi itu, ada juga sebuah bilik yang diperbuat daripada batu dan ditemui dengan kedalaman 110 cm, panjang dan lebar bilik ini lebih kurang 2 meter. Bilik ini berada di bawah tanah yang berdinding, beratap dan berlantaikan batu. Di Pagar Alam ini juga terdapat 22 kawasan yang dipercayai mempunyai Situs Megalith pada zaman pra-sejarah. Setiap lokasi mempunyai artifak yang berlainan bentuk. Namun, sedikit demi sedikit Megalith hampir rosak. Situs-situs yang dijumpai mempunyai 2 jenis dimana jenis pertama memiliki rupa seperti manusia atau haiwan dan jenis kedua adalah menggambarkan lebih dari satu rupa atau susuk haiwan iaitu menggambarkan susuk manusia dengan manusia dan susuk haiwan dan manusia. 


Batu Beghibu sendiri merupakan salah satu situs yang ditemui di Pagar Alam iaitu tempatnya di tengah sawah di Desa Tegur Wangi. Menurut sejarah, situs batu beghibu ini dipercayai sebagai bekas tempat pemukiman penduduk dan juga tempat pemujaan bagi masyarat setempat pada masa lalu dan  masyarakat di Desa Tegur Wangi kini menganggap wilayah ada sejak dahulu dianggap suci. 


Makan Di Lesehan Lembur Kuring Karjak


Maka, kami pun berhenti untuk mengisi perut sebelum memulakan perjalanan ke lokasi seterusnya. Jarak restoran ini dari Situs Megalith Tegur Wangi ini adalah sejauh 5 km sahaja. Dah alang-alang melawat Situs Megalith Tegur Wangi tu, jangan lupa singgah untuk menikmati hidangan dari Desa Tegur Wangi ini tau. Di sini kami telah dihidangkan dengan pelbagai menu yang sangat menyelerakan antaranya adalah Ikan Gurame Asam Manis, Ikan Gurame Panggang, Ikan Mas Masak Kuning, Cah Kangkung, Tempe Tahu Goreng dan Lalapan. Paling sedap adalah Ikan Gurame Asam Manis sebab rasa dia memang mantap. Semua rasa ada. Masam Manis pedas semua ada! Jadi, kalau korang singgah di sini, mohon cuba juga air alpukat tau. Kalau orang Malaysia panggil alpukat itu avocado,hihi... 




Apa yang aku suka bila makan di sini adalah sangat santai dan tenang je. Seperti biasa, restoran yang aku pergi kali ini dibina di atas kolam ikan dan menggunakan kayu buluh. Cantik dan selesa sangat makan di sini. 


Ada Tanam Buah Limau Juga di Kebun Jeruk Gergah Sidarhan.

Finally, kebun jeruk ini adalah lokasi yang terakhir sepanjang aku berada di Pagar Alam dan bakal merindui Pagar Alam. Yesss! Di Pagar Alam juga mempunyai Kebun Jeruk. Kalau di Malaysia, Jeruk itu dipanggil limau. Di sini juga terdapat lebih kurang 400++ buah pokok jeruk yang sedang masak dan pengunjung dilarang sama sekali untuk melakukan aktiviti memetik sendiri kerana takut merosakkan kualiti jeruk tersebut. Sekiranya pengunjung ingin membeli jeruk ini, beritahu sahaja pada pekerja tersebut dan mereka akan bantu. Untuk 1kg jeruk ini adalah berjumlah Rp. 30,000 manakala bayaran untuk masuk ke ladang ini berjumlah Rp.10,000 sahaja. 


Cuma masa aku pergi sana, jalan masuk dia tutup dan perlu menapak sedikit untuk memasuki ke ladang tersebut. Apapun, aku sangat gembira ini adalah pengalaman pertama kali aku masuk ke kebun jeruk dan tengok buah jeruk itu tumbuh didepan mata. Kebun jeruk di Gergah Sidarhan ini sangat nyaman dan tenang sahaja.




Jadi, bagi sesiapa yang sudah sehaluan apakata curi sedikit masa untuk menyinggah dan melihat sendiri pokok jeruk ini tumbuh. So, perjalanan aku diteruskan selama 2 jam untuk ke Stasiun Keretapi Lahat di Lahat. Sebelum ke Stasiun Keretapi Lahat, kami telah singgah ke Hotel Grand Zuri Lahat untuk membersihkan diri setelah seharian keluar melawat tempat-tempat menarik di Pagar Alam. 






Nak jadi cerita, kami sangat tak sangka kerana di Lahat mempunyai hotel yang sangat wowwwwwwww iaiti Hotel Grand Zuri Lahat. Cantik nak matik wei hotel dia. Dah la selesa. Tapi kami tak bermalam pun di situ, just rehatkan badan sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Palembang dengan menaiki keretapi.


You May Also Like

22 comments

  1. Wow...ini kali pertama saya baca cerita orang bercuti ke pagar alam. Memang sesuai dengan namanya. Tempat yang bersih dan cantik. Beruntung onie dah sampai

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing this article, Onie. Bila baca ni buat kita rasa rindu and nak visit balik Pagar Alam ni. Masih teringat lagi perjalanan ke sini dari Palembang. MasyaAllah agak jauh but luckily stop over few places before sampai di sana.

    My favourite part here is of course the food and kebun teh. Gorgeous view and nice opportunity to talk with the locals and learn how to petik daunt teh dengan cara betul. Looks like you guys had a great time there!

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaaa! pertama kali dengar nama Pagar Alam. One day I'll be there!

    ReplyDelete
  4. Indonesia sangat luas Dan alam semulajadinya masih terpelihara. Puas hati tak melancong sana.?

    ReplyDelete
  5. aduhai. saujana mata memandang.
    cantik gambar mekonie pamerkan. indah!!! besemah :)
    sgt byk tempat ye di situ, sumatra ekk.
    aida lom ada rezeki jejak ke indonesia. in shaa Allah, one day :)

    ReplyDelete
  6. done follow mekonie.
    bleh baca travelogue mekonie... in shaa Allah.

    ReplyDelete
  7. wow jauh betul mek onie suruh we all travel, mana tahu rasa macam nak pergi sana akan datang, akan ku refer post ni, cantiklah suasana dia macam dengan switzealanddd

    ReplyDelete
  8. Tempat ni mmg sgt cantik.. suasana semulajadi, udara pun nampak bersih sgt. Lokasi yg menarik utk mencari ilham. Saya terinspirasi dgn entri ni... thanks sharing Onie :)

    ReplyDelete
  9. rinduuu pagar alam. Memang lokasi yang cantik dengan hamparan ladang teh yang sangat luas. Teringat jalan bengkang bengkok tu... serammm tapi mujur pak supir terror bawak.. hehe

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pemandangan dekat sana. Tenang dan nyaman. Gunung Rare Resort tu pun comel dan menarik. Xperlu kipas dan aircond ye.

    Tp tu lah tgk masa perjalanan boleh patah pinggang juga. Lagi2 kalau bawa anak kecil.

    ReplyDelete
  11. Cantiknya pemandangan...best betul tgok onie pi jenjalan kat sana...ntah bila dpt pi trip macam ni..

    ReplyDelete
  12. seronoknya pemandangan di Pagasr Alam memang cantik sekali! lama tak pergi Indonesia.

    ReplyDelete
  13. First time dengar nama pagar alam. Cantiknya tempat ni, tempat wajib kena pegi ni (ltk dlm list)

    ReplyDelete
  14. Memang lama kalau nak travel kat Indonesia. Berjam2 perjalanan tapi berbaloi kan. Bestnya Mek Onie jalan2 macam2 tempat. Jelezz. Btw, nice video

    ReplyDelete
  15. semuanya cantik2. Insyaallah one day nak ke sini

    ReplyDelete
  16. Pagar tak nampak pun pagar hehehehe tapi cantik tempat ni paling best air terjun dan juga makanan yang mekonie makan tu sedapnya teringin kita ker sana...

    ReplyDelete
  17. Memang nampak Besemah haha.. sejuk dan nyaman je mata memandang...

    ReplyDelete
  18. Wow the place is so scenic, I love it and may want to go there.

    ReplyDelete
  19. ingin sekali datang ke tempat ini karena tak erlalu dengan rumah saya di lampung

    ReplyDelete
  20. Gunung Gempo ni wah sangat cantik! Didnt know got such place in Indonesia!! gambar you gorgeous sangat!

    ReplyDelete
  21. Beautiful pictures my dear. I wasn't aware of this place- will certainly need to check this one out :)

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..