SIAPA JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 32

by - February 11, 2018

Siapa Juara Anugerah Juara Lagu 32 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini adalah hari yang sangat bermakna buat pencipta lagu, penulis lirik dan 12 penyanyi finalis yang tercalon di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32). Pada 11 Februari 2018 akan menyaksikan sekali lagi sebuah lagu yang bakal dijulang di pentas berprestij sebagai juara. Anugerah Juara Lagu adalah satu inisiatif TV3 sejak tahun 1986 yang sudah mula memberikan pengiktirafan kepada seni indah ciptaan pemuzik khususnya pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi yang telah layak ke pencalonan Separuh Akhir Muzik-Muzik pada tahun lepas. Kalau tahun lepas Dayang Nurfaizah telah dinobatkan sebagai pemenang,adakah Dayang juga akan memegang takhta pada tahun ini lagi?



SIAPA JUARA ANUGERAH JUARA LAGU


Pada malam ini, Anugerah Juara Lagu 32 akan bersiaran di Axiata Arena Bukit Jalil dan pasangan yang bakal diberi mandat untuk mengemudikan acara muzik No.1 di Malaysia ini ialah tak lain tak bukan Alif Satar dan Sherry Al-Hadad kegemaran semua. Selain itu juga, pengacara karpet merah ialah Nana Mahazan dan Shuk Sahar. Berkonsepkan pentas yang mengangkat usaha para pemuzik yang merangkumi komposer,penulis lirik dan juga penyanyi melalui penjurian profesional bakal menjadi letusan kemeriahan di pengakhiran AJL edisi 32. Jadi, dah boleh bayangkan tak kemeriahan yang bakal terjadi pada malam ini? Jangan


12 Finalis Anugerah Juara Lagu 32 yang bertanding pada malam ini adalah:

  1. Lebih Sempurna - Syamel 
  2. Sejati - Caliph Buskers (Penyanyi Asal Faizal Tahir)
  3. Aku Yang Sebenar - The Penglipur Lara
  4. Menahan Rindu - Wany Hasrita
  5. Warkah Untukku - Ara Johari
  6. Bayang - Khai Bahar
  7. Separuh Mati ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
  8. Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri
  9. Amboi - Altimet
  10. Akhirnya Cinta - Salma
  11. Jampi - Hael Husaini
  12. Tergantung Sepi -Haqiem Rusli


Bersempena tema Fesyen dan Muzik pada tahun ini, trofi yang bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini akan menjadi milik pemenang pada malam ini. Pentas AJL 32 ini dibuka dengan persembahan penuh bertenaga oleh ratu tari Malaysia, Stacy dan akan berganding dengan Waris diiringi petikan gitar oleh Edrie Hashim dan AG Coco dengan lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Tak lupa juga buat penyanyi era 60-an iaitu Datuk A.Rahman Hassan,Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie. Siti Sarah juga bakal menyanyikan lagu-lagu popular genre Pop Yeh Yeh secara medley iaitu Tak Mengapa, Suzana & Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.


Mesti ramai yang nak tahu siapa penaja dan hadiah utama yang bakal dimenangi oleh pemenang finalis AJL 32 pada tahun ini kan? Penaja dan hadiah utama bagi Anugerah Juara Lagu 32 pada tahun ini dibawakan khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Selain itu juga, Samsung turut menyumbangkan dua hadiah iaitu telefon pintar Samsung A8 dan A8+ bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik.


HADIAH UTAMA AJL 32
JUARA: RM50,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10,000.
TEMPAT KEDUA: RM35,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000
TEMPAT KETIGA: RM20,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000
VOKAL TERBAIK: RM12,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000
PERSEMBAHAN TERBAIK (Dibawakan oleh Samsung) RM12,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000 & telefon pintar Samsung A8
ANUGERAH PENYANYI PILIHAN SAMSUNG : Trofi & Telefon pintar Samsung A8+






Bagi peminat yang tidak dapat menonton Anugerah Juara Lagu 32 di kaca tv:
  • Platform penstriman video pertama dan nombor di Malaysia iaitu TONTON akan menyiarkan secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD) bermula dengan Karpet Merah Pop TV pada jam 8.30 malam.
  • Pelanggan tonton juga boleh saksikan 4 kapsul khas dan acara belakang pentas AJL 32 bersama pengacara Zulin Aziz.
  • Anda juga boleh saksikan Anugerah Juara Lagu 32 di peranti digital melalui portal tonton.com.my di kompiter atau aplikasi tontonmy ditablet dan telefon bimbit (Android/IOS) walau dimana sahaja dan boleh distrimkan di tiga bjah negara iaitu Malaysia, Singapura menerusi CAST (Singtel) dan Brunei (DST).
  • Siaran FB LIVE di laman Facebook @tontonmy bermula 12 tengah malam sehingga lewat malam untuk merasai bahang kemeriaha  acara AJL 32 After Party Rated Xtra yang menghimpunkan ramai selebriti selain finalis AJL 32 dihoska  oleh Selebriti Media Sosial, Nisa Kay
  • Siaran definisi tinggi (HD) bermula dari jam 8.30 malam.

JOM UNDI ARTIS KEGEMARAN KORANG BAGI KATEGORI PERSEMBAHAN TERBAIK
- Laman web www.xtra.com.my/ajl32
- Undian dibuka bermula jam 9.00 malam


KRU PRODUKSI AJL 32
PENGURUS PROJEK - Mohd Sufian Che Isa
PENERBIT EKSEKUTIF,PRIMEWORKS STUDIOS - Nurhul Huda Hj. Khalid
PENERBIT -Aida Azira Hussin


5 FAKTA BERKENAAN ANUGERAH JUARA LAGU 32
  1.  Lebih 3 dekad, AJL tetap utuh sebagai pentas no.1 bagi penganjuran acara muzik yang mengiktiraf para karyawan muzik khususnya komposer, penulis lirik dan penyanyi serta menampilkan kelainan dengan tema Fesyen dan Muzik.
  2. Untuk pertama kalinya, trofi ikonik AJL 32 juga turut diberi kelainan dan diberi wajah baharu dengan hiasan permata Swarovski bagi menonjolkan lagi elemen fesyen bersesuaian dengan tema AJL tahun ini.
  3. Penonton yang tidak dapat menonton AJL 32 di kaca TV, korang juga boleh melayari portal video Tonton yang menyiarkan rakaman siaran langsung HD bermula daripada Karpet Merah Pop TV pada jam 8.30 malam hingga AJL 32 tamat.
  4. Istimewanya buag pelanggan tonton, anda boleh menonton empat kapsul khas dan acara belakang pentas AJL 32 bersama Zulin Aziz sebagai pengacara.
  5. AJL 32 boleh dilayari di tiga buah negara iaitu di Malaysia, Singapura menerusi CAST (Singtel) dan Brunei (DST).

So, siapakah yang bakal digelar juara Anugerah Juara Lagu 32?




Salam Sayang,
Mek Onie


mekonie@yahoo.com


You May Also Like

2 comments

  1. Tahniahh pada semua finalis.. Semua ohsem..

    After Party Rated Xtra tu ada tengok Nisa Kay jadi hos.. Good job for her 👍

    suka tengok

    ReplyDelete
  2. Jampi jadi juara
    tapi suka lagu Amboi Amboi Amboi

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..