PENGALAMAN KE BATAM, INDONESIA

by - August 03, 2018




Pengalaman Ke Batam, Indonesia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Setelah lama tak melancong ke sana sini, maka aku ingin berkongsi pengalaman aku ke Batam, Indonesia. Bagi yang tidak pasti, Batam atau dikenali dengan Pulau Batam (Kota Industri) yang terletak 20 kilometer di Selatan Singapura serta dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam juga terletak di wilayah Indonesia. Pulau Batam juga merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai 3 terminal feri dimana kita boleh pilih samada ingin berlabuh di Batam Center, Harbour Bay (Pulau Batam) atau Tanjung Pinang ( Pulau Bintan). 


Perjalanan ke Batam, Indonesia aku menaiki feri di Stulang Laut.

Boleh juga naik flight dan perlu pilih flight Batik Air, Lion / Lion dan agak mahal sebenarnya.

Perjalanan aku bermula daripada: 

Terminal Bersepadu Selatan yang terletak sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan perjalanan aku bermula dari jam 12.00 tengah malam. Aku naik bas Meridian Holiday yang bertingkat dan duduk atas dengan harga RM34/pergi sahaja. Perjalanan kami ke Larkin Sentral ini mengambil masa selama 5 jam 30 minit which is kami sampai jam 4.30 pagi macam tu. Kemudian kami naik kereta sapu di sekitar Larkin Sentral untuk ke Terminal Stulang Feri ( waze: Berjaya Waterfront, Johor Bahru sekitar 15 minit dan berharga RM16.  Bab nak ke Berjaya Waterfront aku sarankan korang naik je kereta sapu atau grab. Tapi kalau sampai pagi buta macam kami tu mungkin agak susah sikit nak dapat dan actually murah je kereta sapu sebab aku dengan member-member aku.




Setibanya di Berjaya Waterfront di mana tempat kami nak naik feri tu, kami telah singgah di surau berdekatan dengan Berjaya Waterfront untuk bersihkan diri seketika sambil tunggu subuh dan setelah itu kami ke Level 2, Berjaya Waterfront untuk membeli tiket feri. Kalau korang nak tahu, Berjaya Waterfront ini akan dibuka jam 6.30 pagi setiap hari dan ini membolehkan pelancong atau warga Batam untuk membeli tiket seawal pagi. 


Semasa membeli tiket feri ke Batam Centre:

Honestly, aku agak terkejut jugak dengan harga tiket feri ke Batam Centre ni, mahal la jugak tapi kalau beli return murah gak la. Cuma aku pergi ke Batam, Indonesia ini atas urusan kerja jadi aku beli tiket pergi sahaja dahulu dengan harga RM89 sahaja. Kalau korang nak tahu, jadual feri paling awal adalah jam 7.15 pagi dan aku telah mengambil feri yang pertama iaitu jam 7.15 pagi. Untuk membeli tiket feri ke Batam Centre ini mudah sahaja. Samada boleh dibeli dengan cara online atau di kaunter. Semasa korang sudah sampai di Level 2, Berjaya Waterfront untuk membeli tiket, korang perhatikan ada 2 kaunter di mana sebelah kaunter sebelah kanan akan berlabuh di Harbour Bay dan di kiri akan ke Batam Center. Yang ini tak perlu risau, tanya je orang kaunter kalau tak tahu. Semasa membeli tiket feri ini, mohon jangan lupa juga untuk membawa kad pengenalan/passport bersama untuk urusan pembelian tiket feri.


Cara check in feri di Stulang Laut:

Setel beli tiket feri, yess! Korang boleh terus boleh check in untuk naik feri. Berkenaan beg, bagasi tu korang boleh je bawa dan tak perlu timbang. Cuma, jangan bawa barang-barang terlarang seperti pisau, alat besi yang mencurigakan. Konsep check in dia sama macam nak naik flight, ada kena cek bagasi dan kena scan badan. Tapi tak seketat imigresen di lapangan terbang la kan. Cuma, pastikan semasa check in tu jangan ada barang terlarang dah. Pastikan korang check in mengikut masa boarding seperti yang tertera di tiket tersebut. Lambat korang tunggulah feri seterusnya selang 45 minit macam tu.


Semasa menaiki feri:

Bagi aku, boleh je nak bawak beg bagasi. Cuma masa di tempat penyimpanan..beg korang akan ditindih dan pastikan dalam beg tiada barang berharga dan tempat duduk di dalam feri adalah free seating. Tak kisah nak duduk celah mana pun. Janji selesa dan aku duduk ditepi tingkap, yuhuuu!


Semasa dalam feri:

Yesss! Part ni aku agak shock jugaklah, alaaahhhh tak la shock mana pun. Tapi aku teruja weh dengan anak kapal dorang. Nanti dalam feri korang boleh beli air minuman atau kekacang (kudapan) yang dijual oleh anak kapal. Paling menarik, korang boleh tukar duit MYR ke IDR dalam feri. Tak beza manapun, masih ikut harga semasa and just incase kalau korang tak sempat tukar duit la kan. Make sure, jangan lupa juga bawa stokin dan baju sejuk. Sejuk oiii dalam feri tu. Kalau rasa mabuk laut, jangan berani-berani la makan berat, cukup takat ringan-ringan. 


Perjalanan dari Terminal Stulang Laut (Berjaya Waterfront) ke Batam Center ini mengambil masa selama 2 jam. Jadi, lelapkan mata seketika sebelum sampai ke Batam Center. Tapi sebelum tu, kalau korang nak tahu, korang akan nampak pesisir Negara Singapura dan Pengerang,Johor. Semasa perjalanan juga, korang boleh nampak beberapa pulau seperti Pulau Ubin dan Tekong Island


Sampai di Terminal Feri Batam Centre:

Yess! Welcome To Batam dan untuk tiket feri sekiranya di atas urusan kerja, korang boleh maklum kepada anak kapal dan pegawai yang bertugas pada hari tersebut untuk mendapatkan semula tiket feri atas tujuan tuntutan elaun perjalanan. Sampai je, korang kena masuk di bahagian Imigresen untuk semakan passport dan yesss! korang jangan terkejut sebab selepas keluar dari Imigresen korang akan lalu di dalam kawasan shopping mall. Alang-alang dah sampai shopping mall, ambillah sedikit sarapan sebelum memulakan perjalanan semula. Aku sampai masa tu jam 8.45 pagi waktu Malaysia yang awal 1 jam dari Malaysia.


Jadi jelaskan macamana nak menaiki feri dari Berjaya Waterfront Stulang Laut tadi tu? So, dah...sekarang aku nak tunjukkan tempat-tempat menarik di Batam, Indonesia. Honestly, ini adalah kali pertama aku sampai di Batam, Indonesia.


First sampai di Batam, Indonesia aku pergi ke :

  1. AVJ Mangrove Batam, Indonesia
  2. Kampung Nongsa Tua dan Kg.Terih
  3. Rumah Melayu Limas Potong, Kota Batam
  4. Pantai Terih, Batam
  5. Nuvasa Bay, Batam
  6. Jambatan Barelang
  7. Muzium Vietnam
  8. Tempat makan menarik



JAMBATAN BARELANG

Jambatan Barelang iaitu singkatan dari BAtam, REmpang dan gaLANG adalah nama jambatan yang menghubungkan pulau-pulau iaitu Pulau Batam, Pulang Rempang dan Pulau Galang juga ada yang sebut Jambatan Habibie. Jambatan Barelang ini adalah ikon kepada Kota Batam. Untuk pengetahuan semua, mempunyai 6 buah jambatan sebagai penghubung laluan warga Batam di sesuatu kawasan. 




Jambatan Barelang ini terdiri dari enam buah iaitu:

  1. Jambatan Tengku Fisabilillah (Jambatan I) (Jambatan terbesar)
  2. Jambatan Nara Singa (Jambatan II)
  3. Jambatan Raja Ali Haji (Jambatan III)
  4. Jambatan Sultan Zainal Abidin (Jambatan IV)
  5. Jambatan Tuanku Tambusai (Jambatan V)
  6. Jambatan Raja Kecik (Jambatan VI)


Dan kalau korang nak tahu, banyak sejarah di Batam terutama di Kepulauan Riau dimana tentera Jepun telah menjajah Batam di beberapa kawasan seperti di Nongsa, Kabil, Pulau Buluh dan beberapa tempat sekitar Batam. 


AVJ MANGROVE BATAM

AVJ ini bermaksud Anugrah Ventura Jaya di mana di sinilah lokasi bagi kaki gambar dan sesungguhnya di sini jugalah kita boleh melihat sendiri betapa kreatifnya orang di Batam dalam menghasilkan rekaan seperti di AVJ Mangrove Batam ini. Cuma nak masuk ke kawasan AVJ Mangrove Batam ini dikenakan cas sebanyak Rp.10,000/orang. Haritu aku ke sini sekejap je dan agak rushing untuk bergambar dan mungkin kalau aku ke Batam, aku akan menghabiskan banyak waktu di sini dengan bergambar. Kagum dengan hasil titik peluh warga Batam.















KG.NONGSA TUA DAN KG.TERIH

Kg. Nongsa Tua dan Kg.Terih ini berada di pesisir pantai yang pasir pantainya tidak besar malah diapit oleh rimbunan bakau. Kg.Terih ini  Di sini juga, terdapat beberapa kisah sejarahnya tersendiri. Kg.Terih ini bermaksud batu-bata dimana pada dahulunya masyarakat kampung di situ menambat batu-bata atas tujuan untuk membangunkan tempat tersebut namun kini hanya tinggal kerikilnya sahaja. 


Dan kini, Kg.Terih agak dikenali oleh penduduk setempat dan pelancong-pelancong kerana adanya tempat yang menarik seperti di AVJ Mangrove Batam tadi. Untuk pengetahuan semua, di sini juga boleh beriadah dan sangat tenang serta jangan lupa bawa makanan apabila ingin ke sini. 


Sebut kisah sejarah, Kg.Terih pernah dijajah oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dimana Kg.Terih ini telah menjadi lokasi penyimpanan senjata dan katanya sehingga kini masih terjumpa dengan peninggalan senjata dari tentera jepun. 













RUMAH MELAYU LIMAS POTONG, BATAM

Kalau ke Batam, Rumah Melayu Limas Potong ini adalah lokasi yang wajib korang pergi. Rumah Limas Potong ini adalah salah satu bentuk rumah tradisional masyarakat melayu Riau Kepulauan. Kalau korang nak tahu, rumah Limas Potong ini berbentuk rumah panggung dan memiliki ciri khas seperti rumah tradisional di Sumatera.


Dirumah Limas Potong ini terdapat lima bahagian utama iaitu ruang tamu (teras), ruang depan, tengah, belakang (biasanya dijadikan tempat tidur) dan dapur. Di bahagian depan sekali korang boleh bergambar dan adanya gambar/potret sejarah berkenaan rumah Limas Potong, ruang tengah pula dipamerkan adat perkahwinan orang Melayu, manakala bahagian belakang pula terdapat tempat tidur berkelambu yang disambungkan hingga ke ruang dapur. Paling mengimbau bila ke dapur di rumah Limas Potong ini kerana terdapat beberapa jenis alatan dapur yang digunakan oleh orang dahulu serta masih elok.


Untuk pengetahuan korang, rumah Limas Potong ini adalah milik Haji Sain yang telah menetap di rumah tersebut sejak November 1959 dan telah rasmi menjadi tempat pelancong pada November 2011 sehingga kini. Walaupun banyak penambahbaikan terhadap rumah ini, namun bentuk aslinya masih dikekalkan sehingga kini. Lokasi rumah ini terletak di Kampung Melayu, RT 01 RW 08, Kel.Batu Besar, Nongsa. Bestnya lokasi ini ianya berdekatan dengan pesisir pantai dan sangat damai.










SEA FOREST ADVENTURE

Walaupun di Malaysia ini ada pantai juga, namun di Sea Forest Adventure ini sama cuma beberapa aktiviti yang di sini membuatkan ramai pengunjung setempat dan juga para pelancong datang menenangkan fikiran serta melakukan aktiviti beriadah dan bersukan bersama keluarga dan rakan-rakan.


Sea Forest Adventure ini terletak di Nuvasa Bay , Nongsa dan ianya merupakan kawasan beriadah yang terbaharu dan terbesar di Batam, Indonesia. Jarak Batam Center ke sini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja dan satu jalan dengan Palm Spring. 


Sea Forest Adventure ini adalah satu lokasi wajib yang perlu dikunjung oleh para pelancong kerana di sini juga terdapat beberapa aktiviti luar seperti paintball, snorkelling dan banyak lagi. Setiap aktiviti juga dikenakan bayaran yang tertentu. Apa yang aku suka dengan Sea Forest Adventure ini adalah pantainya yang bersih dan mungkin malam dia hidup. Sebab masa aku pergi waktu petang sahaja. 

















MUZIUM VIETNAM

Yesss! Muzim ni wajib korang datang juga sebab sepanjang perjalanan ke muzium ini korang sendiri akan teruja melihat hasil peninggalan warga Vietnam juga lokasi ini juga iaitu di Pulau Galang pernah diduduki oleh warga Vietnam semasa perang saudara pada tahun 1975. Pulau Galang ini adalah pulau yang terakhir apabila melalui jambatan yang aku ceritakan atas tadi. Dahulunya, tempat ini dinamakan dengan nama Kampung Vietnam dan banyak kisah sejarah yang boleh kita tengok sendiri di sini. 


Keberadaan masyarakat Vietnam ketika itu disambut dan diterima baik oleh pemerintah Indonesia ketika itu. Jadi kalau korang nak tahu kisah sedih warga Vietnam yang berkampung di Pulau Galang ni, korang boleh google baca sejarah berkenaan itu. 


Di sini juga ada monumen perahu yang telah dibaiki semula dan terdampar di sekitar Pulau Galang yang kini menjadi tarikan pelancong semasa perjalanan ke Muzium Vietnam ini. Kalau korang nak tahu, monumen perahu inilah yang dinaiki oleh warga Vietnam merentasi Laut China Selatan dan seriously aku tak boleh imagine situasi masa mereka sepanjang pelayaran tersebut. I can't but a lot of story sepanjang pelayaran dorang. Sedihhhh





Di sinilah muzium Vietnam yang terletak di Pulau Galang, belakang aku tu para pelancong boleh menyaksikan detik-detik menyayat hati tentang perang persaudaraan yang dilanda oleh warga Vietnam ketika tahun 1975. Di muzium ini juga terdapat barang peninggalan warga Vietnam sepanjang keberadaan warga Vietnam di Pulau Galang ini. Lebih 500 orang telah dikebumikan di makam ini dan masih ada kaum kerabat yang datang sebagai tanda penghormatan.




Menarik kisah sejarah ini dan aku baru tahu, masih ada lagi senarai nama warga vietnam di muzium ini. Sungguh rasa sebak bila mendengar kisah mereka.



MAKANAN ISTIMEWA


Adanya pelbagai jenis makanan di Batam ini, namun aku puji setiap makanan yang dihidangkan cukup sedap seperti gong gong yang cukup terkenal dan bagi kami yang tidak biasa menjamah menu itu sangat hairan bagaimana hendak makan. Kalau korang nak tahu, gong gong ini adalah siput laut yang boleh dimakan, dimasak dengan cara merebus ataupun ditumis menggunakan rempah khas dari Batam. Kira gong gong ni memang femes gila di Batam, jadi kalau korang datang ke Batam, mohon cuba sendiri rasa gong gong ini.


Credit photo to @mawardiyunus


Selain daripada gong-gong, makanan laut lain di sini pun agak femes dan selebihnya makanan seperti Bingka Bakar, Luti Gendeng, Sup Ikan Batam, Mee Sagu, Mee Lendir dan banyak lagi yang wajib korang rasa. Alpukat yesss! tetap ada! Jangan lupa juga untuk cuba tauhu bakar dorang,sedap!





Masa ni aku makan di satu restoran yang berdekatan dengan Jambatan pertama iaitu Jambatan Barelang. Beginilah suasana sewaktu aku menjamu selera. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi selera makan dan sangat tenang dan nama restoran itu adalah Barelang Seafood Resto, Batam City.








DATARAN ENGKU PUTERI

Dan aku juga berkesempatan untuk singgah di Dataran Engku Puteri untuk menyaksikan pelbagai acara atau dikenali event. Pelbagai acara kebudayaan yang membuatkan aku terpukau dengan bakat mereka dan malam itu hidup dengan adanya pelbagai gerai dan dibanjiri oleh warga Batam, Indonesia. Sungguh terpaku aku tengok sokongan daripada warga Batam ini sendiri. 










Cuma aku ke Batam adalah bertujuan untuk menyaksikan acara Halalbihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) yang ke X. InshaAllah aku akan berkongsi pengalaman menghadirkan diri di acara Halalbihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) yang ke X di artikel yang ya. Terima kasih juga aku ucapkan kepada BP Batam kerana sudi membawa kami ke sini dan menjaga kami sebaik yang mungkin. InshaAllah aku akan ke Batam lagi di masa akan datang. Tak puas sebenarnya nak enjoy kat Batam tu, tapi disebabkan masa singkat, aku pergi yang mana sempat sahaja. 



You May Also Like

20 comments

  1. Seronoknya..harap saya pun boleh ke Batam satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. Woooo seronoknya onie dapat p sana.. pemandangan pun cantik..

    ReplyDelete
  3. Pernah berpeluang ke Batam masa tu saja je ambil feri dari Singapore. Tapi tak banyak tempat pun explore. Macam banyak je tempat menarik onie pergi, bestnya. Nanti nak rujuk sini kalau nak ke sana lagi

    ReplyDelete
  4. Sebelum ni teringin ke Pulau Bintan. Pulau Bintan juga kepulauan Riau tapinya tak jadi sebab tour guide kata masa yang nak pergi tu tak sesuai. Musim monsun. Risau dengarnya terus tak jadi. Menarik juga kalau singgah ke Batam ni ye....

    ReplyDelete
  5. Ingat batam tempt shopping jer rupanya banyak juga tempat menarik untuk dilawati. Bestnya. Teringin nak pergi sini

    ReplyDelete
  6. waa bestnyaa travel! bila tengok gambar2 tu nampak macam tempat2 kat sana banyak yang insta worthy jugak yea, cantik2 pemandangannya! and gong gong tuu fuhh almost exotic jee tengok haha, tapi ada rasa mcm siput sedut tak? menarik!

    ReplyDelete
  7. untung mek dpt berjalan, luas pemandangan, luas lagi la ilmu yg ada kan.
    moment terindah...
    aida belum bermula jelajah indonesia. lom pernah ke sana.
    tq for sharing, mek. dgn cara ni, aida dpt tahu apa ada di sana. menarik minat nak pergi.
    now, aida aim nak ke lombok. ramai member ke sana.

    ReplyDelete
  8. Meriah jugak aktiviti di Pulau Batam, ingatkan sunyi sepi macam pulau-pulau lain..cara nak pergi pun macam tak susah je..yang penting, naik kereta sapu .. dah lama tak naik kereta sapu ni! haha

    ReplyDelete
  9. Suka tengok mek onie dalam entry ni..bestnya..ikut hari tu nak bagi nama nak pi..last minute x jadi sebab ada urgent family matters..bestnya dapat pengalaman terjah negara orang kan...next time kalau berkesempatan dan berpeluang nak terjah jugak la Batam ni...

    ReplyDelete
  10. Rumah dan suasana kat Batam ni dah macam Malaysia hehehe adat dan juga budaya mereka. Tapi kita paling suka makanan tu nampak sedap waaaa bila nak pergi Onie tak ajak kita pun huhuhuh sedih...

    ReplyDelete
  11. Menarik juga kt batam ni ea..kire batam ni dkt dgn sempadan singapore ... Xpernah pergi batam..tp penah g Padang je..hehehe.. Bgus info ke batam naik feri ni.. Mne tau akan ke sana juga..

    ReplyDelete
  12. Ada jugak terfikir nak ke Batam tapi masih belum berkesempatan lagi nak ke sana. Harap2 satu hari nanti dapatlah ke sana. Onie kalau nak ke sana lagi bawak lah sis ya..:D

    ReplyDelete
  13. Wah..seronoknya jalan2 tempat org ni.
    Teringin gak nak pi batam..sebab masa belajar dlu member2 selalu ajk pi batam jln2..kita ingat kt spore..rupa2nya indo..hahahha

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum dan selamat pagi dari Ibu, Wah lawa juga batam ni ya. Walaupun ibu pernah dengar nama pulau ni dari cerita phua chu kang je. Hehe

    ReplyDelete
  15. Batam ni boleh tahan cantik jugak ya. Ingatkan tak ada apa apa tarikan. Indonesia kan banyak pulau, setiap pulau pun bebreza

    ReplyDelete
  16. bila lah nk sampai di negei seberang ni hehe

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wrmbth dan selamat pagi dari Maznee, apa khabar sis mek onie. Menarik pengalaman sis pergi batam tu. banyak juga aktiviti menarik

    ReplyDelete
  18. Wahhhh seronok juga rupanya Batam ni ya! Tak pernah sampai sini lagi. Nampak slow-paced dan laidback. Mesti tenang je jalan2 area perkampungan tu.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..