MENU BARU DI BOAT NOODLE. JOM!

by - January 29, 2018

Menu Baru Di Boat Noodle. Jom! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuuuuu! 2 minggu lepas sempat ke Boat Noodle di Empire Damansara, Damansara Perdana tu. Lokasi dia sangat senang dan parking pun mudah nak dapat. Lagi satu, aku suka Empire Damansara ni sebab tempat dia sangat cool gila. Banyak tempat nak ambil gambar. Kaki instagram memang wajib datang Empire Damansara lepas tu singgah makan di Boat Noodle, Empire Damansara ni tau? WAJIB!





Nak jadi kisah, masa kami pergi Boat Noodle ni, ada menu baru wei! Serius menu baru dan korang cuba teka perisa apa dan apa benda la yang baru tu kan? Jeng jeng jeng! Aku kalau ke Boat Noodle memang wajib order air teh dia tu haaaa. Gila sedap weh! Harga pun berbaloi. Kadang, aku suka konsep yang dipersembahkan di Boat Noodle ni. Tak kisahlah mana-mana cawangan pun. Semua cool nak matik! Macam aku sendiri, kalau ada bekas baru di Boat Noodle, mulalah nak membeli air dia then kumpul bekas air dia tu. Cantik! Memang sentiasa nak kreatif je eh?hehe.. Good job Boat Noodle!





Kalau korang nak tahu, menu baru yang aku nak war-warkan tu adalah Blue Butterfly (unik weh air nih), Mango Smoothie, Prosperity Tom Yam Noodle dan Tom Yam Fried Chicken. So, korang dah try ke belum menu baru di Boat Noodle ni? Yang mana satu jadi pilihan hati korang tu? Cuba kongsi dengan aku sikit. 


Untuk Blue Butterfly ini memang ajaib gila aku cakap, ramai tanya. Kenapa Blue Butterfly sedangkan air dia warna ungu? Dah sudah! Sebenarnya, bila korang order air Blue Butterfly ni masa datang tu memang warna biru yang menggunakan bunga telang dan dia bagi jus limau semangkuk kecil tu untuk dicampurkan ke dalam minuman Blue Butterfly. Bila dikacau, air tu akan berubah menjadi warna ungu. Cool tak?hehe




Menu kedua adalah Mango Smoothie yang konsep dia sama seperti ice blended yang dikisar bersama buah mangga dan ais. So, nak merasai sendiri Mango Smoothie? Yes, di Boat Noodle pun dah ada sekarang.






Dan paling utama adalah mee sampan atau dikenali boat noodle yang menjadi menu utama di Boat Noodle. Sesungguhnya, boat noodle ini wajib dicuba oleh orang ramai kerana ada perisa terbaharu iaitu Tomyam! Sumpah sedap weh yang perisa tomyam ni.Makan taknak berhenti. Untuk mee ini terdapat 3 jenis iaitu, glass noodle, egg noodle dan springy noodle dan menjadi pilihan utama aku adalah sudah semestinya glass noodle! hehe..Menu ketiga ini tak lain tak bukan kuah dia perisa Tomyam dimana nama menu ini adalah Prosperity Tom Yam Noodle. Ingat tau! Jangan terlepas untuk merasai Prosperity Tom Yam Noodle ini. Yeah!Untuk menu ini korang boleh pilih samada ada nak Thai Rice Noodles atau Springy Noodles. Aku pilih Thai Rice Noodles! hehe..




Menu keempat yang terbaharu ada di Boat Noodle ini adalah Tom Yam Fried Chicken dan paling gila aku order 5 pinggan! Sedap pulak ayam dia masak macam tu. Dah.


Meh aku ulang lagi sekali, Boat Noodle sekarang tengah ada 4 menu yang terbaharu dan menjanjikan rasa yang istimewa dan sedap.

Menu terbaharu adalah: 
  1. Blue Butterfly
  2. Mango Smoothie
  3. Prosperity Tom Yam Noodle
  4. Tom Yam Fried Chicken
Dahhhhhh! Jom serbu cawangan Boat Noodle yang berdekatan dengan anda cepat! Menu ini sehingga hujung bulan februari 2018 sahaja tau.






You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..