AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD

by - January 23, 2019


AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum Dari Syafiqah Aina Dan Hafiz Mahamad | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat pasangan dua sejoli ini kerana berjaya dalam perniagaan selepas berkahwin. Aku follow kisah Syafiqah Ainaa dan Hafiz Mahamad masa birthday suprise yang naik kereta limosin then hafiz bawak sejambak bunga yang besar nak mampus tu. Lepas pada video tu viral aku terus follow dorang. Happy for your life. Moga bahagia hingga ke syurga jannah ya. 


AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


Selepas video mereka viral, aku happy sebab dorang dah berjaya keluarkan produk terbaharu dengan packaging yang all white ditambah sedikit dengan element golden pada tulisan dan border di packaging produk tersebut. Harga kedua produk ini pun sebenarnya harga mengikut pasaran dan mampu dimiliki oleh semua orang yang inginkan kulit yang sihat dan cantik.


AINAA CLEANSER

Ainaa Cleanser ini bukan sekadar cleanser atau pencuci muka sahaja tau korang. Ainaa Cleanser ini boleh digunakan dengan 2 cara juga. Pertama, cuci muka seperti biasa. Kedua, remove make up. Kira produk Ainaa Cleanser ini 2 in 1 jugalah. Mudah kalau nak bawak travel sebab boleh gunakan produk ini sahaja untuk bersih dan tanggalkan solekan pada wajah sekaligus membersihkan kulit muka.


AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


Antara kandungan yang ada dalam produk Ainaa Cleanser ini adalah Cocamidopropyl ( membersih dan membuang segala kotoran dari kulit), Lecithin ( Merawat kulit wajah ), Dimethicone ( Melembabkan kulit wajah ), Trehalose ( Mengekalkan hidrasi kulit ), Coco Glucoside ( Merawat masalah jerawat ).


Untuk makluman semua, dalam produk Ainaa Cleanser ini juga terdapat Castor Oil dimana tujuannya adalah untuk merawat sunburn, mencegah masalah jerawat, mengekalkan keremajaan kulit, membantu menghilangkan parut jerawat, melembutkan kulit wajah, merawat masalah kekeringan, melindungi kulit dari bakteria dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat.


AINAA SERUM

Ainaa Serum ini pula bertujuan untuk membuatkan kulit muka nampak segar, lembab, mengurangkan ruam, mengurangkan kulit muka kusam dan sesuai buat mereka yang ada jerawat. Untuk pengetahuan semua, serum ini terdiri daripada 5 bahan semulajadi seperti Timun, Lavender, Aloe Vera, Saponaria Officinalis / Soapworts dan Asparagopsis Armata.


AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


Kelebihan selepas memakai Ainaa Serum ini adalah lebih nampak muda dan mempunyai kulit yang lebih cerah, meremajakan kulit dan bina semula kulit muka, mengecilkan liang roma pada wajah, meningkatkan pembaharuan sel dan mengurangkan pigmentasi serta parut pudar. 


Antara kebaikan yang ada pada Ainaa Serum ini adalah Timun, Lavender, ALoe Vera, Saponaria Officinalis / Soapworts dan Asparagopsis Armata.


TIMUN
Kelebihannya adalah untuk menyegarkan kulit muka, kulit lebih nampak muda, kulit nampak cerah, mengurangkan eyebag, melegakan sunburn, melembabkan kulit, melewatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan.


LAVENDER
Kelebihannya adalah untuk anti penuaan, menyihatkan kulit, sifat anti oksida untuk mengelakkan iritasi kulit dan sesuai untuk orang yang kulit kering, ekzema dan jerawat.


ALOE VERA
Kelebihannya pula adalah untuk mengurangkan pigmentasi, menghilangkan parut jerawat, jeragat, melembabkan kulit wajah dan merawat luka external.


SAPONARIA OFFICINALIS
Kelebihannya untuk merawat peyakit kulit bersisik, ekzema, bisul dan jerawat.


ASPARAGOPSIS ARMATA
Kelebihannya untuk membantu membersihkan kulit dari dalam, sekatakan tona wajah, anti bakteria dan anti fungus di kulit wajah dan kulit kepala serta sesuai juga kulit muka yang berminyak dan kusam.



AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


TESTIMONI MEK ONIE BERKENAAN PRODUK AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM


First sekali adalah harga produk Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum ini adalah berjumlah RM110 dimana harga Ainaa Cleaser RM45 dan Ainaa Serum RM65. Harga mampu milik untuk semua golongan. Packaging produk Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum ni putih suci dan simple sahaja. Kelebihan yang ada pada produk ini membuatkan aku ingin mencuba.


Ainaa Cleaser: Cara aku menggunakan Ainaa Cleanser ini adalah dengan membersihkan solekan wajah pada muka dengan menggunakan alat pembersih supaya solekan mudah lagi tertanggal dan sah-sah bersih dari terselit di pori-pori muka. Kalau tak pakai tool pun okay je kalau nak bersihkan guna tangan. Ikut keselesaan masing-masing. Then lepas aku cuci solekan pada wajah aku bersihkan pula muka, kira cara bersih kulit muka aku ni adalah dengan menggunakan konsep double cleansing supaya kulit muka betul-betul bersih ya. Pakai makeup kalau buat sekali cucian awas, Miss J akan datang nanti,haha. Selepas cuci makeup apa yang aku dapat rasakan adalah kulit muka sangat lembut selembut kulit bayi. Phew!


Ainaa Serum: Cara aku apply serum ini kadang sekali pump dan kadang 2 kali pump, jangan letak banyak sangat takut terover pulak, cukup sekadar layangkan pada kulit muka. Cepat  menyerap dan boleh dijadikan sebagai make up base. 


Bagi onie, hasil bagi setiap kulit muka tak semestinya sama macam kulit muka onie. Sehingga kini onie sangat bersyukur kerana kulit muka onie adalah bukan dari kategori kulit muka bermasalah. Jadi, sementara kulit muka onie masih elok ni, time ni la kena jaga betul-betul.


Haaaa, korang dah try ke belum? Kalau belum jangan lupa untuk cuba tau. Di sini aku kongsikan video berdurasi 1:05, enjoy the video guys 💜








SALAM SAYANG,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com


You May Also Like

19 comments

  1. Patut la kulit Onie cantik je. Rupanya ni rahsia dia! Kak min suka la pakai produk yg tak banyak sangat camni. Senang & simple mudah nak pakai!

    ReplyDelete
  2. ooo pasangan yang instafamous tu ye..alhamdulilah diorg dah bukak bissness pulak ye..wahh tengok menariklah cleanser dia sbb 2in1..cuci+remove makeup..senang nak bawa cleanser tu..yg serum tu nti boleh try

    ReplyDelete
  3. Oooo... Founder dia yang femes tu eh? Baru tahu... Cantik dia!
    Tertarik laaa kat serum dia, sebab kita ni dah wajib pakai serum. Maklumlah dah patploh satu tahun. Huhuu

    ReplyDelete
  4. Suka product2 yang menggunakan bahan semulajadi dan buat kita yakin untuk menggunakannya kan..akak paling suka kalau antara product tu boleh dijadikan make up base...

    ReplyDelete
  5. Menarik... Memang susah nak cari produk orang kita yang betul-betul berkesan. BAhan-bahan yang digunakan pon memang selamat digunakan. Bagus sangat produk ni.

    ReplyDelete
  6. la baru tahu sapa owner produk ni. Pernah baca dua tiga review drp pengguna lain, semua cakap best. Ingatkan Ainaa mana..yg bertuah tu rupanya hehe

    ReplyDelete
  7. Wah macam menarik je ainaa cleanser tu. Nak cuba jugak. Nanti nak order. Senang nak bawak untuk travel.

    ReplyDelete
  8. macam pernah dengar je nama hafiz mahamad ni.. lupa dahh.. sekarang ni mmg banyak produk serum tempatan.. sampai tak tahu nk try yg mana satu

    ReplyDelete
  9. Read many reviews about this product. This should be good. Will try it soon when i get a chance.

    ReplyDelete
  10. owh.. ini produk instafemes ainaa tu yer... pernah dengar dia nak keluarkan produk sendiri.. ni lah first time nmpak pasal produk nih ... nnt kena follow me onie nak tgk progress mcm mana nnti

    ReplyDelete
  11. Fadzi lagi suke pakai kosmetik yang color die lutsinar macam ni. nampak selamat sikit compare dengan produk produk yang colorful.

    ReplyDelete
  12. Harga mampu milik, kandugan produk ni pun bagus untuk kulit dan berkualiti. Thanks for sharing. Maybe next time boleh cuba produk Ainaa ni..

    ReplyDelete
  13. Hehehehe nama produk dan sama dengan nama owner dah wakakakak kita pun keliru nak sebut tadi mula-mula wakakakak tapi bagus produk ni nampak macam ok jer.... Kita orng laki nak mencuba boleh takk...

    ReplyDelete
  14. The natural ingredients used by Ainaaa means that their products are not only safe but also will be extremely to the delicate skins of ladies. :)

    ReplyDelete
  15. Menarik gak ekk produk Ainaa ni..bahan yang terkandung pun dr bahan semulajadi. Bolehlah nanti sis try produk ni tapi tunggu yg kat rumah ni habis dulu..:)

    ReplyDelete
  16. Harganya berpatutan gak kan. Paling Rawlins suka adalah mobile size yang mudah dibawa ke mana-mana tanpa menambah bebanan luggage kan. Dan mudah nak digunakan tu.

    ReplyDelete
  17. Laaa selalu dgr pasal Ainaa ni, baru hari ni tahu siapa founder nya. Huhu.. Bagus la skrg ramai anak muda dah maju dgn business sendiri. And dgr kata produk Ainaa ni pun mmg bagus kan.

    ReplyDelete
  18. Produk yg ada aloe vera ni selalunya memang best. First time dengar jenama. I.. nampak macam ok., blhla nak try nanti

    ReplyDelete
  19. wow new local brand? anyway good to know that you like the products, seeing the ingredient made of timun.. should be quite good for the skin.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..