SITI KHADIJAH KINI BERADA DI MAJMA MALL, KUCHING

Siti Khadijah Kini Berada di Majma Mall, Kuching | Bagi yang tidak tahu, pelancaran Siti Khadijah iaitu jenama telekung premium ini adalah butik ke-29 yang berada di Malaysia sejak November 2012 hingga April 2018. Sebelum lagi panjang saya berkongsi tentang pelancaran di Majma Mall, Kuching saya dengan rendah hatinya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik Siti Khadijah juga di kenali SK, kerana menjemput saya terbang jauh dari Kuala Lumpur ke Kuching pada minggu lepas untuk merasai kehangatan semasa pelancaran pembukaan butik Siti Khadijah di Majma Mall, Kuching. 


Kiri: En.Munzir, Puan Asma dan Blogger Mek Onie


Fakta tentang Siti Khadijah:
  • Butik cawangan di Majma Mall,Sawarak adalah butik ke-2 yang ada di bumi kenyalang iaitu Sarawak selepas yang pertama di Miri.
  • Butik francais Siti Khadijah ke-4 yang terkini dimiliki oleh usahawan wanita, Puan Asma Dalila Haji Zakaria.
  • Tagline Siti Khadijah, 'Lambang Cinta Abadi'
  • Pengasas SK, Hajah Padzilah iaitu ibu kepada En.Munzir, ibu beliau bermula pada 200 pasang telekung dan menghadapi beberapa kegagalan sebelum berjaya diterima oleh pengguna sehingga kini. 
  • Namun, ibu kepada En.Munzir (kiri seperti dalam gambar atas) yakin tiada apa yang mustahil dalam kehidupan ini, asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.
  • Keistimewaan telekung Siti Khadijah ini diklasifikasikan sebagai telekung premium kerana penggunaan fabrik yang berkualiti tinggi seperti spun polyester berteknologi Jepun dengan rekaan inovatif fleksibel di bahagian wajah kerana mudah diregang dan di dagu tidak perlu di pin atau memakai anak tudung.
  • Telekung SK ini bukanlah material cotton/kapas walaupun dari jarak penglihatan seperti datang dari material cotton malah telekung SK ini adalah 90% spun polyester yang membuatkan si pemakai terus selesa, tidak perlu digosok, sejuk dan tidak jarang.
  • Pembuatan telekung ini adalah dari rakyat Malaysia sendiri dan tidak menggunakan pekerja dari Bangladesh atau negara luar yang lain.
  • Tiada dropshipper atau penjual selain korang boleh dapatkan telekung SK di butik.




Nak hadiah istimewa dari butik Siti Khadijah? Jangan lupa untuk daftar di laman web rasmi Siti Khadijah untuk mendapatkan voucher dan hadiah istimewa sepanjang bulan kelahiran korang di >>>> SINI <<<<<




Nama Siti Khadijah sebagai pilihan utama pengasas SK kerana dari semangat Siti Khadijah iaitu isteri pertama Rasulullah S.A.W. merupakan seorang hartawan yang dermawan yang mempunyai cara hidup sangat sempurna, bahagia dan besederhana sahaja baik dari segi makan,minum, pakaian, mahupun gaya hidup. Disebabkan sikap dermawan yang berhati mulia ini, maka pengasas SK telah menggunakan nama SITI KHADIJAH sebagai nama butiknya di seluruh Malaysia. Semangat Siti Khadijah yang menjadikan inspirasi utama kepada pengasas telekung SK. Warna yang dipilih juga adalah warna maroon yang tiada butik lain lagi memilih warna ini, malah tampak ekslusif berserta logo SK yang simple.




Harga telekung SK ini juga telah distandardize di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Terkejutnya, sekiranya produk dari semenanjung masuk ke Sabah/Sarawak akan beza 2 kali ganda kerana hal yang tertentu seperti kos penghantaran tetapi dengan SK harga tetap sama seperti di Semenanjung. Tujuan dibuat begini adalah untuk bertindak adil dalam urusan pembelian terhadap pembeli supaya fair semuanya. Sehingga kini, SK tidak mempunyai kilang di Sabah/Sarawak dan harga yang ditawarkan untuk telekung bermula RM80 dan didatangkan dengan pelbagai saiz yang terhad dengan setiap rekaan. Untuk pengetahuan semua, telekung SK ini juga ada dijual berasingan telekung dan kain mengikut kehendak pelanggan.


"Nak...mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah" Bisik dalam hati mak.. ini adalah satu tagline yang telah ramai pun tahu dan menjadi iklan di beberapa lokasi pilihan di billboard ini adalah bertujuan untuk menyentuh hati anak-anak supaya beringat kerana tiada seorang mak pun yang akan meminta untuk dihadiahkan telekung SK. Sungguh, aku sendiri pun agak tersentuh dengan tagline tersebut dan semoga anak-anak di luar sana dapat membuka mata kelak.


"Butik yang pertama yang telah dibuka oleh Puan Asma. Puan Asma memilih untuk membuka butik telekung SK ini adalah kerana butik ini lebih kepada muslimah dan tahniah saya ucapkan kepada Puan Asma kelahiran negeri Kelantan yang mencari rezeki di bumi Kenyalang.." Puan Asma


3 dari kanan : Isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud telah melancarkan pembukaan butik Telekung Siti Khadijah pada 6 April 2018.


Pembukaan butik telekung SK ini sebenarnya boleh dibuka oleh sesiapa sahaja dan lokasi yang dipilih juga memainkan peranan yang penting untuk dibuka dan akan mengambil 1 kawasan pada setiap negeri di seluruh Malaysia. Terbaharu, En.Munzir menyatakan bakal membuka francais seterusnya di Sabah dan Borneo. Untuk pengetahuan semua juga, di Sabah belum ada pembukaan francais SK.


Cempaka CHSN Flat 2.0 


Menurut En.Munzir anak kepada pengasas Siti Khadijah, ada juga beberapa produk yang lain dijual disetiap butik SK seperti kasut yang telah berada di pasaran selama 5 tahun. Selain telekung juga, terdapat produk lain seperti stokin, bag, handsock, inner neck, inner top, inner bottom, kurung pesak OK, Kurta, Tudung, tote bag, pouch bag dan kotak ekslusif.  Untuk pilihan anak juga terdapat baju dan telekung yang sesuai dipakai oleh anak yang berusia 5 tahun ke atas. 


Sekitar majlis pelancaran Butik Ke-29 Telekung Siti Khadijah :




Menurut Isteri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dayang Morliah, "Dengan pembukaan cawangan baru butik Siti Khadijah ini, diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada usahawan baru yang ingin memulakan sesebuah perniagaan, khususnya kepada usahawan wanita dan suri rumah. Jadikan pengasas Siti Khadijah, Puan Padzilah sebagai sumber rujukan dna contoh. InshaAllah tiada yang mustahil suatu hari nanti anda juga berjaya, jangan sesekali putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang anda ceburi" 


Alhamdulillah, terima kasih kepada pemilik Butik Telekung Siti Khadijah iaitu Puan Asma kerana menghadiahkan saya sepasang telekung R Faatiha + yang berharga RM215. Sungguh aku sendiri pun dah jatuh hati dengan rekaan dan material pada telekung ini yang sangat selesa di pakai. InshaAllah nanti aku sharekan masa aku pakai telekung ini. Sungguh tak sabar. Untuk makluman korang juga, telekung R Faatiha + ini telah pun diabis jual dan cepat SOLD OUT.



Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pengasas Siti Khadijah, En.Munzir, Puan Asma dan Shamsul atas jemputan ini dan bertemu orang yang hebat. Tahniah saya ucapkan kepada Puan Asma atas pembukaan butik Siti Khadijah dan kepada Puan Padzilah, semoga jenama Siti Khadijah terus dikenali dan diangkat ke antarabangsa. InshaAllah.
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

20 ulasan:

  1. Tahniah team Siti Khadijah di atas pembukaan outlet di Majma Mall. Sekarang ni telekung Siti Khadijah antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kualiti kain sangat bagus dan harga pun berpatutan.
    Pada siapa yang nak berniaga telekung SK ni boleh lah amik peluang ni kan especially di Sabah.

    BalasPadam
  2. Wahhh sampai ke kuching dierbangkan utk pembukaan cawangan terbaru telekung khadijah ya. Semoga terus sukses perniagaan Telekung Khadijah!

    BalasPadam
  3. Walaupun dah lama dengar telekung Siti Khadijah tapi tidak pernah lagi memiliki..malah butik pun tak pernah pergi..tak sangka dah berkembang sehingga Sarawak.. tahniah diucapkan.

    BalasPadam
  4. Best telekung Siti Khadijah ni...
    Tak panas..kain pun sedap ja pakai..hopefully nanti senang jugak nak dapat kat Penanv ni

    BalasPadam
  5. Akak pun ada sehelai telekung ni. Beli masa nak pergi umrah Disember 2014. Telekung ni yang best sebab elok terletak kat muka jadi tak nampak la anak2 rambut tu. Paling best material yang digunakan. Memang selesa sepanjang di tanah suci. Anak pun Telekung SK juga.

    BalasPadam
  6. Mudahlah nak beli telekung nanti di Kuching. Telekung Siti Khadijah nih walaupun mahal tapi kualitinya tip top tau. Tak sia sia beli dan pakai telekung Siti Khadijah nih

    BalasPadam
  7. Telwkung siti khadijah ni memang cantik dan selesa.. Tak rugi pun beli.. Berbaloi dengan kualiti dan harga

    BalasPadam
  8. Wah... Dah 29 butik siti khadijah yer. Tahniah. Best nya onie dapat pergi ke majlis pelancaran butik siti khadijah yang ke 29. Dapat telekung SK tu terpaling best.

    BalasPadam
  9. SK punya tagline, "Nak...mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah" , klaau dok sorang-sorang, bayangkan mak yang minta...fuhh..leh ngalir air mata.

    BalasPadam
  10. Jauhnya mek onie sampai ke Kuching menerjah siti khadijah ni..
    rasa macam nak 1 la, nak buat back up kalau ada saudara mara nak datang solat..
    dah la selalu nampak iklan siti khadijah ni di lebuhraya..
    nak... mak teringin nak pakai siti khadijah..
    huhuuh

    BalasPadam
  11. Akak suka telekung Siti Khadijah ni sebab material dia yang sejuk je..sesuai dibuat hantaran dan sesuai di jadikan hadiah kepada kawan- kawan yang nak kahwin mahupun hadiah harijadi...akak dah ada sepasang...

    BalasPadam
  12. Ya, sy pun cam tagline ni kat papan ads kat highway : "Nak...mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah" Bisik dalam hati mak... Semoga terus berjaya!

    BalasPadam
  13. Telekung kat sini nampak cantik and sweet in colour. Will recommend my Muslim friends to have theirs at here too since Raya approaching soon.

    BalasPadam
  14. bertuah nyer. dpt SK.
    mak aida menggunakan telekung SK.
    beli kat goshop :)
    selesa. mak-mak kita pun suka la kalau dijadikan hadiah :)

    BalasPadam
  15. Akk ada satu telekung ni. Sampi skrg x pakai sbb dayang hakhakhak. Tapi kualiti kain dia mmg best

    BalasPadam
  16. Bestlah orang Sarawak dah ada 2 butik Siti Khadijah kat sana. Tak dapat dinafikan telekung Siti Khadijah ang berkualiti. Design pun cantik. Kita dah ada 2 ;)

    BalasPadam
  17. Kebetulan Memang terasa nak beli telekung baru. Tetiba mekonie dok cite sal telekung ni pulak. Nanti kalau berkesempatan..sis survey telekong siti khadijah ni

    BalasPadam
  18. Wowww tak sangka mereka kini sudah mempunyai butik ke-29. Sampai ke Kuching, Sarawak lagi tue...

    Tahniah diucapkan.

    Billboard dorang pun asik viral je memanjang ;)

    BalasPadam
  19. Lepas nih mudahlah orang yang tinggal di Kuching nak beli Teekung Siti Khadijah. Semakin maju dan berembang. Memang bagus

    BalasPadam
  20. Ala tak tau kat mana majma mall tu. Tapi nak cakap Tahniah kepada Siti Khadijah. Hari tu baru baca mereka di Jakarta. Lepas tu Sarawak pula. Alhamdulillah moga sukses perniagaan. Telekung memang penting. Akak suka material Siti Khadijah ni. Soft cotton. Tak chiffon dan tak fully cotton keras. Hehe. Selesa

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..