SURF THIS LOVE : GELORA JUARA

by - March 07, 2018



Billy (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.


Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.



Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.


Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.


Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya. 


Kini, selain dari menjadi juara luncur ombak, Billy mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu memenangi hati Mia. Namun, hancur luluh hati Billy apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billy lebih kecewa lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. Terpaksalah Billy melupakan Mia dan menumpukan perhatiannya pada cita-cita asalnya. Kehadiran Mike Malaya ke pulau itu memberikan semangat baru kepada Billy. Billy menemui Mike Malaya dan dengan yakin dan bersemangat, meminta Mike Malaya mengajarnya cara-cara surfing yang betul. Lebih menggembirakan Billy apabila Mike bersetuju untuk mengajarnya. Walaubagaimanapun, Mike Malaya tidak mengotakan janjinya. Mike hanya mahu mempermain-mainkan Billy semata-mata kerana Mike beranggapan bahawa Billy tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang luncur ombak. Billy rasa terhina dengan perbuatan Mike Malaya dan sejak dari peristiwa itu, Billy tidak mengharap pada sesiapa lagi. Dia sudah hilang rasa hormat pada Mike Malaya.

Pada masa yang sama, Mike Malaya mahu melamar Mia di pulau itu. Mia agak terkejut dengan lamaran itu, akhirnya bersetuju dengan permintaan Mike untuk menjemput ahli keluarga kedua pihak bagi meraikan malam pengumuman tentang tarikh pernikahan mereka berdua. Mia merasa sedikit keliru dan walaupun dia bersetuju, dalam hatinya masih ragu-ragu dengan permintaan Mike. Lagi meresahkan keadaan apabila Lia jua turut mempunyai rasa yang sama (ragu-ragu pada mike).


Jimmy tidak gembira dengan kedatangan Mike Malaya ke pulau itu. Billy dan Lia hairan, kenapa dua sahabat itu kini dingin hubungan mereka. Lia dapat rasakan ada sesuatu rahsia besar yang pernah terjadi antara persahabatan ketiga-tiga juara luncur ombak itu. Rahsia hitam Mike akhirnya terbongkar apabila Jimmy merungkai satu sejarah antara Mike dan Bobby. Rupa-rupanya Jimmy tahu bahawa Mike adalah orang yang menyebabkan Bobby mati. Namun Mike tidak berganjak dari keegoannya, dia mempertahankan tindakannya itu sebagai satu perkara yang tidak salah. Ini menyebabkan Jimmy marah dan rasa terhina. Oleh kerana tidak tahan dengan hinaan Mike Malaya, Jimmy yang selama ini enggan mengajar Billy, berubah fikiran. Dia berjanji dan bertekad, akan memastikan Billy terus belajar dan handal meluncur di ombak seperti arwah Bobby dahulu.
Pada malam majlis pengumuman, Mike Malaya telah dimalukan oleh Mia. Hasratnya untuk melamar Mia bertukar menjadi peristiwa yang sangat memalukan. Mia bukan sahaja memutuskan perhubungan mereka berdua, malah memperkenalkan kekasih gelap Mike yang kini sedang hamil anak Mike sendiri. Kali ini Mike tidak dapat lagi lari dari kesilapannya. Mia yang selama ini memerhati segala perkara yang telah Mike lakukan telah menyedarkan Mike.


Pada akhirnya Billy dan Mia bagaikan kembali kepada saat pertama pertama mereka bermula. Billy kini ada segalanya, cinta dan semangat yang kuat. Ini membuatkan Billy lebih bersemangat untuk menjadi juara sukan luncur ombak, dan sekaligus memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya.


Character Description - Surf The Love


Billy – Shukri Yahaya
Nama sebenar, Muhammad Razali Bin Mohktar
Seorang yang sangat cintakan sukan luncur air.
Tinggal dan bekerja di Pulau Tioman, sebagai pemandu pelancong.
Mempunyai cita-cita untuk menjadi surfer terhebat seperti abangnya Bobby
Mempunyai sifat tidak cepat mengalah
Pantang dicabar
Dalam percintaan, dia seorang yang sangat kekok dan “blur”

Mia – Christina Suzanne
Nama sebenar, Mia Rosa Binti Azlan
Merupakan seorang blogger yang menjadi reviewer lokasi pelancongan.
Seorang yang sangat misteri dan banyak menyimpan rahsia
Sifatnya yang tenang dan penyabar membuatkan lelaki senang tertarik
Berpendirian tegas
Perwatakan yang sukar di ramal

Lia – Ardell Aryana
Nama sebenar,Nur Dahlia Binti Rosdi
Salah seorang peluncur wanita di Pulau Tioman
Mempunyai cita-cita menjadi peluncur yang hebat
Berkawan baik dengan Billy sejak kecil
Bersifat “curious cat” yang tinggi
Seorang yang sangat berani dan lantang bersuara
Kawan baik kepada Mia ketika kolej
Seorang yang sangat baik hati
Very protective

Jimmy John – Pekin Ibrahim
Nama sebenar, Roznaimi Bin Rosdi
Merupakan seorang peluncur lagenda di Pulau Tioman
Salah seorang ahli peluncur Trio Malaya
Bersifat sedikit tegas
Mempunyai jiwa humor yang sinikal
Sangat pandai dalam berkata-kata
Diberi gelaran “Soul Surfer” kerana dia suka menjadikan Alam sebagai teman


Mike Malaya  – Josiah Hogan
Nama sebenar, Muhaili Bin John
Merupakan seorang juara sukan luncur
Bersifat “independent” dan “over the top”
Salah seorang dari ahli peluncur Trio Malaya
Pernah berkawan rapat dengan Jimmy dan Bobby
Menyimpan satu rahsia yang besar tentang Bobby
Suka mengambil kesempatan dalam percintaan

Bobby – Mustaqim Bahadon
Nama sebenar, Muhammad Samsuri Bin Mohktar
Abang kepada Billy
Seorang surfer lagenda bertaraf dunia
Salah seorang dari ahli peluncur Trio Malaya
Seorang yang tenang dan cool
Sangat suka buat kelakar

Siti – Syuhaida Abraz
Nama sebenar, Siti Nahila Binti Mohktar
Kembar dan kakak kepada Billy
Menguruskan syarikat pelancongan di Pulau Tioman
Seorang ahli perniagaan wanita yang sangat berkaliber
Bersifat tegas, kasar dan sangat “protective” kepada keluarga
Tidak mahu Billy mengikuti jejak langkah abangnya Bobby



Bergenre “Romantic Comedy” yang menjadi salah satu dari genre pilihan penonton tempatan & “Extreme Sport” yang jarang-jarang di ketengahkan oleh mana-mana filem di Malaysia. 
Merupakan filem yang mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air tempatan.
Ia adalah Filem pertama di Malaysia memberi fokus pada sukan Luncur Air (Surfing).
Dengan aksi-aksi sukan luncur air yang padu dan kemas, ianya akan membuatkan filem ini menjadi lain dari yang lain.
Filem ini bukan sahaja mempunyai jalan  cerita yang dinamik, malah di sajikan dengan visual yang cantik dan baik.
Tidak seperti filem Romantik Komedi yang lain, filem ini turut di perkuatkan dengan elemen persabahatan dan keluarga yang menyentuh hati.
Tioman menjadi lokasi keseluruhan cerita ini, dan telah memberikan impak yang cantik pada visual. 
Di barisi pelakon-pelakon handalan, gabungan pelakon-pelakon berpengalaman dan yang sedang meningkat naik, jalan cerita filem ini menjadi unik dan cukup dengan segala rasa.


Official Facebook Page : https://www.facebook.com/surfthislove/

You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..