PEMENTASAN SEMARAK BANGSAWAN 2018 : BANGSAWAN PUTERI SAADONG

by - August 14, 2018




Pementasan Semarak Bangsawan 2018 : Bangsawan Puteri Saadong | Pada sabtu lepas bersamaan 12 Ogos 2018, aku dan rakan-rakan lain telah ke Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur telah menyaksikan pementasan yang aku rasa korang pun kena datang tengok sendiri. Jangan risau, masih ada banyak Pementasan Semarak Bangsawan 2018 (rujuk jadual bawah) yang korang boleh pergi dan hayati sejarah silam dahulu kala.


Jadual Pementasan Semarak Bangsawan 2018:
  1. Bangsawan Puteri Saadong - 10, 11 dan 12 Ogos 2018 (8.30 malam)
  2. Bangsawan Abu Hassan Pencuri - 14, 15 dan 16 September 2018 (8.30 malam)
  3. Bangsawan Zhou Si Anak Yatim - 5, 6 dan 7 Oktober 2018 (8.30 malam)
  4. Bangsawan Dendam Laksamana - 9, 10 dan 11 November 2018 (8.30 malam)

Tiket masuk : RM10, RM25 & RM50 (Premier)


Program Semarak Bangsawan merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Dewan Bandaraya  Kuala Lumpur (DBKL). Program ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan dan pengekalan bangsawan melalui pengwujudan kumpulan pelapis, mengembalikan kegemilangan bangsawan sebagai sebuah pementasan cemerlang di samping menjadikan program Semarak Bangsawan sebagai produk untuk tarikan pelancong.


Bangsawan Puteri Saadong yang dipersembahkan oleh Aspek Opera dari kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan dan Pengarah dan Penulis Skrip, Zack Zaideen merupakan anak kelahiran Kelantan. 



Sinopsis Bangsawan Puteri Saadong

Istana Chinta Wangsa menerima perutusan daripada Maharaja Siam untuk melamar Puteri Saadong kerana terpikat dengan kecantikan rupa paras Puteri Saadong. Namun lamaran itu ditolak oleh Raja Loyor ayahanda Puteri Saadong dan bonda angkatnya Paduka Cik Siti Wan Kembang. Sebaliknya, telah mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah yang merupakan sepupunya. Berita perkahwinan dan perajaan Puteri Saadong sampai kepada Maharaja Siam dan telah menitahkan Panglima Phraya Decho bersama angkatan Siam ke Istana Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayung untuk mengambil Puteri Saadong dengan cara baik ataupun kekerasan. Raja Abdullah dan Puteri Saadong bersama rakyat jelata berundur ke satu kawasan hutan dan mendirikan kota dan bersemayam di situ yang dinamakan Kota Mahligai.


Demi menyelamatkan rakyat dan negerinya, Puteri Saadong telah bersetuju untuk menyerah diri kepada Maharaja Siam. Setelah mendapat keizinan daripada Raja Abdullah, Puteri Saadong akhirnya bertolak ke negara Siam, Puteri Saadong telah berpesan agar Raja Abdullah setia menunggunya kembali dari Siam. Maharaja Siam amat sukacita dengan kedatangan Puteri Saadong namun kegembiraan untuk memiliki Puteri Saadong terpaksa dipendamkannya kerana setiap kali ingin menyentuh Puteri Saadong, tubuh Raja Narai akan gatal-gatal terkena penyakit kedal. Puteri Saadong telah dihantar balik ke Kelantan setelah berjaya mengubati penyakit kedal yang menyerang tubuh Raja Narai dengan memberi minum air basuhan kaki ketika Puteri Saadong mengambil air sembahyang. Pada masa yang sama sewaktu sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berlaku curang dengan mengahwini Puteri Bunga Sekuntum anak Penghulu Ngah dari Kota Jembal.


Puteri Saadong yang merasakan Raja Abdullah telah mungkir janji akhirnya membawa kepada perkelahian antara keduanya. Dalam perkelahian itu Raja Abdullah telah tercucuk sanggul Puteri Saadong lalu mangkat. Akibat terlalu sedih kerana pengorbanan dan kesetiaanya tidak dihargai, Puteri Saadong telah berangkat meninggalkan istana menuju ke Bukit Marak dan bersemayam di situ




Barisan pelakon antaranya Ammar Asyraf, Ellika Azman, Hairi Safwan, Nouris Hida, Asyiekin, Haddi Al Haq dan ramai lagi. Pementasan yang aku rasa ini sangat terbaik dengan bermula daripada Penyelaras Projek, Penulis Skrip, Pengarah, Penolong Pengarah, Pengurus Pentas, Pengurus Produksi, Pengarah Muzik, Pemuzik, Pengarah Teknikal Lampu, Pengarah Teknikal Audio, Pengarah Tari, Pengurus Logistik, Pereka Prop, Busana, Tatarias, Krew dan Taukey Panggung.  Tahniah juga kepada ASPAGAD, ASTERI, Hasnul Mohd Nasir, Abe Mad AC, Muhamad Kumar dan Fieza Stylo. Pementasan yang terbaik dan aku bangga menjadi anak Kelantan. Semoga kita semua ingat akan pengorbanan Puteri Saadong demi rakyat dan negeri tercinta. 



Jangan lupa untuk Pementasan Semarak Bangsawan 2018 seterusnya seperti yang aku kongsikan di bahagian atas artikel ini. Semoga, kita terus mendukung seni untuk seni dan seni budaya untuk kesejahteraan masyarakat. Sayang Malaysia. 














Maklumat lanjut:

You May Also Like

1 comments

  1. Cantiknya gambar-gambar Kak Onie ambil! Sesekali layan teater memang best kan. Apalagi teater yang mengangkat tema budaya macam ni. Terlalu banyak hiburan moden, layan macam ni pun mesti rasa lebih unik!

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..