AGAR-AGAR PANDAN YEO'S YEOGURT ANGGUR SEDAP!

Agar-Agar Pandan Yeo's Yeogurt Anggur Sedap | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay finally! Untuk entri kali ini izinkan aku untuk berkongsi tentang resepi yang cukup mudah dan aku rasa budak 7 tahun pun boleh buat. Tapi sebelum tu, aku sengaja pilih minuman air kotak dari Yeo's Yeogurt Berperisa Anggur ini sebagai pilihan resepi utama dalam pembuatan agar-agar, gitoh! Tapi sebelum itu, ingin aku perkenalkan Yeo's Yeogurt ini dirumus khas untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat. Bagus Yeo's Yeogurt ni.




Selain itu, Yeo's Yeogurt diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan kita. Jadi yang mana rasa susah nak hadam-hadam tu, please minum minuman Yeo's Yeogurt ini, inshaAllah lancar segalanya,hehe.. Cuba dulu, tak cuba mana tahu ye dok? Yeo's Yeogurt ini juga tak perlu nak disejukkan dan ia kekal segar walaupun berada di suhu bilik. Mudah! Minuman ni memang wajib ada atas meja kat pejabat dan dirumah juga, asal pagi tu rasa payah nau nak membuang, haaaa tips dia minumlah Yeo's Yeogurt untuk melancarkan lagi sistem penghadaman.




Seperti yang aku cakap atas tadi, please izinkan aku untuk berkongsi tentang resepi yang cukup mudah iaitu Agar-Agar Pandan Yeo's Yeogurt Anggur Sedap! Resepi ni memang senang yang amat. Memang senang la aku kata. Jadi marilah baca resepi yang mudah ini. Untuk pengetahuan semua, sedap pulak Yeo's Yeogurt Anggur bila jadi agar-agar wak. Rasa dia lain dari yang lain, masam manis semua ada. Tapi, betul aku kata..Rasa dia sedap! lagi sedap kalau bubuh dalam peti sejuk semalaman pastu esokkan tu makan. Dah, sila tengok video aku yang simple gila ini. Alaaaa kalau dah ada asas buat agar-agar, takkan la nak buat macam aku buat ni tak bolehkan?haha






Resepi:

1 paket agar-agar (rujuk video)
6 sudu besar gula
1 kotak Yeo's Yeogurt Anggur
1 lembar daun pandan 
2 gelas air putih 


Cara penyediaan:
  1. Bahagikan agar-agar paket kepada 2 periuk. Kiranya satu untuk lapisan lain dan satu lagi lapisan khas untuk Yeo's Yeogurt Anggur. Bersihkan agar-agar paket tadi dan masak!
  2. Untuk lapisan Yeo's Yeogurt Anggur ini, pastikan air yang digunakan sedikit sahaja janji agar-agar paket tadi tu dapat hancur sepenuhnya kemudian baru boleh letak Yeo's Yeogurt Anggur sementara itu perlahan api. Kacau sebentar dan tutup api. (tak letak gula, kurangkan gula semasa pengambilan makanan itu kan lagi manis?,hehe)
  3. Untuk lapisan satu lagi tu, letak 1 lembar daun pandan dan kacau sehingga agar-agar paket tu betul-betul hancur dan asingkan 2 gelas di mana 1 gelas untuk warna hijau dan 1 lagi untuk warna oren
  4. Cuma part lapisan Yeo's Yeogurt Anggur tu, mohon jangan letak air putih banyak sangat. Takut tak jadi dan lapisan jadi lembik gitu. 
  5. Haaaa gitulah, aku rasa resepi aku ni memang simple gila. 
  6. Budak 7 tahun pun boleh buat.
  7. Tapi jangan lupa untuk tapis setiap lapisan sebelum dimasukkan dalam bekas acuan.
  8. Siap dan sila masuk peti untuk rasa yang lagi sedap!
  9. Mesti anak-anak lagi suka nak makan agar-agar sebab guna Yeo's Yeogurt Anggur. Haaa!
  10. Selamat mencuba ye!










19 ulasan:

  1. Senang nya nak buat. Kalau buat ngan anak pun mesti dia suka ni. Dah la nampak comel sgt dengan warna-warna dia tu. Nak try lah nanti. Hehe

    BalasPadam
  2. Good recipe. I will try it soon. I like yogurt drinks but never tried on jellys. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  3. uiii maznah nampak sedapnyaa. murah dan senang je nak buat kan. cuma perlukan air kotak je nanti time bulan puasa nak cubalah! mana tau lagi sedap tekak nanti hehee

    BalasPadam
  4. Wah! Menariknya! Cx dah la suka makan agar² . Inikan pula digabungkan dengan yeogurt, memang bestlah. Confirm sedap. Lagipun berkhasiat kan? Boleh membantu pelawasan. Nice entry!

    BalasPadam
  5. Eh eh. Mudahnya nak sediakan. Apa kata mek onie buatkan untuk Rawlins yang hanya pandai makan nie? Haha.

    BalasPadam
  6. thanks for the recipe! very interesting to try out myself especially as cooling dessert for a hot afternoon! but i think i may need to read on the nutrition to check the sugar level of the yogurt first!

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  7. I have not tried this beverages yet. tapi best ya can use it to make agar agar. My girls surely love them coz it's sweet and nice to eat. let me try follow your recipe, thank you!

    BalasPadam
  8. Nampak menyeleranakn betul agar2 tu. Mudahnya dengan hanya guna yeos yougart. Nk try buat la
    mcm ni. Thanks share resepi . hehehe

    BalasPadam
  9. Kreatif nya onie ni..
    Kalau akak yg pemalas ni.. Memang mnuk terus ja lah. Lagi pun rumah ni menda2 mcm ni xjalan sgt. . Tpi nice idea.. Kenduri2 boleh la buat mcm ni. Laku keras

    BalasPadam
  10. Wownya resepi dia. Bila boleh try ni? Buat lebih sikit please. Terbaiklah, guna produk yeos pun boleh buat macam-macam kan? Yang penting kena kreatif

    BalasPadam
  11. Sis selalu jugak buat agar2 pandan, tapi tak pernah lagi cuba dengan yeos ni. Ni dah ada resepi ni kena lah cuba kan. Ok nanti sis gi beli yeos dulu..dh siap nanti sis postkan kat fb..hehehe

    BalasPadam
  12. allahu sedapnya nampak...resepi simple tapi output dia memang nampak sedap giler...ingat nak cuba nanti buat sajian minum petang anak2..apatah lagi dengan yeos yeogurt yang memang kaya dengan khasiat

    BalasPadam
  13. wah sedapnya tengok agar-agar onie! first time tau tengok pandan bercampur anggur. mesti sedap kan rasa dia? dahlah bau dua2 ni wangi. menggugat keimanan betul tengok resepi onie ni tau. ada juga kang beli air yeo's dan buat.. hahaha

    BalasPadam
  14. eiiii lama gila tak makan agar-agar, tapi menarik pula tengok buat agar agar guna yeos.. mesti sedap dan kreamy gila bila makan kan.. nanti i nak cuba lah resepi mek onie macam menarik...

    BalasPadam
  15. Senang sekarang nak buat dessert sbb dah ada yeos yogurt drink ni.. cepat dan mudah untuk ibu-ibu yang tak ada masa lama di dapur. Tetap boleh sediakan dessert utk yang tersayang.. leh la cuba nnt utk anak-anak nanti..

    BalasPadam
  16. Wahh tak penah cuba lagi. Biasa air kotak ni minum je.hehe.. bole la nanti ena try resepi mek onie sharing ni. Senang je kan. Anak pon suka. Harap2 menjadi lah. Dulu penah buat tak jadi.haha.. tu lama tak buat dah.

    BalasPadam
  17. Tak pernah lagi rasa agar-agar pandan letak yeos yogurt ni. Mesti ada rasa masam² sikit ni kan. .Tak bolrh jadi ni. .Kena buat jugaklah nampaknya..

    BalasPadam
  18. Eh tak pernah tgk ni... tq mek onie sharing pasal agar/ ni.
    Siap bagi resepi tu ... rajin sangat. Nnt nak try uat kita refer sini balik erk

    BalasPadam
  19. wahhhh nak buat jugaklah...tak sangka guna minuman yeos yogurt pun boleh buat manisan yang sedap dan menarik macam nih.....makan pulak sejuk2...aduihh mesti lagi heaven

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..