PERGI KUALA LUMPUR DAN KLIA / KLIA 2 DENGAN CREW AIRPORT

by - January 31, 2018

Pergi Kuala Lumpur Dan KLIA / KLIA 2 Dengan Crew Airport | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyy! Sejak Januari 2018 lagi, shuttle van dari KLIA/KLIA 2 ke hotel atau hostel di sekitar Kuala Lumpur / KL Sentral atau sebaliknya akan mula beroperasi. Servis shuttle van ini hanya perlu booking online atau boleh dibeli di kiosk KL Sentral dan tambang bermula serendah RM28 / pax sehala. 




Rata-rata kaki travel akan mula resah bila tiket flight di KLIA/KLIA 2 kerana lokasi lapangan terbang memakan masa selama 1 jam dari Kuala Lumpur. Bagi aku sendiri, aku akan risau bila nak travel ni haa kerana pengangkutan ke KLIA/KLIA 2 ini sangat mahal dan jom kita tengok antara pengangkutan yang tersedia untuk ke lapangan terbang:

  1. ERL = RM55 sehala / RM90 dua hala
  2. Bas = RM12 sehala
  3. Grab Car, Uber & Teksi = RM70 - RM150 sehala
  4. Crew Airport (Shuttle Van) = RM28 sehala / RM56 dua hala

Untuk itu, jom kita tengok apa perbezaan dan bagaimana untuk menggunakan pengangkutan yang aku sebutkan seperti di atas tadi.





ERL : Menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi pembelian Return Ticket menggunakan mesin tiket bagi tiket dari KL Sentral ke KLIA/KLIA 2 dan vice versa. Kemudian jika korang berada di luar kawasan Kuala Lumpur dimana kawasan yang susah, jauh dan kos yang tinggi untuk ke KL Sentral, boleh naik di mana-mana stesen ERL Transit dan perjalanan dari KL Sentral hanya memakan masa selama 1 jam sahaja untuk ke Kuala Lumpur.


BAS AIR ASIA : Bas ini berlokasi di KL Sentral dan sememangnya murah terutama bagi pelancong yang mementingkan bajet. Dengan RM10, korang boleh ke KLIA 2 dan anda juga perlu menaiki ERL dari KLIA 2 ke KLIA jika penerbangan korang tu dari KLIA dan perjalanan masih memakan masa lebih kurang 1 jam sahaja.


GRAB CAR, UBER DAN TEKSI : Korang juga boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan membuat tempahan menggunakan aplikasi untuk mendapatkan kenderaan ke KLIA / KLIA 2. Kos adalah lebih kurang RM70 - RM150. Perjalanan juga memakan masa selama 1 jam bergantung kepada trafik di jalan raya.


CREW AIRPORT : Yes! Crew Airport ini adalah satu servis yang baharu dan mula beroperasi sejak Januari 2018. Crew Airport ini menawarkan perkhidmatan seperti "pick up from your hotels / hostels or KLIA/KLIA 2 or KL Sentral" dan "Pick up from KLIA/KLIA 2 to your hotels/hostels or KL Sentral" dengan hanya RM28 sehala seorang dengan shuttle van. Korang juga boleh merancang perjalanan korang tu dengan pembelian tiket secara dalam talian sahaja di www.crewairport.com atau mana-mana hotel/hostels terpilih sahaja tertakluk kepada lokasi hotel/hostels yang berada di Kuala Lumpur sahaja. Perjalanan juga mengambil masa selama 1 jam sahaja.






Yessss, pertama kali dengar tentang Crew Airport ni kan? Cara untuk menempah sangat mudah sahaja:

  1. Kunjungi laman web www.crewairport.com
  2. Pilih "Book Now"
  3. Pilih tarikh dan masa 
  4. Pilih destinasi pick up/drop off 
  5. Lengkapkan maklumat diri dan buat pembayaran

Apapun cara penggunaan khidmat shuttle van ini sangat mudah. Jom baca pengalaman aku menggunakan perkhidmatan shuttle van dari Crew Airport ini. 


Pengalaman aku menaiki shuttle van daripada Crew Airport ini adalah sangat memudahkan kerana aku hanya menunggu van dari hotel untuk pick up aku ke KLIA/KLIA 2 sahaja. Jadi, ini tiada masalah bagi aku untuk mencari pengangkutan lain untuk ke KL Sentral atau perlu transit banyak kali. Sememangnya Crew Airport ini memang memudahkan dan tidak memenatkan diri. Just tempah je shuttle van ini di laman web mereka dan pilih lokasi atau masa yang bersesuaian mengikut tiket flight. Apapun, keputusan masa bergantung kepada anda semua kerana pilihan semua ditangan anda. Jadi kaki travel ini kena pandai bajet masakan, supaya tiada kerugian kelak. Macam tu juga dengan pemilihan pengangkutan. 


Bagi aku, dengan adanya servis shuttle van dari Crew Airport ini benar-benar memudahkan aku. Sekiranya kita naik bas dari KL Sentral atau TBS ianya juga memerlukan pengangkutan yang lain juga sebelum sampai ke lokasi utama seperti KL Sentral atau TBS itu. Kos dan masa pun mesti dah lain. Tapi untuk shuttle van ini, ianya seperti diberitahu di atas tadi di mana perkhidmatan shuttle van ini hanya dari KLIA/KLIA 2 ke hotel atau hostel di sekitar Kuala Lumpur / KL Sentral atau sebaliknya. Sungguh aku suka kalau di TBS pun ada juga atau luaskan tempat mengambil (pick up) penumpang supaya dapat memudahkan urusan orang ramai sekaligus, membuatkan perkhidmatan shuttle van ini lebih dikenali dan terkenal suatu hari. Apapun, terima kasih banyak Crew Airport atas perkhidmatan yang terbaik. 



CrewAirport.com
Address: Level 23, NU Tower 2,
KL Sentral, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur

Tel: 03-2727 1611 / Whatsapp: 013-391 1188


You May Also Like

21 comments

  1. Nak kata murah sgt tu tak jugak kan..tapi agak berbaloi jugak laa..kalau ramai-ramai, murah Uber pulak rasanya..hehe

    ReplyDelete
  2. Yeay, mudah dah sekarang kan ada banyak alternatif untuk ke airport. This indirectly helps to encourage orang untuk travel! :)

    ReplyDelete
  3. okay la harga tu.. dulu lagi mahal kot. sekarang ni dh banyak alternatif lain

    ReplyDelete
  4. bila byk alternatif, harga pun akan kompetitif.
    mungkin akan lebih murah di masa akan dtg, kita boleh pilih.
    then perluaskan jajahan pick up tu. sebab skang ni plane ticket pun murah.
    ke sana ke mari ramai yg naik plane kan. so, kemudahan gini sgt menguntungkan dua-dua pihak :)

    ReplyDelete
  5. Wahh kita nya crew airport lagi murah la dari grab n erl kan. Bagus jugak sediakan perkhidmatan macam ni senang kita2 nak travel kalau drive sendiri kena byr parking berhari2 pun boleh tahan jgk harga nya. Thanks for sharing dear

    ReplyDelete
  6. okay lah harganya, sekarang ada uber ada grab tapi tak silap uber pun mahal gak harganya nak ke klia2 tu... rega around rm70 ke camne, huhuhuh, eh lama tak pergi klia2 nak lepak lepak situ minum starbuck sambil tengok airplanes berlepas..

    ReplyDelete
  7. kan dengan crew airpot lagi jimat tenaga dan murah..tunggu depan lobby..van pun sampai..berbaloilah dengan harga RM28 tu..

    ReplyDelete
  8. Sangat murah. Bagi akak jika menggunakan perkhidmatan ini pasti berbaloi dengan harganya.

    ReplyDelete
  9. Dah ada servis baru. I selalu drive and park. Parking quite costly but naik public transport leceh for me. Fussy sket! hehehe

    ReplyDelete
  10. Aik, murahnya. Baru tahu service ni adalah sebab kalau takde orang hantar biasanya memang bakal naik grab je la. Dengan shuttle van macam ni, nampak gayanya bukan saja lebi murah malahan selesa dan senang. Terima kasih share info ni

    ReplyDelete
  11. 1st time dengar pasal service crew airport ni. Maklumlah.. Bukan kaki travel... hehehe... Banyak alternatif sekarang kan. Pilih jer nak yang mana. Boleh lah inform member yang nak travel nanti.

    ReplyDelete
  12. Kalau ramai murah la. Ada min brp org ke?

    ReplyDelete
  13. Kira okeylah harga tu.harga standard sekarang nih kan.bila ada servis mcm ni memudahkan penumoang kan nak pergi sana sini.semuanya kemudahan ada

    ReplyDelete
  14. Satu lagi alternatif untuk ke klia/klia2 kan. Harga pun sangat berbaloi tu. Lagi best, boleh pikap depan pintu hotel je kan.

    ReplyDelete
  15. Klu travel sorang ok la kot. Kalau satu family
    Macam akk better sewa van lah kot. Lebih jimat huhuhu

    ReplyDelete
  16. Ni kira ok sangat dah servis macam ni. kira more selesa dan murah la ikutkan. boleh terus ke hotel pula tu. good servis sangat.

    ReplyDelete
  17. Bagusnya servis macam ni memudahkan kita untuk ke KLIA/KLIA2. Harganya pun boleh tahan. Tapi hanya terhad sekitar Kuala Lumpur je la huhu. Takpe boleh dipertimbangkan. Siapa nak travel tu memang wajib baca ni.

    ReplyDelete
  18. First time Lisa dengar pasal crew airport ni. Harga nampaknya berbaloi sebab sebelum ni kami selalu guna uber je tapi harga boleh tahan gak..adeh...tak pe lepas ni boleh booking. Thank you bagi info berguna ni.

    ReplyDelete
  19. syok jugak ada alternatif shuttle van camni kan. takde la dok pikir camne nak ke airport or dari airport ke KL. Harga pun berbaloi. betul tak my travelmate?? hehe

    ReplyDelete
  20. Selalu kalau nak ke KLIA ambik grab taxi. Pernah order taxi lain, yang datang kecik pula teksinya. Next time bolehlah cuba crew aiport. Selesa sikit.

    ReplyDelete
  21. Bagi teman, memang amat berbaloi dah rm28 tu untuk ke KLIA, tak perlu dah nak lompat-lompat naik bas bagai.. penat woo.. ni naik van je.. siap diorang leh pickup kita kat hotel kan.. terbaik lah crew airpot ni

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..