PENGGUNA KAD NEGARAKU MPAY BAKAL CECAH 200,00 PADA TAHUN 2018

by - January 08, 2018


PENGGUNA KAD NEGARAKU MPAY BAKAL CECAH 200,00 PADA TAHUN 2018


Pengguna Kad Negaraku MPay Bakal Cecah 200,000 Pada Tahun 2018 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebelum ini aku pernah menghadiri satu pelancaran berkenaan Program Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard bersama Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) bersama untuk meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital untuk menjayakan lagi program tersebut.


Namun program yang aku hadiri kali ini berbeza dengan sebelum ini kerana adalah program pengenalan tentang cara penggunaan Kad Negaraku MPay Mastercard dengan lebih lanjut bersama lebih kurang 25 NGO dari Kuala Lumpur dan Selangor.  Untuk program kali ini, Managepay Systems Berhad dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menyasarkan seramai 200,000 pengguna Kad Negaraku MPay Mastercard pada tahun 2018. 


Visi program ini adalah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi. 


Tema Kad Prabayar MasterCard yang bertemakan NegaraKu ini adalah melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam era digital baharu. 


Konsep kad ini seperti Touch & Go dimana pengguna memerlukan tambah nilai apabila ingin menggunakan. Kelebihan yang ada pada kad ini adalah mendapat tawaran harga yang jauh lebih murah apabila membeli barang yang banyak atau ambil secara pukal.

PENGGUNA KAD NEGARAKU MPAY BAKAL CECAH 200,00 PADA TAHUN 2018


Ciri yang terdapat melalui program ini adalah bertujuan untuk membolehkan Kerajaan, Masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus. Melalui program ini juga, ianya dapat mendidik masyarakat ke arah pengguna ynag bijak dan berhemah supaya dapat dijayakan dengan berkesan. Program MPay NegaraKu ini juga akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, pembayaran bil dan tambah nilai kad prabayar telefon bimbit juga dapat dilakukan menggunakan kad ini. Selain itu, rakyat juga dapat membeli belah secara dalam talian dan terus dan mendapat banyak kelebihan seperti kupon, diskaun dan kad hadiah.


PENGGUNA KAD NEGARAKU MPAY BAKAL CECAH 200,00 PADA TAHUN 2018


Antara kelebihan lain program ini adalah:

  • Membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.
  • Penghantaran siaran pesanan atau SMS juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain.
  • Bantuan perkongsian akan lebih cepat dengan adanya penghantaran SMS ketika waktu kecemasan.
Apapun, melalui program ini, banyak kelebihan yang akan dapat dan terima kasih sekali lagi pihak ManagePay Systems Berhad kerana sudi menjemput saya untuk program ini. Semoga terus maju dengan jayanya dan tercapai 200,000 pengguna Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard bersama lebih kurang 25 NGO. 

You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..