PAKEJ PERKAHWINAN BERBALOI 2018 : AMBASSADOR PUTRAJAYA

by - April 10, 2018

Pakej Perkahwinan Berbaloi 2018 : Ambassador Putrajaya | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama rasa tak berkongsi berkenaan kahwin-kahwin ni. Kita nak kahwin, tak tahu lagi bila nak kahwin. Jadi kita kongsi dulu la pakej perkahwinan berbaloi bagi tahun 2018 ni. Sejujurnya, masa aku pergi food testing awal bulan ini ternyata memang berbaloi gila sebab siapa yang datang pada hari tersebut telah dapat diskaun sebanyak RM10,000. Gila banyak tu RM10,000 kalau nak dibanding diskaun RM1,000 weh. Kalau akulah, terus ambik pakej mahal dan yang pasti berbaloi. Contoh kalau ambil pakej RM35,000 dan diskaun sebanyak RM10,000 lengkap dari A hingga Z. 





Antara pakej yang terdapat di Ambassador Putrajaya ini adalah:
  • Pakej Dewan
  • Pakej Katering
  • Pakej Bridal




So, dari sini korang boleh pilih sendiri samada nak ambil katering, bridal atau dewan sahaja. Pilihan tetap ditangan anda dan bila aku tengok harga yang ada di Pakej Dewan sebenarnya sangat berbaloi kerana Ambassador Putrajaya telah sediakan A hingga Z. Untuk pengetahuan semua, Ambassador Putrajaya ini telah dibuka sejak Disember 2017 yang lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat hebat dan tak terjangkau. Lokasi Ambassador Putrajaya ini sangat strategik dan dewan yang disediakan sangat wowww! Walaupun aku hanya hadirkan diri untuk food testing pada hari tersebut, jujur aku kata.. dewan di Ambassador Putrajaya ini sangat mewah dan cantik serta sesuai bagi mereka yang nakkan majlisnya tetap ditatap oleh tetamu yang bakal hadir nanti.




Berlokasi di Putrajaya, Ambassador Putrajaya ini telah menjadi lokasi tak kira dari usia muda mahupun warga emas kerana rekaan Ambassador Putrajaya ini sangat cantik dan mewah. Seperti yang aku maklumkan tadi, ketika aku datang untuk food testing di Ambassador Putrajaya yang lalu, aku sendiri sangat impress dengan masakan yang disediakan oleh pihak katering di Ambassador Putrajaya. Sangat sedap dan lain dari yang lain. Jadi memang tak rugi kalau hire Ambassador Putrajaya sebagai hari raja sehari nantikan. 








✅ Food testing dan makanan sedap dan sangat puas hati bagi aku. 
✅ Dekorasi dewan dia simple but nice dan nampak mewah.
✅ Koleksi bridal? Sumpah cantik nak matik bila aku sendiri tengok koleksi baju pengantin dan aksesori yang ada.
✅ Peralatan di dewan pun lengkap. Siap ada meja hadiah, pentas dan banyak lagi.
✅ Kalau korang nak tahu, di sini ada sediakan kerusi Gold Chiavari yang cantik dia tak terkata. Biasa kita tengok kerusi Chiavari warna silver je kan. Kalini warna gold pun cantik jugak.
✅ Katering dia pun puas hati. Cekap!


Team Hanana Group


Paling istimewa, pakej katering yang diambil oleh bakal pengantin juga ada disediakan Tea Corner  bergantung kepada pakej korang pilih. Ada yang dapat percuma dan ada pakej yang kena bayar tu bergantung pada pilihan korang nak yang mana. Tapi, bukan biasa-biasa jugaklah sebenarnya pakej katering siap ada tea corner bagai ni kan. Memang meriah! 




Menariknya, part makanan dia tu sampai ke harini aku teringat-ingat. Huwarrrr! Harga pakej ini bermula daripada RM12.90/pax. Not bad jugak. Cuma kalau aku, aku akan pilih A hingga Z! Mudah weh, tak payah dah nak fikir-fikir make up nak ambik mana, photographer nak cedok mana. Tapi semua tu bergantung pada ekonomi semasa dan kemampuan bakal pengantinkan. 




Selain Ambassador Putrajaya ini disewa untuk bakal raja sehari, dewan ini juga boleh disewa untuk tujuan konvokesyen, makan malam, booth jualan, seminar, perasmian produk, exhibition dan pertunjukan fesyen. Tapi serius la aku cakap, dewan Ambassador Putrajaya ni memang cantik gila. Tambahan pula, sangat selesa. Apapun, korang kena semak dahulu pakej-pakej dan harga yang ada di Ambassador Putrajaya di bawah ini.




Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 
Persint 15, 62050 Putrajaya

Telefon:
Farah : 016 - 6700 457
Hanis : 016 - 6700 752
Rezza : 016 - 6700 473
Liana : 016 - 4318 434


You May Also Like

21 comments

  1. You came in just in timing.. I'm searching one for my client. This is really suitable for them. Their gowns so beautiful...

    ReplyDelete
  2. Kos perkahwinan sekarang ni memang tinggi. Bakal pengantin kena bijak dalam membuat pilihan. Thanks sharing MekOnie..
    Tak sangka ada pakej berpatutan gini kat bandar Metropolitan sini. Siap semua. Cantik lak tuuuu tempatnya. Nak pass Ambassador Putrajaya kat kawan nak kawin ni...

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan mahal. Tapi kalau lengkap apa salahnya kan. Nak jimat, buat sekaligus perkahwinan 3 beradik 😀

    ReplyDelete
  4. Ok sangat nie... Boleh la pojie ambil pakej ini untuk kahwin dia... Onie pula? Bila majlis nie? Lama tak bergosip sejak onie jadi femes blogger hahahahha

    ReplyDelete
  5. Betul la Onie..akak dah tngok gamabr2 Onie pakai baju perantin tu..semua cantik2...terus rasa nak tawen..hehehe...dah skodeng website diorang gak..memang berkenan...

    ReplyDelete
  6. Wah banyaknya diskaun sampai rm10,000. Memang terlebih jimat tau

    ReplyDelete
  7. Wah cantiknya baju pengantin yang mek onie pakai. Lauk pauk dan dekorasi dorang pun cantik. Bertuah betul zaman sekarang banyak pakej yang best.

    ReplyDelete
  8. Menarik la. Tempat pun cantik.
    Makanan pun not bad.
    Kalau RM12.90 memang berbaloi la kalau sesiapa nak kawin kat sini

    ReplyDelete
  9. Best yer dapat pergi food testing makanan kenduri kahwin. Lama tak makan nasi minyak kenduri kahwin ni. Suka la tengok dekorasi dewan kat sini. nampak mewah dan elegan.

    ReplyDelete
  10. Cantik semua pakej yang disediakan..
    Sekarang banyak pilihan cuma kena bijak membandingkan harga..

    ReplyDelete
  11. wah memang murah! boleh la pergi try survey nanti. makanan dia boleh pilih tak

    ReplyDelete
  12. Wahhh mudahnya ambil pakej perkahwinan di sini. Semua benda tersedia. Tinggal bersanding je. Boleh lah consider servis dari Hanana group nie

    ReplyDelete
  13. wow.. banyaknya diskaun yang ditawarkan untuk pada hari tu. kalau pakej lengkap macam ni, berbaloi ambil. senang kerja, tak payah cari merata-rata. cantik kerusi emas tuuu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Pakej lengkap yang menarik meliputi semua dewan, makan dan lain-lain. Dekorasi pun sangat cantik dan nampak mewah. Memang patut sarankan kepada bakal pengantin untuk pilih Ambassador Putrajaya.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  15. perghhh banyaknya diskaun samapi 10K...nasib baik ciktom dah kahwin..kalau tak confirm survey pakej kahwin ni...semoga cepat2 jodoh mek onie lepas ni..hihi

    ReplyDelete
  16. Tak sabar nak dapat kad jemputan daripada Mek Onie hehehehe diam-diam jer pergi testing baju pengantin kan. Tapi tengok koleksi kat sini cantik dan lokasi juga menarik best lah...

    ReplyDelete
  17. What a beautiful venue this. Being reasonably priced, this wedding package is really worth taking up. One will surely have a most memorable wedding.

    ReplyDelete
  18. Apa yg menarik dkt sini. Semuanya ada dalam satu. Jadi x perlu pening kepala kalau kita nak uruskan majlis perlahwinan mengikuy bajet yg kita nak

    ReplyDelete
  19. cantik pelamin dia..baju pun not bad.. ada fesyen terkini.. sekarang mmg senang cr pakej termasuk semua dan yang penting harga terlajak murah tu

    ReplyDelete
  20. Teruja betol ke sini tempoh hari. Banyak betul baju cantik-cantik. Makanan dia pon sedap. Menambah2 makan.

    ReplyDelete
  21. cantiknya mek onie. baju kat sini pun cantik-cantik.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..